Dokumen-Dokumen 1MDB Yang Telah Diganggu – SIAPA KATA!

Pendedahan oleh jurucakap DAP, Tony Pua

Pendedahan oleh jurucakap DAP, Tony Pua

Menurut pepatah orang tua-tua bahawa orang akan menuduh orang lain melakukan kesalahan yang mereka lakukan.

Maka, dalam masa beberapa hari, jurucakap 1MDB telah menuduh Sarawak Report kerana dikatakan telah “mengganggu” dokumen-dokumen, yang kami keluarkan berhubung salah tadbir urus wang beratus juta dollar dalam dana pembangunan itu.

Tetapi sebaliknya banyak lagi keadaan di mana orang-orang dalam 1MDB sendiri telah melakukan penggangguan ke atas dokumen-dokumen dan kini seakin didedahkan – kali ini untuk menipu pihak-pihak bank untuk meluluskan pinjaman dana dalam jumlah ratusan juta ringgit yang tidak mungkin akan mereka lakukan jika mereka tahu keadaan sebenar akaun-akaun 1MDB.

Sungguh tak ada perut malu menuduh Sarawak Report melakukan jenayah yang sama – mengganggu dokumen-dokumen!

Pendedahan terkini yang timbul pada hari ini dari ahli PAC, Tony Pua adalah berhubungan perkara-perkara kewangan.

Dalam sebuah kenyataan dia telah mengenalpasti berapa pengubahan penting dilakukan oleh 1MDB dalam salinan-salinan Laporan Kewangan yang mereka kemukakan kepada beberapa buah bank Malaysia ketika memohon pinjaman.

Tony Pua mendedahkan bahawa salinan-salinan laporan kewangan yang diterima oleh beberapa buah bank Malaysia (Maybank, RHB, Alliance dan HwangDNS) daripada 1MDB, beberapa perkataan dan ayat penting telah diubah.

Ianya tidak memerlukan sebarang pakar kewangan untuk memahami signifikan pengubahan dokumen yang dilakukan oleh para pegawai 1MDB itu. Ini bermakna, pihak bank telah dipersembahkan dengan sejumlah wang yang diketepikan untuk menjelaskan pinjaman yang mereka pohon.

Walhal, sebenarnya wang itu telah dibelanjakan.

Bahagian dalam Laporan Tahunan 2014 yang telah dipinda

Bahagian dalam Laporan Tahunan 2014 yang telah dipinda

Perlakuan mengelirukan pihak bank ini merupakan jenayah yang amat serius. Tony Pua telah menunjukkan bahagian dalam undang-undang keseksaan yang berkenaan, walaupun pengetahuan umum mengatakan bahawa semua jenis pembohongan adalah bertentangan dengan undang-undang.

Para pengikut perkembangan skandal 1MDB mungkin tidak akan merasa terkejut dengan maklumat terkini, memandangkan Sarawak Report telah mendedahkan dana itu beberapa minggu yang lalu kerana telah mengeluarkan dokumen-dokumen yang telah dipalsukan seperti sebelumnya, kali ini dalam bentuk penyata-penyata bank.

Sepucuk surat daripada pihak-pihak berkuasa Singapura kepada para penyiasat Malaysia dalam bulan Mac tahun ini telah mengesahkan bahawa penyata bank yang disampaikan oleh CEO 1MDB yang kini Arul Kanda kepada pihak bank BSI di Singapura telah ditolak kerana didapati sebagai palsu.

Jelaslah surat yang telah difakskan oleh Arul itu kepada cawangan bank BSI itu adalah untuk menyemak sama ada mereka telah mengemukakan akaun 1MDB yang benar kepada anak syarikat Brazen Sky seperti pada bulan November 2014.

Akaun ini telah dipersembahkan kepada umum oleh 1MDB sebagai mengandungi US$1.103 billion dalam bentuk “wang tunai”.

Pihak berkuasa Singapura telah memberitahu pihak penguatkuasa Malaysia bahawa surat itu mengandungi maklumat yang tidak betul dan penyata yang dikemukakan oleh Arul Kanda itu belum lagi dikeluarkan oleh pihak bank dan ianya tidak mengambarkan keadaan sebenar akaun Brazen Sky.

Setelah Sarawak Repport menerbitkan maklumat ini dalam bulan April, 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia telah terpaksa mengakui bahawa mereka telah berbohong kepada umum bahawa akaun BSI itu mengandungi wang tunai.

Dalam usaha itu Menteri Kewangan Ke-2 telah mengumumkan bahawa dia telah bermaksud bahawa kandungan akaun itu adalah dalam bentuk “unit-unit”. “Unit-unit” ini tidak dapat ditentukan nilainya dan tidak dapat diterjemahkan ke dalam sebarang bentuk wang tunai.

Ini membuatkan Sarawak Report menuduh 1MDB dan kerajaan yang memerintah itu amat gemar “mengelirukan umum”.

Malah, Kementerian Dalam Negeri telah merancang untuk menutup beberapa penerbitan yang telah begitu peka dan rajin meliputi skandal 1MDB berhubung ‘jenayah’ ketara ini.

Sedangan, sebenarnya 1MDB dan menteri-menteri itu sendiri yang telah mengelirukan umum dengan beberapa siri pembohongan, pemalsuan dokumen-dokumen dan cerita-cerita yang sentiasa berubah-ubah berhubung 1MDB dan wang awing berbillion-billion ringgit yang hilang itu.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments