“Penyelesaian Cara Sarawak” Najib

Najib memerlukan Adenan untuk mempercepatkan pilihanraya umum di Sarawak – adakah Adenan akan akur?

Najib memerlukan Adenan untuk mempercepatkan pilihanraya umum di Sarawak – adakah Adenan akan akur?

Setelah terperangkap selama beberapa minggu dalam persoalan mengenai skandal 1MDB yang tidak mampu dijawabnya, Najib kini mengatur strategi “penyelesai berpolitik” untuk mengatasi masalah-masalah praktisnya.

Pemberi maklumat dalaman meyakinkan bahawa rancangan itu adalah untuk menjalankan pilihanraya awal di Sarawak yang menggunakan kemenangan berjangka BN untuk membersihkan reputasi tercemar Najib sendiri.

Dalam pada itu, sejak beberapa hari yang lalu para penyokong Perdana Menteri itu telah banyak bersikap bernafi berkenaan isu kehilangan beribu juta ringgit dari dana 1MDB, di mana mereka secara semula jadinya telah memutuskan bahawa mereka tidak dapat mendakwanya.

Mereka telah mula memberitahu orang ramai yang akan mendengar bahawa tiada sebarang kesilapan dan bahawa semua bukti yang telah dikemukakan itu adalah palsu dan bohong.

Dalam masa yang sama juga mereka mengemukakan hujah-hujah yang bercanggah bahawa kecurian wang awam yang dilakukan oleh seseorang beberapa tahun yang lalu juga suatu kesalahan, maka apa gunanya orang ramai kisah sangat dengan skandal yang menyelubungi 1MDB?

Sebenarnya mereka tidak peduli sama ada mereka mencarut atau merapu, asalkan ada sesiapa yang akan percayakan mereka, dan sesiapa yang tidak, tidak akan dapat berbuat apa-apa mengenainya.

Taktik berasingan sekali lagi telah digunakan untuk mengisytiharkan perkara supaya menjadi lebih sukar, dengan tujuan mengaburi orang ramai pada hakikat kecurian yang mudah telah dilakukan.

Di permukaan, USD$1.19 billion wang awam telah ‘dilaburkan’ dalam usahasama 1MDBPetroSaudi, di bawah tanggungjawab utama Perdana Menteri. Namun, selain dimasukkan ke dalam akaun usahasama itu wang itu telah dipesongkan ke dalam akaun bank Zurich berasingan milik Syarikat Good Star, yang dikendalikan oleh rakan karib PM, iaitu Jho Low.

Poofff – wang itu lenyap!

Hampir separuh dari wang itu telah seterusnya terkesan sebagai telah dibayar dari akaun Zurich milik Good Star ke dalam akaun peribadi BSI di Singapura milik Jho Low.
Baki yang lain akan ditemui dalam sedikit masa lagi, jika keperluan pengubahan wang antarabangsa akan dipenuhi oleh negara-negara ahli dan juga pihak-pihak berkuasa mereka.

Sejak kecurian ini dilakukan dengan mudah, PM dan dana 1MDB dengan dibantu oleh audit-audit yang samar-samar telah mencuba berpura-pura bahawa semua wang yang hilang itu telah dibayar balik ke Malaysia dan tiada satu senpun wang itu hilang sebagaimana didakwa.

Mereka te;ah mengeluarkan beberapa siri dakwa dan alasan yang lucu-lucu bahawa wang itu telah ditahan dan dilaburkan, bermula dari akaun-akaun rahsia di Gugusan Pulau-Pulau Cayman akhirnya ke Singapura (yang dituduh terletak dalam cawangan bank BSI yang sama di mana akaun bank Jho Low juga berada – seorang staf kanan cawangan itu telah kononnya ‘bercuti’ semenjak skandal itu dicetuskan dalam bulan Mac).

Namun, 1MDB tidak akan dapat mengakses ‘wang tunai’ ini, walaupun untuk melepaskan syarikat itu dari keadaan aliran wang yang teruk, di mana, amat memalukan, dana itu tidak dapat memenuhi keperluan membayar balik hutang-hutangnya.

Dan pihak-pihak berkuasa Singapura baru-baru ini telah mengesahkan kebenaran yang nyata, bahawa tiada sebarang wang dalam mana-mana akaun ini seperti didakwa.
Bagai mana mungkin jika semua wang itu telah dicuri dahulu?

Abdul Gani Patail, Ketua Peguam Negara dengan lantang mengatakan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

Abdul Gani Patail, Ketua Peguam Negara dengan lantang mengatakan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

Najib dan para penyokongnya telah merumuskan bahawa cara mereka keluar dari belengu 1MDB itu adalah terus mengabaikannya dan menafikan apa yang tidak boleh dinafikan, di samping mundar-mandir menunjukkan kekuatan politik (dengan menggunakan lebih banyak wang awam).

Sememangnya, Menteri Dalam Negeri telah mengatakan bahawa pihak polis telah menyelesaikan siasatan mereka pada bulan Mac lalu dan menghantar laporan mereka. Siasatan itu kini ditutup.

Sememangnya dalam masa yang sama juga Peguam Negara telah terpaksa menerima fail terkini itu ke dalam longgokan fail laporan kesalahan yang sudah sedia ada dan tiada siapa yang akan menyoal saspek utama dalam skandal ini, iaitu rakan niaga PM, Jho Low.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan Ke-2, Ahmad Hanadzlah, ketika bercakap dalam TV minggu lalu, telah mendakwa bahawa”sukar untuk mengesahkan” jika syarikat Good Star Limited itu dikendalikan Jho Low.

Sukar untuk mengesahkan?!

Najib Razak telah mengarahkan supaya bayaran berjumlah lebih satu billion dollar dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star bahawa ianya sebahagian dari usahasama dengan 1MDB dan dia sukar untuk mengesahkan bahawa ianya sebenarnya sebahagian dari syarikat itu?

“Sukar untuk mengesahkan” bahawa Good Star itu dikendalikan oleh Jho Low, walaupun separuh dari wang itu telah berjaya dikesan oleh pihak-pihak berkuasa Singapura, ke dalam akaun milik Jho Low di bank BSI Singapura?!

Apa yang Najib perlukan, seperti yang dapat dilihat ramai, adalah pengalihan pandangan dan tumpuan awam dari masalah ini, memandangkan dia tetap enggan melakukan sesuatu secara terhormat dan mengundur diri dari kedudukannya itu.

Dia inginkan suatu ‘pengakuan’ politik yang besar, supaya dia dapat mendabik dadanya di hadapan para pengkritiknya dan berkata, “lihatlah! Tiada siapa peduli walaupun saya mempengerusikan kehilangan wang awam yang banyak, kerana ini adalah politik biasa di Malaysia dan pengundi-pengundi saya masih merestui saya kerana semua yang saya lakukan itu sudah dapat meningkatkan taraf hidup mereka”.

Inilah sebabnya PM menjadi semakin ketagih dengan kunjungan dan lawatan ke tempat-tempat lain (supaya dia dilihat sebagai seorang pemimpin antarabangsa) dan juga mengunjungi “Simpanan Tetap” BN di Malaysia Timur yang miskin, mundur dan daif, di mana penyokong-penyokong tempatannya yang kaya amat gembira bertemu dengan tukang-tukang sorak yang diupah.

Baru-baru ini Sabah merana, setelah Najib sekali lagi gagal mengutamakan darurat tempatan mendahului kunjungannya promosi dirinya ke luar negara di Arab Saudi selain menziarahi mangsa gempa bumi di negeri itu.

Namun Sarawk tetap memnjadi pilihan untuk memperagakan PM, yang dilihat kurang yakin berkunjung dan berucap di negeri-negeri di tanah Semenanjung Malaysia sendiri.

Pada minggu lepas najib telah berkunjung ke Kuching dan pada hari Isnin ini, sekali lagi, dia kembali ke Sarawak – kali ini termasuk kunjung mengejut ke bandar Sibu, Sarawak.

Keramaian yang dikelolakan saat-saat akhir di Sibu ditambah dengan agenda Sarawak sempena lawatan PM

Keramaian yang dikelolakan saat-saat akhir di Sibu ditambah dengan agenda Sarawak sempena lawatan PM

Sarawak Report mendapati bahawa pejabatnya telah merancang dengan terburu-buru saat-saat akhir menganjur ke arah lawatan sempena Ulangtahun Kemerdekaan ke-59 beberapa hari lalu. Idea kunjungan peribadi di Sibu itu hanya difikirkan pada akhir minggu lalu.

Bustari (tengah) – amat rapat dengan Taib, amat rapat dengan Najib dan amat rapat dengan Adenan

Bustari (tengah) – amat rapat dengan Taib, amat rapat dengan Najib dan amat rapat dengan Adenan

Perhimpunan ini yang dipromosikan beberapa hari lalu, bergantung penuh pada sokongan Bustari Yusuf, iaitu ahli perniagaan dari Sibu yang juga seorang ahli politik veteran, yang amat rapat dengan Najib dan Rosmah, yang juga selaku penaja percutian-percutian pasangan itu ke luar negara.

Secara semula jadinya, Bustari juga selaku seorang penerima kontrak terbesar di negeri itu, di samping adiknya, Fadillah Yusuf, yang telah dipromosinya untuk menduduki status politik utama sebagai menteri kerjaraya yang juga merupakan rakan politik kepada Adenan Satem di Sarawak sendiri.

Maka, pembiayaan perhimpunan itu ditanggung oleh Bustari – sebagai membalas budi berjaya mendapat projek Lebuhraya Pan Borneo, yang dianugerahkan kepada syarikatnya sendiri. Dan juga memberikan kontrak besar perkhidmatan perubatan kepada syarikat yang dikendalikannya sendiri.

Annuar Rapaee

Annuar Rapaee

Najib akan berada di Sibu bersama isterinya pada jam 6 petang 15hb Jun, menurut rancangan terkini ini, di mana pengerusi pengelolanya adalah wakil rakyat bagi kawasan Nangka, Annuar Rapaee, yang juga merupakan rakan karib Bustari.

PM dan isterinya akan dibawa berjalan-jalan dan kemudian menghadiri majlis makan malam ‘bersama rakyat Sibu’ di Taman Selera Harmoni pada jam 8.50 malam, semuanya ditanggung oleh Bustari Yusuf.

Pada hari berikutnya PM dan isterinya akan meneruskan kunjungan mereka mengikit rancangan asal, iaitu ke Kapit dan Kuching.

Bustari yusuf yang maha-kaya itu merupakan orang kanan Taib sejak dari dulu lagi dan juga merupakan Bendahari Parti PBB, merupakan orang penting bagi Najib untuk memperagakan imej politiknya di Sarawak dan untuk mendapatkan pujian atas kejayaan BN pada piliharaya umum nanti, di mana dia juga selaku penggesa Adenan untuk mengadakan pilihanraya awal beberapa bulan.

Ahli perniagaan itu jarang berada jauh dari Najib dalam masa terdekat ini dan dia juga turut bersama Najib ketika melawat Sarawak tidak berapa lama dahulu, menziarahi Adenan beberapa jam sebelum Najib tiba di Kuching untuk memberitahu Ketua Menteri itu mengenai agenda lawatan Perdana Menteri itu. Namun, Bustari bukannya seseorang yang dipilih oleh rakyat atau memegang sebarang peranan penting dalam kerajaan.

Kereta peribadi B Y ketika lawatannya ke Kuching baru-baru ini

Kereta peribadi B Y ketika lawatannya ke Kuching baru-baru ini

Perkiraan Najib adalah untuk menggesa Adenan menjalankan pilihanraya umum yang awal itu tidaklah sukar untuk dijangkakan.

Lagipun, parti-parti pembangkang di Malaysia Timur kini telah menjadi semakin lemah. Parti-parti tempatan seringkali diharamkan dan sumber kewangan adalah kekangan yang besar bagi sesiapa yang tidak bekerjasama dengan BN.

Dengan ketua pembangkang di peringkat persekutuan Anwar Ibrahim yang telah dipenjarakan oleh Najib, tiada lagi pemimpin yang menggerakkan pakatan pembangkang merempuh kubu-kubu BN kini.

Dan seluruh kemudahan kerajaan telah dipergunakan pada setiap pilihanraya untuk mempastikan penduduk-penduduk luar bandar tetap mengundi BN.

Adenan sendiri telah menyusun dirinya sejak menduduki jawatan ketua menteri dahulu di samping cuba dilihat menjauhkan dirinya dari Taib Mahmud, dalam usahanya menyah-racun gejala rasuah.

Dengan menumpukan perhatiannya terhadap pilihanraya akan datang, Adenan telah mengambil langkah membasmi rasuah untuk melumpuhkan aduan pembangkang terhadap kerajaan negeri.

Maka, kita mungkin akan dapat menyaksikan ‘Projek Sarawak’ dijalankan.

Sebuah lagi lawatan menaiki helicopter oleh Najib berkunjung ke destinasi kegemarannya di Sarawak

Sebuah lagi lawatan menaiki helicopter oleh Najib berkunjung ke destinasi kegemarannya di Sarawak

Adenan akan ditekan untuk menjalankan pilihanraya mengejut dalam jangkaan bahawa BN akan menumbangkan semua parti pembangkang yang lemah dan miskin, dengan menghulur-hulurkan wang dan ancaman-ancaman untuk menakut-nakutkan pengundi di kawasan-kawasan luar bandar seperti selama ini.

Kemudian Najib akan mengakui dirinya sebagai disayangi oleh rakyat dan disukai oleh seluruh rakyat Malaysia dan mencabar sesiapa yang berani membisikkan kata-kata bahawa dia pernah mencuri wang awam.

Inilah yang dikenali sebagai penyelesai berpolitik pada masalah yang praktikal.

Sama ada Adenan akan bersedia untuk akur dengan rancangan berputus asa Najib, akan menjadi nyata dalam sedikit masa lagi.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments