Ramesh Rao Juga Seorang Yang Muflis – MAKA SIAPAKAH YANG MENGUPAH LESTER?

Yang palsu hanyalah Lester!

Yang palsu hanyalah Lester!

Pada awal hari ini, pemimpin badan ‘NGO’ di sebalik tuduhan luarbiasa mengenai konspirasi antarabangsa untuk menumbangkan Perdana Menteri memasuki siri serangan yang baharu.

Ramesh Rao yang merupakan presiden sebuah entiti yang tidak begitu dikenali, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin telah mengeluarkan cemuhan terhadap mereka yang mengkritik golongan yang muflis dan sebuah entri Twitter, menurut laporan sebuah akhbar tempatan.

Dia telah melindungi ‘saksi utamanya’, Lester Melanyi bekas wartawan yang telah diisytiharkan muflis, yang menjadi sumber tuduhan-tuduhannya dan yang telah mengakui dibayar upah untuk mengeluarkan cerita-ceritanya.

Ramesh membidas parti-parti pembangkang (yang turut mengaitkan Lester dalam tuduhan-tuduhan ‘pemalsuan’ bukti) kerana mempersoalkan integriti Lester yang sumber-sumber yang lain dan menasihatkan agar mereka yang muflis tidak mengundi DAP atau PKR.

Dia kemudiannya, seperti yang didapati oleh para wartawan, merakamkan twitternya seolah-olah sesuatu pendedahan:

“Jika saya menerima wang daripada BN untuk melakukan sesuatu, saya mungkin akan bebas dari status muflis ini dari dulu lagi. Kenapa DAP dan PKR harus ambil peduli,” katanya [Malaysiakini]

Semakan ke atas status Ramesh kini telah diserahkan kepada Sarawak Report dan ia telah mengesahkan apa yang dikatakan oleh si muflis itu. Dia juga seorang yang muflis!

Ramesh Rao adalah seorang yang muflis, maka siapakah pembiaya tindakannya?

Ramesh Rao adalah seorang yang muflis, maka siapakah pembiaya tindakannya?

Maka siapakah yang mengupahnya? 

Sarawak Report amat bersimpati dengan perasaan Ramesh Rao sebagai seorang yang muflis, walaupun kami juga bersimpati dengan mereka yang telah memberi pinjam wang kepadanya dan telah gagal mendapatkan wang mereka kembali akibatkan sikap pemborosnya.

Namun, dalam konteks kegiatan-kegiatannya – menyediakan penerbangan untuk Lester pergi dan balik; mengadakan tempat penginapan untuk Lester; menyediakan tempatan sidang media untuk Lester; membayar sesi penggambaran video dan membayar upahan Lester … kami ingin bertanya bagaimana mudahnya Ramesh Rao membiayai semua ini?

Tidakkah dia harus menjelaskan hutang-piutangnya dulu?

Dia telah mengatakan bahawa jika dia telah diupah oleh UMNO maka dia tidak akan jatuh muflis.

Bukankah kedua-dua Ramesh dan Lester tidak lebih dari orang-orang muflis yang sudah kehilangan segala punca, yang sanggup menyebut apa sahaja untuk kembali ke solvensi sekali lagi?

Mungkin jika mereka dapat memberikan suatu fakta yang jelas dan boleh dipercayai untuk menyokong tuduhan-tuduhan lisan mereka, persoalan-persoalan kami akan ditarik balik.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments