Kuasa Mutlak Sudah Tentunya Merosakkan

Pembalakan haram telah menyebabkan satu lagi kayu hanyut yang besar namun tidak dilaporkan di sepanjang sebatang sungai di hulu Bakun – kejadian yang terbaharu dan bahaya sebenar diakibatkan amalan berasuah

Pembalakan haram telah menyebabkan satu lagi kayu hanyut yang besar namun tidak dilaporkan di sepanjang sebatang sungai di hulu Bakun – kejadian yang terbaharu dan bahaya sebenar diakibatkan amalan berasuah

Di Malaysia sifat menyegani golongan VVIP telah membenarkan terlalu banyak kuasa diletakkan ke tangan-tangan segelintir orang yang amat kecil bilangannya.

Rata-rata ianya tidak baik bagi mereka dan juga tidak baik bagi orang lain.

Golongan orang jenis ini mula mempercayai bahawa mereka boleh melarikan diri bersama apa sahaja dan sememangnya mereka melakukannya – sehingga perilaku mereka didedahkan dan diketahui umum.

Golongan yang memimpin UMNO kini adalah suatu generasi orang-orang yang mewarisi kuasa dan mereka mula bertindak seolah-olah negara ini milik mereka secara peribadi.

Tunku Ismail bin Ibrahim telah dicemuh dan disuruh berhenti bertindak seperti seorang ahli politik. Baginda memberitahu pewaris-pewaris bekas ahli politik UMNO untuk tidak bersikap seperti seorang kerabat di-Raja

Tunku Ismail bin Ibrahim telah dicemuh dan disuruh berhenti bertindak seperti seorang ahli politik. Baginda memberitahu pewaris-pewaris bekas ahli politik UMNO untuk tidak bersikap seperti seorang kerabat di-Raja

Perkara yang amat membimbangkan adalah perkembangan bukti di mana para pemimpin Malaysia menganggap diri mereka berhak dan berkelayakan mencerobohi dana-dana awam, yang ditubuhkan menggunakan wang yang dikutip dari orang ramai, seolah-olah wang itu boleh digunakan sesuka hati mereka.

Ini merupakan salah guna amanah yang serius yang dilakukan oleh mereka yang diberi kuasa dan amanah untuk menjaga dana-dana awam itu.

Dana-dana pesara, dana-dana badan keagamaan dan wang amanah koperasi yang beroperasi secara bebas kini terletak di bawah pengaruh ahli-ahli politik yang menguasai UMNO, yang sentiasa menganggap mereka adalah tabung bagi mereka, menurut sumber maklumat yang berkembang.

Kuasa di atas segala-galanya, tetapi tiada kebolehpercayaan – Najib bersama isterinya Rosmah

Kuasa di atas segala-galanya, tetapi tiada kebolehpercayaan – Najib bersama isterinya Rosmah

Sebab bahawa 1MDB kini kesuntukan wang adalah kesemua wang yang dipinjamnya itu dimasukkan ke dalam projek-projeknya sendiri, dan seterusnya tiada kebolehpercayaan ditunjukkan.

Di sebalik kesemua kendalian ini adalah seorang pemimpin, Najib Razak, yang kelihatan tidak bertanggungjawab pada sesiapa, walaupun berkuasa ke atas apa sahaja.

Emel-emel baharu yang ditemui oleh Sarawak Report dari syarikat guaman White & Case di London, yang menguruskan rundingan 1MDB dengan PetroSaudi, menunjukkan bagaimana Najib bertindak selaku pusat pengurusan pada dana yang dibelengu hutang yang sangat berat itu.

Emel-emel ini bertukar-tukar di tengah-tengah cubaan-cubaan Najib mendakwa bahawa dia tidak terbabit apabila skandal kehilangan berbillion-billion dollar didedahkan buat pertama kalinya.

Cincin bermata mutiara pada jari Rismah. Adakah ianya palsu?

Cincin bermata mutiara pada jari Rismah. Adakah ianya palsu?

White & Case mengatakan bahawa Najib adalah selaku penandatangan bertanggungjawab pada perjanjian usahasama itu bagi pihak 1MDB, dalam kapasitinya sebagai “pemegang saham tunggal” dalam dana itu.

Pertukaran emel-emel ini jelas menunjukkan bagaimana pada hari SELEPAS usahasama PetroSaudi itu dimeterai, pada 29hb September, pihak-pihak utama masih bingung siapakah yang meminjam daripada siapa wang ‘pinjaman’ berjumlah $700 juta yang kononnya harus dibayar kepada 1MDB.

Mereka seterusnya mendedahkan bahawa 1MDB dan PetroSaudi telah mengemukakan sebuah akaun bank, yang dimiliki oleh syarikat Good Star yang dikendalikan oleh Jho Low, sebagai milik “PetroSaudi International Limited (Saudi)”, yang merupakan suatu pembohongan yang mudah.

Hakikatnya bahawa $700 juta wang awam yang dipinjam telah ditandatangani oleh Najib ke sebuah syarikat lain kepada sebuah lagi yang sepatutnya menggunakannya.

Kebanyakan wang awam yang dipinjam itu seterusnya dikesan sebagai telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi di bank BSI di Singapura milik Jho Low.

Kesimpulannya, orang yang bertanggungjawab pada setiap operasi itu adalah Perdana Menteri Najib Razak – rakan niaga rapat kepada Jho Low.

Lebihan penumpuan kuasa ini juga ditonjolkan oleh majalah Wall Street Journal minggu lalu, dalam sebuah artikel mereka yang memperincikan bagaimana pembayaran berlebihan untuk membeli loji-loji tenaga oleh 1MDB, (yang sekali lagi ditauliahkan oleh Najib selaku pembuat keputusan ke atas dana itu) diterjemahkan sebagai “derma” besar oleh Genting, yang telah mengaut keuntungan berbillion-billion lebih dari yang sepatutnya mereka kaut, kepada ‘badan-badan kebajikan’ di mana Najib sebagai Pengerusi mereka.

‘Badan-badab kebajikan’ ini seterusnya bertindakan selaku jentera pilihanraya, yang menggunakan wang itu untuk cuba menonjolkan imej parti UMNO pimpinan Najib di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang.

Kini sudah disedari bahawa sebuah badan kebajikan yang berkaitan digunakan untuk mengedarkan wang sogokan di kawasan-kawasan kerusi panas di Sarawak menjelang pilihanraya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Maka dengan bertambahnya bukti-butki yang menunjukkan bahawa Najib merasakan dirinya layak untuk mencerobohi dana pesara dan dana kedaulatan dan meningkatkan peminjaman awam, bertujuan untuk membiayai perjuangan politiknya.

Seorang penyokong setia UMNO telah memberitahu Sarawak Report bagai mana Najib telah menyingkirkannya kerana mengadu mengenai rasuah pada 1MDB.

Keseganan rakyat Malaysia pada pemimpin-pemimpin UMNO dan kekurangan kebertanggungjawaban, penelitian telah jelas memberikan setiap peluang yang ada kepada seorang pemimpin yang berada di tempat Najib untuk melakukan apa sahaja dan mengisi saku-sakunya dengan apa sahaja yang dikautnya.

Sikap Najib begini amatlah menyakitkan hati, kerana jelas mustahil bagi seseorang yang mempunyai pengaruh yang amat kuat sepertinya beroperasi dengan sedikit kebertanggungjawaban untuk mengelakkan rasa curiga orang lain.

Seseorang ahli politik bukan sekadar dilihat sebagai jujur, tetapi dia harus kelihatan sedemikian.

Dalam suatu keadaan seperti sekarang, di mana berbillion-billion dollar telah hilang begitu sahaja, tetapi tiada ketelusan dan di mana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan juga Pengerusi UMNO yang mempunyai terlalu banyak kuasa peribadi, apakah yang difikirkan oleh rakyat?

Keadaan tidak akan membantu bahawa Najib dan Rosmah yang mula memperagakan kekayaan baharu mereka. Pejabat Media di Jabatan PM telah berusaha menjelaskan bahawa ini adalah perkara yang ‘biasa dilakukan seseorang dalam kedudukan seperti dia’.
Namun, malangnya, kekayaan mereka tidak dapat dijelaskan dengan memadankan gaji bulannya dan juga sumber pendapatan terbukanya.

Kini syak wasangka datang secara semulajadi di Malaysia. Maka, apabila FELDA milik UMNO mengumumkan pada minggu ini bahawa mereka ingin membeli kepentingan milik seorang peniaga Indonesia, Peter Sondakh, pada harga yang amat tinggi, maka keadaan itu menghadapi komen-komen umum yang meluas.

Peter Sondakh merupakan rakan niaga yang sangat rapat dengan Najib, dan menghadapi kemuflisan. Suntikan kewangan dari pembelian FELDA ini akan dapat menyelamatkannya.

Ramai yang bertanya sama ada kita akan mengharapkan kemurahan hati daripada seorang peniaga yang bersyukur terhadap beberapa badan kebajikan politik Najib?
Di Sarawak, sebagai contoh, Adenan pernah memberikan isyaratnya bahawa dia kesuntukan dana untuk menyogok golongan miskin menjelang pilihanraya Sarawak – Najib, sebaliknya, mengharapkan negeri itu akan mengadakan pilihanraya awal untuk membersihkan imej politiknya.

Bolehkah para ahli politik ini menjadi terkejut, di bawah keadaan, bahawa ramai yang tertanya-tanya sama ada pembayaran berlebihan FELDA kepada kepentingan perniagaan Peter Sondakh itu akan berakhir dengan pembiayaan dana pilihanraya Adenan dalam beberapa minggu akan datang ini?

UMNO tidak boleh mengadu pada persoalan-persoalan itu, kerana Najib dan partinya sudah mendedahkan diri mereka seperti dilaporkan dalam Wall Street Journal.

Para VVIP ini sudah mendapat terlalu banyak kuasa, menyimpan terlalu banyak yang mereka sembunyikan dan menghilangkan terlalu banyak wang awam.

Dalam pada itu sumber-sumber pendapatan bermisteri semakin mencurah-curah masuk menerusi saluran-saluran yang sukar dijelaskan untuk menyogok para pengundi semasa pilihanraya dan gaya hidup mewah menteri-menteri, yang gemar mengatakan kepada orang lain jangan merintih atau menjadi ‘cemburu’ terhadap ‘hak’ mereka menjadi kay.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments