Sah – Pihak-pihak Berkuasa US Telah Menyiasat 1MDB Sejak Bulan Mac

Selamat datang ke Amerika YAB Perdana Menteri Malaysia

Selamat datang ke Amerika YAB Perdana Menteri Malaysia

Berikutan laporan-laporan media di US, Sarawak Report kini boleh mengesahkan bahawa laman blog berita ini telah menyerahkan data yang menyeluruh berkenaan usahasama 1IMDB kepada pasukan penyiasat US dalam bulan Mac lalu.

Ini bermakna bahawa dana pembangunan dan penubuh utamanya Jho Low, yang memegang kerakyatan US, telah diperiksa oleh para penguatkuasa undang-undang US sejak beberapa bulan yang lalu, semasa Jho Low diketengahkan sebagai dermawan yang mempengerusikan pelbagai pertubuhan, termasuk sebuah yayasan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan juga di National Geographic.

Para penguatkuasa US yang telah berkunjung ke London untuk mendapatkan bahan-bahan bukti, termasuk pegawai-pegawa penyiasat dari Jabatan Aset Kleptokrasi di Jabatan Kehakiman dan juga pegawai-pegawai dari FBI.

Jho Low ketika bersama-sama rakan-rakan selebritinya di US

Jho Low ketika bersama-sama rakan-rakan selebritinya di US

Sarawak Report juga telah memberikan data yang serupa kepada pihak berkuasa UK dan Switzerland dalam beberapa minggu yang lalu.

Namun kami dapat mengesahkan bahawa kami tidak menerima permintaan yang sama dari pihak-pihak berkuasa di Malaysia, yang sebaliknya telah memilih untuk menyalahkan Sarawak Report kerana gagal melaporkan jenayah itu kepada pihak berkuasa.

Kebanyakan dari dokumentasi yang diterima oleh pihak US dan pihak lain yang berkepentingan berhubung usahasama 1MDB PetroSaudi yang ditubuhkan dalam tahun 2009 itu dan pada asalnua diberikan oleh warga Switzerland, Xavier Justo, yang sedang ditahan di penjara Thailand kerana dituduh secara palsu oleh bekas-bekas rakan-rakan sekerjanya dalam PetroSaudi yang terbabit dalam usahasama itu.

Tukang runding di belakang Petro Saudi, Pengarah iya, Patrick Mahony

Tukang runding di belakang Petro Saudi, Pengarah iya, Patrick Mahony

Individu-individu in sedang bebas, termasuk Pengarah PetroSaudi yang berpejabat di London, Patrick Mahony dan Timothy Buckland.
Tiada seorangpun dari mereka ini termasuk Jho Low telah cuba untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report walaupun menurut mereka, menuduh mereka kerana melaporkan peniupuan.

Bersama-sama penguatkuasa Malaysia dan media-media UMNO, PetroSaudi sebaliknya telah menumpukan serangan mereka terhadap Xavier Justo selama beberapa minggu dan tuduhan-tuduhan mereka terhadap Sarawak Report kerana kononnya telah ‘mengganggu’ bahan bukti untuk menentang mereka.

Walaupun gagal mengemukakan bukti yang kukuh di sebalik tuduhan-tuduhan mereka, Kerajaan Malaysia telah bertindak balas dengan mengharamkan Sarawak Report, mengeluarkan waran tangkap dan cuba meletakkan editornya dalam senarai Notis Namun, taktik-taktik kasar ini telah mula terbongkar sejak Perdana Menteri Najib memulakan kunjungannya ke luar negara semenjak krisis dan skandal 1MDB menimpa pentadbirannya.

Telah dibuktikan kewajarannya oleh Mahkamah Tinggi Malaysia – Penyunting portal The Edge, Ho Kay Tat

Telah dibuktikan kewajarannya oleh Mahkamah Tinggi Malaysia – Penyunting portal The Edge, Ho Kay Tat

Semalam, akhbar The Edge, yang telah menerima salinan-salinan bahan daripada Xavier Justo dan telah mencapai kata putus sama seperti Sarawak Report berhubung kehilangan berbillion-billion ringgit yang disedut keluar oleh Jho Low, telah dibuktikan kewajarannya oleh Mahkamah Tinggi Malaysia, yang seterusnya mengarahkan Kementeri Dalam Negeri Malaysia untuk menarik balik penggantungan penerbitannya.

Dan kini Najib Razak yang berkunjung ke New York walaupun dia sedang disiasat berhubung PetroSaudi dan juga US$681 juta, yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebagai telah dimasukkan (yang kononnya sebagai ‘derma’) ke dalam akaun peribadinya menjelang musim pilihanraya dahulu.

Urusniaga Najib dengan Goldman Sachs juga menjadi sasaran utama para penyiasat US, setelah bank-bank di US dikejutkan dengan kadar perkhidmatan mereka yanf terlalu tinggi pada klien mereka.

Dikehendaki di Malaysia, kini menjalani hidup mewah di New York, Jasmine Loo dari 1MDB kini berjaya dijejaki!

Dikehendaki di Malaysia, kini menjalani hidup mewah di New York, Jasmine Loo dari 1MDB kini berjaya dijejaki!

Dan dalam perkembangan yang lain pula, New York Times dan wartawan mereka telah berjaya menjejaki seorang skasi utama yang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia dalam usaha bank pusat itu menyiasat kehilangan berbillion-billion ringgit dari 1MDB.

Jasmine Loo Ai Swan pada asalnya telah dikenalpasti oleh Sarawak Report sebagai pemain peranan utama dalam sebuah rancang niaga yang dikenali sebagai Projek Uganda, sebuah pengoperasian yang dikendalikan oleh Jho Low untuk menyalurkan wang keluar dari 1MDB dan menerusi PetroSaudi dalam usaha membeli kepentingan UBG Group daripada keluarga Abdul Taib Mahmud (bekas Ketua Menteri Sarawak, yang kini selaku Gabenor Sarawak).

Bank Negara Malaysia telah meletakkan notis-notis orang yang dikehendaki untuk menemubual Jasmine Loo dan rakannya dalam 1MDB dahulu, Casey Tan, dan juga orang kanan Jho Low dalam 1MDB dan SRC International, Nik Ariff Faisal Aziz – namun kesemua mereka itu telah meninggalkan Malaysia.

Akhbar New York Time kini telah berjaya menjejaki Jasmine yang sedang meninap dalam sebuah apatmen mewahnya di East 22nd Street, yang telah dibelinya dalam tahun 2014 pada harga $4.5 juta.

Berjaya ditemui – Jasmine Loo Ai Swan sedang bersembunyi di New York!

Berjaya ditemui – Jasmine Loo Ai Swan sedang bersembunyi di New York!

Dengan bekerja dalam 1MDB telah jelas mendatangkan ganjaran amat lumayan pada kalangan pegawai-pegawainya yang kini menjadi orang-orang yang dikehendaki, walaupun banyak wang awam telah hilang dari dana pembangunan itu.

Mungkin Najib Razak dapat membantu melengkapkan baki inkuiri 1MDB dengan bertanya kepada pihak polis New York untuk memberkas si Jasmine Loo, supaya dia dapat bawa balik untuk disoalsiasat di Malaysia?

[Sarawak Report merupakan satu-satunya portal media bersiasat yang diharamkan di Malaysia, dituduh sama seperti alasan ke atas The Edge kerana kononnya “menyalurkan maklumat palsu”. Bagi kes The Edge, pihak kehakiman tidak menemui sebarang bukti ‘tidak tepat’ pada Kementerian Dalam Negeri yang menggantung penerbitan The Edge, maka kami juga menganggap kementerian itu telah menyalahgunakan kuasanya untuk berbuat sedemikian terhadap kami. Pengharaman ke atas portal kami harus ditarik balik dengan segera seiring dengan keputusan dan arahan jemaah hakim di Mahkamah Tinggi Malaysia itu].

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments