Kunjungan Najib Ke Sarawak Dilihat Sebagai Menggesa Kempen Awal Pilihanraya

Sudah berkempen tetapi atas wang siapa?

Sudah berkempen tetapi atas wang siapa?

Sambil berhadapan dengan kemarahan pelaksanaan GST di seluruh negara pada ketika rakan karibnya Jho Low dituduh mencuri berbillion ringgit dari 1MDB, Najib telah bertindakbalas dengan mengadakan beberapa siri ‘acara menagih populariti’ yang direka untuk memantapkan lagi kekuasaannya.

Pada hari ini adalah giliran Kuching Sarawak, di mana sebuah stadium telah disewa untuk mengelolakan acara pemujaan seorang pemimpin – pada kali ini 10,000 orang dijadualkan menghadirinya.

Mereka yang hadir telah dijemput oleh pengelola acara BN dengan dibekalkan makanan percuma, baju-t dan pengangkutan – begitu juga wang saku berjumlah RM25 + tambang pergi-balik (percuma) untuk setiap orang.

Pendek kata, setiap acara ‘Saya Sayang Najib’ ini memerlukan pembiayaan berjumlah berjuta-juta ringgit.

Beratus-ratus orang telah dihantar menggunakan bas dari Sibu ke Kuching dalam masa satu malam perjalanan oleh parti UPP – mereka dibayar elaun sebanyak RM35 seorang sebagai mana mereka menceritakan kepada pemerhati-pemerhati

Beratus-ratus orang telah dihantar menggunakan bas dari Sibu ke Kuching dalam masa satu malam perjalanan oleh parti UPP – mereka dibayar elaun sebanyak RM35 seorang sebagai mana mereka menceritakan kepada pemerhati-pemerhati

Berpuluh-puluh buah bas telah digunakan untuk mengangkut peserta acara ke Kuching dari Sibu, Sarikei, Julau dan Bintulu yang terpaksa duduk berjam-jam melalui perjalanan di waktu malam, berserta bayaran elaun sebanyak RM35 setiap seorang. Parti serpihan dari SUPP, UPP, telah didakwa membiayai perjalanan itu, yang juga membekalkan baju-baju-t BN percuma kepada para peserta acara.

Maka, bagaimanakah ianya dibiayai?

Kami dapat memberi jaminan bahawa lelongan beg-beg tanga, yang berharga sehingga RM300,000 milik Rosmah di awal minggu ini belum digunakan untuk menampung kos acara itu.

Para pemberi maklumat dari Jabatan PM sendiri telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa acara-acara perjumpaan ini telah dibiayai menggunakan dana awam.

 ‘Penyokong-penyokong’ yang gembira menyambut ketibaan PM pada malam ini

‘Penyokong-penyokong’ yang gembira menyambut ketibaan PM pada malam ini

Bajet untuk Jabatan Perdana Menteri telah melonjak dengan ketara sejak Najib Razak menjawat jawatannya itu.

Tiga tahun yang lalu baje itu telah melonjak dari 14.6 billion, kepada RM16.5 billion dan kepada RM19.6 billion tahun ini.

Namun, terdapat pengurangan kebolehpercayaan pada bagaimana berbillion ringgit ini dibelanjakan.

Apa yang jelas adalah acara-acara perhimpunan parti politik bukan kegunaan sah bagi wang awam ini, dan apa yang tidak dapat diterima adalah agenda politik dalaman seseorang individu dalam sebuah parti politik, di mana Najib kini dilihat senakin berusaha untuk mempertahankan kepimpinannya.

Adalah haram bagi Najib untuk mencerobohi wang awam untuk membiayai perjuangan politiknya dan kepimpinannya di dalam UMNO sendiri dengan cara ini.

Bustari Yusuh juga dilihat sungguh berhati-hati memelihara keakrabannya dengan Adenan selepas menjadi kroni kepada Taib Mahmud selama beberapa dekad lalu

Bustari Yusuh juga dilihat sungguh berhati-hati memelihara keakrabannya dengan Adenan selepas menjadi kroni kepada Taib Mahmud selama beberapa dekad lalu

Dalam pada itu, Sarawak Report telah menerima maklumat dari dalam mengenai agenda berasingan yang dirancang oleh Najib sempena kunjungannya di negeri Sarawak.

Menjelang tengah hari Rabu, beberapa jam sebelum Perdana Menteri dan isterinya itu tiba di lapangan terbang Kuching dalam jet peribadi mereka, rakan-niaganya, Bustari Yusuf, telah menemui Ketua Menteri, Adenan Satem.

Bustari Yusuf, yang pernah rapat dengan Rosmah, telah juga menjadi rapat dengan Najib sejak kebelakangan ini, menurut maklumat dari dalam. Dia sering dilihat menyertai kunjungan pasangan pertama ini ke luar negara.

Dan kami boleh mendedahkan bahawa Bustari Yusuf merupakan pembiaya utama acara Najib di Kuching minggu ini, setelah sekian lama menjadi menjadi bendahari kepada parti PBB di bawah Taib Mahmud.

Pada petang Rabu itu, ‘pasangan pertama’ telah diraikan dalam sebuah majlis makan malam pemujaan di Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA). Pada tahun lepas Bustari telah menyumbangkan sejumlah RM300,000 kepada persatuan ‘perwakilan’ ini menerusi seorang perantaraanya, menteri cabinet kerajaan negeri, Michael Manyin.

Perantara yang boleh dipercayai – Michael Manyin bersama saudara kepada Bustari, Menteri Kerjaraya Fadillah Yusuf

Perantara yang boleh dipercayai – Michael Manyin bersama saudara kepada Bustari, Menteri Kerjaraya Fadillah Yusuf

Jelaslah, Bustari Yusuf mengharapkan sumbangannya itu disambut dengan tepukan gemuruh dan begitu juga, peniaga ini mempunyai banyak untuk dilaburkan di bawah naungan kepimpinan berterusan Najib Razak.

Sarawak Report telah melaporkan bagaimana Bustari Yusuf telah dianugerahkan keseluruhan kontrak menguruskan projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan, bersandarkan alasan-alasan yang sukar dijelaskan menggunakan istilah-istilah yang berpraktikal.

Saudara kandungnya, Fadillah Yusuf adalah Menteri Kerjaraya, yang boleh menjurus pada percanggahan kepentingan yang tidak dapat dinafikannya.

Sejak Bustari yang sering berusaha menerusi peranannya sebagai orang tengah pada kontrak Lebuhraya Pan Borneo itu, jelaslah wang pendahulu sebanyak RM300,000 kepada DBNA itu hanyalah jumlah yang agak kecil baginya.

Tarikan utama dieja dalam HURUF BESAR, dan ianya bukan PM sendiri, tetapi isterinya!

Tarikan utama dieja dalam HURUF BESAR, dan ianya bukan PM sendiri, tetapi isterinya!

Apakah perkara utama yang dibincangkan Bustari dengan Adenan Satem itu?
Sarawak Report difahamkan bahawa Bustari telah mencadangkan kepada Adenan untuk melaksanakan pilihanraya umum Sarawak yang akan datang – supaya diawalkan beberapa bulan sebelum tempohnya matang.

Berjuang, namun keretakannya sudah mulai dirasaikan?

Berjuang, namun keretakannya sudah mulai dirasaikan?

Undian-undian telah mencadangkan agar ‘kempen awal’ Ketua Menteri yang baru itu untuk mengubah corak kerajaan Taib Mahmud serta gimik anti rasuah telah dilihat sebagai berkesan untuk membaiki nama BN pada pilihanraya akan datang.

Justeru itu, Najib menggunakan kesempatan dari kejayaan BN negeri Sarawak pada pilihanraya lepas untuk menyerlahkan kepimpinannya di pentas yang lebih luas di peringkat kebangsaan.

Ini dilihat sebagai alasan Najib telah menggesa Adenan untuk mengubah rancangannya mengadakan PRU negeri tahun hadapan untuk diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang ini!

Dan bukan itu sahaja, Bustari dan Najib mempunyai agenda tersendiri untuk menggunakan keakraban mereka dengan Adenan untuk menubuhkan UMNO di Sarawak, menurut maklumat yang diberikan kepada Sarawak Report.

Inilah agenda yang akan dibincangkan secara tertutup sempena lawatannya ke Kuching, menurut sumber maklumat kami, dalam masa Najib menggesa Adenan untuk melaksanakan pilihanraya secepat mungkin.

Kami telah mengeluarkan senarai ‘calon-calon yang diluluskan’ yang digunakan oleh Najib dan Bustari untuk menekan Adenan untuk sokongan Adenan pilihanraya akan datang.

Senarai calon yang taat setia adalah seperti berikut, menurut sumber kami:

Senarai Wakil Rakyat dan YB yang mendapat restu serta sokongan dari Najib Razak, Rosmah Mansor dan Fadillah/Bustari Yusuf

1. Datuk Wan Hamzah Wan Paie – N.5 Demak Laut, PBB *
2. Fazzrudin Abdul Rahman – N.6 Tupong, PBB *
3. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah – N.14 Asajaya, PBB
4. Hamzah Brahim – N.15 Muara Tuang, PBB *
5. Datuk Michael Manyin Anak Jawong – N.18 Tebedu, PBB
6. Aidel Lariwoo – N.20 Sadong Jaya, PBB
7. Simoi Peri – N.23 Lingga, PBB
8. Datuk Mong Anak Dagang – N.26 Bukit Begunan, PRS
9. Malcolm Mussen Anak Lamoh – N.29 Batang Ai, PRS
10. Gerald Rentap Anak Jabu – N.31 Layar, PBB *
11. Robert Lawson Chuat – N.32 Bukit Saban, PBB
12. Abdullah Saidol – N.36 Semop, PBB
13. Alexander Anak Vincent – N.43 Ngemah, PRS
14. Annuar Rapaee – N.49 Nangka, PBB
15. Datuk Joseph Mauh Anak Ikeh – N.52 Tamin, PRS
16. Datuk John Sikie Anak Tayai – N.53 Kakus, PRS
17. Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Anak Masing – N.56 Baleh, PRS
18. Liwan Anak Lagang – N.57 Belaga, PRS
19. Datuk Dr. Stephen Rundi Anak Utom – N.60 Kemena, PBB
20. Ripin Lamat – N.62 Lambir, PBB
21. Dennis Ngau – N.67 Telang Usan, PBB
*Orang kuat Fadillah Yusuf

Senarai Ahli-Ahli Parlimen Yang Mendapat Restu dan Sokongan Dari Najib Razak, Rosmah Mansor dan Fadillah/Bustari Yusuf:

1. Anthony Nogeh Anak Gumbek – P.192 Mas Gading, SPDP
2. Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar – P.193 Santubong, PBB
3. Datuk Seri Fadillah Yusuf – P.194 Petra Jaya, PBB
4. Rubiah Wang – P.197 Kota Samarahan, PBB
5. Nancy Shukri – P.200 Batang Sadong, PBB
6. Datuk Rohani Abdul Karim – P.201 Batang Lupar, PBB
7. Masir Anak Kujat – P.202 Sri Aman, PRS
8. William Nyallau Anak Badak – P.203 Lubok Antu, PRS
9. Datuk Norah Abdul Rahman – P.206 Tanjong Manis, PBB
10. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun – P.214 Selangau, PRS
11. Wilson Ugak Anak Kumbong – P216 Hulu Rajang, PRS
12. Dato’ Seri Tiong King Sing – P217 Bintulu, SPDP
13. Anyi Ngau – P220 Baram, SPDP

Fadillah (tengah) bersama-sama ‘orang-orang kuatnya’ dari sayap Pemuda PBB

Fadillah (tengah) bersama-sama ‘orang-orang kuatnya’ dari sayap Pemuda PBB

Ini adalah sebuah perkumpulan yang didominasi oleh Adenan, Jabu dan Fadillah bersaudara, yang bermuafakat untuk menguatkan pengaruh UMNO di seluruh negeri.

Mungkinkah orang-orang Sarawak sendiri harus menolak agenda berpaksa Najib yang akan menggugat kekuatan parti-parti tempatan di negeri itu?

Kaum Dayak merupakan sebuah kaum yang rata-rata ‘taat setia’ pada BN, yang sentiasa bersedia memberikan undi mereka demi sepinggan nasi.

Mereka telah beberapa tahun lalu menyeringai dengan hakikat bahawa Boreno itiu merupakan “simpanan tetap” mereka, di samping pengundi-pengundi lain di Malaysia telah semakin menolak isu-isu rasuah yang diamalkan parti itu.

Namun, kini tibalah masanya untuk mengatakan bahawa cukuplah setakat ini dan buktikan bahawa wang tidak dapat membeli semuanya setiap masa.

Rakyat Sarawak boleh bermula untuk mengatakan kepada Najib bahawa acara sambutannya – selain dari bersorak “Kami Sayang Najib”, diganti dengan “Kemana perginya wang kami?” dan “Kembalikannya kepada kami!”

Di majlis DBNA di Kuching pada malam Rabu lalu

Di majlis DBNA di Kuching pada malam Rabu lalu

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments