Semuanya Kerana Gambar-Gambar Foto? – Serangan Terkini Ke Atas Sarawak Report

Wajah-wajah hudud yang harus diturunkan?

Wajah-wajah hudud yang harus diturunkan?

Selaama beberapa minggu Sarawak Report telah berada di barisan hadapan, melaporkan beberapa isu yang terlalu serius berhubung kehilangan berbilion-bilion dollar dari dana pembangunan Malaysia, 1MDB.

Kami telah mendedahkan banyak dokumen dan emel yang seterusnya mencetuskan kemarahan orang awam di Malaysia berhubung isu-isu rasuah, masalah urustadbir sumber kewangan negara dan pelanggaran undang-undang.
Namun nampaknya bagi sesetengah watak utama dalam artikel kami, terdapat kerisauan yang memuncak berhubung beberapa gambar foto berbanding sama ada mereka akan disoalsiasat atau dipertanggungjawabkan ke atas 1MDB.

Dapat kami rumuskan di sini, kerana sejak beberapa hari lalu Sarawak Report mengalami serangan kempen-kempen agresif untuk memaksa kami menggugurkan gambar-gambar foto itu, yang telah memberikan bukti berkoroboratif untuk artikel-artikel kami itu.

Paris Hilton mabuk selepas meminum Cristal Champagne yang dibiayai Jho Low di Selatan Peranchis pada tahun 2010

Paris Hilton mabuk selepas meminum Cristal Champagne yang dibiayai Jho Low di Selatan Peranchis pada tahun 2010

Dengan artikel-artikel dan gambar-gambar foto yang merakamkan perbelanjaan besar sesetengah individu, yang boleh dikaitkan dengan kehilangan berbilion-bilion ringgit yang seharusnya digunakan untuk kemudahan rakyat Malaysia yang miskin dan sederhana dan juga daerah-daerah yang masih mundur, kami percaya bukti-bukti iya mewakili isi kandungan berita yang sahih dan orang awam mempunyai kepentingan untuk melihat gambar-gambar itu.

Pada hari Isnin minggu lepas sekumpulan penggodam professional telah menceroboh masuk ke laman admin Sarawak Report.

Mereka mula bekerja pada jam 10.37 padi dan dalam masa setengah jam mereka telah memadamkan salah sebuah artikel kami dan mempastikan bahagian trash juga turut dikosongkan.

Penggodam-penggodam ini telah mempastikan bahawa alamat IP mereka disembunyikan, dalam usaha mereka menyembunyi lokasi mereka.

Khadem al-Quubaisi sedang berseronok – terdapat seseorang yang membayar penggodam untuk menggugurkan artikel dari laman web kami

Khadem al-Quubaisi sedang berseronok – terdapat seseorang yang membayar penggodam untuk menggugurkan artikel dari laman web kami

Kedua-dua alamat IP itu menjurus kepada pelayan-pelayan proksi dan mereka telah menyamar diri sebagai datangnya dari Google – suatu tipu mudah, menurut pakar-pakar internet.

Maka, cerita manakah yang ingin dipadamkan oleh para penggodam?
Kisahnya adalah mengenai kewujudan berganda Pengerusi Aabar Investement dari Abu Dhabi, Khadem al-Quubaisi.

Artikel ini difokuskan pada fakta bahawa pengerusi dana ini, yang telah menjalankan beberapa urusniaga besar yang menghadapi kritikan dengan 1MDB, telah menerima sebuah bayaran lebih USD$20 juta daripada syarikat Good Star Limited.

Good Star Limited merupakan sebuah syarikat yang telah kami kenalpasti sebagai penerima rahsia ‘pembayaran balik’ USD$700 juta, yang seharusnya dibayar kepada PetroSaudi daripada 1MDB.

Kami telah dapat mengesahkan bahawa Good Star Limited adalah syarikat yang dikendalikan oleh Jho Low.

Secara berkontranya, Khadem al-Quubaisi memeterai perjanjian dengaan 1MDB dalaam tahun 2013 disaksikan oleh PM Malaysia

Secara berkontranya, Khadem al-Quubaisi memeterai perjanjian dengaan 1MDB dalaam tahun 2013 disaksikan oleh PM Malaysia

Maka dengan itu kami telah mempersoalkan mengapakah Pengerusi Aabar Investment dari Abu Dhabi menerima bayaran sebanyak $20 juta daripada Good Star, sebaik selepas Aabar dipelawa secara luar biasa untuk menjamin pengeluaran bon 1MDB untuk membeli dan mengambil alih pembekal tenaga di Malaysia?

Beberapa pengkritik telah mempersoalkan mengapakah urusniaga ini, yang direka oleh Goldman Sachs untuk mendapatkan bayaran komisyen sebanyak 11%, melibatkan suatu jaminan oleh Aabar Investment?

Para pengkritik ini telah menunjukkan bahawa di bawah terma-terma jaminan itu hampir separuh dari wang yang diperolehi dari bon itu harus diletakkan di Abu Dhabi.

Satu lagi gambar foto yang ingin seseorang tanggalkan dari laman web kami

Satu lagi gambar foto yang ingin seseorang tanggalkan dari laman web kami

Mereka juga menunjukkan bahawa urusniaga itu juga memberikan pilihan untuk membeli dan mengambil alih separuh dari loji pengeluaran tenaga yang telah dipersoalkan dan bahawa ianya dapat keluar dari had-had 1MDB juga terpaksa membayar $1 juta dollar pada tarikh yang kemudian.

Pada hujung minggu lalu pemimpin parti pembangkang DAP Tony Pua menunjukkan bahawa, kerana cara 1MDB memilih untuk mengendalikan pemindahan wang ini, dana itu telah berakhir dengan bertambahnya pinjaman sebanyak RM20 bilion untuk membeli aset-aset tenaga di Malaysia yang hanya bernilai RM10 bilion.

Maka kami bertanya apa yang telah berlaku pada wang yang hilang itu dan mengapakah ketua Aabar Investment yang telah berkolaborasi dalam urusniaga-urusniaga ini, menerima sejumlah bayaran dalam 2012 daripada Good Star?

Kini, kami ingin mendapatkan kepastian bahawa sebab artikel kami digodam dan dipadamkan bukan kerana beberapa pihak merasa marah pada pendedahan yang kami laporkan berkenaan bayaran-bayaran itu?

Atau, mungkin kerana imej awam Khadem al-Quubaisi sebagai seorang penjawat awam yang bekerja untuk dana kedaulatan kerajaan negeri Abu Dhabi telah dicemari oleh gambar-gambar foto yang kami terbitkan di samping bukti-bukti berkaitan harta kekayaannya?

Berapa banyak wang yang harus jita bazirkan di sini? – Gambar-gambar foto Jho Low dan Paris Hilton seperti ini telah berada di domain awam internet sejak 2010 dan kini ‘pemegang hakcipta’ menggesa kami memadamkannya dari laman kami

Berapa banyak wang yang harus jita bazirkan di sini? – Gambar-gambar foto Jho Low dan Paris Hilton seperti ini telah berada di domain awam internet sejak 2010 dan kini ‘pemegang hakcipta’ menggesa kami memadamkannya dari laman kami

Sarawak Report telah sering kali diserang, yang juga dihalakan untuk memadamkan beberapa imej dari laman web kami.

Untuk selama beberapa hari sebuah agensi gambar foto selebriti yang tidak pernah wujud telah meminta syarikat pelayan web kami untuk menggugurkan gambar-gambar foto berkaitan Jho Low berpesta di Selatan Peranchis bersama Paris Hilton (Low dikatakan membiayai Hiltion berjuta-juta dollar di beberapa majlis keramaian untuk menemaninya sambil menikmati minuman champagne kegemarannya).

Agensi gambar selebriti yang tidak pernah wujud ini telah mengugut kami menggunakan bahasa guaman, menuntut kami menggugurkan gambar dari laman kami, yang telah beredar di internet dalam laman web majalah yang lain, kerana kononnya menurut mereka, mereka mempunyai hakcipta ke atas gambar-gambar foto itu.

Tiba masanya untuk menyembunyikan tabiat buruk, dalam masa Jho Low bertukar menjadi seorang ‘dermawan’?

Tiba masanya untuk menyembunyikan tabiat buruk, dalam masa Jho Low bertukar menjadi seorang ‘dermawan’?

Agensi yang tidak pernah wujud itu belum menunjukkan bukti pemilikan hakcipta mereka itu.

Ia juga tidak menunjukkan sebarang minat untuk dibayar untuk gambar-gambar itu.

Sebaliknya agensi itu telah memilih untuk menggunakan taktik pintu belakang untuk memasuki laman web kami dalam cubaannyqa untuk memadamkan gambar-gambar itu dengan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pelanggaran hakcipta pada syarikat pelayan laman web kami.

Jho Low telah dikatakan telah berubah menjadi komited untuk patuh pada ibu bapanya dan berkelakuan baik apabila mengenai wujudnya gambar-gambar foto kemewahannya.

Maka kami ingin mendapatkan keyakinan bahawa ini bukanlah gara-garanya di sebalik usaha membeli hakcipta ke atas gambar-gambar ini, sememangnya bertujunan untuk menggugurkannya dari pandangan?

Jika benar Jho Low cuba untuk membersihkan imejnya yang tercemar dengan cara mengugut dan membuli para wartawan untuk tidak menyiarkan gambar tingkahlaku buruknya di masa lalu, kami percaya bahawa dia harus membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa dia tidak menggunakan wang dari dana pembangunan mereka untuk berbuat demikian.

Masa untuk menerbitkan gambar-gambar foto buruk ini, kerana tidak lama lagi gambar-gambar ini akan dilindungi undang-undang, terima kasih pada Jho Low, si pencekik darah

Masa untuk menerbitkan gambar-gambar foto buruk ini, kerana tidak lama lagi gambar-gambar ini akan dilindungi undang-undang, terima kasih pada Jho Low, si pencekik darah

Lagi pun gambar-gambar foto yang pertama taiko muda ini sedang berpesta diterbitkan sebaik selepas pemeteraian PetroSaudi yang asal dalam bulan September 2009, iaitu selepas USD700 juta dipindahkan ke dalam akaun Good Star daripada 1MDB.

Diikuti USD$160 juta dalam bulan September 2010 dan USD$260 juta telah dibayar oleh 1MDB kepada PetroSaudi, yang kemudiannya memindahkan wang itu ke akaun Jarvace menerusi PetroSaudi Seychelles untuk tujuan membeli bank UBG, di mana Jho Low mempunyai saham yang banyak dan di mana dia juga merupakan ahli lembaga pengarah.

Adakah wang ini juga digunakannya untuk membiayai saman ‘pelanggaran hakcipta’ yang agresif untuk membersihkan imej buruknya?

Pernahkah orang-orang ini memikirkan tentang rakyat Malaysia yang miskin di mana 1MDB seharusnya berperanan untuk mencari dana untuk membantu mereka, tetapi sebaliknya dibazirkan begitu sahaja?

Pernahkah orang-orang ini memikirkan tentang rakyat Malaysia yang miskin di mana 1MDB seharusnya berperanan untuk mencari dana untuk membantu mereka, tetapi sebaliknya dibazirkan begitu sahaja?

Gambar-gambar foto ini turut menunjukkan tingkah laku Paris Hilton yang mabuk berpaut pada Jho Low sehingga pakaiannya mendedahkan sebahagian dari pakaian dalamnya
Dia telah dipapah keluar dari sebuah kelab malam.

Jika Jho Low (atau penyokong sesatnya) percaya bahawa dia boleh memadamkan ingatan dengan membelanjakan wang yang banyak untuk mengambil tindakan undang-undang menentang kami atau orang lain, kami percaya gambar-gambar foto ini harus diedarkan seluas-luasnya, supaya imej-imej itu melekat pada ingatan semua sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dijalankan.

Terutamanya jika keseluruhan strategi itu dibiayai menggunakan wang yang dihisap keluar dari dana awam menerusi 1MDB.

Kami ingin sarankan kepada orang ramai untuk memuatturun gambar-gambar ini dan mengedarkannya dan meletakkannya di laman Facebook mereka, di samping gambar-gambar foto bahawa seseorang cuba memadamkan imej rakan niaganya, Khadem al-Quubaisi.

Dari penerbitan di seluruh pelosok dunia – tingkah laku ini telah beredar selama empat tahun, namun kini ada orang yang cuba mengakui bahawa peristiwa dalam gambar itu tidak pernah berlaku

Dari penerbitan di seluruh pelosok dunia – tingkah laku ini telah beredar selama empat tahun, namun kini ada orang yang cuba mengakui bahawa peristiwa dalam gambar itu tidak pernah berlaku

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments