Switzerland Melancarkan Siasatan Ke Atas Jenayah Pengubahan Wang 1MDB!

Memeriksa sesuatu yang luarbiasa dalam 1MDB - disahkan

Memeriksa sesuatu yang luarbiasa dalam 1MDB – disahkan

Le Temps, salah sebuah akhbar tabloid utama Switzerland, mala mini (Jumaat) telah menerima pengesahan daripada Pejabat Peguam Negaranya bahawa sebuah siasatan rasmi kini telah dilancarkan ke atas 1MDB.

Ianya merupakan langkah yang ketara kerana ianya mengisyaratkan bahawa penguatkuasa perbankan antarabangsa kini turut dilibatkan dalam skandal itu, yang telah menyelubungi Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu.

Kenyataan itu mengesahkan bahawa Pejabat Peguam Negara telah membuka kertas siasatan rasmi pada 14hb Ogos ini ke dalam dua buah syarikat dan seorang individu yang tidak dinamakan, berhubung 1MDB dan mengaitkan jenayah pengubahan wang dengan hasil wang rasuah terhadap sebuah negara asing.

Sejak beberapa minggu lalu Perdana Menteri Malaysia telah bertindak untuk menutup siasatan yang dijalankan di negaranya sendiri, dengan membiarkan ramai pihak ingat bahawa keluarbiasaan kewangan dalam 1MDB akan berlalu begitu sahaja tanpa diambil peduli oleh sesiapa.

Dalam masa yang sama dia telah memecat Timbalan Perdana Menteri, Peguam Negaranya dan beberapa orang ahli kabinetnya, di samping itu dia juga telah menghalang penerbitan akhbar perniagaan yang bebas di negaranya, dan juga menyekat Sarawak Report memasuki ruang cyber negaranya.

Walau bagaimana pun, dengan setiap langkahnya yang berprofil tinggi Najib Razak telah mencetuskan rasa risau komuniti kewangan antarabangsa, berhubung ketelusan dan proses perundangan sebagai pelopor penting terhadap pelaburan.

Nilai matawang ringgit kini telah jatuh menjunan teruk sejak beberapa bulan kebelakangan dan kini sudah mula timbul masalah yang lebih teruk bagi nilai itu jika Perdana Menteri itu tetap enggan mematuhi proses perundangan yang sewajarnya.

Peniup wisel, Xavier Justo ... dihukum penjara tiga tahun di Thailand mulai minggu ini kerana dituduh mendedahkan rahsia-rahsia 1MDB

Peniup wisel, Xavier Justo … dihukum penjara tiga tahun di Thailand mulai minggu ini kerana dituduh mendedahkan rahsia-rahsia 1MDB

Pihak akhbar Switzerland telah digera dengan berita penahanan dan penganiayaan seorang peniup wisel terhadap 1MDB, yang merupakan seorang warganegara mereka sendiri, Xavier Justo.

Xavier Justo telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana dituduh mengugut PetroSaudi International berhubung maklumat mengenai tingkahlaku mereka semasa usahasama berkontroversi dengan 1MDB, di mana US$1.19 billion diketahui telah disedut keluar menerusi sebuah syarikat milik proksi Najib, peniaga Jho Low.

Turut terbabit dalam urusniaga berskandal ini adalah bank-bank seperti RBS Coutts, Zurich, JP Morgan, BSI dan Falcon, yang telah dibeli oleh rakaniaga 1MDB dari negara Abu Dhabi, dana kedaulatan Aabar Investments.

Pengerusi Aabar telah dipecat dua bulan yang lalu, berikutan beberapa siri pendedahan mengenai 1MDB diikuti dengan CEOnya, yang dipecat pada awal minggu ini.

Secara kesemuanya, pelbagai langkah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh komuniti kewangan antarabangsa berhubung masalah dalam 1MDB menunjukkan peningkatan rasa bimbang mengenai skandal membabitkan beribu juta dollar di Malaysia, di mana Perdana Menterinya didapati masih belum dapat menjawab soalan-soalan paling asas.

Pada hujung minggu depan, sepertimana diketahui oleh komuniti antarabangsa, gerakan Bersih yang dijadualkan pada 4hb Ogos akan menganjurkan perarakan secara aman, mendesak agar pembasmian rasuah terus ditingkatkan.

Bersih 4 ditujukan khas untuk menentang kegagalan Najib Razak untuk mencerahkan kemasukan US$681 juta ke dalam akaun peribadinya, yang dipercayai oleh para penyiasat sebagai mempunyai perkaitan dengan skandal 1MDB – sebelum siasatan mereka ditutup.

Perarakan dan perhimpunan Bersih yang terakhir, yang dianjurkan menjelang PRU 2013 dan ditujukan khusus untuk menentang penipuan pilihanraya oleh parti pemerintah, telah membabitkan tidak kurang dari 300,000 orang awam.

Bahang semangat itu kini semakin dirasakan kini, berikutan apa yang dikatakan sebagai keputusan yang dibeli oleh parti pemerintah dan bukti terkini mengenai rasuah. Terdapat petanda bahawa taktik-taktik ancam-mengancam terhadap para peserta perarakan oleh ‘kumpulan penyurai’ dan pihak polis akan mencapai ke tahap yang baru.

Para penjawat awam telah diberi amaran bahawa mereka mungkin akan dipecat dari jawatan mereka jika mereka didapati menyertai perarakan itu, yang jelas menunjukkan pelanggaran hak-hak berpelembagaan mereka.

Langkah wajar yang diambil oleh La Temps menunjukkan bahawa siasatan ke dalam 1MDB telah sampai ke peringkat global ke tangan-tangan pihak-pihak penguatkuasa perundangan kewangan. Dengan tindak-tanduk Malaysia yang dilihat sebagai turun tahta dalam peranan utamanya menyiasat pasaran kini menunjukkan rasa bimbang yang memuncak, dibuktikan oleh kejatuhan nilai matawang Ringgit.

Pihak-pihak penguatkuasa perundangan kewangan telah jelas dilihat sebagai dipaksa mengambil tindakan untuk mengukuhkan keyakinan para pelabur.

Menteri Kewangan itu merupakan pemegang tunggal saham dan juga penandatangan untuk 1MDB – seperti yang tertera pada kenyataan ini untuk membuka akaun 1MDB PetroSaudi dalam bank JP Morgan di Switzerland ini sebagai bukti

Menteri Kewangan itu merupakan pemegang tunggal saham dan juga penandatangan untuk 1MDB – seperti yang tertera pada kenyataan ini untuk membuka akaun 1MDB PetroSaudi dalam bank JP Morgan di Switzerland ini sebagai bukti

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments