Tiada Beza! Kami Membuktikan Bagaimana Tuduhan Mengatakan “Penggangguan” Adalah Palsu

Apakah bukti yang dapat ditemui oleh para penuduh?

Apakah bukti yang dapat ditemui oleh para penuduh?

Sarawak Report telah mengkaji secara menyeluruh tuduhan yang sangat serius dan berfitnah, yang mendakwa bahawa dokumen-dokumen yang kami liputkan berkenaan usahasama PetroSaudi 1MDB telah kami “ganngu” untuk “mengubah secara kreatif’ kebenarannya.

Kini kami boleh membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan itu sebagai tidak benar, dengan memeriksa dan meneliti bahan-bahan itu.

Maka, mesej kami kepada mereka yang telah menuduh kami, periksalah dahulu fakta-fakta anda sebelum anda menjerit-jeritkan tuduhan-tuduhan dan bimbang akan saman hasutan, jika anda telah memalukan kami atau seorang yang tidak bersalah itu yang kini berada di penjara.

Kami boleh mengesahkan bahawa belum ada sebarang bukti dikemukakan untuk menyokong dakwaan-dakwaan bahawa “penggangguan” telah dilakukan sejak 48 jam yang lalu oleh New Straits Times dan dibangkitkan oleh media-media tertentu, para blogger dan ahli-ahli politik UMNO.

Memang, bukti yang kecil yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak ini boleh ditunjukkan untuk mengesahkan secara berlawanan, di mana tiada gangguan dilakukan pada dokumen-dokumen itu.

Begitu juga, orang yang sama yang telah memeriksa perkara yang sama telah menuduh secara bohong bahawa Sarawak Report dan akhbar Edge telah berbohong dan dengan sengaja mengelirukan para pembaca dengan maklumat yang telah “diubah” mengenai kehilangan berbillion-billion dari 1MDB.

Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi mendakwa dalam sidang media bahawa tuduhan ini membuktikan bahawa laporan-laporan kami itu”sengaja diputar-belitkan” dan bahawa fakta-faktanya telah “diterbalikkan”. Akibatnya di mengancam untuk “mendakwa para pelakunya”.

Namun kami boleh menunjukka butir-butir secara terperinci bagaimana komen-komen ini boleh dibuktikan sebagai tidak benar.

Di sebalik tuduhan-tuduhan ini adalah PetroSaudi yang terbabit secara langsung dan mempunyai kepentingan yang kuat untuk menafikan maklumat kami

Di sebalik tuduhan-tuduhan ini adalah PetroSaudi yang terbabit secara langsung dan mempunyai kepentingan yang kuat untuk menafikan maklumat kami

Bukti kami telah diperolehi dengan memeriksa bahan di mana syarikat PetroSaudi, yang berada di sebalik tuduhan-tuduhan itu, menyandarkan dakwaan-dakwaan mereka.

PetroSaudi sendiri sedang disiasat atas peranannya sebagai rakan niaga dalam usahasamanya bersama 1MDB, dari mana berbillion-billion dollar telah hilang secara berskandal.

Pihak yang berat sebelah ini jelas merupakan penggerak di pertengahan cubaan pada minggu ini untuk melemahkan beberapa bahan bukti yang telah digunakan untuk mendedahkan salahlaku mereka dalam usahasama itu dalam laporan-laporan kami.

Maka pada hari Selasa yang lalu kakitangan-kakitangan dari New Straits Times milik parti UMNO telah dihantar ke Bangkok untuk mengambil gambar penangkapan pemberi maklumat PetroSaudi, yang mereka tuduh sebagai sumber berjuta-juta emel bermaklumat diberikan kepada Sarawak Report berkenaan pengaliran keluar wang berbillion-billion ringgit dari 1MDB.

Tangkapan yang dipertontonkan – namun di manakah bukti akan digunakan?

Tangkapan yang dipertontonkan – namun di manakah bukti akan digunakan?

Ini adalah bekas Pengarah sebuah syarikat, yang dituduh PSI secara palsu sebagai seorang “pakar IT”.

Sebenarnya PSI telah melaporkan beberapa siri kutukan kepada pihak polis Thailand, yang membentuk asas dakwaan dan menjurus kepada penangkapan dan penahanannya. PetroSaudi telah menuduh bekas rakan sesyarikat mereka kerana mengambil data dan “mengganggunya”, bertujuan untuk “memeras-ugut” syarikat itu – suatu jenayah yang didakwa PSI berlaku di Thailand.

Maka, PSI bertindak selaku pihak yang berkecuali dan seterusnya menawarkan NST untuk menemubual ‘pakar’ mereka untuk mendapatkan cerita itu.

Kemudiannya muncul seorang pekerja yang tidak dinamakan di UK berasaskan firma “perisikan siber”, Kumpulan Perlindungan Antarabangsa (PGI), yang mendakwa telah meneliti dokumen-dokumen yang dimuat naik ke web oleh Sarawak Report.

Bersedia untuk diambil bekerja – namun adakah PGI telah benar-benar membuat dakwaan?

Bersedia untuk diambil bekerja – namun adakah PGI telah benar-benar membuat dakwaan?

Ianya merupkan beberapa siri “petikan kata-kata” menakjubkan daripada jurucakap yang tidak dinamakan dari PGI, yang menjadi asas tuduhan-tuduhan seperti terpapar di dada-dada media, direka khas untuk menjatuhkan bukti-bukti dalam Sarawak Report.

Pendek kata tuduhan melulu oleh seorang jurucakap PGI yang tidak dinamakan itu bahawa mereka telah membukti sebuah slaid powerpoint yang dimuatturun dari laman web kami adalah versi yang telah diganggu, diubah secara sengaja untuk merosakkan kebenaran.

Ini membangkitkan persoalan mengapakah pihak NST tidak pernah ambil peduli untuk menyokong dakwaan berfitnah dengan menunjukkan kepada pembaca bahan berbukti mereka?

Seperti yang ditunjukkan oleh Sarawak Report semalam, kami telah menyokong dakwaan kami, maka kenapa mereka tidak boleh berbuat sedemikian?

Sebabnya adalah mudah untuk menunjukkan bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Sebuah bukti yang dikenalpasti oleh pendakwa kami adalah persembahan powerpoint yang terdapat dalam laman web kami di mana ‘metadata’ menunjukkan ianya telah dibuka dan kemudian ‘disimpan; oleh Justo dalam tahun 2013.

Kami telah mengenalpasti bahawa dokumen itu sebagai persembahan powerpoint mengenai struktur usahasama yang telah dimuatnaik ke pendedahan pertama kami mengenai 1MDB.

Persembahan power point 6 langkah yang didakwa NST sebagai telah “diganggu” dan dipalsukan oleh Justo

Persembahan power point 6 langkah yang didakwa NST sebagai telah “diganggu” dan dipalsukan oleh Justo

Power point ini telah dibuat untuk PetroSaudi oleh syarikat guaman White & Case, bagi menunjukkan bagai mana klien merancang untuk menyedut keluar USD$700 juta dari usahasama itu pada hari pertama selepas perjanjian dimeterai.

Enam buah slaid persembahan menunjukkan “pelan struktur bersama” yang membenarkan pembayaran oleh 1MDB (menggunakan dana awam Malaysia) “pinjaman” yang diberikan kepada syarikat utama PetroSaudi.

Pemeriksaan mudah pada “metadata” untuk mengenalpasti dokumen ini dari laporan asal kami sememangnya menunjukkan bahawa ianya telah dibuka oleh Xavier Justo (‘xavierj’) pada 17hb Januari 2013 yang lalu.

Maklumat meta data boleh diperolehi dengan mengimbasi dokumen yang dimuatnaik oleh Sarawak Report

Maklumat meta data boleh diperolehi dengan mengimbasi dokumen yang dimuatnaik oleh Sarawak Report

Namun tidak terdapat sebarang bukti untuk menyokong dakwa bahawa Justo telah mengganggu atau mengubah dokumen-dokumen yang asal – dia hanya diketahui telah membuka dan menyalin dokumen-dokumen itu.

Beginilah struktur terkini slaid itu seperti dalam laman web kami.

Slaid 1 dari persembahan yang menunjukkan struktur usahasama yang direka asalnya oleh White & Case pada 2hb September 2009 (lihat kanan bawah)

Slaid 1 dari persembahan yang menunjukkan struktur usahasama yang direka asalnya oleh White & Case pada 2hb September 2009 (lihat kanan bawah)

Maka, bagaimana kita boleh menunjukkan bahawa tiada gangguan telah dilakukan? Kami boleh melakukan ini, kerana seperti PetroSaudi, kami juga mempunyai semua versi dokumen ini dari salinan kami yang sama dengan bahan dari server mereka.

Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi telah mengumumkan untuk mengancam media berhubung tuduhan-tuduhan palsu dan berat sebelah

Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi telah mengumumkan untuk mengancam media berhubung tuduhan-tuduhan palsu dan berat sebelah

Sebenarnya ada banyak versi power point dari kalangan berjuta-juta dokumen yang diperolehi dari PetroSaudi oleh Sarawak Report. Ini merangkumi dokumen asal yang diedarkan oleh syarikat itu, yang tidak menunjukkan sebarang perbezaan dengan yang kami terbitkan, yang pasti PSI lebih mengetahui dan menyedari.

Sebenarnya, sejarah yang tepat dokumen ini (dan meta datanya) menunjukkan sedikit perubahan telah dilakukan pada persembahan power point ini.

Ini merupakan perubahan yang dibuat pada hari berikutnya selepas dokumen asal diedarkan dan ianya telah diubah oleh pereka asal dokumen itu, iaitu sekumpulan peguam-peguam dari syarikat guaman White & Case (‘WC users’)

Perubahan yang dilakukan adalah penambahan nama sebuah syarikat Jersey yang telah dikorporatkan beberapa jam setelah mereka membuat power point itu pada 21hb September 2009.

White & Case mengedarkan versi kemaskini dokumen power point itu bersama emel berjelas dan versi yang telah dikemaskini pada 22hb September 2009 itu adalah serupa dengan yang dimuatnaik ke laman Sarawak Report, yang dituduh PGI sebagai telah diganggu dan dirosakkan.

Maka, marilah kita periksa bukti bervisual menerusi sejarah power point tiga langkah, supaya setiap orang akan dapat memberikan penilaian dengan jelas betapa seriusnya tuduhan mengatakan kami telah mengganggu bahan itu dan seterusnya penafian kami.
Versi asal power point itu telah diedarkan pada 21hb September 2009 dan boleh diakses melalui pautan ini:

Meta data yang dapat diakses dari file komputer ini menunjukkan bahawa ianya telah dibuat oleh WC Users (White & Case) pada 21hb September dan diubah pada hari berikutnya:

Meta data yang asal

Meta data yang asal

Dapat dilihat bahawa slaid dalam power point asal ini bertarikh 21hb September belum lagi mengandungi nama Jersey Company yang dirancang untuk menjadi milik PetroSaudi.

Tiada ruang nama untuk Jersey Company pada versi 21hb September itu

Tiada ruang nama untuk Jersey Company pada versi 21hb September itu

Pada hari berikutnya peguam-peguam White & Case menghantar versi yang dipinda dengan nama Jersey Company ditambah ke dalam slaid itu. Slaid ini dikepilkan bersama emel berketerangan dari ketua pasukan peguam White & Case, Timothy Buckland (yang kemudiannya menjadi Pengarah dalam PetroSaudi):

Emel yang berguna untuk menjelaskan pindaan yang telah dibuat pada 22hb September 2009

Emel yang berguna untuk menjelaskan pindaan yang telah dibuat pada 22hb September 2009

Power point yang telah dipindah telah dikepilkan pada emel ini, meragkumi tambahan iklan pada nama Jersey Company itu:

Begitu juga, meta data pada dokumen ini menunjukkkan bahawa pindaan ini dilakukan oleh White & Case pada 22hb September 2009:

Sarawak Report kini membawa para pembaca kembali pada versi terakhir (di atas) power point yang telah dimuatnaik ke dalam laman web kami. Versi power point ini mengandungi meta data yang menunjukkan bahawa ianya telah ‘disimpan’ oleh pengguna ‘xavierj’ dlam tahun 2013.

Namun power point itu sendiri tidak dipinda sama sekali.

Kami mencabar para pembaca untuk meneliti satu persatu keenam-enam slaid itu dan membandingkannya dengan enam slaid yang dibuat oleh White & Case (‘WC Users’) versi pindaan pada 22hb September.

Di sini sekali lagi adalah power point terkini yang kami terbitkan pada asalnya:

(Web version) POWER-POINT-2-Petro-Saudi-JV-Structure-Steps-Plan-3

Dan sekali lagi di sini adalah versi yang dipinda pada 22hb September, yang telah dikemaskini oleh pasukan White & Case sendiri:

(Name of jersey company included) Petro Saudi – JV Structure Steps Plan

Bolehkah para pembaca kita mengecam perbezaan antara kedua-dua versi power point yang sama itu?

Dengan tiada sebarang gangguan atau perubahan ditemui kami mengesahkan bahawa tuduhan-tuduhan yang telah dinyatakan oleh PetroSaudi dan kemudiannya dilaporkan tanpa sebarang persoalan oleh pihak New Straits Times, tanpa menyemak bukti secara terperinci dan berforensik, adalah tidak benar.

Kesemua bahan bukti yang ada pada kami juga ada pada simpanan PetroSaudi. Dengan itu kami ingin menambah bahawa mereka sengaja berbohong apabila mereka mengatakan bahawa bekas pekerja mereka itu telah mengganggu dan meminda dokumen itu.

Kes di mana “para pakar” telah diupah dari PGI adalah tersalah petik atau mereka juga menghamburkan fitnah dan membesar-besarkan signifikan kajian mereka untuk memenuhi keperluan PetroSaudi, yang telah mengupah PGI untuk melemahkan bukti pembabitan mereka dalam penipuan wang berbillion-billion ringgit itu.

Malah, akhbar Sunday Times juga turut menerbitkan sebuah artikel bersandarkan dokumen-dokumen ini, dengan menyerlahkan butir-butir dari beberapa dokumen itu pada Jho Low, 1MDB dan PetroSaudi.

Setakat ini belum ada dakwaan dari pihak-pihak yang dinamakan itu sebagai maklum-balas pada penerbitanakhbar itu bahawa dokumen-dokumen yang dimaksudkan itu telah diganggu atau dirosakkan.

Sarawak Report memohon rasa puas hati ke atas tuduhan-tuduhan palsu dan liar berkenaan “gangguan” pada bahan bukti yang diketengahkan di sini

Kami mencadangkan bahawa tersalah gambaran ini ditambah ke dalam senarai kegiatan jenayah yang berkemungkinan oleh pihak PetroSaudi, yang menuduh secara palsu setakat ini telah menyebabkan bekas rakan sesyarikat mereka, seorang warga Switzerland, terpaksa merengkuk di penjara di Bangkok.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments