Hubungan Dalam Good Star – Kenalan Rapat Jho Low Dalam Dana Kekayaan Abu Dhabi Dilucutkan Dari Jawatannya!

Sarawak Report telah mendedahkan sifat kedua Khadem al-Quubaisi serta tentang kemewahannya pada laporan bulan lepas

Sarawak Report telah mendedahkan sifat kedua Khadem al-Quubaisi serta tentang kemewahannya pada laporan bulan lepas

Pada beberapa hari yang lalu terbitnya suatu berita bahawa Khadem al-Quubaisi, seorang lelaki yang dikenalpasti oleh blog ini sebagai kenalan utama di dana kekayaan Abu Dhabi, Aabar Investment, telah dilucutkan dari kebanyakan jawatan pentingnya.

Sehingga beberapa hari lalu, al-Quubaisi merupakan eksekutif awam paling kanan di negara Arab itu.

Dia adalah Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga dalam Syarikat Pelaburan Minyak Antarabangsa (IPIC), dan juga merupakan Pengerusi anak-anak syarikat Aabar Investments dan Arabtec.

Namun, suatu laporan pada hari Rabu yang lalu mengatakan bahawa Khadem al-Quubaisi telah dengan tiba-tiba mengundur diri dari peranannya sebagai Pengerusi di IPIC, yang diikuti dari berita yang sebelumnya mengatakan bahawa dia juga berundur dari jawatan pengerusinya dalam Arabtec.

Kemudian pada hari Khamis berikutnya terbit pula suatu laporan mengatakan Khadem al-Quubaisi dilucutkan jawatannya sebagai pengrusi dalam Aabar Properties, yang merupakan anak syarikat Aabar Investments, iaitu sebuah syarikat yang terbabit dengan 1MDB dan Jho Low dalam beberapa usahasama yang tersebar secara meluas.

Laporan berita yang berspekulasi sama ada pemergiannya dari Aabar Properties dan juga dari syarikat induk IPIC bererti Khadem al-Quubaisi juga telah dilucutkan dari kedudukan pentingnya dalam Aabar Investments.

Laman web milik Aabar Investments juga gagal memberikan respon mereka pada hujung minggu ini untuk mengesahkan siapakah Pengerusi mereka yang terkini.

Gagal dikemaskinikan – laman web Arabtec masih mengiklankan Khadem al-Quubaisi sebagai bos mereka pada hujung minggu ini, memberikan gambaran berkenaan pelucutan jawatannya yang secara mengejut?

Gagal dikemaskinikan – laman web Arabtec masih mengiklankan Khadem al-Quubaisi sebagai bos mereka pada hujung minggu ini, memberikan gambaran berkenaan pelucutan jawatannya yang secara mengejut?

Kehidapan dua perwatakan – Khadem al-Quubaisi dikenali sebagai playboy terlalu kaya di Las Vegas dan St Tropez, namun dia juga merupakan penjawat awam yang dibayar gaji

Kehidapan dua perwatakan – Khadem al-Quubaisi dikenali sebagai playboy terlalu kaya di Las Vegas dan St Tropez, namun dia juga merupakan penjawat awam yang dibayar gaji

Persaraan mengejut Khadem al-Quubaisi dilihat sukar untuk dipisahkan dari artikel-artikel yang diterbitkan beberapa hari oleh Sarawak Report.

Kami telah menunjukkan bahawa bayaran USD$20 juta daripada syarikat Good Star Limited milik Jho Low ke akaun peribadi milik Khadem al-Quubaisi di Luxembourg.

Dan kami telah bertanyakan bayaran itu dalam konteks urusniaga ekstensif Aabar Investments dengan 1MDB, yang telag mendapat kritikan meluas sebagai tidak berfaedah kepada dana orang Malaysia itu, dengan hilangnya puluhan ribu juta dollar, yang sehingga kini masih belum dapat diakaunkan lagi.

Berikutan berita yang telah kami terbitkan, para penggodam laman web telah cuba memadamkan cerita itu dari laman web kami.

Malah beberapa hari selepas itu jurnal perniagaan antarabangsa, The Financial Times, juga mendedahkan rasa risau yang berasingan mengenai urusniaga Khadem al-Quubaisi di Luxembourg.

Jurnal itu mendedahkan bahawa Khadem telah mengeluarkan sebuah lis ke atas sebuah bangunan di Spanyol menerusi sebuah peribadi miliknya, sebelum menyewakannya sebagai ibupejabat IPIC Spanyol di mana dia merupakan Pengerusi.

Mengeluarkan lis ke atas sebuah bagunan dan kemudiannya menyewakannya kepada sebuah syarikat di mana dia merupakan Pengerusinya, kata Financial Times

Mengeluarkan lis ke atas sebuah bagunan dan kemudiannya menyewakannya kepada sebuah syarikat di mana dia merupakan Pengerusinya, kata Financial Times

Kesimpulannya, pihak Abu Dhabi telah mengambil tindakan untuk melucutkan jawatan seseorang pegawai penting mereka kerana telah mencetuskan rasa risau orang ramai ‘berkaitan urus-kendali dana kekayaan mereka’.

Dalam pada itu setelah beberapa tahun bergelumang dengan percanggahan kepentingan dan tadbir-urus yang sumbang yang dibangkitkan dalam 1MDB, tiada satupun tindakan diambil.

Ketua Audit Negara telah dikecualikan dari menjalankan tugas utamanya dalam menyiasat skandal 1MDB yang tenat itu, kerana dia semakin lumpuh, dengan bertambahnya maklumat mengenai salahguna kuasa yang dibangkitkan.

Jho Low (belakang, kanan) ketika rombongan Aabar Investments pimpinan Khadem al-Quubaisi berkunjung ke KL untuk bertemu ‘bos’ semasa pemeteraian perjanjian usahasama 1MDB dalam tahun 2013

Jho Low (belakang, kanan) ketika rombongan Aabar Investments pimpinan Khadem al-Quubaisi berkunjung ke KL untuk bertemu ‘bos’ semasa pemeteraian perjanjian usahasama 1MDB dalam tahun 2013

Kini telah didedahkan bahawa wang yang terlalu banyak telah dipindahkan dari 1MDB ke syarikat Good Star Limited dan kemudian ke akaun milik Jho Low di Singapura.

Buktinya amat jelas bahawa pemilik syarikat Good Star Limited adalah Jho Low, suatu hakikat yang tidak dinafikannya.

Maka Malaysia harus menggesa agar Abu Dhabi menjalankan siasatan mengapa USD$20 juta dibayar dari Good Star Limited kepada Khadem al-Quubaisi dalam tahun 2012, dengan beberapa projek usahasama yang ditandatanganinya dengan 1MDB bagi pihak dana Aabar Investments pimpinannya.

Hanya pada tahun lepas kami juga telah melaporkan bahawa Khadem al-Quubaisi dan Jho Low telah memasuki suatu urusnoaga berasingan bagi membeli Coastal Energy yang berpejabat di Kanada.

Khadem al-Quubaisi menjalankan pembelian itu dalam kapasitinya sebagai Ketua Eksekutif IPIC, yang kini mengawal gergasi carigali minyak Spanyol, CEPSA.

CEPSA, di bawah pentadbiran Khadem al-Quubaisi, telah membeli syarikat Coastal Energy dengan harga USD$2.3 billion.

Memeterai perjanjian usahasama 1MDB Aabar Investment dalam tahun 2013 – Khadem al-Quubaisi berjabat tangan dengan bekas Pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamarddin

Memeterai perjanjian usahasama 1MDB Aabar Investment dalam tahun 2013 – Khadem al-Quubaisi berjabat tangan dengan bekas Pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamarddin

Namun, yang peliknya, syarikat SRG (Strategic Resources Global) milik Jho Low, yang mempunyai nama yang sama dengan jentera 1MDB/Kementerian Kewangan, SRC (Strategic Resources Company) telah diajak bersama dalam pemeteraian perjanjian usahasama itu.

Syarikat SRG milik Jho Low telah dinamakan sebagai ‘pemudah-cara’ dengan satu saham dan juga pilihan untuk membeli, yang mana dia dipercayai telah menyerahkannya kemudian, diandaikan pada harga yang sangat lumayan.

Para pemegang saham dalam CEPSA kini menunggu pengesahan bahawa ini merupakan pembelian luarbiasa yang tidak akan menjadi mahal bagi mereka dan bahawa tiada sebarang wang tercicir dari usahasama itu kepada Jho low dan rakan-rakannya selepas itu?

Abu Dhabi harus dapat membantu dalam perkara ini dan beberapa perkara berkaitan usahasama gagal 1MDB dengan Aabar Investments. Mereka dilihat bersedia untuk bertindak. Itupun jika ada orang yang memohon bantuan itu dari mereka?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments