Syarikat CMS sudah bersedia membeli 50% pegangan saham dalam syarikat Sacofa milik negeri – Persoalan-persoalan untuk Adenan

Syarikat CMS merebut industri-industri di Sarawak, sementara Gabenor menikmati status hidangan raja, seperti jirannya, Sultan Brunie

Syarikat CMS merebut industri-industri di Sarawak, sementara Gabenor menikmati status hidangan raja, seperti jirannya, Sultan Brunie

Laporan-laporan mengatakan bahawa syarikat Cahya Mata Sarawak (CMS) milik keluarga Taib Mahmud telah mula menswastakan satu-satunya entiti negeri dan menjadikan Sarawak Report tertanya-tanya bahawa betapa negeri Sarawak masih dikawal penuh oleh bekas Ketua Menteri dan Gabenor terkininya, Abdul Taib Bin Mahmud?

CMS pada asalnya merupakan sebuah syarikat yang ‘diswastakan’ ke tangan Ketua Menteri Taib dan keluarganya semenjak tahun-tahun 1980, di samping berkembangnya aset-aset negeri dan monopoli-monopoli perniagaan, seperti pengeluaran simen.

Ianya merupakan sebuah syarikat yang sangat beruntung dengan kontrak-kontrak negeri yang tidak henti-henti yang disalurkan oleh kerajaan negeri tadbiran Ketua Menteri Taib
Aset-asetnya termasuk “bank tanah yang aamat luas” di atas tanah-tanah pembangunan di luar bandar yang telah dibahagi atas arahan kerajaan dan kemudianya dijual pada harga yang paling murah kepada syarikat milik Taib sekeluarga.

Telah terlalu banyak peluang dan ruang diterima dari kerajaan negeri sejak beberapa puluh tahun lalu yang telah menjadikan CMS berkembang menjadi sebuah gergasi perniagaan bersifat luar biasa, menenggelamkan perniagaan-perniagaan lain di Sarawak.

Dengan itu CMS menjadi tauladan sebuah syarikat jenayah kecurian dan rompakan dana dan aset awam yang dilakukan seorang pemimpin yang hanya layak digelar sebagai pemimpin penjenayah kleptokrat berstatus dunia.

Sacofa – menambahbaik hidup rakyat atau menambahbaik hidup Taib sekeluarga?

Sacofa – menambahbaik hidup rakyat atau menambahbaik hidup Taib sekeluarga?

Rahsia kejayaan CMS adalah merebut setiap kontrak lumayan negeri Sarawak semasa di bawah pentadbiran Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri, menggunakan sebuah sistem yang dinamakannya sebagai “kontrak-kontrak dipersetujui” tanpa sebarang tender terbuka.

“Kontrak-kontrak dipersetujui” dilihat sebagai menggunakan pelbagai alasan, namun secara asasinya iyanya urusniaga yang lumayan dari pintu belakang.

Sememangnya ini adalah suatu amalan dalam pentadiran kerajaan negeri yang kita harap akan dihapuskan sama sekali, bersempena kata-kata mengenai perubahan dalam ucapan-ucapan Ketua Menteri yang baru, Adenan Satem, yang sering kita dengan berusaha menghapuskan rasuah, bagi menjadikan dirinya popular dari rakyat yang telah dianiayi oleh Abdul Taib Mahmud.

Walau bagaimana pun, orang awam telah diberitahu pada minggu lepas bahawa Setiausaha Kewangan Negeri telah melaksanakan kuasanya sendiri menjualkan 50% dari saham-saham dalam Sacofa, salah satu dari aset-aset negeri yang tinggi nilainya, kepada CMS pada harga yang serendah RM180 juta tanpa memohon perbincangan di kalangan orang awam mengenainya.

Di manakah debat parlimen mengenai penjualan harta negeri dalam industri telekomunikasi utama yang berkembang ini?

Mengapakah tidak terdapat sebarang penilaian awam berkenaan aset utama ini dan tiada pula process tender yang sempurna, jika keputusan penjualannya berkaitan dengan kepentingan awam – lebih-lebih lagi kepada Taib yang sudah sekian lama kaya raya itu?

Lagi pun, tidaklah mengejutkan bahawa para pembayar cukai Sarawak telah begitu komited untuk membayar cukai yang lumayan terhadap Sacofa, tetapi akhirnya bagi mempastikan bahawa keuntungan yang lumayan dimasukkan ke dalam CMS, seperti kenyataan yang tiada rasa malu dikeluarkan oleh CEO British, Richard Curtis, kepada para pelabur mereka.

Lagi pun bagi Taib, syarikat ini merupakan “penyedia tunggal” semua menara telekomunikasi di Sarawak, seperti mana yang kita tahun bahawa Gabenor itu amat gemar pada perniagaan monopoli. Akan tetapi dia sememangnya dibentuk sedemikian.

Sebuah perniagaan monopoli negeri yang sihat yang ditubuhkan oleh Taib untuk diswastakan kemudiannya kepada syarikat keluarganya pada sebuah majlis rasmi negeri

Sebuah perniagaan monopoli negeri yang sihat yang ditubuhkan oleh Taib untuk diswastakan kemudiannya kepada syarikat keluarganya pada sebuah majlis rasmi negeri

Ini telah membiarkan orang ramai bertanya apakah yang berlaku pada ‘program perubahan’ Ketua Menteri Sarawak yang baru itu dan juga kenyataan-kenyataannya mengenai siapa yang ‘berkuasa’ sekarang?

MP PKR Batu Lintang, See Chee How telah mencadangkan agar debat khusus dianjurkan berkenaan perkara ini, seprti yang dinyatakannya kepada Sarawak Report.

MP Batu Lintang See Chee How mencadangkan agar satu debat umum diadakan berkaitan penswastaan kepentingan awam dan negeri itu

MP Batu Lintang See Chee How mencadangkan agar satu debat umum diadakan berkaitan penswastaan kepentingan awam dan negeri itu

Banyak akhbar tempatan telah melaporkan mengenai cerita-cerita ini selama beberapa minggu mengenai tindakan drastik Adenan terhadap pegawai-pegawai jabatan hutan dan segelintir menteri dan menahan samseng-samseng kecil kerana kesalahan itu dan ini.

Namun ikan jerung terbesar masih lagi berenang-renang di perairan Sarawak tidak disentuh, dibiarkan memakan apa sahaja yang tinggal pada sektor industri dan juga kontrak-kontrak awam.

Hanya pada minggu ini CMS dilaporkan telah berjaya mendapar sebuah kontrak lumayan bernilai RM308 juta untuk membina sebuah muzium Sarawak yang bari dan landasan warisan di Kuching.

Adenan dilihat sebagai mendedahkan kelemahan sebenarnya dengan terus akur pada kehendak CMS. Urusniaga ini menunjukkan siapakah yang masih menguruskan Sarawak dan ia juga membuktikan bahawa orang-orang seperti Setiausaha Kewangan Negeri masih lagi bekerja menurut arahan bos lama mereka, seorang yang telah melantik mereka dahulu.

Di bawah pentadbiran Adenan, di mana dirinya merupakan rakan karib kepada Taib, tidak ramai pemain utama di Sarawak telah berubah. Semua penyokong politiknya dan juga pegawai tertinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan masih orang yang sama yang telah dilantik oleh Taib dan masih dikawal rapi oleh Abdul Taib Mahmud.

Ketua Menteri yang baru itu telah banyak melakukan aksi publisiti berani mati dan mempunyai beberapa jam sehari di samping pihak pembangkang dan tokoh-tokoh awam, yang telah berputus asa membayangkan bahawa perubahan politik boleh dicapai tanpa banyak usaha dengan hanya mengadakan sebuah-dua majlis makan.

Perubahan hanya boleh diukur menerusi tindakan, dan bukanya kata-kata.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments