Sains Adalah Mengenai Fakta

Akbhar dan media di UK mempunyai sehari suntuk melaporkan sesi penggambaran tidak senonoh di Gunung Kinabalu.

Tiada siapa yang bersorak pada aksi tidak bersopan mereka setelah mereka diberi amaran oleh pemandu mereka dan mungkin mereka layak mendapat pengajaran dari tindakan bodoh mereka itu yang kemudiannya secara kebetulannya berlaku gempa bumi buruk di rantau itu.

“Empangan-empangan tidak akan menyebabkan gempa bumi” – Adakah teori-teori karut Torstein lebih kurang dengan kenyataan Alfred Jabu?

“Empangan-empangan tidak akan menyebabkan gempa bumi” – Adakah teori-teori karut Torstein lebih kurang dengan kenyataan Alfred Jabu?

Namun sememangnya bukan merekalah penyebab utama malapetaka alam itu.

Setiap orang yang telah dan pernah belajar ilmu sains asas di peringkat sekolah rendah mengetahui hakikat mengenai malapetaka ini.

Maka, bagi orang-orang seperti Timbalan Ketua Menteri Sarawak Alfred Jabu anak Numpang yang memberitahu pengawal berita Malaysia, Bernama, gempa bumi pembunuh di Sabah itu telah disebabkan oleh tindakan budak-budak nakal itu dan ianya suatu kesalahan yang amat serius!

Dakwaan Jabu telah dilaporkan secara meluas di UK, mengundang cemuhan kebanyakan pembaca mereka.

Dakwaan Jabu telah dilaporkan secara meluas di UK, mengundang cemuhan kebanyakan pembaca mereka.

Lagi pun, kerajaan negeri pimpinan orang-orang seperti Jabu yang merancang untuk membina dua buah lagi empangan gergasi, di rantau yang mempunyai garis sesar.

Adakah ini merupakan kepercayaannya dan rakan-rakannya dalam BN?
Jika Sarawak ingin bergerak dari bersikap tahyul menjadi sebuah negeri yang maju, ia harus mengabaikan kepercayaan tahyul dan memahami serta menghayati fakta-fakta saintifik sepenuhnya.

Dalam pada itu, keadaan menjadi semakin membimbangkan apabila kerajaan negeri telah mengupah seorang pemikir songsang Eropah untuk melaksanakan projek-projek berkontroversi, yang bersifat sombong dan angkuh di mana dia sanggup untuk menolak sebarang protokol Kesatuan Tenaga Hidro di mana dia sendiri adalah sebagai ahlinya dan memasang struktur-struktur ini tanpa mengambil kira penilaian ke atas setiap risiko atau mengikuti amalan terbaik yang ditetapkan oleh industri itu.

Kami menggelarkan budak hingusan Torstein Dale Sjoviet itu seorang pemikir songsang bersifat gelojoh dan angkuh itu amat bertentangan dengan apa yang dianggap normal dan bersesuaian dalam persekitaran perniagaan kontemporari orang-orang Eropah mahupun Amerika.

Apabila sesiapa yang mengkritik rancangannya atau tidak bersetuju dengan rekabentuk gergasinya hasil cetusan mindanya sendiri, dia akan menggelarkan mereka sebagai ‘pembohong’ dan mengecam hujah-hujah mereka itu sebagai ‘salah’ – tidak melibatkannya dan tiada kompromi untuk dirinya.

Pembohongan apakah yang khasnya?

Pembohongan apakah yang khasnya?

Ini bukanlah cara yang betul dalam mengendalikan perkara-perkara oleh amalan perniagaan yang berdaya maju, di mana syarikat-syarikat besar akan mengumumkan bahawa mereka harus mempertimbangkan projek-projek mereka dan memenangi hujahan-hujahan menggunakan tenaga bermerit dan bukannya menggunakan paksaan.

Torstein sentiasa bersedia menjelaskan kepada sesiapa mengenai apa sahaja yang dia lakukan itu adalah betul dan sempurna belaka

Torstein sentiasa bersedia menjelaskan kepada sesiapa mengenai apa sahaja yang dia lakukan itu adalah betul dan sempurna belaka

Torstein, walau bagaimanapun, telah meletak jawatan CEO di limbungan kapal Aker setelah hanya setahun bekerja di situ, setelah sekian lama bekerja di Afrika.

Mungkin dia lebih suka berada di suatu tempat di mana dia boleh bertindak sebagai seorang ‘bos’ dan menawarkan perubahan pada orang-orang tempatan tanpa menjangkakan sebarang kritikan atau kutukan?

Tetapi dalam proses itu dia telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan melulu yang tidak serasi dengan fakta-fakta yang diketahui umum.
Dia sering menolak konsep amalan terbaik dan sanggup mengambil risiko pada keselamatan, di samping membantah dengan keras sesiapa yang berani menunjukkan kesilapannya.

Sesungguhnya, keangkuhan sering mendahului kegagalan dan tiada siapa mahukan kesilapan apabila kita memikirkan pembinaan empangan-empangan besar di tengah-tengah kawasan pesat penduduknya, yang telah dikategorikan sebagai ‘Berisiko Tinggi’ oleh penilaian kesan terhadap alam sekitar yang dilaporkan oleh pakar-pakar mereka sendiri.

Torstein boleh dan berhak mengadu bahawa Sarawak Report telah mengemukakan fakta-fakta ‘mengerikan’ dan menuduh kami sebagai berbohong seperti yang dia lakukan pada minggu ini.

Murum's impact assessment's Pemandangan kemungkinan banjir kilat pada penilaian kesan terhadap alam sekitar bagi empangan Murum ...view of possible flooding...

Murum’s impact assessment’s Pemandangan kemungkinan banjir kilat pada penilaian kesan terhadap alam sekitar bagi empangan Murum …view of possible flooding…

Namun, sila teliti sejenak isu-isu yang telah kami dedahkan di masa lalu dan sama ada budak Torstein itu telaj berjaya menunjukkan bahawa semua pendedahan kami itu sebagai pembohongan belaka.

Kami telah mendedahkan bagaimana kipas-kipas turbin yang tidak sempurna telah dipasang di Empangan Murum, yang amat berpotensi untuk patah dan rosak, yang akan menyerupai keadaan yang menyebabkan malapetaka hasil buatan manusia menyusul kemudian. Pernahkah Torstein menunjukkan bahawa perincian kami mengenai kerosakan itu sebagai pembohongan?

Kami juga mendedahkan bagaimana amalan pembinaan yang lemah ke atas Empangan Bakun yang telah mengabaikan integriti bahan yang digunakan untuk membina alur limpah, yang bakal mengalami keretakan, sebagaimana pernah berlaku pada empangan-empangan lain di rantau tropika.

Torstein cuba menyembunyikan kecacatan buatan pada kipas-kipas turbin Murum, yang didakwanya dapat dibaiki secara setempat sahaja!

Torstein cuba menyembunyikan kecacatan buatan pada kipas-kipas turbin Murum, yang didakwanya dapat dibaiki secara setempat sahaja!

Pernahkah dia membuktikan bahawa dakwaan dan pendedahan kami itu sebagai pembohongan?

Seterusnya kami telah mendedahkan bagaimana EIA Empangan Murum dibimbangi berpotensi sebagai ‘kegagalan berangkai’ ke arah Empangan Bakun di hilirnya, yang tidak dibina untuk menanggung risiko yang dikehendaki. Pernahkah Torstein menunjukkan pendedahan kami itu sebagai pembohongan?

Kami juga telah memuatnaik sebuah rakaman percakapan dari satu siding professional, di mana para jurutera New Zealand untuk Empangan Murum telah menunjukkan bahawa kegunaan tanah yang bercanggah pada kawasan tadahan air untuk empangan (iaitu pembalakan yang tidak terkawal) akan menjadikan takungan air empangan dipenuhi oleh mendapan lumpur berlebihan dan mengurangkan kandungan air. Pernahkah Torstein menunjukkan hakikat ini sebagai tidak benar?

Sarawak Report telah selanjutnya menunjukkan bahawa ramai penduduk di Baram tidak mahukan tenaga “murah dan bersih” yang dipromosikannya itu. Dan kami juga telah memuatnaikkan banyak artikel bercorak akademik yang menilai dan melaporkan tentang empangan-empamgan gergasi sebagai tidak murah dan juga tidak bersih.

Namun ini telah dianggap sebagai komen yang tidak boleh ditoleransi oleh Torstein yang hanya akan akur pada solusi para bosnya (bos-bosnya termasuklah orang-orang seperti Alfred Jabu, yang taksub bahawa dewa-dewa gunung menyebabkan gempa bumi, menurut wawancaranya dengan agensi berita nasional Malaysia, BERNAMA semalam).

Dan ceritanya diteruskan. Kami telah menunjukkan bahawa setakat empangan-empangan di Sarawak tidak membekalkan tenaga elektrik dan kekayaan kepada penduduk-penduduk tempatan, kerana semua tenaga itu telah dihantar untuk kebaikan orang-orang yang berada jauh, dengan meninggalkan penduduk-penduduk tempatan it uterus kehilangan punca untuk hidup.

Kami telah menunjukkan apa yang diterima umum, iaitu bayaran pampasan tidaklah seberapa sangat malah apa yang telah dijanjikan tidak dipenuhi. Dapatklah si Torstein menunjukkan bahawa kerisauan itu sebagai pembohongan? Tidak, dia masih belum dapat menunjukkannya.

Torstein menerima arahan dari bos-bosnya dan juga upahan yang amat lumayan. Maka siapa yang akan ambil peduli pada sebarang proses?

Torstein menerima arahan dari bos-bosnya dan juga upahan yang amat lumayan. Maka siapa yang akan ambil peduli pada sebarang proses?

Malah orang putih kaum Viking yang menerima gaji tahunannya berjumlah mencecah USD$1.2 juta setahun itu belum dapat menyangkal analisa kami berkenaan rasuah besar yang menyelubungi rancangan pembinaan empangan, di mana dia memainkan peranan penting.

Torstein mungkin dapat berpura-pura sedih bersama penduduk-penduduk tempatan yang terjejas, yang dijanjikan kesenangan dengan hidup moden, namun motivasi untuk empangan-empangan itu bukan untuk meningkatkan taraf hidup mereka tetapi sebaliknya untuk melonggokkan kekayaan Taib Mahmud – fakta-fakta tetap dapat dibuktikan.

Keluarga Taib Mahmud memonopoli perniagaan simen, mereka juga mengawal semua jenis pembinaan dan anak lelakinya pula memonopoli semua kontrak pemasangan kabel tenaga.

Jumlah-jumlah wang yang banyak dipinjam bagi pihak dana awam untuk membina struktur-struktur gergasi ini dan sebagai besar keuntungannya pula akan dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank Gabenor itu, ahli-ahli keluarga dan para kroni mereka … dan sudah tentunya Torstein juga turut mendapat habuan yang lumayan untuk dirinya.

Berbalik ke perbincangan mengenai gempa bumi. Pada minggu ini seorang saintis kanan Malaysia telah membangkitkan rasa risau umum mengenai ancaman gempa bumi ke atas pembinaan sebuah empangan di Baram, berikut kejadian yang telah berlaku di Gunung Kinabalu tempoh hari.

Lebih baik kaji dan semak semula kata pakar geologi Malaysia sendiri

Lebih baik kaji dan semak semula kata pakar geologi Malaysia sendiri

Alexander Yan, seorang bekas Pengarah Jabatan Galian dan Geosains mencadangkan bahawa adalah perlu untuk menjalankan kajian geological menyeluruh di rantau itu dengan kos sehingga setengah juta ringgit atau lebih, hanya untuk mempastikan bahawa projek itu selamat.
Apakah maklum balas si Viking sombong dan bongkak itu?

Apakah kenyataan balasnya terhadap kenyataan ahli sains ternama dari negara hosnya itu? Adakah dia akan menawarkan sikap telusnya terhadap projek itu, supaya orang lain akan dapat mengakses sama ada semakan menyeluruh telah dilaksanakan?

Atau adakah Torstein menawarkan diri untuk menunggu selesai dan terbitnya kajian EIA bagi empangan-empangan Baram dan Baleh, sebelum mengumumkan pembinaan, di mana pihak-pihak NGO menunjukkan bahawa kajian itu merupakan asas pelaksanaan sesebuah projek gergasi yang belum lagi dipenuhinya?

Tidak, sebaliknya Torstein memanggil para pemberita Borneo Post untuk membidas kerisauan umum yang dibangkitkan oleh saintis kanan Malaysia itu, dengan memperlekehkan kenyataan-kenyataannya itu sebagai karut.

Kawasan garisan sesar? Adaku kisah, kata Torstein

Kawasan garisan sesar? Adaku kisah, kata Torstein

Menurut si Torstein, semua kerja pengkajian dan pemeriksaan telah dijalankan… dan kita harus percayakan kenyataannya kerana tiada persoalan mengenai kerja-kerja survei diumumkannya, yang dijalankannya.
Para pembaca telah dipaksa untuk mempercayai setiap kata-kata dalam kenyataan Torstein yang dituliskan dalam akhbar itu.

Jurutera sivil terlatih itu memberitahu Borneo Post bahawa empangan tidak akan menyebabkan gempa bumi!

Pasti. Ia takkan berlaku. Maka, kita semua harus berhenti merasa risau mengenai perkara itu.

Kenyataan ini adalah luar biasa dan dihamburkan secara menyeluruh bahawa ianya sukar untuk dipercayai.

Empangan-empangan boleh mencetuskan gempa bumi dan juga boleh terjejas akibat gempa bumi ...

Empangan-empangan boleh mencetuskan gempa bumi dan juga boleh terjejas akibat gempa bumi …

Bagi kalangan pembaca yang ingin mencari dalam internet berkenaan perkataan “earthquake” dan “dams” dan membaca tulisan-tulisan yang berkisar pada kematian seramai 86 ribu orang semasa gempa bumi di Sichuan, China tahun 2006 yang lalu, akan tahu bahawa pandangan bersaintifik akan tidak bersetuju dengan kenyataan Torstein itu.

Banyak kajian menunjukkan empangan-empangan boleh menyebabkan tercetusnya gerakan sesar bumi yang merbahaya. Dan terdapat juga bukti kuat yang menunjukkan bahawa empangan sememangnya boleh menyebabkan gempa bumi.

Namun dalam temubualnya Torstein mengakui bahawa dia telah mendapat kelulusan untuk meneruskan projek empangan Baram walaupun tanpa perlu menjalankan sebarang kajian geologikal.

Namun, tanpa kajian-kajian ini, kita tahu bahawa Kerajaan Sarawak telah membenarkan pembinaan empangan itu dimulakan!

Bagaimana gempa bumi Sabah menjejaskan infrastruktur awam ...

Bagaimana gempa bumi Sabah menjejaskan infrastruktur awam …

Torstein hanya menepis hal-hal berhubung ketidakselesaan itu ke tepi.
Gempa bumi dicetuskan oleh empangan-empangan “tidak mungkin berlaku”, seperti dikatakannya kepada Borneo Post.

Dan empangan-empangan pula tidak akan terjejas akibat gempa bumi.

Maka siapa yang akan peduli sangat apa yang diucapkan oleh pakar-pakar geologi dari seluruh dunia, kerana kenyataan-kenyataan mereka itu adalah salah, sebagai mana Sarawak Report adalah pembohong?

Alfred Jabu – gempa bumi disebabkan oleh dewa-dewa yang marah ...

Alfred Jabu – gempa bumi disebabkan oleh dewa-dewa yang marah …

Oleh itu, adalah jelas bahawa Encik Sjotveit adalah hampir-hampir tidak lebih berminat dengan fakta-fakta sains daripada bosnya, Alfred Jabu, yang akan bersetuju dengan beliau bahawa geologi kawasan ini adalah tiada apa-apa yang ketara untuk dibimbangi, kerana beliau percaya bahawa gempa bumi adalah disebabkan oleh dewa-dewa yang marah.

Dengan sebuah kerajaan yang ditadbir oleh orang-orang seperti Alfred Jabu dan seorang pengurus seperti Torstein Dale Sjotveit, kami percaya bahawa rakyat Sarawak mempunyai hak untuk menjadi risau dan runsing mengenai pembinaan empangan yang terkini ini.

Namun, sekali lagi, anggaplah kami sebagai “pembohong”, justeru itu, janganlah ambil maklum pada fakta-fakta yang kami kemukakan!

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments