Setengah Billion USD Telah Dipindah Keluar Dari Akaun Good Star Ke Akaun BSI Singapura Milik Jho Low! EKSKLUSIF UTAMA!

Hubungan bank BSI – Jho Low dan 1MDB menggunakan bank yang sama di Singapura

Hubungan bank BSI – Jho Low dan 1MDB menggunakan bank yang sama di Singapura

Siasatan-siasatan Sarawak Report akhirnya berjaya mendapati pergerakan wang yang bermula dengan sedutan USD700 juta keluar dari pelaburan satu billion dollar oleh 1MDB dalam tahun 2009.

Pada mulanya wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank Zurich milik syarikat Good Star Limited yang berpejabat di Seychelles.

Kini kami sudah mempunyai bukti, yang kami perolehi dari siasatan-siasatan oleh pihak berkuasa berkenaan kewangan Singapura, menunjukkan bahawa USD$500 juta telah seterusnya dikeluarkan dari akaun Good Star di RBS Coutts di Zurich dan dimasukkan ke dalam beberapa akaun milik ahli peniagaan berkontroversi Taek Jho Low (Jho Low) di BSI Bank di Singapura.

Jho Low bersama rakan sepestanya Paris Hilton

Jho Low bersama rakan sepestanya Paris Hilton

Penemuan itu membangkitkan persoalan-persoalan kritikal, pada status USD$1.103 billion di mana 1MDB dan Kementarian Kewangan mendakwa wang itu sedang disimpan dalam akaun berasingan dalam bank yang sama – wang yang seharusnya diperolehi kembali daripada urusniaga asal.

Lagipun jika terlalu banyak wang yang dikeluarkan dari usahaniaga itu melalui Good Star kepada Jho Low, bagaimana 1MDB akan mengambil kesemuanya balik termasuk faedahnya sekali?

Pemberi maklumat yang berasingan di Singapura memberitahu Sarawak Report bahawa tiada sebarang wang tunai sebenar dalam akaun BSI yang relevan, yang dibuka di bawah nama anak syarikatnya, Brazen Sky Limited, hanya sekadar ‘aset-aset kertas’ pada nilai yang tidak ditentukan.

Mengatasi senaarai 45 buah akaun yang aktif milik Jho Low di BSI Singapura

Mengatasi senaarai 45 buah akaun yang aktif milik Jho Low di BSI Singapura

Sarawak Report telah memperincikan sebuah pendedahan pada awal tahun ini tentang bagaimana USD$700 juta telah disedut keluar dari sebuah usahasama, di mana 1MDB melaburkan modal pertamanya sebanyak USD$1 billion ke dalam sebuah syarikat usahasama yang dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi International dalam tahun 2009.

Dokumen-dokumen dan emel-emel membuktikan bahawa keseluruhan transaksi itu telah dimulakan dan diuruskan oleh seorang ahli perniagaan muda rakan kepada Perdana Menteri Malaysia, Jho Taek Low.

Jho Low telah banyak kali menafikan sebarang pembabitannya dalam 1MDB, walaupun umum mempunyai bukti terhadap perbezaan itu.

Namun, dokumen-dokumen yang diperolehi oleh Sarawak Report membukti bahawa $700 juta itu telah dipindahkan terus dari 1MDB kepada syarikat Good Star Limited semasa usahsama itu dimeterai, di bawah samara ‘bayaran balik pinjaman’ kepada rakan kongsi dalam usahasama itu, PetroSaudi International (PSI).

Syarikat Good Star Limited, yang berpusat di Seychelless, merupakan pihak ketiga yang tiada perkaitan dengan PSI atau dengan urusan usahasamaa 1MDB.

Seet Li Lin merakamkan reaksinya dalam Facebook berkenaan kejayaan urusniaga 1MDB (29 September 2009) kemudian diikuti oleh majlis keramaian di Las Vegas

Seet Li Lin merakamkan reaksinya dalam Facebook berkenaan kejayaan urusniaga 1MDB (29 September 2009) kemudian diikuti oleh majlis keramaian di Las Vegas

Namun dokumen-dokumen seterusnya menunjukkan bahawa penandatangan Good Star adalah Li Lin Seet, yang bertindak selaku pembantu kepada syarikat-syarikat Jho Low, termasuk syarikat Jho Low, Jynwel; Capital yang berpejabat di Hong Kong.

Hakikat jelas menunjukkan bahawa wang 1MDB, yang sepatutnya digunakan untuk membayar balik pinjaman yang aneh kepada PetroSaudi, telah sebenarnya di bawah kawalan Jho Low.

Sarawak Report juga boleh mengesahkan bahawa dalam bulan September 2010 sebuah perjanjian tambahan sebanyak USD$160 juta telah dipindahkan ke akaun Good Star, selepas pemeteraian penjanjian ‘Muharaba’ antara PetroSaudi dan 1MDB – sebuah urusniaga yang diatur oleh Jho Low.

Namun sekali lagi pemindahan wang yang terlampau banyak kepada pihak ketiga, yang tidak mempunyai perkaitan dengan perjanjian pinjaman, tidak pernah dijelaskan oleh 1MDB.

Sarawak Report kini telah berjaya memperolehi beberapa salinan dokumen rahsia yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak berkuasa di Singapura kepada beberapa pihak berwibawa di Malaysia yang ditugaskan untuk menjalankan siasatan ke atas kehilangan berbillion-billion dari 1MDB.

Dokumen-dokumen ini termasuk maklumat yang diperolehi daripada cawangan bank BSI Switzerland di Singapura, yang berkaitan dengan akaun Brazen Sky Limited 1MDB dan maklumat mengenai akaun-akaun peribadi Jho Low di bank yang sama.

Siasatan serius dijalankan ke atas akaun BSI Jho Low di Singapura, namun apakah bentuk siasatan yang dijalankan di Malaysia?

Siasatan serius dijalankan ke atas akaun BSI Jho Low di Singapura, namun apakah bentuk siasatan yang dijalankan di Malaysia?

BSI telah menyerahkan maklumat penuh berkenaan akaun-akaun relevaan kepada pihak berkuasa Singapura, termasuk senarai panjang akaun peribadi dan perniagaan milik Jho Low.

Ini menunjukkan bahawa bermula pada 2015 akaun peribadi Jho Low di bank BSI Singapura mengandungi USD$11,548,989.69.

Syarikatnya Jynwell Capital Limited menyimpan USD$539,107.53 dan USD$28,583.04 dalam dua akaun berasingan.

Syarikat-syarikat lain ‘milik’ Jho Low, termasuk JW Nile (BVI) Limited (dahulunya dikenali sebagai JCL Media (EMI Publishing) Limited), menyimpan USD$2,493,858.71 pada 31hb Januari 2015.

Dua lagi syarikat, JW Silk Holdings Limited dan JW Silk (BVI) Limited masing-masingnya menyimpan USD$853,078.97 dan USD$1,134,971.38.

Seperti pada 31hb Januari 2015, bank BSI Singapura dilaporkan mengendalikan 26 buah akaun aktif milik Jho Low, yang mengandungi USD$17.5 juta.

Akaun bank milik Jho Low di BSI Singapura seperti pada 31hb Januari 2015 = USD$17.5 juta

Akaun bank milik Jho Low di BSI Singapura seperti pada 31hb Januari 2015 = USD$17.5 juta

Bank itu juga melaporkan bahawa Jho Low telah membuka sebanyak 19 akaun lagi yang aktif dalam bulan Oktober 2014, namun tiada satupun yang telah mengandungi wang simpanan dalam akaun mereka.

Syarikat-syarikat ini termasuk JW Charisma Investment Ltd, JW Champion Investment Ltd, JW Turbocharged Investment LTD, JW Canvas Investment Ltd, JW Infinity Investment Ltd, JW Imagine Investment Ltd, JW Harmony Investment Ltd, JW Rhapsody Investment Ltd, JW Agave Investment Ltd.

Syarikat-syarikat di atas semua mempunyai syarikat pegangan dengan akaun-akaun yang berasingan dalam bank dan kebanyakannya dibuka pada 14hb Oktober 2014.

Namun, maklumat bank BSI yang berkaitan dengan akaun-akaun yang tidak lagi aktif, yang telah ditutup oleh Jho Low pada tahun lepas, yang memberikan bukti berkaitan pemindahan wang dari 1MDB.

Menurut dokumen-dokumen rasmi yang ada pada simpanan kami, Jho Low telah membuka sebuah akaun dalam BSI Singapura pada 14hb September 2010 dengan nama Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKMIC), di mana Jho Low dikatakan sebagai pemilik akaun itu.

Akaun ADKMIC dalam bank BSI Singapura adalah milik Jho Low

Akaun ADKMIC dalam bank BSI Singapura adalah milik Jho Low

Mereka yang mengikuti perkembangan urusnaga Jho Low akan tahu bahawa ADKMIC adalah nama syarikat milik Jho Low dalam bulan Julai 2008, yang terbabit dalam pembelian 53% saham dalam kumpulan UBG milik keluarga Abdul Taib Mahmud di bawah anak syarikat Majestic Masterpiece Sdn Bhd.

Jho Low kemudiannya menjadi Pengarah dalam UBG dengan saham peribadi bertauliah dalam syarikat itu.

PetroSaudi memindahkan $260 juta untuk membeli UBG 8 hari selepas 1MDB memberi pinjam $340 juta.

PetroSaudi memindahkan $260 juta untuk membeli UBG 8 hari selepas 1MDB memberi pinjam $340 juta.

Seterusnya, PetroSaudi International yang belum pernah didengar sebelum ini telah membeli keseluruhan saham dalam kumpulan perbankan dan pembinaan itu dalam tahun 2010.

Pembelian itu diikuti pemeteraian awal usahasama 1MDB dalam tahun 2009 dan seterusnya menjelaskan bayaran sebanyak USD$500 juta ‘Pinjaman Muharaba’ oleh 1MDB kepada PetroSaudi, disempurnakan pada 8hb September 2010.

1MDB dan Kementerian Kewangan sering menafikan bahawa wang 1MDB pernah digunakan untuk membiayai pembelian UBG oleh PetroSaudi.

Namun, Sarawak Report kini berjaya membongkar banyak dokumen yang membukti tuduhan ini.

Pada 16hb September 2010, hanya seminggu selepas pinjaman Muharaba dijelaskan kepada PetroSaudi, sejumlah USD$260 juta telah dipindahkan kepada syarikat milik Pengarah Tarek Obaid kepada Javace Sdn Bhd, syarikat yang digunakannya untuk membeli UBG.

Pertukaranm emel-emel antara ahli-ahli pasukan penyamar bank UBG, yang bekerja dalam 1MDB di bawah Jho Low pada masa itu (dikenali sebagai Projek Uganda) menjelaskan bagaimana pinjaman Muharaba telah dipindahkan menerusi akaun bersama 1MDB PetroSaudi, bagi memenuhi syarat Bank Negara.

Namun kemudian ianya digunakan untuk membiayai urusniaga UBG, menurut emel ini.

Pergerakan wang menjelaskan kepada para peserta bagaimana pinjaman dari 1MDB digunakan secara sebahagian membeli UBG dan sebahagian lagi dipindahkan kepada Good Star (mengatasi $700 juta yang telah dijelaskan dalam bulan September 2009)

Pergerakan wang menjelaskan kepada para peserta bagaimana pinjaman dari 1MDB digunakan secara sebahagian membeli UBG dan sebahagian lagi dipindahkan kepada Good Star (mengatasi $700 juta yang telah dijelaskan dalam bulan September 2009)

Arahan-arahan ini jelas memperincikan bagaimana pinjaman $500 juta telah dibahagikan untuk membayar USD$160 juta kepada Good Star, dan bakinya $340 juta dimasukkan ke dalam akaun PetroSaudi.

Dari akaun ini, menurut arahan itu, USD$260 juta telah kemudiannya dikemukakan kepada Pengarah PetroSaudi, tarek Obaid, yang kemudiannya menyalurkan wang itu untuk pembelian UBG dari sebuah syarikat Javace Sdn Bhd.

Key beneficiary - Taib family made a fortune thanPeraih keuntungan utama – keluarga Taib menikmati hasil jualan, terima kasih pada sabsidi tersembunyi di sebalik pembelian kumpulan perbankan UBGks to 1MDB's hidden subsidy behind the UBG buy out

Peraih keuntungan utama – keluarga Taib menikmati hasil jualan, terima kasih pada sabsidi tersembunyi di sebalik pembelian kumpulan perbankan UBG

Tindakan ini telah menyempurnakan eksit menguntungkan dari Kumpulan UBG.

Menurut rekod-rekod bank BSI, Jho Low seterusnya membuka akaun miliknya menggunakan nama yang sama di cawangan mereka di Singapura pada 11hb Oktober pada tahun yang sama.

BSI kemudiannya merekodkan beberapa siri perpindahan wang dalam jumlah yang amat besar dari akaun Good Star Limited di Zurich (yang telah menerima $700 juta secara langsung, termasuk $160 juta daripada 1MDB) ke dalam akaun baru ADKMIC dua tahun kemudian.

Menurut angka-angka itu, yang telah dihantar kepada pihak berkuasa Singapura, terdapat 7 bayaran berasingan dikeluarkan dari akaun Good Star Limited di bank RBS Coutts, Zurich ke dalam akaun ADKMIC milik Jho Low, bagi akaun bernombor 6C02395 antara 28hb Jun 2011 hingga 4hb September 2013

Kesemua bayaran ini berjumlah USD$528,956.027.05.

Perpindahan wang dari Good Star dilakukan kepada akaun Jho Low di BSI Singapura.

Perpindahan wang dari Good Star dilakukan kepada akaun Jho Low di BSI Singapura.

Rekod dalam bank BSI Singapura menunjukkan bahawa akaun itu kemudiannya ditutup oleh Jho Low pada 18hb Februari 2014, hanya dua minggu selepas menerima bayaran terakhir daripada Good Star Limited.

Ini bermaksud bahawa terdapat maklumat yang didokumentasikan bahawa sekurang-kurangnya USD$860 juta telah dibayar dari 1MDB ke dalam akaun Good Star Limited di akaun bank RBH Coutts di Zurich antara September 2009 dan September 2010.

Juga terdapat maklumat yang berdokumentasi bahawa USD$528,956.027 juta telah dijelaskan antara bulan Jun 2011 dan bulan September 2013 dari akaun yang sama Good Star Ltd Zurich ke dalam akaun ADKMIC di BSI Singapura, di mana Jho Low didaftarkan sebagai pemilik mewarisinya.

Dengan bukti penting yang telah dibekalkan oleh kerajaan Singapura itu kepada Malaysia pada bulan lalu, wujudnya rasa risau bahawa mengapakah hanya sedikit tindakan rasmi dilakukan?

Ketua Auudit Negara telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Razak untuk memeriksa dan menyiasat akaun-akaun 1MDNB dan hubungan dana itu dengan Jho Low.

Namun,setakat ini, menurut sumber dalaman, belum ada sebarang reaksi terhadap maklumat yang dibekalkan.

Peliknya – Najib dan Rosmah berbelanja sepanjang bulan dan sebanyak beberapa juta ringgit untuk majlis-majlis perkahwinan anak perempuan mereka. Bolehkah perbelanjaan itu dipersoalkan?

Peliknya – Najib dan Rosmah berbelanja sepanjang bulan dan sebanyak beberapa juta ringgit untuk majlis-majlis perkahwinan anak perempuan mereka. Bolehkah perbelanjaan itu dipersoalkan?

Secara kontranya, Sarawak report telah mendapati bahawa seorang tokoh kanan dalam bank BSI Singapura telah digantung kerja pada bulan lepas, kerana kononnya mempunyai hubungan dalam siasatan ini.

Terdapat juga spekulasi bahawa Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah ‘dipersoalkan’ pada beberapa minggu lepas, kerana mengadakan beberapa siri majlis perkahwinan mewah anak perempuannya.

Mungkin, menurut maklumat daripada sumber dalaman bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya sedang melakukan siasatan sendiri terhadap perkara itu, memandangkan Sarawak Report telah mendapati bahawa pasangan suami isteri itu telah mengadakan pertemuan peribadi dengan Jho Low di Istanbul minggu lalu, pada suatu persinggahan dalam penerbangan mereka ke Khazakhstan menaiki jet oeribadi baru mereka.

Memandangkan pasangan suami isteri ternama itu sememangnya rakan-rakan karib Jho Low, mungkin dia akan dapat menceritakan secara terperinci tentang setiap transaksi kewangan kepada mereka?

Jika ya, beberapa badan rasmi berharap bahawa Perdana Menteri akan membuat kenyataan umum berhubung perkara itu dengan segera kepada pihak-pihak berwibawa yang relevan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments