Projek Lebuhraya Pan Borneo Abang Kepada Menteri Kerja Raya DIDEDAHKAN!

Pemenang projek Lebuhraya Pan Borneo, Bustari Yusuh – ahli perniagaan, saudara kepada Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusuf yang juga rakan karib kepada KM Adenan Satem

Pemenang projek Lebuhraya Pan Borneo, Bustari Yusuh – ahli perniagaan, saudara kepada Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusuf yang juga rakan karib kepada KM Adenan Satem

Amalan kerajaan melantik ‘kontraktor utama’ untuk ‘menguruskan projek’ pembangunan utama selalunya mencetuskan banyak kritikan di Malaysia dan di Sarawak.

Khasnya apabila orang tengah telah dilantik tanpa melalui sistem tender terbuka untuk kerja itu.

Ini kerana syarikat-syarikat yang ada kaitan rapat dengan orang-orang politik penting dengan mudahnya meraih projek-projek kerajaan, sebelum sab-kontraktor melakukan kerja-kerja sebenarnya.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, telah membangkitkan isu berhubung kontrak gergasi projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, yang menurutnya telah diuruskan secara rahsia kepada syarikat “Ali Baba” yang belum pernah kedengaran namanya.

Chong juga telah mempersoalkan kenapa syarikat tulen dari Sarawak yang telah diberikan kontrak negeri, tetapi sebaliknya diberikan kepada syarikat didominasi Melayu keseluruhannya?

Menteri Kerja Raya adalah Fadillah Yusuf, salah seorang Ahli Parlimen Sarawak yang amat bertuah dilantik oleh pentadbiran Najib selepas BN Sarawak membantu memberi kemenangan kepada BN persekutuan untuk terus berkuasa (Fadillah juga selaku Ketua “Sayap Pemuda” PBB Sarawak).

Menteri yang mengeluarkan kontrak, Fadillah Yusuf

Menteri yang mengeluarkan kontrak, Fadillah Yusuf

Keluarga Fadillah Yusuf telah menjadi begitu berpengaruh dan berkuasa di Sarawak sejak abangnya Bustari Yusuf, bertindak untuk menyokong Taib Mahmud menentang bapa saudaranya Abdul Rahman sekitar tahun-tahun 1980-an dahulu, dalam perang politik yang telah mengubah struktur politik Sarawak selama tiga setengah abad dan akan berterusan.

Bustari menjadi Bendahari parti PBB Taib (kini masih ketua cawangan PBB di Sibu) dan sering mendapat konsesi pembalakan yang luas-luas di Sarawak.

Perniagaan keluarganya melonjak naik, semantara adiknya pula menjadi lebih berjaya dalam politik kerana sering bersikap ‘ya datuk’ dalam kerajaan.

Kontrak-kontrak lumayan negeri sering diberikan kepada keluarga Bustari di samping konsesi pembalakan dan juga perladangan.

Syarikat-syarikat itu termasuk KACC Construction, yang telah menerima beberapa kontrak gergasi yang lumayan bernilai berjuta-juta ringgit dan OBYU Holdings Sdn Bhd, yang memiliki jaringan kepentingan dalam hartanah dan perladangan.

Keluarga Bustari Yusuf juga mempunyai kepentingan dalam syarikat perladangan, Austral Plantations, yang menerima konsesi perladangan yang amat lumayan daripada kerajaan negeri, dan di peringkat persekutuan pula keluarga itu mengawal salah sebuah syarikat pengeluar tenaga terbesar di Malaysia, Petra Energy.

Semua ahli keluarga terlibat – saudaranya Ahmadi merupakan Pengerusi Eksekutif, di mana Bustari merupakan pemegang utama saham-sahamnya

Semua ahli keluarga terlibat – saudaranya Ahmadi merupakan Pengerusi Eksekutif, di mana Bustari merupakan pemegang utama saham-sahamnya

Yang menariknya, banyak dari kepentingan perniagaan Bustari Yusuf yang mempunyai hubungan dengan kepentingan politik negeri Sarawak berkait rapat dengan ahli keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak Alfred Jabu, yang membantu menyumbangkan undi utama kaum Iban kepada pentadibiran Taib yang didominasi oleh minoriti kaum Melanau.

Anak Jabu, anak Bustari dan juga anak Fadillah turut berkonsi manjaan sebagai pemegang-pemegang saham dalam beberapa kepentingan utama, seperti yang pernah ditunjukkan oleh Sarawak Report.

Di sebalik ini semua adalah Taib, selaku pemberi kekayaan Sarawak selama beberapa dekad, kini diganti pula oleh penggantinya Adenan satem, yang juga merupakan kenalan rapat kepada keluarga Bustari Yusuf (syarikat pelancongan milik keluarga Bustari Yusuf juga didapati membiayai penerbangan Ketua Menteri dan keluarganya ke UK pada hujung minggu ini – suatu perkhidmatan yang sering ditawarkannya kepada pengembara dari kalangan kenalan politik utamanya yang lain).

Bebudak UMNO – Najib di tengah, Bustari Yusuf, kanan bawah

Bebudak UMNO – Najib di tengah, Bustari Yusuf, kanan bawah

Kini Bustari Yusuf yang kaya itu telah meneruskan kerjayanya ke Semenanjung Malaysia, dengan merapatkan hubungannya dengan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Nizam Razak – pemegang utama saham-saham dalam syarikat Petra Energy milik Bustari Yusuf

Nizam Razak – pemegang utama saham-saham dalam syarikat Petra Energy milik Bustari Yusuf

Sebenarnya Rosmah dan Bustari, menurut sumber dalaman, merupakan kenalan rapat sewaktu usia muda mereka, apabila kedua-dua mereka pernah bekerja untuk sebuah syarikat pemaju, Island Peninsular Sdn Bhd.

Dan Bustari Yusuf mempunyai hubungan utama dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Syarikatnya, Petra Energy (penerima kontrak minyak yang lumayan) mempunyai pemegang utama saham-saham dalam saudara Najib Razak.

Nizam Razak, yang berkahwin dengan keluarga bapa saudara Taib Mahmud, Abdul Rahman, juga mempunyai kedudukan penting di kalangan elit Melayu Sarawak, yang mengawal gabungan BN negeri menerusi sokongan sebilangan pemimpin kaum Dayak.

Pemegang utama saham-saham dalam Petra Energy – Shorefield Resources adalah milik Bustari Yusuf, jutawan pembinaan Robert Tan memilik Wasco Energy

Pemegang utama saham-saham dalam Petra Energy – Shorefield Resources adalah milik Bustari Yusuf, jutawan pembinaan Robert Tan memilik Wasco Energy

Maka, mengapakah secara misterinya kontrak lumayan ini diberikan oleh Menteri Kerja Raya Fadillah Yusuf kepada syarikat yang tidak dikenali ramai itu untuk mengendalikan kontrak-kontrak membina lebuhraya Pan Borneo?

Wakil kepada Bustari? Hipni merupakan pekerja yang lama bertahan dalam syarikat Bustari sehingga secara tiba-tiba dia berhijrah ke syarikat Lebuhraya Borneo Utara sebelum mereka dianugerahkan kontrak yang amat lumayan itu

Wakil kepada Bustari? Hipni merupakan pekerja yang lama bertahan dalam syarikat Bustari sehingga secara tiba-tiba dia berhijrah ke syarikat Lebuhraya Borneo Utara sebelum mereka dianugerahkan kontrak yang amat lumayan itu

Chong Chieng Jen telah dikritik hebat oleh BN kerana mencadangkan bahawa pemberian kontrak lumayan itu lebih bersifat kronisme.

Maka dengan itu, siapakah para pemegang saham dan ahli-ahli lembaga pengarah dalam syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd itu dan apakah yang melayakkan mereka diberikan kontrak lumayan bernilai RM15 billion tanpa sebarang proses tender terbuka oleh Jabatan Kerja Raya yang dipelopori oleh Fadillah Yusuf?

Nampaknya salah seorang Pengarah dan juga selaku pemegang utama saham-saham daklam LBU adalah Mohamad Zaidee Bin Awang Hipni, yang dijemput masuk ke dalam syarikat itu pada 2hb Disember tahun lepas.

Dua buah syarikat pemegang saham diketahui sebagai pemilik LBU, iaitu Mulyyimur Resources Sdn Bhd dan Jalinan Rejang Sdn Bhd.

Mohd Zaidee Abg Hipni memiliki 40% dari saham-saham dalam Multimur Resources, yang seterusnya memiliki 55% saham dalam LBU, bermakna dia memiliki 22% saham-saham syarikat itu secara keseluruhan. Terdapat enam orang lagi pemilik berkepentingan.

Gurauan April Fool? Najib Razak merestui kontrak RM15 billion pada 1hb April disaksikan Fadillah Yusuf (kanan) dan Adenan dan Jabu turut menyaksikannya.

Gurauan April Fool? Najib Razak merestui kontrak RM15 billion pada 1hb April disaksikan Fadillah Yusuf (kanan) dan Adenan dan Jabu turut menyaksikannya.

Maka siapakah sebenarnya Mohamad Zaidee Bin Abang Hipni, mana kala pemberi maklumat kepada Sarawak Report mengatakan bahawa dia merupakan seorang nomini kepada Bustari Yusuf?

Sebenarnya Zaidee, sebelum LBU dianugerahkan kontrak lumayan membina lebuhraya Pan Borneo itu, merupakan pekerja setia Bustari Yusuf.

Dia bertugas selaku Pengarah Kewangan dalam Petra Energy, berhenti pada 3hb Disember tahun lepas, sehari selepas dia menjadi Pengarah dalam LBU.

Bekas pekerja Bustari dilantik sebagai Pengarah dan pemegang saham kontrak pembinaan LBU hanya beberapa minggu sebelum pemberian kontrak diumumkan.

Bekas pekerja Bustari dilantik sebagai Pengarah dan pemegang saham kontrak pembinaan LBU hanya beberapa minggu sebelum pemberian kontrak diumumkan.

Sebelum dia bekerja dengan Petra Energy Zaidee telah bekerja selama beberapa tahun dalam OBYU Holdings, yang dikendalikan oleh Bustari Yusuf.

Bekerja dengan Bustari yusuf selama 17 tahun

Bekerja dengan Bustari yusuf selama 17 tahun

OBYU Holdings merupakan syarikat pelaburan utama berpusat di Sarawak yang telah ditubuhkan sebaik sahaja Taib Mahmud mendapat kekuasaan pada 1983. Bustari Yusuf adalah Pengerusi Eksekutif pada masa ianya ditubuhkan.

Kekanda Bustari Yusuf

Kekanda Bustari Yusuf

Aduan YB Chong mengatakan bahawa kontrak itu bersifat kronisme harus dibangkitkan, walaupun menghadapi cemuhan sebulat suara dari pihak BN yang menyekutui Fadillah dan Bustari bersaudara.

Bagai mana ianya dapat dijelaskan bahawa pekerja kepada saudara Menteri Kerja Raya meletakkan jawatan lamanya dan kemudian menjawat jawatan baru dalam sebuah syarikat yang belum begitu dikenali hanya beberapa minggu sebelum syarikat itu diberikan kontrak lumayan oleh Menteri berkenaan seolah-olah mereka tahu akan lumayannya kontrak itu?

Mengapakah Zaidee berani mengambil risiko yang tinggi, meletakkan jawatan yang baik setelah bekerja selama dua dekad untuk Bustari untuk menjawat jawatan utama dalam syarikat yang baharu tanpa rekod kerja dalam apa-apa bidang, kecuali dia sememangnya tahu akan sesuatu yang bakal diraih oleh syarikat baharu itu?

Tidakkah Zaidee perlu menjelaskan terlebih dahulu bahawa dia bukan bertindak bagi pihak pengetahuan orang dalam dan menurut apa yang telah dirancang?

Dan kedua untuk membuktikan bahawa dia bukan lagi bekerja untuk Bustari Yusuf?

Wakil Rakyat yang dipilih mempunyai hak untuk bertanya berkenaan konflik kepentingan yang nyata dan ketiadaan proses tender terbuka bagi sebuah kontrak yang amat besar seperti ini.

Namun, apabila ketua pembangkang DAP Sarawak bertanya mengenai perkara-perkara itu dan bertanya berapakah jangkaan keuntungan dapat diperolehi Lebuhraya Borneo Utara atas keseluruhan bajet dan peruntukan kontrak-kontrak kepada para sab-kontraktor itu, dia telah dikecam dengan kuat dalam persidangan DUN minggu lepas.

Pemegang utama saham-saham di sebalik LBU adalah Zaidee. Seorang lagi pemegang utama saham-saham di samping Zaidee adalah Abang Ahmad Urai, bekas Speaker DUN Sarawak, yang begitu rapat dengan Bustari Yusuf

Pemegang utama saham-saham di sebalik LBU adalah Zaidee. Seorang lagi pemegang utama saham-saham di samping Zaidee adalah Abang Ahmad Urai, bekas Speaker DUN Sarawak, yang begitu rapat dengan Bustari Yusuf

Ini adalah kontrak kerajaan Persekutuan, tengking Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi BN, Michael manyin Jaong, sambil tidak mengambil kira citarasa rakyat Sarawak dalam urusniaga itu.

Abang Ahmad Urai, bekas Speaker DUN Sarawak dari parti PBB dan kini bertugas sebagai Ketua Cawangan UMNO di Jalan Kwan Seng, Kuala Lumpur, kenalan rapat kepada ahli-ahli keluarga Yusuf, merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat milik keluarga itu

Abang Ahmad Urai, bekas Speaker DUN Sarawak dari parti PBB dan kini bertugas sebagai Ketua Cawangan UMNO di Jalan Kwan Seng, Kuala Lumpur, kenalan rapat kepada ahli-ahli keluarga Yusuf, merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat milik keluarga itu

Seorang lagi pemegang utama saham-saham sebanyak 16.5% dalam LBU adalah bekan ahli politik dan juga bekas Speaker DUN Sarawak, ahli PBB Abang Ahmad Urai, yang dikenali sebagai kenalan rapat kepada Bustari Yusuf dan saudara-saudaranya.

Namun Michael Manyin bertegas bahawa MP Chong tidak seharusnya membangkitkan perkara itu di DUN Sarawak, kerana kononnya mereka itu bukan kroni kepada BN Sarawak, yang telah diberikan kontrak oleh Ketua Pemuda PBB, mempunyai sebarang hubungan dengan senario politik tempatan.

Tambahan pula, adu menteri itu, soalan Chong bertindak ‘bodoh’ kerana bertanya berapakah jangkaan nilai keuntungan syarikat ‘pengurusan projek’ dari kontrak awam sebesar itu, kerana bagaimana seseorang akan mengetahuinya nanti?

Orang lain, sememangnya, mungkin akan menganggap kerajaan negeri bersikap bodoh untuk memberikan kontrak yang selumayan itu kepada mana-mana syarikat tanpa sebarang butiran penting berkaitan angka-angka yang jelas di samping hukuman yang boleh dikenakan jika setiap sen diselewengkan ke tempat lain nanti.

Dikecam dan dicemuh kerana bertanya – Chong Chieng Jen

Dikecam dan dicemuh kerana bertanya – Chong Chieng Jen

Walaupun dikecam dan dicemuh hebat oleh para MP BN yang naik berang, badan-badan professional di Sarawak juga mara ke hadapan untuk mengadu pada cara projek ini dianugerahkan.

Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kontraktor Binaan dan Sivil Sarawak (SBCECA) minggu lepas menyokong hujah Chong, dengan mengatakan bahawa di masa lalu, pengalaman memberikan kontrak tanpa tender terbuka menyaksikan bahawa harga projek-projek telah disusutkan “sehingga kurang dari 30%”

30% dari RM15 billion adalah RM4.5 billion – adakah ini jumlah habuan yang diharapkan oleh syarikat LBU milik Bustari Yusug bersaudara?

Apakah hak wakil-wakil rakyat BN menjadi begitu marah apabila perkara ini dicabar bagi pihak kepentingan umum dan mengapakah hubungan para pemegang saham dalam LBU tidak dinilai terlebih dahulu untuk kemungkinan berlakunya rasuah yang mengutamakan kroni politik, yang kenalan rapat kepada Perdana Menteri Najib Razak dan juga Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem?

Pengarah yang juga Setiausaha – Zaidee mengawal syarikat milik Bustari Yusuf

Pengarah yang juga Setiausaha – Zaidee mengawal syarikat milik Bustari Yusuf

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments