Tiada Lagi Konsesi Pembalakan, Perladangan Kelapa Sawit Mahupun Rasuah – Adakah SR/RFS Diterima Berkunjung Ke Sarawak?

Adenan Satem di kota London, membincangkan cadangan Taman Keamanan Penan dengan Ketua Kampung Bilong Oyoi (dari Long Sait, Baram) dan Mutang Urud (penyelidik dan aktivis Kelabit)

Adenan Satem di kota London, membincangkan cadangan Taman Keamanan Penan dengan Ketua Kampung Bilong Oyoi (dari Long Sait, Baram) dan Mutang Urud (penyelidik dan aktivis Kelabit)

(dari Long Sait, Baram) dan Mutang Urud (penyelidik dan aktivis Kelabit)
Ketua Menteri Sarawak telah mengejutkan dan menarik perhatian para pendengar ucapannya di Suruhanjaya Tinggi London yang terletak di Belgrave Square semalam.

Apabila menyentuk perkara yang spesifik, ahli politik veteran ini menjadi defensif dan enggan dipersoalkan mengenai komitmennya berhubung apa yang dikatakannya.

Namun tanpa diragukan bahawa ini merupakan cubaannya untuk menemui pengkritiknya dan juga pejuang hak kemanusiaan di luar negara, bahawa dia bersetuju dengan harapan dan hasrat mereka – maka inilah masa untuk berubah.

Kumpulan yang merasa terharu adalah sekumpulan kecil kaum Penan, yang telah menggunakan peluang keemasan itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak itu untuk mengemukakan cadangan mereka untuk dibinakan Taman Keamanan untuk menyelamat dan memelihara kawasan di Hulu Baram, yang telah mereka perjuang dan pertahankan dari kerakusan pembalak selama berpuluh-puluh tahun.

Mereka merasa sungguh bertuah kerana dapat duduk bersemuka dengan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Sapuan Ahmad pada pertemuan itu sambil mengemukakan bukan hanya padanya tetapi juga kepada Adenan sesalinan pelan cadangan untuk dibinakan sebuah tarikan pelancongan dan tapak warisan alam sekitar.

Ketua Menteri telah memberikan respon yang positif terhadap cadangan ini dan juga cadangan-cadangan lain, di mana mereka akan melaksanakannya secara praktikal dan tanpa sebarang perbalahan.

Dahulunya, pelan ini telah ditolak selama beberapa tahun dan ianya mencipta beberapa obak harapan bahawa sesuatu akan menjadi kenyataan bagi mengubah wajah pemusnahan warisan semula jadi dan budaya di Sarawak.

Di samping itu juga terdapat peluang untuk menyentuh sesuatu yang manis didengar menjelanh pilihanraya yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Adenan masih terikat dengan jaringan keluarga perniagaan monopoli, yang telah menghisap kering kekayaan Sarawak. Syarikat gergasi kroni masih merupakan pemegang utama konsesi-konsesi dan peluang-peluang ekonomi di Sarawak.

Adenan bertemu dengan kumpulan-kumpulan NGO alam sekitar di London pada hari berikutnya

Adenan bertemu dengan kumpulan-kumpulan NGO alam sekitar di London pada hari berikutnya

Adenan telah bertemu dengan NGO-NGO di London yang diandaikannya telah memberikan gambaran negative dan tidak adil terhadap Sarawak dan produk-produk negeri itu di peringkat antarabangsa.

Taib dan partinya, PBB, telah mengecam para pengkritik asing ini sebagai “musuh negeri”. Namun Adenan menguruskan kritikan-kritikan itu dengan keadaan yang berbeza.

Katanya dia ingin mendapatkan bantuan dari mereka untuk mengubah cara sesuatu dilakukan di Sarawak dan dengan lantangnya dia telah bercakap mengenai cara dirinya menjauhi seseorang yang digantinya itu.

Dia juga didengar bergurau mengenai Gabenor Sarawak yang terkini, dan menegaskan bahawa mengalu-alukan musuh politiknya berkunjung ke negeri itu.

Dan dalam masa dia menyesuaikan dirinya dengan keadaan politik semasa di negeri tadbirannya itu, dia menegaskan bahawa dia adalah orang yang berkuasa.

Dengan menceritakan bahawa dia adalah seorang yang mencintai alam sekitar sejak usia muda lagi dan seorang yang menghayati hutan Sarawak, dia bersetuju dengan gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir bahawa pembalakan harus “dihentikan” dan rancangan pembinaan empangan untuk tenaga hidro harus difikirkan semula.

Terdapat tiga “perubahan besar dan nyata” diketengahkan dalam ucapannya pada malam itu:

“Pertama: Tiada lagi konsesi pembalakan akan dikeluarkan. Cukuplah … saya amat mencintai hutan dan kehijauannya. Saya tidak memandangnya sebagai sumber konsesi pembalakan.

“Kedua: Tiada lagi perladangan kelapa sawit, kecuali untuk dikerjakan oleh komuniti-komuniti tempatan … dan tiada lagi sengketa tanah”

“Ke-tiga: Jika kita harus membina empangan untuk tenaga yang murah untuk kegunaan syarikat-syarikat asing, kenapakah kita tidak membekalkannya pada kadar yang rendah untuk rakyat kita sendiri?

Ini merupakan kenyataan yang nyata dan dramatik dan mereka mewakili perubahan yang berbeza dari pendirian orang yang digantinya.

Walaupun kelayakan berhubung butiran itu akan menyusul kemudian, Ketua Menteri ini tidak akan dapat lari dari prinsip-prinsip baru yang diikrarkannya.

Dan ada banyak lagi, kerana Adenan berbangga dengan dirinya atas dasarnya mengurangkan tarif-tarif elektrik dan menghapuskan tol-tol jambatan dan jalanraya, yang telah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan rakyatnya.

Ketiadaan toleransi agama di Sarawak juga dibangkitkannya yang disambut dengan gelak ketawa dari audiennya.

Kemudian Adenan menjelaskan secara terperinci berkenaan langkahnya untuk membersihkan Jabatan Hutan di negerinya dan mengekang masalah pembalakan haram, dengan mengatakan bahawa dia amat memerlukan bantuan dan nasihat kumpulan-kumpulan NGO.

Dia juga menarik perhatian audiennya mengenai larangan semasa terhadap Editor Sarawak Report dan empunya stesen Radio Free Sarawak memasuki negeri itu, yang turut hadir di Kedutaan itu yang telah, sebelum itu, merisaukan mereka.

“Saya difahamkan bahawa Clare Brown ada bersama kita sekarang dan ingin saya katakana bahawa saya tiada masalah dengan kehadirannya dan saya mengalu-alukannya”, katanya, disambut tepukan, sambil menjelaskan bahawa larangan yang telah dibuat oleh Taib suatu ketika dahulu untuk menghalang kemasukannya ke Sarawak, kini harus dianggap sebagai sudah ditarik balik.

Pihak audien pada malam itu dan juga pada mesyuarat yang telah menyusuli pada hari berikutnya menyaksikan Adenan mengemukakan rancangan perubahan untuk rakyat Sarawak, yang telah terseksa oleh angkara kegiatan pembalakan dan perladangan sejak selama berpuluh-puluh tahun lalu akibat perbuatan BN atas nama ‘kemajuan dan pembangunan’.

“Apa yang diucapkannya telah dirakam dan dia tidak seharusnya mengubah apa yang telah diucapkannya” kata seorang pemerhati di kalangan NGO yang hadir di majlis itu, “namun sama ada dia dapat mengotakan, ianya merupakan suatu ujian baginya. Orang-orang politik akan menyebut apa sahaja untuk memenangi pilihanraya dan Adenan telah menghadapi semua hujah parti-parti pembangkang dan menyingkirkan tanggungjawab partinya berhubung masalah-masalah semasa.”

Perkara yang agak sukar baginya adalah untuk menghalang komitmen besar, dalam masa jabatan-jabatan kerajaan di negerinya masih komited untuk merancakkan perladangan kelapa sawit dan projek-projek dalam SCORE.

Turut bersama Ketua Menteri Sarawak pada majlis malam itu adalah muka-muka baru politik Sarawak, namun ada juga orang-orang lama. Sebagai contohnya, pembalak utama Len Talif Salleh yang kini menjawat jawatan seorang Menteri bagi Alam Sekitar yang telah diberi peluang membesar-besarkan rekod kebeterusan hidup Orang Utan Sarawak.

Jika Adenan ini membina kepercayaan yang tulen, maka tindakan harus menyusuli kata-katanya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments