Maaf ya, Kali Ini Kami Terpaksa mengeluarkan Saman!

Sarawak Report telah menghadapi pelbagai rintangan untuk menyampaikan cerita-ceritanya kepada umum, khususnya semasa mendedahkan jenayah rasuah di peringkat yang tinggi. Selama ini kita telah bersikap berlembut dan sering berundur dengan kemarahan yang kami terima.

Biasanya kami bergantung pada fakta-fakta dalam kes kami menentang pihak lawan kami dan membiarkan para pembaca kami membuat keputusan dengan membandingkan fakta-fakta itu dengan kritikan-kritikan terhadap kami.

Namun dalam beberapa hari yang lalu, segelintir perwatakan yang mendakwa diri mereka mewakili kerajaan dan media mereka telah pergi terlalu jauh.

Mereka telah menampilkan seorang individu yang sakit dan tidak berguna, yang telah meluahkan beberapa siri pembohongan yang tidak dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya, demi untuk mengatakan bahawa semua hasil siasatan kami itu sebagai “palsu” dan telah “diganggu”.

Kami menganggap penampilan ini sebagai bodoh, berbanding himpunan bukti yang menyokong apa yang telah kami hasilkan. Namun para menteri BN telah mempergunakan watak-watak seperti ini sebagai alasan untuk mereka menyekat kemasukan Sarawak Report.

Menteri BN Abdul Rahman Dahlan telah menamakan editor kami sebagai pembohong dan semua hasil siasatan kami sebagai palsu belaka.

Pada hakikatnya semua artikel kami telah dimuatkan dengan hasil siasatan yang menyeluruh dan bukti-buktinya bersokong.

Tambahan pula lagi banyak penerbitan telah menyokong hasil siasatan kami dan mengulangi rumusan kami dalam media global.

Menteri Abdul Rahman Dahlan masih benlum dalam menunjukkan sekeping bukti yang boleh menjadikan sesiapa untuk percaya pada kenyataan tidak siuman dari Lester Melanyi yang bankrap itu.

Maka kami menuduh Abdul Rahman Dahman melakukan jenayah fitnah, yang didorong oleh niat jahat.

Kami kini sedang meminta pandangan para peguam kami sebelum melaporkannya kepada pihak polis Malaysia dan juga mengeluarkan prosiding fitnah terhadapnya dan pihak-pihak lain, termasuk New Straits Times dan media-media yang seangkatan dengannya yang telah mempromosikan pembohongan yang direka untuk memusnahkan kebolehpercayaan Sarawak Report.

Kami juga akan melaporkan jenayah yang dilakukan oleh Lester Melanyi kepada polis tempatan (kerana tidak berbaloi bagi kita menyamannya) dan kami ingin memberi amaran padanya dan sesiapa yang terus mempromosikan cerita-cerita rekaan, bahawa kami ingin mendapatkan gantirugi yang setimpal.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments