Perniagaan atau Rasuah? Sudut Ekonomi Empangan Gergasi – Filem TERKINI Dari The Borneo Project

Komuniti-komuniti yang terjejas akibat pembinaan empangan telah mendirikan bloked untuk menentang pembinaan empangan Baram sejak bulan Oktober 2010. Empangan Baram akan mengapungkan 26 buah perkampungan dan mengusir seramai 20,000 orang

Komuniti-komuniti yang terjejas akibat pembinaan empangan telah mendirikan bloked untuk menentang pembinaan empangan Baram sejak bulan Oktober 2010. Empangan Baram akan mengapungkan 26 buah perkampungan dan mengusir seramai 20,000 orang

Pada hari ini para pelabur diberi amaran tegas bahawa melabur dalam projek-projek empangan gergasi Sarawak bermakna mereka juga menyokong penularan gejala rasuah, salahguna hak-hak kemanusiaan serta memaksa pengusiran puluhan ribu penduduk asal, menurut sebuah NGO dari US, the Borneo Project.

Bagi meraikan hari ke-555 bloked menentang pembinaan empangan Baram, the Borneo Project yang berpejabat di California telah mengeluarkan sebuah filem dokumentari yang menonjolkan bagai mana pengembangan projek-projek empangan gergasi boleh mendatangkan kesan buruk terhadap komuniti-komuniti orang asal di Sarawak.

Filem yang bertajuk “Commerce o Corruption: The Economics of Mega-Dams”, mengetengahkan temubual dengan pihak pakar, pengkaji, kumpulan-kumpulan NGO dan juga orang-orang asal yang terjejas.

Dan ia juga menonjolkan risiko-risiko berhubung usaha melabur dalam pembinaan empangan gergasi di negeri itu.

Filem itu juga menawarkan pilihan-pilihan pengeluaran tenaga yang lebih mesra alam dan juga mesra komuniti.

Dalam kenyataan media pada hari ini, Jettie Word, Pengarah Eksekutif Borneo Project mempersoalkan motif sebenar di sebalik pembinaan empangan-empangan:

Kemusnahan yang didatangkan oleh empangan gergasi adalah terlalu besar, dan kebaikannya pula tidak jelas. Dengan kurangnya alasan yang baik untuk membina empangan-empangan ini, maka persoalannya adalah mengapakah empangan ini harus dibina dan mengapa ianya dibina sekarang?

Pakar dari Oxford University Dr Atif Ansar mengatakan empangan-empangan gergasi merupakan perosak ekonomi sesebuah negara

Pakar dari Oxford University Dr Atif Ansar mengatakan empangan-empangan gergasi merupakan perosak ekonomi sesebuah negara

Dalam bulan Mac 2014, Universiti Oxford telah mengeluarkan suatu laporan yang mengejutkan berkenaan mitos yang mengatakan bahawa tenaga hidro merupakan sumber tenaga yang moden dan mesra ekonomi.

Dalam temubual dengan Borneo Project itu Dr Atif Ansar telah mengemukan komennya terhadap laporan dari Universiti Oxford dengan mengatakan bahawa:

“Hampir separuh dari empangan-empangan yang kita lihat sekarang merupakan pengganggu ekonomi. Ekonomi sesebuah negara adalah lebih baik tanpa empangan. Adalah adil jika dikatakan bahawa kebajikan rakyat menjadi terabai kerana ahli-ahli politik mereka telah mengambil langkah yang tidak bijak dalam pelaburan. Rakyat yang terjejas berhak untuk meminta tolong dari komuniti dunia dan komuniti Malaysia untuk mengatakan BERHENTI, kami memerlukan bantuan anda kerana kami tidak lagi mampu melakukannya sendiri.”

Penilaian itu amat bercanggah dengan kenyataan Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem di London minggu ini bahawa tenaga hidro adalah lebih “murah dan bersih” – suatu label iklan yang sentiasa dikepilkan bersama produk ini oleh industrinya sendiri.

Dr. Edward Miguel dari Universiti Oxford juga mengeluarkan amaran pada bakal pelabur bahawa dengan menyokong projek-projek pembinaan empangan adalah suatu perniagaan yang berisiko tinggi kerana mereka mempertaruhkan kepentingan orang asal yang terjejas.

Sarawak kini berada di persimpangan, memilih antara perindustrian berterusan, berdasarkan tenaga hidro gergasi atau memilih pembangunan berterusan berdasarkan sistem tenaga yang berpusat dan pelbagai, kata Borneo Project

Sarawak kini berada di persimpangan, memilih antara perindustrian berterusan, berdasarkan tenaga hidro gergasi atau memilih pembangunan berterusan berdasarkan sistem tenaga yang berpusat dan pelbagai, kata Borneo Project

Sebagai mana diketahui oleh pembaca-pembaca laman blog ini, rasuah dan salah guna kuasa adalah seiringan di Malaysia.
Dalam tahun 2013 Malaysia telah diletakkan bersama China sebagai negara-negara paling korup di dunia menerusi sebuah laporan yang dikeluarkan Tinjauan Rasuah Asia-Pasifik.

Pengarah pertubuhan NGO Bruno Manser Fund dari Switzerland, Dr Lukas Straumann mencadangkan bahawa para pelabur baru tidak menghadapi kesukaran untuk melihat apa yang sedang berlaku di Sarawak.

“Dalam beberapa kes mereka tidak menyembunyikan rasuah. Kebanyakan kontrak ini telah dimenangi oleh syarikat-syarikat yang ada hubungan langsung dengan keluarga pemerintah. Para pelabur luar yang melabur dalam apa jua projek harus bersikap berhati-hati kerana mungkin mereka akan terbabit dengan rasuah. Kita harus arahkan bank-bank dan korporat-korporat kita untuk bertanggungjawab kerana kita tidak bersetuju dengan salah guna kuasa pada hak-hak kemanusiaan, kita tidak seharusnya bertolak-ansur dengan kemusnahan salah satu dari habitat kepelbagaian bio dunia.”

 “Saya tak akan minggalkan kampung ini. Tolong jangan bina empangan di sini,” kata Idin Maisarah, seorang ahli komuniti asal dari Long Liam, Baram, Sarawak

“Saya tak akan minggalkan kampung ini. Tolong jangan bina empangan di sini,” kata Idin Maisarah, seorang ahli komuniti asal dari Long Liam, Baram, Sarawak

Komuniti-komuniti kaum Kenyah, Kayan dan Penan telah mendirikan bloked untuk menentang pembinaan empangan Baram untuk selama 555 hari pada hari ini. Walaupun bantah dilihat berterusan, namun kerajaan negeri juga dilihat begitu degil untuk meneruskan pembinaan empangan Baram itu.

Dr. Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata bahawa dengan memusnahkan alam dan memindahkan puluhan ribu penduduk asal adalah satu-satunya usaha untuk membangunkan kawasan itu.

Maka apakah pilihan-pilihan yang ada? Para pakar mencadangkan bahawa projek-projek empangan tenaga hidro yang kecil telah menjadi kenyataan di beberapa tempat di negeri itu

Maka apakah pilihan-pilihan yang ada? Para pakar mencadangkan bahawa projek-projek empangan tenaga hidro yang kecil telah menjadi kenyataan di beberapa tempat di negeri itu

Maka, pakah pilihan-pilihan tenaga untuk masa depan negari Sarawak?

Rebekah Shirley dari Makmal Renewable & Appropriate Energy di Universiti Berkeley mencadangkan beberapa sumber termasuk empangan tenaga hidro yang kecil-kecil, tenaga solar ataupun sistem biomas berskala kecil, semuanya mempunyai risiko yang kecil, lebih keperluan tenaga kerja, mengurang emisi dan mampu memberikan pulangan tinggi pada pelaburan.

Jettie Word memberitahu Sarawak Report bahawa:

“File mini mampu dijadikan alat untuk membimbing rakyat Malaysia dan di serata dunia untuk memahami kebenaran mengenai empangan-empangan gergasi – kesemuanya itu adalah berdaya pemusnah, tidak diperluakan dan dipenuhi gejala rasuah.”

Broken Promises, filem yang sedang disiapkan dalam siri ini akan dikeluarkan dalam bulan Jun dan akan mengetengahkan kesan buruk yang memaksa pemindahan komuniti-komuniti orang asal. Anda boleh lihat dokumentari DI SINI. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kerja-kerja Borneo Project, sila kunjungi www.borneoproject.org.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai bloked Empangan Baram, para pembaca boleh berkunjung ke bahagian “Baram Dam Blockade Support Page” dalam laman Sarawak Report ini.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments