Taktik-Taktik Gestapo Yang Dipraktiktikkan Pasukan Pemerintah Bertiga UMNO Hanya Menyerlahkan Kesalahan Para Pelakunya

Troika yang baru termasuk bos baru yang tidak rasmi (berpakaian hijau)

Troika yang baru termasuk bos baru yang tidak rasmi (berpakaian hijau)

Jika kempimpinan baru UMNI tidak menyembunyikan apa-apa kenapa pula mereka berlagak seperti segerombilan Gestapo, seperti yang disaksikan oleh rakyat Malaysia dalam beberapa hari lalu.
Dan jika dokumen-dokumendokumen yang telah diterbitkan oleh Sarawak Report itu palsu atau ‘telah diganggu’, mengapa pula para pemimpin UMNO ini telah mengarahkan penggeledahan pejabat-pejabat kerajaan dan menangkap dan menyoalsiat semua penyiasat-penyiasat awam yang sedang menyiasat 1MDB beralasankan “kebocoran berjenayah”?

Secara kontranya, jika Najib merasakan selamat dan yakin bahawa dia tidak bersalah maka dia dan orang-orangnya tidak akan merasa risau.
Mereka telah memilih menggunakan kedudukan tertinggi mereka, di samping mengeluarkan saman fitnah menerusi peguam-peguam mereka untuk memusnahkan penulis Sarawak Report.

Namun, mereka belum berbuat apa-apa lagi.

Beginilah tajuk-tajuk akhbar di Malaysia masa kini

Beginilah tajuk-tajuk akhbar di Malaysia masa kini

Tetapi jauh sekali, mereka sebaliknya telah bertindak sebagai orang yang berputus asa yang bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan, membuli dan memusnahkan kebenaran dengan menggunakan gertakan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang masih menyentuh isu yang mendedahkan mereka secara bahaya.

Lihat bagaimana pemerintahan bertiga itu telah menyeringai gigi mereka dan menggenggam buku lima mereka dalam masa beberapa jam yang lalu.

Zahid Hamidi, pasak roda baru dalam rejim Najib, yang selaku Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri telah bertindak sebagai budak pembuli dan penoda hak kemanusiaan bagaikan seekor anjing garang, mengarahkan penangkapan dan akhirnya memusnahkan imej PR Najib di negara-negara Barat.

Dengan mendakwa dirinya sebagai “fundamentalis Islam” Zahid, semalam, telah mengancam pihak media bahawa mereka harus “menjangkakan tiada amaran” bahawa dia akan “mengambil tindakan” jika dia mendapati mereka “memutarbelitkan” cerita mereka.

Tabik yang biasa? Zahid mendakwa dirinya sebagai ‘fundamentalis Islam’

Tabik yang biasa? Zahid mendakwa dirinya sebagai ‘fundamentalis Islam’

Dengan kata-kata itu rakyat Malaysia tanpa ragu-ragu faham bahawa amaran Zahid terhadap media adalah mengarahkan mereka untuk berhenti meliputi skandal yang menyelubungi 1MDB, yang sedang memanggang bosnya itu.

Dunia kini menyedari bahawa tiada kebebasan sebenar pada media di Malaysia, atau undang-undang sebenar.

Dan dalam masa dunia sedang memerhatikan Malaysia mungkin elok bagi kita singkap kembali beberapa kenyataan ketara yang diluahkan dari mulut gerombolan penyangak ini.

Sebagai contoh, apabila Najib berucap di hadapan partinya di awal tahun ini dengan memberitahu bahawa mereka harus “bertindak seperti pejuang-pejuang ISIL” dan taat setia padanya.

Semalam Najib mengulangi sentimen itu, di samping mengutuk mengenai campurtangan “orang asing berkulit putih” (maksudnya para wartawan). Najib kemudiannya mengumumkan bahawa dia menghargai taat setia padanya yang mengatasi kebolehan bekerja dalam diri mereka yang dia lantik di pejabat-pejabat kerajaan.

Semua kenyataan ini dianggap sebagai kasar dan tiada perikemanusiaan.
Mengapakah seorang pemimpin yang telah begitu lama cuba bertindak sebagai pembentuk sesebuah negara yang moden tiba-tiba mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti seorang samseng jalanan?

Najib, kami menggunakan hak kemanusiaan kami untuk melaporkan dan anda sendiri telah mendakwa bahawa anda sedang “didedahkan”. Dengan “masalah-masalah” itu, ianya merujuk pada jenayah rasuah gergasi.

Apakah pandangan masyarakat dunia dan apakah reaksi rakyat Malaysia ditadbir oleh seorang pemimpin yang sungguh memalukan?

Ahli pemerintahan bertiga (dan ahli-ahli lain dalam kabinet), Menteri Pertahanan, iaitu sepupu Najib sendiri, Hishamuddin Hussein, telah membisu seribu bahasa dalam beberapa hari ini.

Membenci pada Barat, suatu cara hidup baru untuk Malaysia?

Membenci pada Barat, suatu cara hidup baru untuk Malaysia?

Ini telah membolehkan kuasa-kuasa mentah di tangan-tangan Najib, timbalannya dan juga sepupunya (sambil diperhatikan oleh “bos besar” tidak rasmi, Rosmah Mansor) selagi dia berpegang pada tampuk pemerintahan UMNO.

UMNO sebenarnya telah lama mengamalkan strategi-strategi pemerintahan ala-komunis purba Soviet dan kediktatoran yang serupa, dengan menjangkakan kawalan totalitarian penuh ke atas Malaysia dan institusi-institusi sivilnya, sebagaimana diketahui oleh semua orang.

Namun, adakah penentangan terhadap golongan pengkritik masalah rasuah di negara itu merupakan isu yang diingini oleh UMNO?

Dengan corak ekonomi yang merudum, bukan hanya kerana masalah para pemimpin yang pinching, Malaysia tetap menghadapi zaman malap jika Najib berjaya melaksanakan rampasan kuasa untuk membawa negaranya menuju kepimpinan berdiktator berupa bencikan orang asing.

Malaysia, yang suatu ketika dahulu pernah dianggap sebagai bakal menjadi ‘Harimau Asia’, yang bangkit dalam kategori ekonomi maju dan moden seperti Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan Singapura, pastinya akan menjunam ke dalam kategori ‘Katak Asia’ – yang disertai oleh Burma, Vietnam dan Kemboja.

Para bekas pemimpin berdiktator Asia Tenggara inilah yang pernah terlalu bebas, yang menjadi bualan pakar-pakar ekonomi dunia, termasuk Indonesia dan juga Filipina, suatu ketika dahulu dianggap sebagai pelayan-pelayan kepada Malaysia.

Jika kepimpinan berdiktator Rosmah/Najib terus dibiarkan – sebuah negara yang korup akan tertubuh dengan sendirinya dengan golongan media disenyapkan dan dianggotai oleh khidmat awam dan kehakiman yang taat setia – Malaysia mungkin akan menjadi sebuah kuasa yang menghantar semua anak perempuannya mencari rezeki di negara-negara yang lebih kaya, di samping negara-negara asing akan berhenti berurusniaga dengannya.

Sungguh memalukan buat Malaysia jika fasa ini dibiarkan berlalu, namun ianya apa yang dikehendaki oleh Najib, supaya dia dapat berpaut pada kekuasaan dan sentiasa dilindungi dari tindak-tanduknya pada 1MDB.

Ini bukanlah kapasiti Sarawak Report yang hanya merupakan sebuah laman blog kecil, untuk menentukan rentetan insiden-insiden itu menjadi kenyataan, seperti yang dibohongkan Najib di hadapan penonton-penontonnya.

Namun kami merasakan kami berhak dan mempunyai kapasiti untuk melaporkan isu-isu yang menjejaskan hak kemanusiaan sejagat.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments