BAGAIMANA SIRUL MEMERAS UGUT NAJIB! – Lampu Limpah Media Antarabangsa Kini Dihalakan Pada Kes Pembunuhan Altantuya

Model yang periang ketika berkunjung ke Paris bersama Razak Baginda semasa urusan pembelian kapal selam Scorpene

Model yang periang ketika berkunjung ke Paris bersama Razak Baginda semasa urusan pembelian kapal selam Scorpene

Bukti yang terkini telah timbul berhubung kes pembunuhan paling kejam di Malaysia, dengan terbitnya subauh dokumentari meletup mengenai kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu di tangan-tangan para pengawal peribadi Perdana Menteri Najib seperti dilaporkan dalam saluran berita 101 East terbitan Al-Jazeera hari ini.

Laporan berdokumentasi terperinci yang dipersembahkan oleh wartawan veteran Mary Ann Jolly itu mengandungi tuduhan-tuduhan mengatakan bahawa lelaki yang telah menembak mati Altantuya adalah bekas kekasihnya sendiri, Razak Baginda, pembantu peribadi Najib Razak, yang pada awal tahun ini telah menggambarkan “anggota-anggota polis yang ganas’ itu telah terbabit dalam pembunuhan tanpa motif.

Lebih mengejutkan lagi adalah timbulnya mesej-mesej berteks yang telah berjaya diperolehi oleh Al Jazeera dari telefon bimbit Sirul Azhar Umar, lelaki yang telah dituduh membunuh, yang menunjukkan bahawa pengawal peribadi itu telah memeras ugut Perdana Menteri Najib Razak sebanyak berjuta-juta dollar untuk terus tinggal di Australia dan “tidak akan mengatakan apa-apa” mengenai kes itu sebelum dia ditangkap semula dulu.

Dengan cara ini, kata Sirul, “saya takkan jatuhkan PM”!

Yang menariknya, jawapan dari orang perantara Najib, Abdul Salam bin Ahmad adalah bahawa tuntutan Sirul untuk AUS$17 juta itu “sedang dibincangkan”. Salam didapati sering melawat Sirul, yang sedang diletakkan di pusat tahanan Villawood di Sydney dan dipercayai terbabit dengan pembiayaan pasukan peguamnya di Australia.

 “Saya minta 15 juta dollar Australia dan saya takkan kembali ke Malaysia lagi. Saya takkan jatuhkan PM”

“Saya minta 15 juta dollar Australia dan saya takkan kembali ke Malaysia lagi. Saya takkan jatuhkan PM”

Menurut rancangan itu Sirul telah meyakinkan seorang saudaranya di Australia bahawa orang yang menembak mati Altantuya adalah bekas kekasihnya sendiri, yang telah cuba diperas ugutnya, Razak Baginda.

Jawapan Salam adalah “mereka ingin berbincang”

Jawapan Salam adalah “mereka ingin berbincang”

Razak Baginda, yang merupakan orang tengah kepada Najib semasa urusan pembelian kapal selam Scorpene dengan Peranchis tidak pernah dibicara atau disoal sebagai saksi kes pembunuhan itu, walaupun sebagaisering berhubung dengan pengawal-pengawal peribadi Najib untuk menghentikan gangguan-ganguan dari bekas teman wanitanya itu.

Razak Banginda menyifatkan anggota-anggota polis istu sebagai “ganas” namun Sirul mengatakan bahawa Razaklah orang yang menembak mati mangsanya itu

Razak Banginda menyifatkan anggota-anggota polis istu sebagai “ganas” namun Sirul mengatakan bahawa Razaklah orang yang menembak mati mangsanya itu

Menurut Sirul, kata saudaranya itu, terdapat tiga orang di tempat pembunuhan itu. Razak Baginda telah menembak mati Altantuya, tetapi dua orang pengawal peribadi itu telah diarahkan untuk meletupkan mayat dengan menggunakan bahan letupan.

Dalam bulan Januari lalu Razak Baginda telah memberitahu sidang media bahawa kes itu merupakan contoh “tindakan ganas anggota polis” dan menafikan bahawa perlunya untuk mengesahkan motif sebenar pembunuhan bekas teman wanitanya yang telah memeras ugutnya kerana mangsa itu tahu akan jumlah wang sogokan dari urusan pembelian senjata utama itu.

Kini wujud tekanan antarabangsa untuk membuka semula kes itu di mana sakssi utama yang sedang ditahan di negara ketiga yang mempunyai sistem perundangan yang mantap.

Perjalanan perbicaraan yang asal, yang telah dikritik hebat oleh hakim-hakim di Mahkamah Rayuan di Malaysia pada tahun lalu, akan lebih mencalarkan reputasi Najib yang sudah diburukkan oleh pelbagai masalah dan jenayah yang ditutup.

Rancangan itu juga mengensahkan bahawa terdapatnya pengakuan dari saksi utama, Bala bahawa Najib merupakan kekasih pertama Altantuya dan bahawa telah menyerahkan wanita itu kepada Razak Baginda semasa proses urusan pembelian kapal selam Scorpene, yang telah menjadi pusat siasatan mahkamah di Peranchis berhubung wang sogokan yang mencecah ratusan juta ringgit kepada syarikat yang dikendalikan oleh Razak Baginda.

Razak Baginda telah menguruskan perjanjian membina tiga buah kapal selam dengan para kontraktor Peranchis sebagai ‘utusan peribadi’ untuk Najib semasa menjadi Menteri Pertahanan (sama seperti peranan Jho Low yang menjadi proksi kepada Najib dalam Lembaga Pengarah 1MDB).

Rancangan itu mengatakan bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya kepada Razak Baginda dala sebuah pameran berlian di Singapura ... di mana Rosmah diandaikan sibuk membeli-belah

Rancangan itu mengatakan bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya kepada Razak Baginda dala sebuah pameran berlian di Singapura … di mana Rosmah diandaikan sibuk membeli-belah

Najib telah menafikan mengenali Altantuya, namun butir-butir dalam filem itu menunjukkan bukti yang berkontra dengan keseluruhan persembunyian bukti dalam kes bunuh itu menerusi perbicaraan yang diatur, untuk menolak sebarang pemeriksaan kenapa pengawal-pengawal peribadi Najib melarikan Altatuya dari luar kawasan rumah Razak dan mengarahkan mereka untuk membunuh seorang wanita yang tidak mereka kenali.

Terdapat juga temubual dengan balu saksi utama, PI Bala, yang menceritakan bagaimana suaminya telah diancam dan disogok dengan wang untuk mengubah pengakuan bersumpah mengenai jenayah itu oleh saudara Najib sendiri. Pasangan suami isteri itu telah dihantar ke luar negara untuk bersembunyi.

Najib memberitahu para wartawan bahawa pengakuan Bala adalah palsu, di samping itu saksi itu telah diancam untuk mengubah pengakuannya dan disuruh meninggalkan negara Malaysia.

Najib memberitahu para wartawan bahawa pengakuan Bala adalah palsu, di samping itu saksi itu telah diancam untuk mengubah pengakuannya dan disuruh meninggalkan negara Malaysia.

Filem dokumentari yang didramakan itu yang mengandungi babak-babak ngeri itu, juga mengemukakan bapa kepada Altantuya, yang kini memfailkan kes sivil atas kematian ngeri anaknya itu. Dia telah menceritakan betapa takutnya dia datang ke KL seorang diri untuk tindakan itu.

Dokumenari itu mempersembahkan suatu bentuk penutupan jenayah pembunuh yang dirancang yang membabitkan seorang tokoh politik yang telah cuba disenyapkan oleh kuasa pemeritah di Malaysia selama beberapa tahun ini.

Apakah motif pembunuhan? Kedua-dua pengawal peribadi Najib yang menanggung dosa

Apakah motif pembunuhan? Kedua-dua pengawal peribadi Najib yang menanggung dosa

Wartawan Mary-Ann Jolly telah dirakam sebagai dihantar pulang ke negara asalnya ketika dia tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur dalam usahanya untuk menemubual Perdana Menteri berhubung bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh rancangan itu.

Para pembaca kami boleh menonton filem dokumentari setengah jam yang telah membongkar rahsia Perdana Menteri Malaysia itu – kali ini roh Altantuya Shaariibuu.

Kecurian wang dari dana negara adalah suatu perkara yang sentiasa menggelisahkan seorang ahli politik ternama, mana kala kes bunuh merupakan satu lagi gangguan pada dirinya.

Klik di sini untuk melihat filem tersebut

Maru Ann Jolly, seorang lagi wartawan asing yang dicampakkan keluar kerana mempersoalkan Najib Razak

Maru Ann Jolly, seorang lagi wartawan asing yang dicampakkan keluar kerana mempersoalkan Najib Razak

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments