Menjana Berjuta-juta Ringgit Dalam Satu Hari ..... Adakah Ianya Sempurna Dan Adakah Ianya Benar?

Rosmah menerima tanda penghargaan daripada Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dilantiknya sendiri. Sumber dalaman melaporkan bahawa Azeez telah mengikut telunjuk Rosmah dalam usaha pembelian plot 1MDB

Rosmah menerima tanda penghargaan daripada Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dilantiknya sendiri. Sumber dalaman melaporkan bahawa Azeez telah mengikut telunjuk Rosmah dalam usaha pembelian plot 1MDB

Menjana wang segera yang banyak atas pembelian harta 1MDB mereka adalah suatu penyelesai mudah yang dicadangkan oleh Perdana Menteri pada hujung minggu ini kepada Lembaga Pengarah dana agama Tabung Haji.

Ini sebagai respon pada kebocoran pembelian rahsia untuk pembayaran balik 1MDB yang terkini.

Namun cadangan itu telah mengungkit lebih banyak persoalan dari jawapan.

Salah sebuah darinya yang dibangkitkan oleh MP DAP Tony Pua, yang mengatakan jika ianya benar bahawa ada tiga pembeli yang bersedia untuk membayar RM5 juta lebih dari Tabung Haji, mengapakah Menteri Kewangan / Perdana Menteri (yang mengetuai 1MDB) tidak menjualkannya kepada mereka?

Tony Pua menambah kata bahawa ‘keluarga pertama’ itu harus menunjukkan contoh dan membeli tanah itu untuk mereka, dengan kekayaan anak tiri Najib di US itu bernilai hampir sama dengan harga harta itu.

Namun walaupun wujudnya marjin harga pada tanah yang dijual oleh 1MDB kepada Tabung Haji, adakah kaedah itu dianggap Halal – atau dalam erti kata yang lain, ‘sesuai’?

Pendek kata, mengapakah Najib menjual tanah itu pada harga yang amat rendah, pada mulanya kepada 1MDB kemudian mengenakan harga yang terlampau tinggi (tetapi bukan pada harga yang penuh) kepada Tabung Haji, memandangkan bahawa dia telah diamanahkan dengan kepentingan terbaik pada komunbiti itu secara keseluruhannya?

Sarawak Report telah mendapati bahawa terdapat bayaran-bayaran yang disuntikkan ke dalam 1MDB, yang belum lagi diumumkan.

Ini termasuk pinjaman RM550 juta kepada 1MDB oleh bank pembangunan EXIM milik Kementerian Kewangan, yang telah menutupi pembelian berkontroversi dari Tadmax.

Malangnya, laman web rasmi EXIM tidak dapat diakses, maka, adakah strategi pelaburan mereka begitu sukar untuk membezakannya.

Tidak dapat diakses

Tidak dapat diakses

Namun, apa yang jelas adalah EXIM, sama juga seperti 1MDB, Kementerian Kewangan, Pejabat Perdana menteri dan 1MDB, semua ini bertanggungjawab kepada PM, Najib Razak.

Apabila seseorang individu mempunyai seorang isteri yang akuisitif yang berada di kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran negara, seperti yang dirasakan rakyat Malaysia kini, sudah pastinya ada pelbagai masalah.

Namun, terdapat prosedur antarabangsa yang menggera institusi kewangan di Malaysia, yang tidak dapat dikawal oleh pasangan pertama itu.

Sarawak Report telah mengetahui dari beberapa sumber utama bahawa bank tempatan menyimpan bukti-bukti bahawa pindahan wang yang besar jumlahnya menerusi akaun-akaun peribadi ‘Wanita Pertama’ dan Perdana Menteri, di mana pada setiap kali pindahan dilakukan mencetuskan geraan anti pengubahan wang yang biasa.

Pindahan-pindahan wang ini telah mencetuskan laporan-laporan biasa, di mana pada kes pindahan wang berjumlah terlampau banyak, melebihi RM30,000, harus dilaporkan oleh bank yang relevan dalam masa 24 jam dan harus diperiksa seteliti mungkin oleh jabatan-jabatan tertentu.

Di bawah peraturan-peraturan ini, apabila pindahan wang ini dikenalpasti sebagai luarbiasa, pihak penguatkuasa diarahkan untuk menulis surat minta penjelasan dari pemegang akaun yang relevan, juga harus dijawab secara bertulis dalam masa satu minggu.

Maka, sumber dalaman seterusnya bertanya mengapakah mekanisme ini tidak digunakan untuk meminta penjelasan daripada PM/Menteri Kewangan dan isterinya pada masa sistem anti pengubahan wang digerakan dalam kes mereka?

Khususnya, isteri PM, menurut sumber dalaman, dikenalpasti mendepositkan wang yang amat banyak ke dalam akaunnya di CIMB, yang sering digunakan untuk menjelaskan hutang-hutang kad kreditnya.

Perdana Menteri pernah dilihat mengeluarkan jumlah wang yang banyak sehingga berjuta-juta ringgit, pada waktu-waktu kritikal dari akaun peribadinya di AmBank di KL.
Sumber dalaman ingin tahu jika pihak bank pernah meminta ‘Keluarga Pertama’ itu melaporkan pindahan yang luarbiasa?

Kini ianya telah ditentukan oleh jurucakap Perdana Menteri bahawa sumber kekayaan Najib adalah diwarisinya.

Kerana jika ini adalah sumbernya, mengapakah suntikan wang tunai dimasukkan ke dalam akaun Rosmah, dan bukannya dipindahkan secara elektronik daripada akaun Naib?

Mengeksploitasi golongan yang ikhlas menderma untuk menebus hutang 1MDB?

Mengeksploitasi golongan yang ikhlas menderma untuk menebus hutang 1MDB?

Dalam pada itu, rakyat Malaysia kini dibiarkan menggaru kepala pada alasan-alasan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri sepanjang hujung minggu ini, sementara dia cuba menjauhkan dirinya dari kebocoran berita skandal Tabung Haji.

Penafian Najib amat bercanggah dengan dakwaannya bahawa sektor swasta akan dengan mudah membayar sekitar RM5 juta untuk tanah itu, yang dia nasihatkan untuk membiayai jualan balik dengan segera dalam urusan itu.

Sebenarnya dia telah mengadu bahawa jika Tabung Haji tidak dibabitkan dengan skandal dan pablisiti yang negatif, pihak pemegang amanah akan bertahan lebih lama pada tanah itu dan menaikkan harganya lebih tinggi – dakwanya sehingga RM170 juta!

Masalah di Sabah – Najib pada awalnya pernah mengarahkan Ketua Menteri Sabah yang dicemari skandal untuk meletak jawatan. Apakah faktor yang menyebabkan dia mengubah fikirannya sekarang.

Masalah di Sabah – Najib pada awalnya pernah mengarahkan Ketua Menteri Sabah yang dicemari skandal untuk meletak jawatan. Apakah faktor yang menyebabkan dia mengubah fikirannya sekarang.

Dalam kes ini, para pemerhati ingin tahu, apakah alasan Najib menjual tanah itu jauh lebih rendah dari harga pasaran kepada Tabung haji?

Dan dalam peranannya sebagai Menteri Kewangan, apakah alasannya menjualkan tanah yang sama pada harga yang terlampau rendah (iaitu 65 kali lebih rendah) kepada 1MDB?

Kerana menerusi kedua-dua transaksi ini, yang diselianya, maka rakyatlah yang menanggung kerugian yang besar – sebanyak berjuta-juta ringgit.

Namun najib tidak pedulikan itu semua.

Sebaliknya dia terus bercakap mengenai terma-terma menjanakan keuntungan cepat untuk para kroninya, dengan pihak yang kerugian adalah rakyat kebanyakannya.

Maka, nampaknya Najib dan isterinya harus bertanya, untuk mencari siapakah yang akan membeli balik tanah Tabung Haji itu dengan harga yang lebih tinggi?

Adakah rakyat Malaysia akan bertolak-ansur dengan lebih banyak urusan berahsia yang berpihak pada pasangan pertama itu, yang telah menghimpunkan segala kuasa ekonomi di bawah bumbung mereka?

Adakah ini sudah tiba masanya untuk kembali kepada peraturan dan undang-undang dan juga ketelusan?

Najib menceritakan mengenai pembelian itu sebagai perjudian pasti menang untuk menjanakan berjuta-juta ringgit – para penilai risiko menamakan kaedah itu sebagai usahaniaga berisiko tinggi

Najib menceritakan mengenai pembelian itu sebagai perjudian pasti menang untuk menjanakan berjuta-juta ringgit – para penilai risiko menamakan kaedah itu sebagai usahaniaga berisiko tinggi

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments