1MDB Mempersembahkan Dokumen-Dokumen Palsu Kata BSI Singapura! EKSKLUSIF

Ibu Pejabat BSI Singapura di kompleks Suntech City

Ibu Pejabat BSI Singapura di kompleks Suntech City

Sarawak Report telah menerima suatu bahan bukti yang amat mengecewakan, yang menunjukkan bahawa bank BSI telah menolak dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh 1MDB berhubung akaun Brazen Sky Limited di Singapura, dengan mengatakan bahawa penyata-penyata bank itu adalah palsu belaka.

Dokumen-dokumen itu telah dibekalkan kepada pelbagai pihak yang berkepentingan oleh CEO 1MDB, Arul Kanda, dengan tujuan untuk menunjukkan kepada penyata akaun Brazen Sky dalam bulan November 2014.

Namun, bank persendirian di Switzerland telah memberi pihak-pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen itu bukannya serahan dari mereka dan tidak mewakili akaun sebenar aset-aset anak syarikat 1MDB.

Maklumat ini telah dilaporkan ke Malaysia pada 13hb Mac yang lalu.

Dua hari sebelum itu, pada 11hb Mac, Menteri Kewangan (iaitu Perdana Menteri Najib Razak) telah mengeluarkan jawapan kepada soalan parlimen yang dikemukakan oleh pembangkang DAP MP Tony Pua, yang mengesahkan bahawa baki $1.103 billion telah berjaya “ditebus” kononnya daripada dana Brazen Sky di luar negara di kepulauan Cayman dan menyatakan bahawa kononnya wang itu kini “disimpan dalam matawang dollar US” di BSI Bank Limited, Singapura.

Namun, maklumat dari sumber dalaman yang diperolehi dari Singapura mengatakan bahawa tiada sebarang wang tunai nyata dalam akaun Brazen Sky yang relevan.

Maklumat baru ini membangkitkan rasa risau yang tinggi berkenaan pengurusan 1MDB pada hari Tony Pua mendedahkan maklumat bahawa tariff elektrik yang baru yang bakal dijelaskan oleh para pengguna di Malaysia (dalam beberapa kes, tarifnya dijangkakan mencecah kenaikan 20%) sebagai suatu usaha pihak Kerajaan membayar balik dana pembangunan yang gagal menerusi beberapa siri urusniaga konsesi pengeluaran tenaga yang digemari.

Pua mendedahkan bahawa 1MDB telah dibenarkan menjual satu konsesi, yang secara berkontroversinya, telah dianugerahkan secara pilih kasih kepada sebuah syarikat tanpa mengikuti syarat menerima bidaan paling rendah dalam bulan Februari yang lepas, dalam usahanya menaikkan harga.

Perkembangan ini telah menggesa para pengkritik untuk menuntut bukti yang sepenuhnya supaya dikeluarkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, yang juga selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, untuk menjelaskan tempat sebenar wang berbillion-billion ringgit yang hilang itu di bawah nama ketelusan.

Hutang dana ‘pembangunan’ itu kini mencecah RM42 billion dan pihak Kerajaan pula sering menafikan bahawa wang sedang dikumpulkan dalam pasaran antarabangsa menerusi hutang-hutang Petronas dan sebuah bon Sukuk berjumlah USD$1.5 billion pada minggu lepas dan direka khas untuk menutupi kelompangan yang wujud.

Perkembangan terkini berikutan jawapan-jawapan yang berputarbelit dalam akaun-akaun yang dibentangkan oleh 1MDB setelah tamatnya usahasamanya dengan syarikat PetroSaudi International dalam tahun 2009.

1MDB mendakwa bahawa sewaktu ianya keluar dari usahasama dengan PetroSaudi International dan berbekalkan satu pulangan berjumlah USD$2.3 billion.

Pembelanja besar – Jho Low dalam keadaan riang semasa berpesta

Pembelanja besar – Jho Low dalam keadaan riang semasa berpesta

Namun, hanya pada bulan lepas Sarawak Report telah menunjukkan bahawa pelaburan $700 juta dari pelaburan $1 billion yang pertama ke dalam PetroSaudi oleh 1MDB telah disedut keluar dari projek itu pada hari urusniaga itu dimeterai, ke dalam sebuah akaun and dikendalikan oleh seorang usahawan, Jho Low, yang dikenali sebagai kenalan rapat kepada keluarga Menteri Kewangan / Perdana Menteri.

Walaupun kehilangan ini amat besar 1MDB masih mendakwa bahawa mereka telah berjaya mendapatkan balik semua wang yang telah dilaburkan dalam usahasama itu yang berjumlah sekurang-kurangnya $1.7 billion, termasuk keuntungan kononnya sebanyak $2.3 billion.

Apabila ditanya di mana kesemua wang ini 1MDB akhirnya mengatakan bahawa wang ini telah dilaburkan di luar negara dalam sebuah ‘potfolio dana yang diasingkan’ di Kepulauan Cayman.

Kemudian janji-jani telah dibuat dalam tahun 2014 untuk membawa balik wang itu ke Malaysia untuk membantu kekangan yang melanda dana awam yang semakin tenat itu dan dalam bulan Januari 2015 Arul Kanda Kandasamy, CEO 1MDB yang baru dilantik, mengumumkan bahawa wang itu telah berjaya ‘ditebus’ kembali dari Kepulauan Cayman dalam dua bahagian.

CEO 1MDB yang baru, Arul Kanda Kandasamy

CEO 1MDB yang baru, Arul Kanda Kandasamy

Menurut Arul $1.22 billion telah diperolehi kembali dalam bulan September (dan telah digunakan untuk membayar hutang mendahuluo suatu audit pada 5hb Novermber) dan baki sebanyak $1.103 billion telah ‘ditebus’ balik dalam bulan Januari.

Jawapan bertulis Menteri Kewangan pada 11hb Mac sebagai respon kepada pertanyaan Tony Pua, mengaapakah bahagian kedua USD$1.103 billion, masih belum lagi dibawa pulang untuk membantu menjelaskan hutan dana awam yang amat besar itu dan juga bertanyakan di manakah sebenarnya wang itu diletakkan.

Menteri itu mengatakan baki wang tunai itu kini sedang ditahan di bank BSI Singapura dan tidak akan dibawa balik ke Malaysia.

Kenyataannya mendakwa bahawa kerana terhalang oleh aspek perundangan Bank Negara, yang menyebabkan ianya sukar untuk dibawa balik.

Kenyataan di atas jelas bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Arul Kanda, yang memberitahu media dalam bulan Februari bahawa wang bahagian pertama sebanyak USD$2.2 billion telah dibawa balik ke Malaysia dalam bentuk dollar US dan kemudiannya dibelanjalan untuk membayar hutang.

Jika bahagian pertama wang itu dapat dibawa balik dan digunakan dalam bentuk dollar US dari akaun-akaun Melayu 1MDB, para pemerhati mempersoalkan, mengapakah bahagian kedua wang itu tidak dapat ‘dibawa pulang’ dn digunakan pada cara yang sama?
Pakar kewangan dalaman telah memberitahu Sarawak Report bahawa peraturan Bank Negara yang dimaksudkan dalam kenyataan Kementerian Kewangan tidak wujud sama sekali.

Tidak terdapat sebarang dokumen awam untuk membuktikan kenyataan-kenyataan di atas oleh Kementerian Kewangan atau 1MDB.

Arul Kanda memberitahu pihak media dalam bulan Februari lepas bahawa dia pernah melihat penyata-penyata kewangan itu.

Walau bagaimana pun, Sarawak Report kini telah melihat bukti yang telah dihantar Arul Kanda secara peribadi dari 1MDB kepada pihak-pihak berwibawa, supaya kelihatan sebagai menyokong dakwaan-dakwaannya terdahulu mengenai akaun bank BSI 1MDB di Singapura.

Bukti ini menunjukkan bahawa CEO 1MDB itu telah menghantar penyata-penyata bank kepada badan-badan penguatkuasa, yang kemudiannya menghantar kepada bank BSI di Singapura.

Ini merangkumi penyata bank November 2014 untuk akaun Brazen Sky Limited di BSI.

Tiada perkembangan? Adakah Ketua Audit Ambrin Buang sudah kehilangan puncanya?

Tiada perkembangan? Adakah Ketua Audit Ambrin Buang sudah kehilangan puncanya?

Namun BSI telah seterusnya memberitahu pihak penguatkuasa peraturan kewangan Singapura bahawa dokumen itu adalah penyata yang palsu dan tidak datang dari bank itu sendiri.

Dalam perkembangan yang mengejutkan, yang menggugat keseluruhan kedudukan 1MDB berkenaan kehilangan berbillion-billion ringgit dari akaun-akaunnya dan keadaan kini menuntut pemeriksaan dan siasat yang menyeluruh ke atas kedudukannya, khususnya oleh para penguatkuasa peraturan kewangan dan juga pihak-pihak penguatkuasa undang-undang.

Malah, enam minggu selepas Ketua Audit Negara ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk memeriksa dana, tiada sebarang maklumat berkenaan pemeriksaan mahupun siasatannya.

Sarawak Report juga mendapati menerusi sumber yang lain bahawa seorang lagi pelanggan korporat di BSI Singapura adalah Jho Taek Low, seorang yang kami kenali sebagai pemacu di sebalik 1MDB yang membantu membuat semua keputusan pelaburan, termasuk urusniaga dengan PetroSaudi, yang melibatkan pemindahan $700 juta ke dalam sebuah akaun yang dikendalikannya di bawah nama Good Star Limited di RBS Courts di Zurich.

BSI juga merupakan bank pertama yang dikunjungi PetroSaudi di Geneva apabila ia memohon untuk membuka akaun untuk Good Star dalam tahun 2009, sebagai kemudahan untuk menerima wang $700 juta yang disedut dari usahasama itu.

Maka Sarawak Report menyeru agar pihak-pihak berkuasa Singapuran menjalankan penyiasatan yang menyeluruh peranan BSI berkaitan 1MDB dan urusniaga mereka dengan pelanggan terkemuka mereka, Jho Taek Low.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments