Ianya Bukan Mengenai Wanita “Asing”, “Berkulit Cerah”, YAB Perdana Menteri

Mengutuk keras “orang asing yang berniat jahat” – TPM Baru, Zahid Hamidi

Mengutuk keras “orang asing yang berniat jahat” – TPM Baru, Zahid Hamidi

Setelah memecat, menggantikan dan menangkap beberapa orang dari rakan karibnya, rakyat Malaysia dan juga pegawai-pegawai kerajaannya sendiri sejak beberapa hari lalu Perdana Menteri Malaysia telah mengangkat status seorang blogger wanita asing sebagai ancaman utama pada negaranya.
Bagaimana semua ini harus dilakukan?

Dan sudahkah Perdana Menteri ini menyerlahkan warna sebenarnya dengan menonjolkan sikap rasis dan taksub agamanya – dengan menyerang rakan senegaranya, yang telah dihantar ke luar negara untuk menimba ilmu (seperti juga dirinya) di UK?

Dan dalam dia memilih untuk menyerang blog ini, kerana bersifat “orang putih” dan “asing” namun dia tidak menunjukkan sebarang rasa risau mengupah “orang putih” Paul Stadlen menggunakan jumlah wang negara yang banyak, dan juga rakan-rakan “orang putihnya” yang menuliskan kenyataan media mengenai rombakan kabinetnya minggu lepas.

Pada asalnya Paul Staadlen bekerja untuk Najib sebagai Ketua syarikat PR US/Israel APCO – maka kenapakah dia bersikap hipokrit secara tiba-tiba menentang “orang asing berkulit cerah”?

Semua dari kaum keluarganya sendiri – barisan “kabinet barunya” ...

Semua dari kaum keluarganya sendiri – barisan “kabinet barunya” …

Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah penyiasatan ke atas rasuah berskala besar dan kecurian wang awam menerusi dana pembangunan negara 1MDB.

Ianya juga berhubung dengan wang awam berjumlah besar yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Dan, sudah tentu juga, kegunaan sebahagian dari wang itu adalah untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya berdemokrasi akan datang.

Sarawak Report adalah salah sebuah dari banyak badan penerbitan yang menyiasat dan melaporkan isu ini, maka kenapakah blog ini dianggap sebagai “musuh negara” berbanding banyak lagi dari kalangan mereka yang hanya mencedok bahan-bahan terbitan kami?

Mengapakah kami dituduh untuk mencari jalan “menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi” berbanding mereka yang mengamalkan penipuan semasa pilihanraya menggunakan dana yang dipinjam dari negara asing untuk menang pilihanraya?

Seorang lagi wanita merbahaya? Ditahan hari ini kerana ingin menentang jenayah rasuah gergasi di KL

Seorang lagi wanita merbahaya? Ditahan hari ini kerana ingin menentang jenayah rasuah gergasi di KL

Berbaloikah bagi Malaysia di mana beberapa artikel yang ditulis oleh seorang wanita asing berkulit putih untuk melemahkan kekuasaan sesebuah negara?

Sebenarnya perkara yang telah melemahkan Malaysia kini dan sedang mengancam untuk “menumbangkan” kekuasaan adalah jenayah rasuah yang tidak terkawal, yang telah membarah dalam moral kerajaan dari dalam.

Inilah Perdana Menteri yang pada hari ini telah mendakwa “saya menghargai orang yang setia berbanding mereka yang pintar” – suatu pengakuan yang sungguh memalukan dari mulut seorang pemimpin negara yang seharusnya berperanan mempastikan semua penjawat awamnya berkualiti tinggi.

Najib telah secara sinis dan terbuka mengakui bahawa kriteria utamanya dalam memilih orang adalah dari kalangan mereka yang akan melindunginya, selain kebanyakan orang Malaysia.

Haruskah kami lakukan begini? Orang-orang ini telah dinafikan hak mereka untuk diwakili.

Haruskah kami lakukan begini? Orang-orang ini telah dinafikan hak mereka untuk diwakili.

Adakah ini sebabnya blog ini menjadi tidak gentar kerana ianya dilindungi oleh undang-undang dan kebebasan media di sebuah negara yang dianggap Najib sebagai amat merbahaya?

Adakah kerana Najib tidak mampu membuli kami sebagaimana dia lakukan ke atas ahli-ahli politik, penjawat-penjawat awam terkanan dan orang-orang awam di negaranya sendiri, ramai di kalangan mereka telah ditahan pada minggu ini dan dipenjarakan, hanya kerana membangkitkan isu jenayah kecurian berbillion-billion ringgit wang dari dana 1MDB?

Tidakkah Najib sendiri menunjukkan kelemahannya sendiri bahawa sebagai seorang pemimpin negara dia telah meletakkan tangannya di atas kebanyakan kementerian, dengan menyalahkan seorang wanita asing kulit putih, yang tinggal beribu-ribu kilometre dari negaranya dan tidak mempunyai sebarang cebisan pengaruh ke atas negaranya?

Bagaimanakah Sarawak Report boleh menjadi bahaya pada Malaysia – jika bukan Najib sendiri yang menyebabkan bahaya dengan salah urus dirinya dan terjerumus ke kancah keadaan yang sungguh memalukan itu?

Salah guna kuasa yang paling terkini dilakukan oleh Perdana Menteri adalah masuk campur urusan majlis agama Islam di Jabatan Perdana Menteri – JAKIM.

Masuk campur peranan sesebuah jabatan agama?

Masuk campur peranan sesebuah jabatan agama?

Khutbah-khutbah sembahyang yang menjadi pedoman setiap penganut kini telah dipolitikkan di Malaysia oleh JAKIM, yang kini mengawasi khutbah-khutbah di semua masjid dan surau yang dibacakan setiap minggu di seluruh Malaysia.

Ini bermakna Perdana Menteri berfahaman sekular itu telah mencampuri urusan peranan para guru dan pemimpin agama di negara itu.

Dan pada hari Jumaat ini dia telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengarahkan semua masjid di seluruh negara untuk menentang “kuasa asing” yang didapati kononnya “meperlekehkan” Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya.

Mana-mana umat Muslim yang membangkitkan isu berkenaan 1MDB, menurut khutbah daripada JAKIM, akan menjadikan diri mereka sebagai “mangsa kuasa asing”, seperti dilaporkan Channel News Asia dari Singapura semalam.

Sarawak Report melihat taktik-taktik itu sebagai usaha langsung Perdana Menteri untuk menolak sebarang perasaan agama yang tidak berasas terhadap pihak-pihak yang tidak bersalah seperti UMNO sendiri, kerana Perdana Menteri mendapati dirinya tidak lagi berdaya membalas kritikan kita dengan apa jua cara undang-undang sekali pun yang ada pada dirinya jika laporan-laporan kami itu tidak benar.

Najib telah bercakap mengenai kononnya ada ‘rancangan jahat orang asing’ untuk menutup kegagalannya menjawab persoalan-persoalan berhubung 1MDB

Najib telah bercakap mengenai kononnya ada ‘rancangan jahat orang asing’ untuk menutup kegagalannya menjawab persoalan-persoalan berhubung 1MDB

Selain menyaman kita dia telah menyebut kita dalam semua khutbah Jumaat dan kami percaya bahawa ini merupakan taktik-taktik paling tidak bertanggungjawab untuk meletakkan kita sebagai bahaya terhadap rakyatnya, yang telah dipesongkannya secara sinis dan sengaja.

Agama Islam secara haknya mengutuk kecurian, kebencian dan cubaan-cubaan menyelewengkan keadilan dan Islam tidak memerlukan mana-mana “wanita berkulit putih” untuk meletakkan para pesalahlaku moral dan undang-undang di Malaysia.

Inilah isu-isu yang sedang diperiksa oleh kuasa-kuasa undang-undang di Malaysia hari ini.

Fakta bahawa Najib dilihat sebagai terpaksa memberikan respon dengan menangkap, memecat dan menggantikan semua orang, yang telah cuba membetulkan perkara-perkara ini sebagai tanggungjawab umum mereka tidak boleh diserahkan bulat-bulat pada Sarawak Report.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments