Berjuta-juta Ringgit Wang Tunai Dimasukkan Ke Dalam Akaun Rosmah – Bagaimana Mungkin? EKSKLUSIF!

Terapi membeli-belah – bagaimana mungkin ‘Wanita Pertama’ Malaysia boleh mendapat suntikan wang yang terlampau banyak ke dalam akaun-akaunnya?

Terapi membeli-belah – bagaimana mungkin ‘Wanita Pertama’ Malaysia boleh mendapat suntikan wang yang terlampau banyak ke dalam akaun-akaunnya?

Sarawak Report teah diberikan sebuah makulmat berhubung sebuah akaun di Affin Bank Bhd yang dimiliki oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Jumlah wang yang terlampau besar itu telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan hanya dalam masa dua bulan pertama tahun ini.

Menurut kandungan dokumen yang berhubung inkuiri-inkuiri 1MDB, di antara 10hb Februari dan 23hb April seorang pemuda bernama Roslan Bin Sohari telah mengunjungi premis cawangan tengah bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.

Ketika berkunjung dia menyimpan sejumlah RM2,000,000.00 ke dalam akaun bank bernombor 100020000058, yang dikenalpasti oleh para penyiasat sebagai dimiliki oleh “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)”.

Sarawak Report telah diberikan sesalinan transaksi-transaksi bank ini dan telah difahamkan bahawa si Roslan itu berkunjung ke bank itu bersama wang tunai dalam bentuk wang kertas yang disimpan dalam sebuah beg.

Menurut rekod (berikut) penyimpanan wang itu dilakukan oleh ‘pembantu peribadi’ kepada pemegang akaun.

Lapan penyimpanan telah menjadikan jumlahnya RM2 juta

Lapan penyimpanan telah menjadikan jumlahnya RM2 juta

Seperti mana disedari oleh sesiapa yang pernah menyimpan wang tunai dalam jumlah yang besar, transaksi yang terlampau besar akan dianggap sebagai mencurigakan dan luar biasa. Ianya akan menggera sistem perbankan dan mencetuskan persoalan.

Persoalannya, mengapakan ini tidak berlaku, sehinggalah siasatan 1MDB dijalankan?

Adakah si pemegang akaun itu dianggap sebagai terlalu berkuasa dan berpengaruh untuk disentuh?

Individu itu, menurut kertas-kertas siasatan yang telah berjaya diperolehi oleh Sarawak Report, adalah Rosmah Mansor.

Rosmah merupakan pemilik akaun itu dan Roslan pula ditugaskan menghantar beg berisi wang untuk dibawa ke bank pada setiap kunjungannya itu

Rosmah merupakan pemilik akaun itu dan Roslan pula ditugaskan menghantar beg berisi wang untuk dibawa ke bank pada setiap kunjungannya itu

Sarawak Report boleh mengesahkan bahawa akaun bank yang khusus ini sedang disiasat, kerana ianya boleh dikaitkan dengan inkuiri-inkuiri berhubung pengubahan wang 1MDB.

Salah seorang dari Ahli Lembaga Pengarah di Affin bank itu adalah Lodin Wok Kamaruddin, yang merupakan Pengerusi dalam 1MDB.

Seperti mana pada laporan awal Sarawak Report, para penyiasat telah berjaya mengesan bahawa wang daripada bekas anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International telah dimasukkan ke akaun-akaun bank milik Perdana Menteri sendiri, menerusi syarikat Gandingan Mentari S/B dan juga syarikat Ihsan Perdana S/B.

Akaun bank milik Ihsan Perdana S/B juga berada di Affin Bank:

Dokumen-dokumen transaksi – salah sebuah dari pindahan wang yang telah diterima daripada Gandingan Mentari ke dalam Ihsan Perdana di Affin bank, sebelum dipindahkan ke akaun peribadi milik PM di AmBank

Dokumen-dokumen transaksi – salah sebuah dari pindahan wang yang telah diterima daripada Gandingan Mentari ke dalam Ihsan Perdana di Affin bank, sebelum dipindahkan ke akaun peribadi milik PM di AmBank

Syarikat SRC International telah dikunjungi oleh para penyiasat pada minggu lepas di pejabat-pejabat mereka di Menara BRBD di Pusat Membeli-belah Bangsar.

Sarawak Report memahami bahawa jumlah wang yang terlampau banyak yang dikaitkan dengan Rosmah itu didedahkan semasa siasatan dijalankan, namun akaun ini mungkin bokleh dianggap sebagai asas pendedahan akaun-akaun yang milik wanita pertama Malaysia ini, yang telah mendapat jolokan pelanggan barangan mewah paling terkenal dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments