Pembekuan Pengambilan Pekerjaan Awam Dibekukan Sebagai Langkah Kecemasan Menjimatkan Wang Negara EKSKLUSIF!

Pengarah JPA Malaysia, Mohamad Zabidi Zinal – Tiada pengambilan staf baru sehingga diberitahu!

Pengarah JPA Malaysia, Mohamad Zabidi Zinal – Tiada pengambilan staf baru sehingga diberitahu!

Sarawak Report telah mendedahkan bukti penting berkenaan masalah kewangan negara yang semakin memburuh.

Sebuah arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Sumber Manusia Perjawatan Awam memaklumkan mereka bahawa mereka harus menghentikan pengambilan staf baru.

Implikasi arahan menyeluruh ini sudah pasti menjejaskan harapan ribuan orang pencari pekerjaan dengan sektor kerajaan di seluruh negara.

Tindakan kecemasan ini belum dikeluarkan secara umum oleh kerajaan yang sedang dibebani masalah hutang seperti kegagalan Dana Pembangunan Satu Malaysia (1MDB), yang kini berada pada tahap amat kritikal, RM42 billion.

Namun, Sarawak Report kini telah menerima sesalinan surat arahan yang berkerangan sendiri dalam Bahasa Malaysia yang dikeluarkan oleh Pengarah JPA Mohamad Zabidi Zainal.

Langkah pembekuan pengambilan tenaga kerja yang baru ke dalam Perkhidmatan Awam

Langkah pembekuan pengambilan tenaga kerja yang baru ke dalam Perkhidmatan Awam

Dokumen itu telah dipekelilingkan secara meluas di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam di tengah-tengah berkembangnya rasa risau dan juga implikasi mengenai keberkesanan perkhidmatan kerajaan.

Dengan arahan menyeluruh seperti ini merentasi semua jabatan kerajaan, maka Sarawak Report mencadangkan agar kerajaan Malaysia herus bersikap lebih terbuka dan telus mengenai langkah ini dan menjelaskan sejauh mana keadaan kritikal itu melanda perkhidmatan awam dan perjawatan yang terlibat?

Susunan dan gubahan bunga majlis perkahwinan seperti ini dikatakan berharga jutaan ringgit ...

Susunan dan gubahan bunga majlis perkahwinan seperti ini dikatakan berharga jutaan ringgit …

Adakah langkah-langkah itu termasuk menggantikan kakitangan-kakitangan penting atau adakah ianya merupakah langkah-langkah berjimat-cermat?

Arahan ini telah dipekelilingkan apabila kerugian besar telah dapat dirasai dengan pihak kerajaan turut terjejas akibat masalah yang melanda ‘dana pembangunan’ 1MDB, dan bahawa wang yang amat banyak telah disedut masuk ke akaun individu-individu seperti Jho Low serta untuk mengambil-alih kepentingan yang ada hubungan politik seperti bank UBG Taib Mahmud sekeluarga.

Ianya juga bersempena dengan khabar berita majlis perkahwinan mewah anak perempuan Perdana Menteri yang dilaporkan secara meluas di seluruh negara.

Para penunjuk perasaan juga berarak di jalanan semalam, 1hb Mei, untuk membantah perkara-perkara ini dan pelaksanaan percukaian GST, yang bakal menjejaskan orang-orang termiskin di Malaysia.

Perkembangan ini, menurut sumber dalaman, bukan sahaja menekan golongan penjawat awam.

Pekeliling dikeluarkan sempena majlis perkahwinan mewah anak perempuan Perdana Menteri

Pekeliling dikeluarkan sempena majlis perkahwinan mewah anak perempuan Perdana Menteri

Sarawak Report telah dimaklumkan bahawa mereka yang berjawatan menjaga maklumat sensitif kini diarahkan untuk menandatangani Aku Janji (Akta Rahsia Rasmi), bukan sekali tetapi setiap tahun dan dengan penambahan klausa-klausa baru, yang memanjangkan tempoh menjaga rahsia sehingga selepas persaraan mereka.

Apakah yang terlalu rahsia untuk disembunyikan dan adakah ianya merangkumi maklumat baru ini bahawa kerajaan tidak akan mengambil kakitangan baru?

Jika ya, adakah ini suatu petanda bahawa kerajaan ingin menyembunyikan krisis kewangan negara dalam masa rakyat sedang naik angin dengan sistem percukaian yang baru dan bukti-bukti kelemahan sifat kepimpinan negara?

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments