Sembunyikan Setiap Satunya – Najib Mengelak ‘Sesi Dedahka Semuanya’ Mengenai 1MDB!

Najib meninggalkan pentag untuk salah seorang penonton ternama menjangkakan ... sehinggalah pihak polis membuat keputusan yang sebaliknya

Najib meninggalkan pentag untuk salah seorang penonton ternama menjangkakan … sehinggalah pihak polis membuat keputusan yang sebaliknya

Siapa pernah sangka akan menyaksikan perubahan sifat Dr Mahathir kepada ‘Wira Rintangan’, dibawa secara paksa turun dari podium yang popular pagi ini di bawah arahan-arahan IGP?

Politik di Malaysia telah menjadi drama terbalik dalam masa beberapa minggu ini, dengan pendedahan-pendedahan cerita berhubung 1MDB yang dipersembahkan dalam portal-portal berita internet hampir setiap hari.

Dan setiap orang bertanya bolehkah si Perdana Menteri menjalani hidupan hariannya bergelumang dengan skandal gergasi negara itu, dengan hanya mengeluarkan arahan menerusi kuasa eksekutifnya dan tanpa berusaha memenangi bahasan atau berusaha membersihkan nama dan kedudukannya?

Mahathir kini merasakan pahit-manis sikapnya sendiri ketika dia dibawa secara paksa oleh anggota-anggota polis – dan seterusnya ke penjara?

Mahathir kini merasakan pahit-manis sikapnya sendiri ketika dia dibawa secara paksa oleh anggota-anggota polis – dan seterusnya ke penjara?

Najib kini merasakan bahawa dirinya kini sudah menemui jalan mati berhubung 1MDB. Terlalu banyak fakta yang telah diketahui dan dia tetap gagal menyangkal kesemuanya.

Sememangnya ia bukannya persoalan ‘tiada apa untuk disembunyikan’ berhubung 1MDB, tetapi lebih kepada tiada tempat untuk bersembunyi lagi.

Pada drama hari ini ianya sebagai bukti mutlak bahawa dia tidak lagi mampu menghadapi banyak persoalan dan bahawa dia lebih sanggup lari dari dipersoalkan mengenai pembabitan Jho Low berhubung kehilangan wang berbillion-billion ringgit dari 1MDB.

Pada mulanya acara itu hanya untuk mempersembahkan sesi soal dan jawab untuk menghuraikan tajuk yang sedang hangat masa kini, menggunakan tajuk “Nothing to Hide” (Tiada apa untuk disembunyikan” pada sesi mesra NGO.

Namun apabila umum mengetahui acara ini sebagai hangat maka lebih ramailah orang datang sejak awal pagi lagi.

Ianya mungkin suatu pengalaman luar biasa bagi Najib menyaksikan kehadiran penonton yang tidak dibiayainya. Dengan kata lain, para penonton yang hadir itu merupakan dari kalangan orang yang bukan dikehendaki dan disukainya.

Para bakal penyoal terdiri dari Dr Mahathir sendiri dan beberapa orang pengkritik yang arif tentang skandal itu yang hadir berbekal beberapa soalan mudah, yang amat sukar dijawab oleh Najib.

Sebagai contoh: Mengapakah 1MBD memberitahu Bank Negara Malaysia bahawa mereka telah memindahkan wang berjumlah USD$1.19 billion ke dalam syarikat usahasama mereka, PetroSaudi, sedangkan wang itu telah dimasukkan terus ke dalam akaun bank Switzerland yang dikendalikan oleh rakan karibnya dan juga isterinya, Jho Low?

Jelaslah Najib tidak mampu memikirkan jawapan yang sesuai, atau mungkin dia telah memberikan jawapannya di parlimen, selain menghantar para timbalannya untuk memutar-belitkan perkara pokok yang ditimbulkan.

Dia juga dilihat gagal mengurangkan kritikan umum terhadapnya. Dia pernah mencuba, tetapi cubaannya gagal, kerana terlalu banyak fakta dan bukti diketahui mengenai peranannya selaku pengarah dalam 1MDB itu.

Najib telah melakukan kesilapan dengan melantik dirinya sendiri sebagai pemegang tunggal saham-saham dan pembuat keputusan tunggal ke atas dana, supaya dia dapat kebebasan mutlak dan mengawal semua yang dipinjam itu menerusi ‘dana pembangunan’ impiannya.

Namun kuasa mutlat ini telah menuntut tanggungjawabnya yang mutlak juga.

Selepas pendedahan-pendedahan bahawa 1MDB terbabit dalam skandal hutang berbillion-billion rinngit yang telaj dilencongkan ke dalam akaun-akaun bank kendalian Jho Low, Najib telah berpura-pura bahawa dia hanya berperanan sebagai pemantau sahaja dan semua persoalan harus dirujukkan kepada pegawai-pegawai bawahannya.

Tetapi ini telah didedahkan sebagai beberapa pembohongan sejak beberapa minggu yang lepas.

Satu lagi pembohongan yang penting dari Najib, yang telah didedahkan, bahawa kehilangan wang tunai dari Usahasama PetroSaudi adalah wang tersebut masih tersimpan dalam akan bank Brazen Sky milik 1MDNB di BSI Singapura.

Sebenarnya tidak sedemikian, kata Timbalan Menteri Kewangannya yang kini terpaksa mengubah pengakuannya – tiada sebarang wang tunai berada dalam akaun itu yang boleh diterjemahkan menjadi wang tunai pada bila-bila masa sekalipun.

Najib telah mencuba banyak cara dan kaedah untuk melepaskan dirinya: dengan mengarahkan secara olok-olok Ketua Audit Negara menjalankan siasatan (yang berkhidmat di bawah jabatannya); dengan mengatakan bahawa wang tunai itu datang dari punca lain (yang direka-rekanya) untuk menggantikan wang yang hilang itu (seperti daripada Tabung Haji) dan dengan menilai semula harga tanah yang diberikan percuma kepada 1MDB sebanyak lebih 500 kali dan kemudian menawarkan untuk membelinya balik menerusi Kementerian Kewangan pimpinannya sendiri.

Namun, para pengkritiknya dari kalangan pembangkang dan juga dari dalam partinya sendiri tetap enggan berundur melihat pihak umum ditipu, bagi menutup kecurian berbillion-billion ringgit dari dana 1MDB.

Selain berusaha memutar-belitkan cerita, mereka bertanya, mengapakan si Perdana Menteri itu tidak mengeluarkan waran tangkapan dan pendakwaan ke atas rakan karibnya Jho Low?

Memandangkan dia belum lagi berbuat demikian, terdapat satu rumusan di pihak orang ramai, di mana Perdana Menteri itu bukan ‘tidak menyembunyikan apa-apa’ tetapi ‘menyembunyikan setiap satunya’.

Seperti gelagat para timbalannya yang lari dari soalsiasat PAC dan kemudian enggan menetapkan tarikh lain, Najib juga telah bertindak seperti lipas kudung, lari lintang pukang dari sesuatu, yang diketahui ramai.

Sekali lagi Ketua Polis Negara yang terpaksa bertindak untuk melindunginya dengan tidak melaksanakan tugas sebenarnya (menyiasat jenayah yang dilakukan) dan bertindakan selaku macai kepadanya.

Setelah Najib gagal menghadirkan dirinya, dan membiarkan para penonton menunggunya selama lebih dua jam, maka IGP pula terpaksa menjelaskan keputusan Najib, konon berhubung isu-isu ‘undang-undang dan keselamatan awam’.

Kemudian Najib sendiri mengeluarkan alasan kerana gagal hadir dan seterusnya menyatakan bahawa peristiwa itu adalah dari IGP yang telah mengecewakannya dengan membatalkan majlis itu.

Sebenarnya, seperti yang dapat disaksikan menerusi video di internet, para penontonnya rata-rata dilihat sabar dan senyap ketika berada dalam Dewan Tun Hussein Onn pada pagi ini – dengan mengambil kira bahawa mereka telah dipaksa menunggu begitu lama sebelum si PM itu betul-betul tidak dapat hadir.

Kemudian Dr Mahathir bertindak balas pada permintaan penonton untuk mengisi podium yang telah lama kosong yang ditontoni oleh para pendengar yang tidak bising.
Masalah tercetus apabila pihak polis bertindak untuk menutup mulut bekas pemimpin negara itu bahawa kononnya ancaman terhadap keamanan dan harmoni telah mulai dikesan.

Para penonton menjadi marah apabila perhatian mereka terganggu bunyi bising ketika Dr Mahathir menyentuh tentang tajuk berkenaan Jho Low dan ketenteraman keadaan mereka berubah menjadi bising terhadap kehadiran pihak polis.

Bekas Perdana Menteri itu kemudian mencelah untuk meredakan keadaan dengan bersetuju untuk turun dari podium dan sebaliknya akan bercakap dengan media.

Rakyat Malaysia telah dibiarkan untuk membuat andaian apakah babak-babak drama politik yang akan dipersembahkan selepas ini?

Para penonton yang bersopan santun dituduh sebagai pencetus ‘ketenteraman awam’

Para penonton yang bersopan santun dituduh sebagai pencetus ‘ketenteraman awam’

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments