Nama Larry Low Diletakkan Dalam Senarai Pemegang Akaun Yang Dibekukan Di Switzerland! - Eksklusif

Akaun-akaun yang dibekukan di Switzerland yang ada hubungkait dengan 1MDB yang bermasalah – Larry Low Hock Peng, bapa Jho Low

Akaun-akaun yang dibekukan di Switzerland yang ada hubungkait dengan 1MDB yang bermasalah – Larry Low Hock Peng, bapa Jho Low

Sebuah penemuan mengejutkan, berikutan pembekuan banyak akaun yang ada hubungkait dengan 1MDB oleh pihak berkuasa Switzerland pada minggu lalu, seperti dimaklumkan kepada Sarawak Report.

Kami difahamkan bahawa salah seorang dari individu pemegang akaun-akaun yang telah dibekukan itu adalah Larry Low Hock Peng, bapa kepada jutawan muda, Jho Low.

Jumlah yang terbabit seperti dinyatakan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland itu sebagaai ‘beberapa puluh juta dollar’ dalam kenyataan rasminya. Namun kami telah diberitahu bahawa jumlah sebenarnya mencecah ratusan juta dollar.

Larry Low telah lama dianggap sebagai berada di sebalik peningkatan anaknya jutawan muda, terima kasih pada hubungan rapat Jho Low dengan rakan sepengajiannya, Riza Abdul Aziz, yang memperkenalkannya kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor sejak usia yang muda.

Low bersaudara (kiri, Jho, kanan, Szen) yang menguruskan Jynwell Capital, sebuah jentera pelaburan milik jutawan playboy Jho Low – namun bapa mereka Larry Low juga turut mempunyai kepentingan dalam syarikat itu

Low bersaudara (kiri, Jho, kanan, Szen) yang menguruskan Jynwell Capital, sebuah jentera pelaburan milik jutawan playboy Jho Low – namun bapa mereka Larry Low juga turut mempunyai kepentingan dalam syarikat itu

Anak lelaki Larry yang seorang lagi, Szen Low juga mempunyai peranan dalam perniagaan saudaranya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan syarikat keluarganya Jynwell Capital.

Para penyiasat percaya Larry Low telah membentuk pergerakan asal wang yang disedut dari 1MDB dalam usahasama pertama dengan PetroSaudi dalam tahun 2009.

Sebanyak US$700 juta telah dikeluarkan daripada pelaburan pertama US$1 billion oleh 1MDB, di bawah samaran bahawa bayaran balik pinjaman oleh PetroSaudi kepada anak syarikat usahasamanya.

Pada mulanya wang itu telah dipindahkan ke syarikat Good Star Limited dan dibayar ke dalam akaun yang dibuka pada haris selepas pemeteraian perjanjian di bank RBS Coutts di Zurich.

Sejumlah US$330 juta selebihnya telah dibayar masuk ke dalam syarikat Good Star Limited dalam tahun 2011, menurut dokumen siasatan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report dalam bulan April dan dokumen-dokumen daripada PetroSaudi juga mencadangkan bahawa US$160 juta lagi telah dibayar kepada Good Star sebagai sebahagian dari pinjaman Mudaraba kepada PetroSaudi pada bulan September 2010.

Ini telah menghasilkan jumlah US$1.29 billion yang pada asalnya dimasukkan ke dalam akaun Good Star di bank RBS Coutts, Zurich.

Low bersaudara merupakan bintang bersama dalam video yang mempromosikan syarikat Jynwell

Low bersaudara merupakan bintang bersama dalam video yang mempromosikan syarikat Jynwell

1MDB dan PetroSaudi telah beberapa kali mengatakan bahawa syarikat Good Star itu dimiliki oleh PetroSaudi.

Namun, Sarawak Report mempunyai bukti yang kukuh bahawa pengendali Good Star adalah Jho Low sendiri.

Begitu juga walaupun Low sering menafikan dia terbabit dalam 1MDB atau usahasama PetroSaudi, dokumen-dokumen menyeluruh dalam simpanan kami membuktikan bahawa dia merupakan dalang di sebalik usahasama dua syarikat ini.

Bukti penting dari siasatan di Singapura itu, yang juga pernah didedahkan oleh Sarawak Report dalam bulan April lalu, telah mengesahkan hubungan Good Star dengan Jho Low dan membuktikan bahawa wang yang datang dari Good Star itu seterusnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Jho Low.

Perpindahan wang dari Good Star di Zurich ke dalam akaun Jho Low sebagai pemilik akaun ADKMIC di bank BSI di Singapura

Perpindahan wang dari Good Star di Zurich ke dalam akaun Jho Low sebagai pemilik akaun ADKMIC di bank BSI di Singapura

Cawangan bank BSI di Singapura telah memberitahu pihak berkuasa negara itu bahawa US$530 juta telah dipindahkan dari akaun bank Coutts Zurich milik ke dalam akaun peribadi Jho Low Good Star dalam beberapa siri pembayaran selepas urusniaga PetroSaudi.

Namun dengan bukti bahawa Jho Low, 1MDB dan PetroSaudi telah berbohong apabila mereka mendakwa Jho Low tiada pembabitan atau kepentingan dalam usahasama itu atau dengan Good Star, ianya telah bertanggungjawab pada sebahagian dari wang itu.

Sarawak Report kini difahamkan bahawa kebanyakan dari baki US$1.29 billion itu telah dikeluarkan dari 1MDB dan dipindahkan ke dalam akaun-akaun yang dikawal oleh Larry Low, bapa Jho Low, di Switzerland.

Jumlah itu mencecah US$760 juta.

700 juta dollar yang dipersoalkan oleh para penyiasat, adalah sama ada Larry Low telah bertindak sebagai pengantara kepada pihak ketiga yang selaku penerima wang itu?

Jika ya, apakah destinasi terakhir sebahagian besar wang itu yang telah dikeluarkan dari 1MDB dalam perpindahan wang yang mencetuskan pembohongan selama beberapa tahun ini oleh sebuah syarikat dan penandatangan dan pemegang utama saham-saham, Menteri Kewangan itu sendiri?

Adalah difahami menerusi media perniagaan bahawa Larry Low sendiri telah membentuk reputasinya dalam beberapa tahun ini sebagai seorang ahli perniagaan yang terkenal, mampu mengangkat martabat anak-anaknya menerusi pendidikan di barat, kepada pemain dalam dunia perniagaan bertaraf multi-billion dalam haknya sendiri.

Jho Low dalam artikel-artikel terdahulu telah memperkenalkan dirinya dan keluarganya sebagai keluarga yang terlibat dalam perniagaan bersifat sederhana.

Bagi mereka yang ingin melihat balik bagaimana kekayaan keluarga Low meningkat dengan mendadak, ini bukanlah kesnya. Artikel-artikel terkini yang mencerita perjalanan hidup mewah secara mendadak mereka itu hanyalah suatu bentuk penyamaran yang mana akaun-akaun bank mereka yang ada kaitan dengan 1MDB di Switzerland untuk disiasat itu kini dibekukan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments