Kejutan, Kejutan – Lihat Siapa Di Sini .... RPK!

Menikmati pelayaran – RPK memulakan hidup baharu setelah kembali ke pangkuan UMNO dalam tahun 2011

Menikmati pelayaran – RPK memulakan hidup baharu setelah kembali ke pangkuan UMNO dalam tahun 2011

Blogger yang beroperasi dari Britain Raja Petra Kamaruddin (RPK) kini menjadi juara kepada Perdana Menteri dan isterinya.

RPK kini tidak lagi menuduh mereka sebagai berada di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan kini akan menyerang siapa sahaja yang mempersoalkan kelakuan 1MDB atau mana-mana isu berhubung rasuah yang berkaitan.

Dia kini telah berubah dari seorang hero dalam pembangkang liberal dan penyokong kebebasan bersuara, namun masalah kewangannya kini jelas telah diselesaikan – kereta BMW yang barunya boleh dijadikan sebagai bukti.

RPK telah menuduh Sarawak Report sebagai telah ‘berpindah’ ke ‘kediaman baharu’ dan ‘hidup’ mewah yang dianggapnya sebagai ‘menghadapi serangan’ dari blog ini.

Kesemua ini, hanya dia sendiri yang tahu sebagai tidak benar belaka. Namun, dari masa ke masa dia mendakwa sering menerima maklumat-maklumat menarik berkenaan siapa yang menghubungi Sarawak Report dan bila.

Bagaimana boleh berlaku begitu?

RPK terkenal kerana kebolehannya mengakses maklumat

RPK terkenal kerana kebolehannya mengakses maklumat

Baru-baru ini RPK dikatakan menggunakan teknik pengumpulan maklumat yang menarik seperti ditunjukkan oleh sebuah episode luar biasa di Australia.

Para peguam yang mengendalikan kes ekstradisi berprofil tinggi yang membabitkan saspek kes bunuh, Sirul Azhar Umar (salah seorang dari dua orang pengawal peribadi Najib Razak yang dituduh membunuh Altantuya tanpa motif) mendapat kejutan pada bulan lepas.

Seorang dari ahli pasukan guaman Sirul telah mengutuskan emel kepada seorang lagi rakan mereka, menurut sumber, yang kemudiannya cuba menjawab perkara berhubung maklumat guaman sulit pengawal peribadi itu.

Namun, selain menjawab secara berautomasi biasa, sebuah emel telah memasuki kekotak alamat penerima ‘return to’ – alamat emel itu adalah [email protected].

Kedua-dua pihak tidak pernah mengetahui tentang kewujudan Malaysia Today ataupun berutus emel dengan pengirim emel itu.

Beginilah pengalaman seorang peguam yang dikejutkan oleh kehadiran emel itu, kemudian dia utuskan:

“Saya baru sahaja nak jawab email anda apabila saya ternampak ada sebuah emel asing seperti berikut. Ini menunjukkan pada saya bahawa komputer anda mungkin telah dijangkiti malware, yang selama ini membaca kesemua komunikasi kita. Anda mungkin memerlukan khidmat pembersihan komputer”

Beberapa latarbelakang Sirul yang anda ingin tahu ....

Beberapa latarbelakang Sirul yang anda ingin tahu ….

Kedua-dua rakan itu, seperti yang difahami oleh Sarawak Report, telah mendapatkan nasihat pakar komputer dan mereka diberitahu bahawa komputer itu telah dijangkiti oleh ‘virus’ yang mengalih hala emel-emel mereka.

Namun, kedua-dua pihak dibiarkan menjadi keliru kepada siapa emel itu ditujukan?

Pertukaran emel yang mengelirukan ...

Pertukaran emel yang mengelirukan …

Tidak kekal lama.

Pasukan guaman Australia telah membuat kajian, yang kemudiannya mengetahui pengirim asal emel ‘piranha’@malaysiatoday. Ianya berasal dari blog Malaysia Today milik RPK sendiri.

Alamak!

Bagaimana boleh alamat emel dari blog Malaysia Today RPK itu memasuki kekotak jawapan pasukan guaman Australia untuk Sirul Azhar?

Bagaimana boleh alamat emel dari blog Malaysia Today RPK itu memasuki kekotak jawapan pasukan guaman Australia untuk Sirul Azhar?

Sarawak Report telah meminta penjelasan daripada RPK (di alamat emel terkininya itu). Tiada respons.

Mungkin artikel kami akan mendapatkan jawapan formal daripada blogger itu, yang telah menjadi pengkritik kami beberapa bulan yang lalu?

Sirul Azhar Umar – topik yang digemari

Sirul Azhar Umar – topik yang digemari

Apakah mungkin RPK mempunyai penjelasan bahawa kedua-dua peguam dari Australia, yang mengendalikan kes seorang klien utama mereka berhubung sebuah kes yang pernah menjadi tulisan RPK dahulu, harus mendapati bagaimana emelnya boleh hadir dalam malware mereka?

Kedua-dua peguam itu tidak pernah mengenali siapakah RPK itu, berhubung dengan mereka atau pedulikan dia.
Bagaiman alamat emelnya dapat hadir dalam kekotak jawapan mengenai Sirul?

Pertanyaan-pertanyaan kini mendedahkan bahawa perkhidmatan imigresen Australia, yang sedang menahan Sirul, telah mengesahkan bahawa pertukaran-pertukaran emel mereka telah menghadapi serangan berhubung kes berkenaan.

Adakah mungkin terdapat penjelasan, selain daripada kegiatan menggodam, yang lebih cenderung hadir di fikiran?

Cubaan menggodam laman Sarawak Report juga dialami serentak pada minggu-minggu yang lepas.

Sarawak Report telah menjadi sasaran godaman dari pihak kerajaan peringkat tinggi. Namun cubaan godaman itu dilihat serentak dengan serangan godaman terhadap kemudahan perhubungan pasukan guaman Australia untuk Sirul.

Cubaan godaman yang datang dalam bentuk emel ‘from your team at Google’ itu memerlukan Sarawak Report memasukkan kata laluan yang tersimpan dalam Google. Permintaan-permintaan ini telah dikirimkan pada beberapa ketika oleh emel dan juga teks.

Semakan-semakan telah mengesahkan bahawa emel-emel merayu ini merupakan cubaan-cubaan godaman palsu untuk mendapatkan akses ke dalam komputer kita – amat mengejutkan.

Seorang professional warga Britain memberitahu Sarawak Report bahawa cubaan-cubaan itu adalah berperingkat amatur, namun ada kalanya berjaya digunakan. Ianya dipanggil phishing.

Kami ingin mendengar penafian RPK tentang pembabitannya dalam kejadian-kejadian ini, terutamanya yang melibatkan emel antaranya dengan para peguam Sirul dan cubaan-cubaan menggodam sistem komputer pusat imigresen Australia di mana si pesalah dari Malaysia itu sedang ditahan.

Mungkinkah RPK mempunyai penjelasan kenapa semua ini berlaku?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments