Bagaimana Bank Falcon Milik Aabar Memudahkan Urusan ‘Penderma Bermisteri’ Najib Menerusi Zurich!

Gaya di luar waktu kerja – CEO bank Falcon Eduardo Leeman ketika ditemubual wartawan The National dari Abu Dhabi, menjelaskan bahawa dia “menentang lebih banyak peraturan (perbankan)”

Gaya di luar waktu kerja – CEO bank Falcon Eduardo Leeman ketika ditemubual wartawan The National dari Abu Dhabi, menjelaskan bahawa dia “menentang lebih banyak peraturan (perbankan)”

Siasatan ke atas syarikat BVI, Tanore Finance Corporation (TFC) tekah menunjukkan bagaimana ‘Penderma Dari Timur Tengah’ Najib telah menubuhkan sebuah jentera untuk memasukkan US$681 juta ke dalam akaun Perdana Menteri itu, menggunakan khidmat bank Falcon milik Aabar di Zurich.

Maklumat itu mencetuskan lebih banyak rasa ragu pada cerita yang sukar dipercayai bahawa seorang jutawan dan dermawan telah memutuskan untuk memberikan wang ini kepada Najib dan secara kebetulannya memindahkannya menerusi sebuah akaun di bank Falcon di Singapura, yang dimiliki oleh rakaniaga utama kepada Najib di 1MDB (Aabar sendiri).

Kini kita dapat saksikan bahawa bank Falcon berperanan lebih dari menyeluruh dalam operasinya di peringkat Ibupejabatnya, dalam perananannya sebagai pemudahcara bagi pihak TFC, yang seharusnya bagi pihak ‘penderma’ di pihak ketiga.

Ini telah menjadikan misteri ‘penderma US$681 juta’ itu sebagai wakil pada Najib dan Aabar, bagi menyalurkan wang itu keluar dari ‘usahasama berstrategik’ ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Dalam laman LinkedIn – nama Natalie dinyatakan dalam dokumen korporat seperti dijumpai oleh para penyiasat

Dalam laman LinkedIn – nama Natalie dinyatakan dalam dokumen korporat seperti dijumpai oleh para penyiasat

Para penyiasat jenayah korporat telah mengesahkan bahawa TFC di BVI telah ditubuhkan oleh bank Falcon sendiri menerusi khidmat syarikat korporat di Zurich, Trident Corporate Services pada 19hb Oktober 2012.

Pegawai khidmat pelanggan yang mengendalikan kerja perhubungan dengan syarikat Trident mengenai perkara ini adalah warga Switzrland Natalie Schrade Grob, yang bertugas di ibupejabat bank Falcon di Zurich.

Natalie bertanggungjawab kepada CEO bank Falcon, Eduardo Leemann, yang seterusnya melaporkan kepada bos Aabar, Khadem al-Qubaisi, menurut sumber maklumat yang kami terima.

Gambar foto rasmi – Leemann dan Al-Qubaisi. Bank Falcon di Zurich telah terbabit dalam pemindahan yang menerusi cawangan mereka di Singapura. Leemann yang merupakan bekas pegawai di Goldman Sachs, seharusnya terlibat secara langsung

Gambar foto rasmi – Leemann dan Al-Qubaisi. Bank Falcon di Zurich telah terbabit dalam pemindahan yang menerusi cawangan mereka di Singapura. Leemann yang merupakan bekas pegawai di Goldman Sachs, seharusnya terlibat secara langsung

Natalie menubuhkan TFC bagi pihak bank Falcon (yang mengiklankan diri mereka sebagai penyedia khidmat ‘butik’ untuk pelanggan-pelanggan kaya mereka), menggunakan sebuah syarikat yang bernama Trident Corporate Services, yang juga beribupejabat di negara kelahirannya, Zurich.

TCS memiliki Trident Trust Company (BVI) Limited, di mana TFC didaftarkan di BVI.

Syarikat Trident berpejabat di Zurich dan mahir dalam bidang perbadanan syarikat-syarikat di luar negara, di mana kepakaran mereka itu telah digunakan sepenuhnya oleh Natalie

Syarikat Trident berpejabat di Zurich dan mahir dalam bidang perbadanan syarikat-syarikat di luar negara, di mana kepakaran mereka itu telah digunakan sepenuhnya oleh Natalie

Ini bermakna bahawa ‘penderma tanpa nama’ yang telah memasukkan wang ke dalam akaun Najib adalah al-Qubaisi yang mengawal bank Falcon yang bertujuan untuk menubuhkan syarikat yang khusus itu untuk melaksanakan pemberian ‘derma’ lima bulan sebelum Najib menerima wang itu dan seterusnya menutup semula syarikat lima bulan kemudian.

Dengan peranan Aabar yang terbabit dalam urusniaga dalam senyap-senyap ini dengan 1MDB, termasuk kehilangan US$1.4 billion dari usahasama pengeluaran bon ‘pembelian tenaga’ (2012) dan kehilangan US$1.4 billion dari ‘usahasama berstrategik’ mereka (2013) sesiapa pun akan menganggap perkara ini sebagai kebetulan sahaja.

Dua pegawai tertinggi dalam Falcon, al-Husseiny dan al-Qubaisy (kiri) berjabat tangan di majlis pemeterai perjanjian ‘usahasama berstrategik’ dengan Najib dan pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamaruddin

Dua pegawai tertinggi dalam Falcon, al-Husseiny dan al-Qubaisy (kiri) berjabat tangan di majlis pemeterai perjanjian ‘usahasama berstrategik’ dengan Najib dan pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamaruddin

Sesiapa saja kini boleh bertanya sama ada tidak terdapat sebarang bukti kukuh penubuhan sebuah struktur untuk memudahkan pemindahan wang rahsia mendahului urusniaga-urusniaga seterusnya antara Aabar dan 1MDB?

Tidak hairanlah bahawa pihak berkuasa Switzerland kini telah melancarkan siasatan terhadap bank-bank yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, seperti yang diberitahu kepada Sarawak Report oleh sumber-sumber maklumat yang boleh dipercayai, dan maklumat ini pula merangkumi fakta berhubung bank Falcon yang berpejabat di Zurich.

Persoalan pertama yang akan dikemukakan oleh para penyiasat kepada Natalie dan bosnya Eduardo adalah sesuatu yang Najib telah cuba elakkan selama ini.

Iaitu, siapakan klien sebenar bank Falcon dan pemilik berwaris TFC – dengan lain perkataan, apakah identiti ‘si penderma rahsia’ dari Timur Tengah itu?

Gaya di luar waktu bekerja – Khadem al-Qubaisi berhibur di antara masa urusniaganya dengan 1MDB untuk Aabar

Gaya di luar waktu bekerja – Khadem al-Qubaisi berhibur di antara masa urusniaganya dengan 1MDB untuk Aabar

Namun kerja kotor itu tidak berlalu bergitu sahaja tanpa disedari oleh para pengarah dalam Falcon.

US$681 juta yang dipindahkan melalui anak syarikat kecil mereka di Singapura menjadikan jumlahnya sebanyak 10% dari keseluruhan modal dalam bank itu.

Urusniaga ini seharusnya menjadikan salah satu yang paling besar jumlahnya yang mereka kendalikan.

Jika, seandainya, Natalie dan Eduardo terpaksa mengakui bahawa mereka tidak mengenali siapakah penerima dana Tanore dan bahawa mereka hanya bertindak untuk bos mereka Khadem (yang kini telah disingkirkan dari Aabar oleh pihak berkuasa Abu Dhabi) maka mereka telah meletakkan diri mereka sebagai pesalah yang mengabaikan peraturan-peraturan perbankan.

Itu bukanlah sesuatu yang dapat disembunyikan oleh pihak berkuasa Switzerland.

Sebaliknya, jika mereka tahu, maka pihak penguatkuasa undang-undang Switzerland akan melaksanakan tanggungjawab perundangan mereka untuk mendedahkan sumber wang itu sama ada sah atau sebaliknya.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments