Jho Low Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, Bersama PM/MK Menunggu Di Telefon! EXCLUSIF

Menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB ...

Menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB …

Kini, disahkan bahawa peniaga muda yang kaya yang berkontroversi dari Malaysia, Jho Low, pernah menghadiri beberapa mesyuarat 1MDB dan dia sering mendapatkan panduan daripada PM menerusi telefon bimbitnya.

Pendedahan ini timbul setelah Jho Low, yang juga rakan karib kepada Najib Razak sering menafikan bahawa dirinya mengeluarkan arahan ke atas sebarang peranan dalam dana pembangunan itu.

Pertambahan bukti-bukti dari para pegawai yang sedia ada dan juga bekas-bekas pegawai menunjukkan bahawa Jho Low bukan sahaja terbabit dengan pemeteraian urusniaga bagi pihak “BB” [Big Bossnya, Najib Razak], namun dia juga mendominasi mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Sarawak Report juga mendapati bahawa Taek Jho Low memegang paspot Amerika, yang merupakan bertentangan dengan undang-undang kerakyatan Malaysia yang ketat yang membenarkan hanya satu kerakyatan untuk seseorang rakyatnya.

Ini mungkin menjelaaskan mengapa dia tetap enggan menghadiri PAC di KL, sebagaimana di minta.

Pertambahan testimoni berkaitan skandal ini bukan sahaja berhimpun dari pendengaran PAC, namun dari kenyataan-kenyataan lain, menurut beberapa sumber dalaman.

Ini bermakna ramai di kalangan para penyiasat faham dan mengetahui peranan Jho Low dalaam 1MDB terutamanya menerusi maklumat yang diberikan kepada Sarawak Report apabila kita menerbitkan pendedahan kami kali pertama mengenai usahasama PetroSaudi dalam bulan Mac tahun ini.

Kemudian kami telah melaporkan bagaimana banyak salinan dokumen dan emel berhubung urusniaga yang menunjukkan bahawa Jho Low sememangnya menguruskan usahasama itu bagi pihak Perdana Menteri.

Dalam proses itu mula-mula dia telah menyedut keluar US$700 juta dan kemudiannya beratus juta ‘dipinjam’ dari 1MDB.

Bukti seterusnya menjurus kepada kesimpulan yang sama, bahawa Jho Low telah bertindak bagi pihak Perdana Menteri, yang merupakan pemegang utama saham-saham dan penandatangan dana itu.

Jho Low bersama-sama Najib sekeluarga dan juga dua pengarah PetroSaudi, Tarek Obaid dan Putera Turki bin Sulaiman

Jho Low bersama-sama Najib sekeluarga dan juga dua pengarah PetroSaudi, Tarek Obaid dan Putera Turki bin Sulaiman

Apabila ditanya mengenai peranannya sehari selepas Sarawak Report membuat pendedahan 1MDB, Jho Low telah menegaskan, apabila dia telah mengingatkan para penemubualnya bahawa orang penting di sebalik semua keputusan itu adalah Najib Razak.

Begitu mudah mengatakan tuduhan itu “tidak berasas”?

Begitu mudah mengatakan tuduhan itu “tidak berasas”?

Walau pun demikian, pihak kerajaan telah memecahkan kesunyian yang mengelilingi siasatan yang sedang dijalankan.
‘Laporan Interim’ Ketua Audit Negara telah dipekelilingkan kepada para penyiasat dan ahli-ahli PAC, dengan harapan tiada lagi apa-apa komen sehingga ke pengujung ikuiri itu.

Namun pada hari Selasa lalu Menteri Kewangan Kedua telah mengumumkan bahawa laporan itu telah “membersihkan” 1MDB.

Campurtangan sedemikian telah mendatangkan provokasi pada seorang ahli DAP yang menganggotai PAC itu untuk mengemukakan responsnya dalam media dengan mendakwa bahawa kenyataan Menteri itu adalaah ‘suatu pembohongan’

Kehadiran Jho Low dalam banyak sesi mesyuarat amat menghairankan ramai pihak, namun kenyataan Tony Pua akan menggalakkan para pemerhati merumuskan bahawa lagi banyak salah guna kuasa telah dilakukan.

Digugurkan dari menjadi pengerusi pada lembaga pengarahnya sendiri? Mohd Bakke Salleh

Digugurkan dari menjadi pengerusi pada lembaga pengarahnya sendiri? Mohd Bakke Salleh

Baru-baru ini timbul suatu berita dari sumber yang berasingan yang mengatakan bahawa pengerusi asal 1MDB, Mohd Bakke Salleh meletak jawatannya, sebaik sahaja selepas butir-butir usahasama dengan PetroSaudi diketahui umum.

Akhbar The Star telah melaporkan bahawa Ahli-Ahli Lembaga Pengarah telah terkejut setelah mereka mengetahui bahawa US$700 juta dari US$1 billion yang asal untuk diterbitkan oleh 1MDB telah dilencongkan ke dalam akaun yang berasingan.

Mohd Bakke Salleh, yang selaku Pengarah Urusan dalam Felda dan yang lain telah menuntut supaya wang itu harus dikembalikan.

Apabila tuntutan mereka itu tidak diendahkan, dia dilaporkan telah meletak jawatannya dan telah diganti oleh rakan karib Najib, Lodin Wok Kamaruddin, yang telah lama bekerja dengan Najib semenjak dia di Kementerian Pertahan dahulu, dan Lodin pula mempunyai kerjaya dalam syarikat-syarikat militari.

Seorang lagi ahli terkanan dalam lembaga itu, Azlan Mohd Zainol dari KWSP turut meletakkan jawatannya kemudian.

Akhbar The Star juga menunjukkan rasa risau lembaga itu bahawa tiada sebarang pemindahan wang didokumentasikan ke atas aset-aset ke dalam 1MDB daripada PetroSaudi untuk mewarankan “pembayaran” US$700 juta kepada syarikat induk.

Ketua Audit Negara mengemukakan laporan interimnya kepada PAC – walaupun larangan untuk sebarang perbincangan dalam masa beberapa jam, namun Kementerian Kewangan telah mengisytiharkan bahawa 1MDB adalah bersih.

Ketua Audit Negara mengemukakan laporan interimnya kepada PAC – walaupun larangan untuk sebarang perbincangan dalam masa beberapa jam, namun Kementerian Kewangan telah mengisytiharkan bahawa 1MDB adalah bersih.

Ini merupakan satu lagi isu yang merunsingkan para pegawai atasan dalam Lembaga 1MDB apabila mereka dipersembahkan dengan butir-butir urusniaga pertama dengan PetroSaudi yang telah dikendalikan dengan begitu pantas dalam bulan September 2009 oleh Jho Low.

Maka, apakah hak dan kuasa Jho Low mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat lembaga yang sering mendapatkan PM menerusi telefon bimbitnya untuk mengarahkan para pentadbir kanan untuk menerima lunas-lunas urusniaga itu yang mengakibatkan beberapa orang dari mereka meletakkan jawatan walaupun setelah beberapa minggu 1MDB ditubuhkan?

Ini adalah di antara beberapa persoalan yang akan disiasat oleh pasukan PAC dalam masa beberapa minggu akan datang – sama ada kewujudan Jho Low diperlukan atau sebaliknya.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments