Perdana Menteri Britain Harus Membatalkan Rancangannya Melawat Malaysia

Hari ini, Selasa, Perdana Menteri Britain, David Cameron menghadiri sebuah persidangan di Singapura, mengutuk keras jenayah rasuah.

Cameron telah mengeluarkan isu itu untuk membasmi rasuah global sebagai platform utamanya sebagai seorang pemimpin dunia. Dia amat berhak berbuat demikian, maka itulah sebabnya dia harus membatalkan rancangannya berkunjung ke Malaysia.

Kami di Sarawak Report bersetuju sepenuh jiwa raga kami dengan Cameron bahawa rasuah merupakan tenaga paling merbahaya yang mengancam kebebasan dan kekayaan sumber di dunia moden kita dan ianya telah berkembang dengan begitu pantas tanpa dapat dibendung.

Rasuah bermula dari peringkat atas dan bergerak ke bawah dalam masyarakat, menjadikannya begitu sukar untuk dibendung sebelum ia dapat mendatangkan kemusnahan pada undang-undang dan kesejahteraan pada rakyat.

Ia kemudiannya menular ke negara-negara lain.

Negara Malaysia, sebagai contohnya, telah menjadi tumpuan dunia bagi gejala rasuah pembalakan, dengan syarikat-syarikat pembalakan dari Sarawak yang mendatangkan kemusnahan hutan menerusi amalan mereka yang mencari mana-mana kerajaan yang boleh mereka sogok bagi membenarkan hutan mereka dinodai.

Dalam ucapannya di Singapura hari ini, Cameron akan menunjukkan bagai masalah rasuah telah menjejaskan penduduk London sendiri, di mana pengubahan wang dari seluruh dunia telah mencurah masuk ke kotaraya itu, menjadikan harga hartanah melabung naik dan secara mayanya menyukarkan kehidupan penduduk kotaraya itu sendiri.

Sarawak Report telah kerapkali merujukkan masalah ini dan menunjukkan bagaimana salah sebuah pelabur dalam sektor hartanah terbesar di London adalah dari Malaysia.

Bagai mana, kami telah bertanya, mampunya negara kecil ini dengan pengurusan kekayaan negaranya dapat mengatasi liga itu dalam beberapa tahun dalam pelaburan hartanah di London, diikuti oleh Singapura?

Dalam 2013, Malaysia dan Singapura merupakan dua pelabur tertinggi dalam sektor hartanah di London, berbelanja melebihi penduduk-penduduk UK sendiri. Adakah ini, kami tanya, ada perkaitan dengan pengaliran keluar wang sogokan menjelang PRU13, sekiranya BN dikalahkan (di mana ianya hampir kalah)?

Dan, Cameron telah dilihat amat gembira bahawa pada tahun itu, Loji Kuasa Battersea, yang telah dibeli dan dibangunkan oleh syarikat Sime-Darby milik kerajaan Malaysia, yang merupakan salah sebuah syarikat penjenayah yang berperanan memusnahkan hutan kaum asal di Sarawak untuk mendapatkan kayu balak dan kemudiannya membuka ladang kelapa sawit.

Sime Darby kini telah bergerak ke kawasan hutan Africa dan telah mendapat kritikan hebat dari negara-negara itu kerana amalan jenayah yang sama.

Cameron adalah lebih dari berhak untuk berpendirian menentang rasuah, namun dia harus berhati-hati agar tidak terperangkap sebagai bersikap hipokrit mengenai jenayah itu. Itulah bahayanya menunjukkan dosa itu pada orang lain, walaupun ianya harus dilakukan.

Semasa kunjungan Cameron ke negara-negara Asia Tenggara yang merangkumi Malaysia dirancangkan pada awal bulan ini, Sarawak Report telah menulis surat kepada Pejabat Luar Negara UK dan Kedutaan UK di Malaysia untuk memberi amaran mengenainya.

Kami telah menunjukkan bahawa Malaysia kini sedang bergelumang dalam krisis politik di mana soal integriti seorang individu yang berkuasa, Perdana Menteri, dipersoalkan.

Kami menunjukkan bhawa Najib sudah tidak berupaya menjawab soalan-soalan yang asas mengenai kecurian berbillion-billion dollar dari dana pembangunan 1MDB, di mana dia sendiri mempengerusikannya dan bahawa dia tidak dapat menjawab kenapa USD$700 juta dari wang 1MDB telah berjaya dikesan memasuki akaun peribadinya.

Sarawak Report menjelaskan dalam suratnya, bahawa untuk berkunjung ke negara Najib ketika keadaan belum reda itu akan menjadikan pandangan umum bahawa perdana menteri yang kotor itu tetap mendapat sokongan antarabangsa dari sebuah negara barat yang mesra, dan mempunyai pertalian sejarah dan budaya.

Dia tidak seharusnya melakukan itu pada masa kritikal ini, apabila mereka yang tidak korup dalam kepimpinan Malaysia dan institusi-institusinya berusaha mengatasi masalah yang amat besar ini di peringkat tinggi ini.

Najib, setelah gagal memberikan jawapan memuaskan selama beberapa bulan mengenai tindakannya pada 1MDB telah menunjukkan bahawa wang dimasukkan ke dalam aakaun peribadinya menjelang PRU13 bukan “untuk kegunaan peribadinya”.

Pengumum itu telah diketahui umum yang mengatakan wang itu telah diambilnya dari dana pembangunan untuk membiayai kemenangan PRU untuk BN secara haram.

Begitu juga bila Sarawak Report mendedahkan skandal pengubahan wang yang dilakukan Ketua Menteri Sabah dahulu, Musa Aman, pihak Kerajaan Persekutuan telah membiarkan dia bebas begitu sahaja, kerana menurutnya dia menggunakan wang itu untuk membeli undi semasa PRU dahulu.

Kami telah menunjukkan bahawa Musa telah menggunapakai wang yang diperolehinya untuk tujuan peribadi, seperti membiayai persekolahan anak-anaknya di Australia. Namun Najib tidak berbuat apa-apa terhadap Musa, kerana jelaslah dia juga mengharapkan bahawa dia juga boleh dibebaskan kerana kesalahan yang sama.

Tetapi Najib telah dikutuk oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia dari rakyat pelbagai fahaman politik, kaum, warna kulit dan juga anutan agama.

Sehingga mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga turut membantah tindak tanduk Najib berkenaan 1MDB dan pembiayaan haram ke atas PRU 2013 – hingga mengatakan bahawa keputusan PRU13 itu sebagai tidak sah dan tiada status kerajaan yang sah!

Maka, adakah Cameron tetap akan menghadapi krisis yang mengatasi segalanya dan mengesahkan bahawa apa yang dilakukan Najib secara berskandal itu sebagai sah, hanya kerana dia ada beberapa buah jet yang ingin dijualkan kepada Malaysia (kita akan buat liputan mengenai penjualan jet-jet pejuang ini nanti).

Sarawak Report telah dituduh kerana masuk campur dalam urusan dalam Malaysia oleh konco-konco Najib, hanya kerana ingin menggunakan hak kebebasan bermedia dan kini amat menekan bagi diri Najib.

Sebagai maklumbalasnya, Najib telah menyekat kemasukan siaran blog kami ini, begitu juga dengan menggantung pernebitan akhar terulung di Malaysia, The Edge.

Dia telah memecat beberapa orang terpenting dalam partinya sendiri. Ini termasuk Timbalan Perdana Menteri, yang telah menunjukkan rasa khuatir dan risaunya terhadap kesan perilaku Najib.

Ingat, Tuan caeron, bahawa Najib yang sedang berpaut pada jawatannya walaupun ditentang oleh kabinetnya sendiri, selain mengambil cuti rehat selamat beberapa minggu ini, hanya semata-mata ingin menghormati kunjungan rasmi tuan itu!

Tuan akan disambut oleh sebuah kerajaan dan empat dari ahli senior dalam kerajaan itu telah dipecatnya kerana mereka didapati terlalu lantang menyebut rasa risau nereka berkenaan rasuah dalam 1MDB.

Tuan akan disambut oleh seorang Timbalan PM yang baru dilantik, yang mengekalkan jawatan Menteri Dalam Negerinya, yang pernah berjanji untuk mencari warga UK yang menulis untuk blog politik Sarawak report dan diekstradisi oleh “rakan polisnya dari Scotland Yard.

Semua rakyat Malaysia kini tahu mengeni misteri yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya yang membabitkan penggunaan bahan letupan C4 oleh dua pegawai kanan polis dan kemudiannya mereka dihukum bunuh, setelah mahkamah tidak dapat memberikan motif sebenar pembunuhan itu.

Adakah Britain akan memasuki satu lagi urusniaga yang serupa dengan usaha menjualkan beberapa buah jet pejuang jenis Typhoon, atau haruskah Cameron menemui perkembangan-perkembangan di negara sendiri esok dan terus balik ke tanahairnya?

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments