Surat Terbuka Kepada Kementerian Luar Negara Switzerland di Bern

Ke hadapan [Nama penerima tidak didedahkan],

Kita telah berbual mengenai perkara ini terlebih dahulu. Saya seorang wartawan yang berpejabat di UK dan mengendalikan sebuah laman web berjudul Sarawak Report.

Saya merasa risau setelah mengetahui keadaan kebajikan dan keselamatan seorang warga Switzerland, yang telah ditahan di Thailand kerana suatu tuduhan yang dikemukan oleh sebuah syarikat Switzerland yang berpejabat di UK, PetroSaudi International, yang menuduhnya sebagai peniup wisel (pemberi maklumat) di sebalik beberapa dokumen yang diserahkannya kepada saya dan akhbar Sunday Times, London.

Dokumen-dokumen itu telah mengaitkan penglibatan PetroSaudi International dengan skandal berbillion-billion dollar pada dana pembangunan di Malaysia, 1MDB.
Warga Switzerland itu, Xavier Justo, yang didakwa oleh PetroSaudi Limited dalam kenyataan akhbarnya masih berada dalam tahanan selama dua hari di penjara Bangkok.
Saya amat percaya bahawa warga Switzerland itu ditahan untuk dijadikan kambing sembelihan pembalasan dan ancam malu di mana mahkamah-mahkamah Thailand tiada sebab secara langsung mendakwanya.

Saya risau bahawa rasuah dan atau pihak berkuasa Thailand yang keliru berada di sebalik penahanan tidak berasas ini.

Laporan-laporan berita, yang telah direka dan diterbitkan oleh PetroSaudi di media-media Malaysia tetapi tidak terdapat di sebarang media di Thailand atau di tempat lain, mendakwa bahawa item-item milik warga Switzerland, Xavier Justo, yang ditahan telah dirampas.

Maka dengan itu saya juga merasa bimbang bahawa syarikat PetroSaudi ini telah menggunakan pengaruh haram dan tidak wajar untuk cuba mendapatkan balik bahan-bahan ini menerusi tindakan penahanan oleh pihak polis Thailand itu.

Pada awal tahun ini saya pernah cuba mendedahkan kegiatan haram PetroSaudi International kepada pihak pendakwaan Switzerland, supaya mereka dapat disedarkan akan kegiatan jenayah ini.

Kami telah memaklumkan pihak pendakwaan, menerusi khidmat seorang peguam anti rasuah, bahawa saya mempunyai bahan-bahan bukti berhubung jenayah pengubahan wang ke atas dana pembangunan Malaysia, 1MDB, menerusi bank-bank Switzerland yang saya namakan.

Pada masa itu pihak pendakwaan menjawab bahawa mereka tidak menilai bahawa bukti-bukti saya itu mencukupi untuk meneruskan pertanyaan-pertanyaan. Naum, saya kini mempunyai lebih 3 juta pertukaran emel yang memperincikan jenayah ini, di mana syarikat PetroSaudi International sebagai pihak yang terbabit sama.

Kini PetroSaudi telah mengumumkan dengan jelas bahawa bahan-bahan dari komputer pelayan mereka itu adalah tulen, dengan menuduh bahawa bekas pekerja mereka itu telah berjaya mencurinya – mereka mendakwanya sebagai seorang ‘pakar IT’ nemaun sebenarnya dia adalah seorang pengarah kanan di syarikat mereka itu.

Walau bagaimana pun menurut laporan berita yang terkini, mereka cuba mengatakan bahawa emel-emel itu telah ‘diubah’ dan mereka menambahkannya kepada senarai ‘jenayah’ tang mereka ingin perlakukan ke atas Xavier Justo.

Setakat ini PetroSaudi International telah mendakwa bahawa emel-emel telah “direka-reka”, kemudian telah “digodam” dan kini bahawa emel-emel itu telah “dicuri” dan “diubah”.

Namun, terdapat bahawa bukti sokongan untuk menunjukka bahawa syarikat yang berpejabat di Switzerland/UK ini terbabit dalam kehilangan wang berjumlah hampir dua billion dollar US wang awam Malaysia yang dipesongkan kepada syarikat Good Star Limited, yang mempunyai akaun yang didaftarkan dengan bank RBS Coutts Zurich.

Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, Meteri Kewangan II Malaysia mengumumkan bahawa dia telah menghubungi New York Times selain pihak-pihak media yang lain bahawa syarikat Good Star Limited adalah anak syarikat kepada PetroSaudi Limited.
Maka, saya memohon kerjasama agar dakwaan ini disiasat sepenuhnya oleh pihak-pihak berkuasa Switzerland, kerana sebahagian besar dari USD$1.9 billion yang diambil dari 1MDB telah dipindahkan kepada Taek Jho Low (yang tiada kena-mengena dengan PetroSaudi International tetapi dia merupakan seorang nomini kepada Perdana Menteri Malaysia yang menguasai ke atas dana itu) menurut dokumen-dokumen dari pihak-pihak berkuasa berhubung kewangan Singapura, yang mana belum ada seorangpun yang tampil ke hadapan untuk menafikannya.

Maka, untuk tujuan melapor dan juga menyatakan rasa risau ke atas keselamatan dan kebajikan Xavier Justo, saya ingin tahu:

1) Apakah maklumat yang boleh diberikan oleh pihak Kedutaan Switzerland di Bangkok berhubung keadaan yang dihadapinya sekarang? Adakah dia dibenarkan akses kepada seorang peguam dan apakah asas perundangan yang sah yang membolehkan di ditahan?

2) Saya juga ingin tahu sama ada terdapat sebarang perbicaraan di Switzerland atau sebarang waran dikeluarkan dalam bidang kuasa itu, yang mungkin boleh mengimbangi tindakan ini menentang Xavier Justo ke atas aduan umum di pihak PetroSaudi?

3) Saya juga ingin tahu apakah tindakan yang sedang diambil oleh pihak pendakwaan Switzerland untuk menyiasat bukti ini mengenai jenayah penipuan dan pengubahan wang, memandangkan bahawa saya dan sebuah kumpulan NGO Switzerland telahpun mencuba untuk memberikan maklumat berkenaan perkara itu, yang kini diisytiharkan sebagai maklumat sah oleh PetroSaudi?

Saya seterusnya menyedari bahawa beberapa pihak berkuasa di Malaysia telah menghubungi pihak-pihak berkuasa Switzerland berhubung jenayah kewangan ini, yang juga menganjur ke bank Switzerland di Singapura (saya merujuk pada BSI dan RBS Coutts Zurich).

4) Saya juga ingin tahu mengapakah tidak terdapat sebarang tindakan untuk mengikuti kes ini di Switzerland dan mengapakah saya tidak diberitahu untuk menerima bukti ini, yang telah saya serahkan kepada sesebuah pihak berkuasa antarabangsa yang berminat menyiasat jenayah pengubahan wang?

Sila teliti pautan-pautan berhubung penahanan Xavier Justo berikut:
http://www.nst.com.my/node/89480

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/thai-police-arrest-petrosaudi-it-exec-over-1mdb-leak#sthash.bIi2zjdN.dpbs

http://news.petrosaudi.com/petrosaudi-international-statement-ex-managers-blackmail-arrest/

Dan lihat juga pautan-pautan mengenai liputan saya pada PetroSaudi:
http://www.sarawakreport.org/2015/02/heist-of-the-century-how-jho-low-used-petrosaudi-as-a-front-to-siphon-billions-out-of-1mdb-world-exclusive/

dan seterusnya untuk penelitian lebih lanjut

http://www.sarawakreport.org/tag/1mdb/

Kini saya menunggu jawapan daripada Kementerian Luar Negara Switzerland pada kadar yang amat segera kerana status kepentingan yang mengancam salah seorang dari warganegara tuan, yang saya percaya telah disalah-tahan atas tuduhan yang palsu di sebuah negara, yang tidak bidang kuasa pada sengketa berasaskan Switzerland ini.

Saya seterusnya memohon agar Xavier Justo diberikan perlindungan yang harus diberikan kepada seorang peniup wisel pemberi maklumat dalam keadaan ini dan bahawa langkah-langkah wajar diambil untuk menyiasat jenayah penyelewengan wang yang di mana PetroSaudi International telah memainkan peranan utamanya.

Dan saya menggesa agar PetroSaudi harus disiasat sepenuhnya di Switzerland untuk berkomplot menentang bekas Pengarah syarikat mereka yang dilihat meninggalkan mereka kerana bimbang pada amalan-amalan rasuah dalam syarikat itu.

Saya menunggu jawapan segera bagi pihak warganegara tuan yang sedang berada dalam tahanan negara asing.

Clare Rewcastle Brown
www.sarawakreport.org

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments