Menceroboh Dana Agama Bukan Perkara Baru Di Sarawak!

Menteri di Kabinet Negeri yang juga bos Baitulmal, Daud Bin Abdul Rahman, menyerahkan bantuan wang kepada golongan miskin – namun banyak wang sumbangan agama di Sarawak telah ‘dilaburkan’, sebagai contohnya, dalam projek-projek syarikatnya sendiri.

Menteri di Kabinet Negeri yang juga bos Baitulmal, Daud Bin Abdul Rahman, menyerahkan bantuan wang kepada golongan miskin – namun banyak wang sumbangan agama di Sarawak telah ‘dilaburkan’, sebagai contohnya, dalam projek-projek syarikatnya sendiri.

Rakyat Malaysia telah menunjukkan reaksi mengejutkan berkenaan pendedahan bahawa dana yang diterbitkan oleh penyumbang yang taat pada agam mereka sendiri telah dijadikan sebagai dana pelaburan oleh para yang berhormat dalam BN.

Namun, bagi orang-orang di Sarawak, ianya amalan yang biasa.

Sarawak Report telah menunjukkan rasa risau umum selama beberapa tahun berkenaan salah guna wang, yang dikumpul daripada orang-orang miskin bagi menunaikan tanggungjawab mereka dalam agama mereka, namun kutipan itu diselewengkan ke dalam saku-saku pihak yang mempunyai hubungan dengan kerajaan negeri atau pemerintah.|

Kami telah menonjolkan bagai mana ‘pelaburan’ di Sarawak oleh dana-dana agama digunakan dalam projek-projek pembangunan dan pembinaan telah memberikan banyak peluang kepada segolongan pengambil komisyen untuk mendapatkan keuntungan.

Pengerusi Lembaga Pengarah dalam Baitulmal, YB Daud Abdul Rahman telah menerima RM25 juta apabila kontrak untuk membina pusat perniagaan Baitulmal II yang baru di Kuching

Pengerusi Lembaga Pengarah dalam Baitulmal, YB Daud Abdul Rahman telah menerima RM25 juta apabila kontrak untuk membina pusat perniagaan Baitulmal II yang baru di Kuching

Begitu juga corak politik yang menyaksikan bagai mana kedudukan utama dalam dana agama telah menjadi begitu mantap di Sarawak, telah menjadi ikutan Najib dalam usahanya memertabatkan agamanya, khasnya dalam pengurusan kewangan majlis agama, di bawah kawalan UMNO.

Daud Abdul Rahmas dari parti BN-PBB, sebagai contoh, bukan hanya sebagai Menteri Hal Ehwal Islam malah dia juga Menteri Pembangunan Infrastruktur di Sarawak, namun dia juga merupakan Pengerusi Lembaga Baitulmal dan juga dalam Lembaga Pemegang Amanah untuk Masjid, apabila kami mendedahkannya kerana memberikan projek gergasi oleh dana Baitulmal kepada syarikatnya sendiri, Eastbourne Corporation.

Dia telah mendapatkan ‘bebuih’ beberapa juta sebelum menyerahkan kerja-kerja itu kepada sebuah lagi syarikat.

Di Sarawak Ketua Menteri mengetuai Lembaga untuk Masijd dengan Menteri Perumahan sebagai Timbalannya

Di Sarawak Ketua Menteri mengetuai Lembaga untuk Masijd dengan Menteri Perumahan sebagai Timbalannya

Pada masa itu dalam tahun 2013 terbit rasa marah umum di Sarawak, serupa dengan rasa marah yang terbit pada hujung minggu ini berhubung skandal Tabung Haji.

Banyak laporan polis telah dibuat. Sebuah pilihanraya telah dijalankan. Ketua Menteri pula sudah bertukar.

Namun Daud masih sebagai Menteri Ha Ehwal Islam dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan juga Pengerusi Baitulmal dan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid di Sarawak.

Dua orang dari ahli politik berkroni yang kata, Daud dan Awang Tengah, kedua-duanya mengetuai Lembaga Kebajikan Masjid

Dua orang dari ahli politik berkroni yang kata, Daud dan Awang Tengah, kedua-duanya mengetuai Lembaga Kebajikan Masjid

Maka Najib menggunakan amalan biasa apabila dia bercadang untuk meminta rakan-rakan politiknya dalam Tabung Haji untuk mengalihkan dana mereka untuk menebus hutang 1MDB.

Syarikat Eastbourne Corporation milik Daud telah menerima kontrak besar dari negeri Sarawak

Syarikat Eastbourne Corporation milik Daud telah menerima kontrak besar dari negeri Sarawak

Sebenarnya Najib menggunakan kemahiran dari Sarawak melakukan sesuatu apabila dimembabitkan Jho Low.
Ini kerana bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, yang mula-mula menggunakan jutawan muda yang mengendalikan wang 1MDB untuk membeli UBG milik Taib pada harga yang tinggi.

Urusniaga UBG telab menyebabkan kebocoran dalam kewangan 1MDB, justeru itu meningkatkan hutang yang mengakibatkan Tabung Haji menanggungnya.

Daud, menjadi Pengerusi ke atas semua wang yang dikutip dan kemudian diagih-agihkan kepada orang-orang Islam di seluruh negeri.

Wang itu termasuk Zakat, yang dikutip daripada penganut Islam yang taat khususnya untuk membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan.

Namun, sebahagian besar dari wang itu telah disalurkan kepada projek-projek pusat perniagaan dan kami dapat membuktikan bahawa Daud telah mendapatan berjuta-juta ringgit dari dana ini untuk syarikatnya.

Rekod-rekod menunjukkan bahawa syarikatnya mengekalkan RM25 juta pada urusniaga itu.

Ini mencetuskan tanda tanya. Adakah pemimpin dana Islam menyalah guna kedudukannya untuk mendapatkan berjuta-juta ringgit yang telah dikutip dari golongan pembayar zakat untuk membantu golongan yang kurang berada?

Menurut bukti kami, in adalah keadaannya dan kami mencabar Daud untuk menjelaskan bagaimana harus bagi dirinya untuk memberikan kontrak-kontrak itu kepada syarikatnya sendiri?

Terima kasih pada undang-undang yang diluluskan oleh Taib Mahmud, cukai-cukai Islam dikenakan ke atas orang-orang Islam oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Namun rasa risau kini semakin bertambah pada urustadbir yang berahsia ke atas wang ini dijalankan oleh Daud dan Majlis Islamnya.

Pihak pembangkang DAP telah menggesa TBS untuk mengemukakan penyata-penyata kewangan mereka, namun tidak berganjak untuk mengambil sebarang tindakan.

Terdapat kritikan pada keputusan untuk membelanjakan wang ini atas pembinaan pusat-pusat membeli-belah yang besar, selain digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, ramai dari kalangan mereka mengadu bahawa bantuan mereka telah dikurangkan oleh TBS.

Baru-baru ini Daud sendiri telah memberitahu para wartawan bahawa dana dibelanjakan sebanyak RM2 juta setahun untuk membantu golongan kurang bernasib, dan menambah kata “setiap tahun kami membelaanjakan tidak kurang dari RM30 juta ke RM40 juta untuk membantu kumpulan sasar.”

Namun, jumlah itu dilihat tidak signifikan di samping ratusan juta ringgit yang diagihkan pada pembinaan ‘Pusat-pusat Islam’ yang telah dibina di Muching, Sibu dan Miri.

Bangunan Baitulmal yang baru disiapkan di Kuching telah menelan belanja pembinaan RM90 juta dan mempunyai menara 17 tingkat dengan dua tingkat khas untuk 74 ruang perniagaan.

Naim Candera, sebuah syarikat yang amat rapat dengan bekas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan dipengerusikan oleh sepupunya, Hamed Sepawi, telah dipilih oleh Daud dan Lembaga Baitulmal sebagai kontraktor untuk melaksanakan projek itu, yang telah dirasmikan pada 16hb September.

Projek-projek binaan bangunan yang lain yang bernilai RM100 juta telah juga ditauliahkan oleh Lembaga Baitulmal di Sibu dan Miri.

Namun kini sudah terdapat projek yang baru yang lebih besar sedang dibina di Kuching, Baitul Makmur II di Petra Jaya, yang telah diumumkan dalam bulan Mei, sebaik sahaja berakhirnya pilihanraya ke-13 dengan kemenangan menyebelahi BN.

Baitul Makmur II direka sebagai bangunan 18 tingkat untuk komersil dan pejabat, yang didakwanya akan menempatkan banyak kementerian cabinet Sarawak apabila siap nanti.

Hubungan keagamaannya kurang dari jelas. Namun bank RHB telah mengesahkan dalam bulan Jun bahawa ianya akan memberikan kemudahan RM300 juta berbentuk ‘kemudahan kewangan Islam’ untuk membantu membina “bangunan pejabat” ini.

Dalam masa yang sama, menurut siasatan kami, syarikat binaan Hock Seng Lee telah mengumumkan bahawa ia telah menerima kontrak bernilai RM228 juta untuk membina bangunan itu.

Namun kontrak itu bukan terbit dari Lembaga Baitulmal, tetapi dari syarikat Daud, Eastbourne!

Siasatan kami ke dalam laman web CIDB mendapati bahawa kontrak asal itu bukannya diberikan kepada HSL tetapi kepada Eastbourne Corporation Bhd pada harga RM253 sebaik selepas pilihanraya 25hb Mei.

Pinjaman RHB itu telah diumumkan sebulan kemudian iaitu pada 28hb Jun, serentak pada hari HSL mengumumkan urusniaga mereka dengan Eastbourne untuk mengambil-alih projek itu pada harga RM228 juta, iaitu RM25 jurang kurang dari harga asalnya.

Dengan adanya rekod-rekod awam ini, kami menuntut supaya Menteri Hal Ehwal Agama Islam harus menjelaskan mengapakah Lembaga Baitulmal memberikan projek itu kepada syarikatnya pada harga RM253 juta, tetapi kemudiannya diserahkan seterusnya kepada HSL pada harga RM228 juta?

Apakah tujuan atau kegunaan baki wang sebanyak RM25 juta, yang telah diterbitkan dari golongan penderma, atas nama kebajikan di sudut pandangan agama?

Perkara itu akan menarik perhatian rakan-rakan YB Daud dalam cabinet Sarawak, khasnya bagi merkea yang telah digesa oleh Ketua Menteri Adenan Satem untuk ‘bertindak secara sukarela’ untuk mendermakan sebahagian besar dari gaji bulanan mereka ke dalam projek-projek pembinaan bangunan Baitulmal.

Penjawat awam yang beragama Islam juga dijangka merasa rasa, kerana sebahagian dari gaji bulanan mereka akan dipotong untuk dibayarkan kepada dana Zakat, yang akan diuruskan oleh Lembaga Baitulmal pimpinan Daud Abdul Rahman.

Sarawak Report telah menonjolkan syarikat Eastbourne milik Daud dalam konteks yang lain.

Ramai yang telah mempersoalkan sama ada urusan perniagaan membabitkan kebajikan orang-orang Islam dibelanjakan untuk membina bangunan perniagaan akan mendapatkan jawapan berkenaan tujuan syarikat-syarikat ini.

Lagi pun semua kontrak berkaitan Baitulmal telah diberikan kepada syarikat-syarikat di mana pembuat keputusannya mempunyai kepentingan peribadi.

Satu lagi kes membabitkan projek-projek gergasi yang disokong oleh Lembaga Baitulmal dan Lembaga Kebajikan Masjid di Batu Lintang. Sekali lagi keuntungan dari projek-projek ini diraih oleh bos mereka, syarikat Naim Candera milik keluarga Taib Mahmud.

Kini, bekas tapak kediaman dan kuarters kerajaan telah ditukar menjadi pusat beli-belah yang besar, di mana 70% darinya dimiliki oleh syarikat Naim Candera.

Syarikat kontraktor Hock Seng Lee (HSL) telah mengikhtiraf dirinya sebagai syarikat klien kepada keluarga Taib Mahmud, setelah selama beberaapa dekad ini menerima pelbagai sab-kontrak untuk projek-projek yang pada mulanya diserahkan menerusi tangan-tangan rakan-rakan dan saudara-mara kepada Ketua Menteri.

Dengan dris Buang yang sering ada, salah seorang dari orang kanan politik Taib Mahmud, yang diletakkan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dalam HSL, ianya sebuah syarikat yang telah lama dikaitkan secara politik – sebuah syarikat yang sering menerima banyak projek gergasi yang berasuah di Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments