USD$300 juta lagi dipindahkan ke akaun syarikat Good Star Limited dari 1MDB! PANAS TERKINI!

Melabur untuk bangun atau menghisap wang pinjaman dari Malaysia?

Melabur untuk bangun atau menghisap wang pinjaman dari Malaysia?

Dokumen-dokumen terkini yang diperolehi oleh Sarawak Report menunjukkan bahawa dalam tahun 2011 syarikat Good Star Limited, yang dikendalikan oleh ahli perniagaan rakan karib kepada Menteri Kewangan Najib, Jho Low, telah menerima USD$300 juta lagi ‘wang pinjaman’ yang telah diluluskan oleh 1MDB, yang seharusnya untuk rakan kongsi dalam usahasama mereka, PetroSaudi International.

Good Star Limited berpejabat di Seychelles, tetapi diperbadankan di Kepulauan Cayman dan memiliki akaun bank di Zurich. Penandatangan pada akaun bank itu adalah Seet Li Lin, pembantu kepada Jho Low.

Jho Low sering mendakwa bahawa dia tiada peranan dalam 1MDB dan juga tidak memperoleh sebarang bentuk keuntungan dari pelaburan itu.

Good Star – penerima USD$330 juta daripada 1MDB

Good Star – penerima USD$330 juta daripada 1MDB

Namun, Sarawak Report telah mendedahkan bahawa barisan para Pengarah dalam PetroSaudi telah bersetuju untuk “bertindak sebagai pemuka” untuk Jho Low dan bahawa dari jumlah USD$1.5 billion telah dilaburkan dalam PetroSaudi antara September 2009 dan September 2010, $860 juta telah disuntik secara rahsia ke dalam akaun RBS Coutts Zurich milik Good Star Limited.

Akaun RBS Coutts Zurich Good Star

Akaun RBS Coutts Zurich Good Star

Kini, para penyiasat telah mengesahkan USD$330 juta lagi, kebenaran yang dipohon oleh 1MDB untuk memberipinjam kepada PetroSaudi pada bulan Mei 2011, juga kesemuanya dimasukkan ke dalam akaun milik Good Star Limited.

Wang ini telah dibiayai oleh “ringgit yang dipinjam dari bank-bank luar negara dan baki keuntungan Sukuk Muharaba” kata para pegawai penyiasat, yang mengemukakan laporan pada awal bulan ini kepada pihak-pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia.

Bagaimana pemindahan wang itu diisytiharkan dalam akaun rasmi 1MDB – wang itu dikatakan telah disuntik ke dalam PetroSaudi dalam tahun 2012

Bagaimana pemindahan wang itu diisytiharkan dalam akaun rasmi 1MDB – wang itu dikatakan telah disuntik ke dalam PetroSaudi dalam tahun 2012

Wang itu telah dipindahkan dalam empat bahagian dalam matawang USD ($30 million + $65 million + $110 million + $125 million) terus ke dalam akaun RBS Coutts Zurich milik Good Star Limited.
Namun kelulusan telah diperolehi oleh para penyelaras untuk 1MDB untuk memberikan pinjaman kepada usahasama 1MBD PetroSaudi Limited (BVI) dengan alasannya untuk “membiayai pelaburan luar negara yang sedang dijalankan dalam sektor minyak dan gas”.

Dalam permohonan 1MDB, nama syarikat Good Star Limited tidak dinyatakan, begitu juga pemindahan wang kepada Good Star juga tidak dinyatakan.

Walau bagaimana pun, keempat-empat bayaran berjumlah $330 juta daripada dua bank berasingan di Malaysia telah dipindahkan kepada akaun bank Good Star Limited, menurut dokumen-dokumen yang ada pada kami.

Semua wang dipindahkan kepada akaun RBS Coutts milik Good Star menurut dokumen (nama-nama kod digelapkan)

Semua wang dipindahkan kepada akaun RBS Coutts milik Good Star menurut dokumen (nama-nama kod digelapkan)

Permohonan yang dikemukakan oleh 1MDB untuk pinjaman ini mendakwa bahawa ianya “sebahagian dari inisiatif antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi khususnya untuk meneroka pelaburan dalam sektor tenaga”, menurut para penyiasat.

Namun, bukti berkenaan perjanjian usahasama antara kerajaan kedua-dua buah negara itu agak samar-samar.

Bukti berkenaan pelaburan oleh PetroSaudi International di Malaysia juga tidak ada, selain membeli dan mengambil-alih bank UBG dari keluarga Taib, seperti ditunjukkan oleh Sarawak Report, dibiayai oleh 1MDB.

Malah, 1MDB mendakwa permohonannya daripada para pengawal kewangan bahawa ianya memberi-pinjaman kepada 1MDB PetroSaudi (BVI) telah diluluskan oleh Menteri Kewangan dan ahli-ahli Lembaga Pengarah 1MDB, menurut para penyiasat rasmi.

Wang itu tidak dipindahkan ke akaun 1MDB PetroSaudi (BVI). Ianya dipindahkan ke akaun Good Star Limited, yang dikendalikan oleh Jho Low.

Yang mengejutkan, siasatan mengesahkan bahawa USD$330 juta, yang dipindahkan ke akaun Good Star Limited telah dilaporkan secara rasminya ke Bank Negara Malaysia sebagai telah dibayar kepada syarikat PetroSaudi, 1MDB PetroSaudi.

Transaksi bayaran dalam jumlah yang amat besar perlu diketahui oleh peraturan-peraturan kewangan Malaysia di bawah laporan ITIS [Sistem Maklumat Transaksi Antarabangsa].

Di bawah laporan ini ianya mengatakan bahawwa wang itu telah dipindahkan ke akaun induk syarikat PetroSaudi.

Laporan-laporan tukaran asing yang diberitahu kepada bank Negara bahawa wang itu telah dihantar ke akaun induk syarikat PSI (kod-kod nama digelapkan)

Laporan-laporan tukaran asing yang diberitahu kepada bank Negara bahawa wang itu telah dihantar ke akaun induk syarikat PSI (kod-kod nama digelapkan)

Persoalannya sekarang adalah siapakah yang bertanggungjawab memberikan maklumat mengelirukan bahawa syarikat Good Star Limited merupakan anak syarikat kepada PetroSaudi International?

Dan juga, mengapakah tiada satupun bank-bank yang terbabit dalam semua transaksi dapat mengesan laporan transaksi yang meragukan?

Juga terdapat rasa kurang percaya yang semakin berkembang tentang bagaimana USD$1.103 billion masih berbaki dari pelaburan malang PetroSaudi dan tersimpan dalam akaun bank BSI Singapura seperti yang sedang didakwa oleh Menteri Kewangan?

PetroSaudi membeli kapal pencari gali minyak menggunakan wang 1MDB dan kini melesenkannya kepada sebuah konsesi minyak yang menguntungkan di luar perairan Venezuela. Namun, apakah yang datang balik kepada 1MDB dan siapakah yang membeli pembiayaan pelaburan itu?

PetroSaudi membeli kapal pencari gali minyak menggunakan wang 1MDB dan kini melesenkannya kepada sebuah konsesi minyak yang menguntungkan di luar perairan Venezuela. Namun, apakah yang datang balik kepada 1MDB dan siapakah yang membeli pembiayaan pelaburan itu?

Dari sejumlah USD$1.93 billion yang dikira oleh Sarawak Report, telah dipinjamkan kepada PetroSaudi, kita dapati bahawa USD$1.1p billion dimasukkan ke dalam Good Star.

Di awal minggu ini kami mendedahkan bahawa pihak berkuasa Singapura telah mengenalpasti yang USD$500 juta telah dipindahkan menerusi akaun BSI kendalian Jho Low dari Good Star di antara tahun-tahun 2011-2013.

Namun, Menteri Kewangan tetap mendakwa dalam beberapa siri kenyatannya bahawa USD$2.3 billion telah ‘ditebus balik’ dari pelaburan PetroSaudi dalam tahun 2012 dan bahawa USD$1.103 billion dari wang itu masih tersimpan dalam bentuk wang tunai dalam akaun Brazen Sky Limited milik 1MBD di Singapura.

Menurut alasannya dia enggan membawa balik wang tunai sebanyak itu ke Malaysia untuk menjelaskan sebahagian dari hutan 1MDB yang tenat itu kerana ianya membabitkan kelulusan dari Bank Negara.

Adakah ini masa yang amat sesuai bagi Ketua Audit Negara menelefon bank BSI Singapura untuk menyemak akaun 1MDB?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments