Bagaimana Arul Kanda Telah Berbohong Kepada Lembaga Pengarah 1MDB Mengenai ‘Wang Tunai Dalam Bank’ – TERKINI!

Mesyuarat luarbiasa Lembaga Pengarah 1MDB untuk menangani krisis berkembang dalam bulan Januari

Mesyuarat luarbiasa Lembaga Pengarah 1MDB untuk menangani krisis berkembang dalam bulan Januari

Sarawak Report telah memperolehi minit-minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB, yang mengesahkan bahawa dakwaan Arul Kanda berhubung ‘wang tunai dalam bank’ di BSI Singapura bukan kesilapan kenyataannya tetapi sebagai sebahagian strategi yang disengajakan untuk mengelirukan.

Dengan kata lain, kenyataannya itu adalah suatu pembohongan.

Bank Negara Malaysia menyedari skandal ini, dengan adanya kenyataan yang mencabar cubaan Peguam Negara untuk menyekat siasatan ke dalam 1MDB beberapa ketika yang lalu. Ianya membangkitkan rasa risau terhadap keengganan rakan-rakan Najib untuk menerima hakikat bahawa berbillion-billion wang itu telah dicuri dalam suatu cubaan untuk menutup kegagalan dana pembangunan Malaysia itu.

Dalam bulan April Sarawak Report telah mengeluarkan bukti yang diperolehi dari pihak-pihak berkuasa Singapura yang menunjukkan bahawa tiada terdapat sebarang ‘wang tunai’ dalam akaun bank 1MDB di BSI Singapura.

Ianya telah memaksa Arul Kanda untuk membuat beberapa penarikan balik pada kenyataan parlimen yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Najib Razak, yang mendakwa bahawa US$1.103 billion, yang sepatutnya dite us sebagai “wang tunai” daripada usahasama bersama PetroSaudi, telah dibayar masuk ke dalam bank BSI di Singapura.

Arul “telah menjelaskan” bahawa aset-aset yang disimpan di BSI adalah dalam bentuk ‘unit-unit’ sahaja, yang telah dianggap Sarawak Report sebagai tiada jaminan apakah nilai sebenarnya (jika pun ada).

Namun kami kini telah memperolehi minit-minit dari mesyuarat ahli lembaga pengarah di bulan Januari lalu, di mana CEO baru lembaga itu telah meyakinkan ahli-ahli lembaga bahawa sememangnya ada ‘wang tunai’ dalam akaun syarikat Brazen Sky di bank BSI.

Arul telah juga memberikan alasan yang tidak munasabah kenapa, selain menggunakan wang dalam dana itu, 1MDB telah meminjam lebih banyak wang untuk menutupi perbelanjaan yang semakin mengembang. Ini merupakan respon pada rasa risau Pengerusinya, Lodin Wok Kamaruddin, bahawa pihak pengurusan telah berjanji pada umum untuk membawa balik wang itu dan kemudiannya gagal berbuat demikian.

 ‘Dalam bentuk tunai’ – gagal menjelaskan atau suatu pembohongan

‘Dalam bentuk tunai’ – gagal menjelaskan atau suatu pembohongan

Isu-isu kesilapan – Lodin Wok Kamaruddin

Isu-isu kesilapan – Lodin Wok Kamaruddin

Menurut minit-minit mesyuarat di atas, alasan Arul untuk tidak membawa balik ‘wang tunai’ adalah kerana wang itu tersimpan dalam bank sebagai jaminan untuk sebuah lagi pinjaman yang akan diluluskan oleh Deutsche Bank.

Ahli-ahli lembaga pengarah baharu sahaja mengumumkan bahawa 1MDB sedang mengalami aliran tunai yang serius dan juga masalah kebolehpercayaan, dalam masa syarikat itu merancang untuk keluar dari masalah-masalahnya sendiri dengan mengeluarkan saham-saham di pasaran saham.

Dan Lodin ingin tahu mengapa pihak pengurusan melaksanakan janji-janji mereka untuk menggunakan baki wang di dana Caymen Island (Brazen Sky), yang dikatakan mengandungi ‘keuntungan’ dari pelaburannya dalam PetroSaudi sejak 2009-2012 dahulu.

Kenapa tidak bawa balik sahaj wang itu, tanya ahli-ahli lembaga pengarah?

Kenapa tidak bawa balik sahaj wang itu, tanya ahli-ahli lembaga pengarah?

Sudah tiba masanya untuk menggunakan ‘keuntungan’ dalam dana Brazen Sky dari PetroSaudi!

Sudah tiba masanya untuk menggunakan ‘keuntungan’ dalam dana Brazen Sky dari PetroSaudi!

Jawapan daripada Arul itu bukan sahaja sukar dipercayai, malah ianya sengaja direka untuk mengelirukan.

Arul telah menjelaskan kepada rakan lembaga pengarahnya bahawa Deutsche Bank telah menghalangnya membawa balik wang itu, kerana mereka menuntut bahawa dia harus menyimpan akaun wang tunai Singapura sebagai kolateral untuk jumlah US$975 juta yang sama yang telah pinjamkan kepada 1MDB.

Sememangnya amatlah sukar dipercayai untuk menyimpan wang dalam bank untuk menjamin pinjaman maya yang serupa jumlahnya, terutamanya apabila ‘kos pembiayaan yang tinggi’ yang menjadi kerisauan pada dana it?

Maka, ini bukanlah kesilapan komunikasi oleh Arul, tetapi ianya dakwaan yang positif bahawa aset-aset tunai itu dipegang, dengan memberikan alasan bahawa bank pemberi pinjaman tidak akan menerima apa-apa sebagai jaminan seterusnya.

Terdapat isu luar biasa yang ditimbulkan dalam minit-minit mesyuarat bulan Januari. Dalam kenyataan umum 1MDB telah mendakwa terdapat US$1.103 billion dalam akaun BSI Brazen Sky, namun Arul mengatakan Lembaga bahawa hanya terdapat US$939 juta – iaitu lebuh 1 ratus juta kurang.

Namun tiada seorangpun dalam lembaga itu membangkitkan perkara yang ketara ini.

Namun Sarawak Report mencadangkan terdapat hanya satu penjelasan yang berkredibel bagi semua putar belit ini, di mana Arul gagal membawa balik ‘wang tunai’ yang dikatakan itu, kerana sememangnya tiada apa-apa di dalamnya.

Kurangnya tinjauan Lembaga ke masa depan – maka siapakah yang membuat semua keputusan di 1MDB?

Kurangnya tinjauan Lembaga ke masa depan – maka siapakah yang membuat semua keputusan di 1MDB?

Kini kita sedang tercari-cari di manakah RM42 billion itu?

Kini kita sedang tercari-cari di manakah RM42 billion itu?

Resolusi-resolusi dan kesediaan untuk menerima lojik Arul Kanda yang meninggalkan berbillion-billion dalam bank untuk menjamin pinjaman lebih banyak billion, menunjukkan sikap cuai di pihak lembaga bahawa mereka lebih tahu dari itu.

Shahrol Halmi – seorang lagi pembohong yang tahu segalanya!

Shahrol Halmi – seorang lagi pembohong yang tahu segalanya!

Seorang bekas CEO 1MDB, Shahrol Halmi, yang tahu benar mengapa tiada wang sebenar dalam akaun BSI Singapura.

Lagipun, dia telah mempengerusikan lembaga itu ketika kehilangan US$700 juta dari 1MDB sejak hari pertama usahasama 1MDB PetroSaudi dimulakan. Dia telah meluluskan dua ‘pinjaman’ utama kepada PetroSaudi – US$500 juta dalam bulan September 2010 dan kemudiannya US$330 juta yang dimasukkan ke akaun Good Star Ltd milik Jho Low dalam tahun 2011, menurut dokumen-dokumen yang diperolehi Sarawak Report dari siasatan Bank Negara ke atas pelaburan dana itu.

Bayaran-bayaran berjumlah US$11.83 billion, yang mewakili jumlah yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, apabila dia mengeluarkan sebuah kenyataan mengejutkan yang mengutuk keras keengganan Peguam Negara untuk mengeluarkan prosiding menentang kecurian dan menuntut supaya 1MDB harus membawa balik wang itu.

Pindahan wang dari 1MDB ke syarikat Good Star milik Jho Low dalam tahun 2011 di bawah penyamaran untuk melabur dalam inisiatif tenaga dari Peranchis

Pindahan wang dari 1MDB ke syarikat Good Star milik Jho Low dalam tahun 2011 di bawah penyamaran untuk melabur dalam inisiatif tenaga dari Peranchis

Namun Shahrol Halmi telah tanpa segan silu meminta penggantinya Arul untuk “mempersembahkan jumlah pelaburan sejak 2009”!

Pemegang utama saham-saham dan pembuat keputusan mutlak, Menteri Kewangan

Pemegang utama saham-saham dan pembuat keputusan mutlak, Menteri Kewangan

Tidak bermisteri lagi ke manakah wang pelaburan PetroSaudi itu pergi antara 2009 dan 2011 – dan ianya bukan berakhir di bank BSI!

Ianya telah dijelaskan bagai mana tiada apa yang telah ‘ditebus’ dari usahasama itu dalam tahun 2012 maka tiada wang untuk ‘dilaburkan’ di Pulau Caymans itu.

Dokumen-dokumen yang diperolehi oleh Sarawak Report dan kini suda berada di tangan beberapa pihak penguatkuasa perundangan kewangan antarabangsa, bahawa wang yang dikeluarkan dari usahasama 1MDB, PetroSaudi telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star milik Jho Low; untuk pembelian UBG Group (di mana Jho Low bersama Taib Mahmud didapati bersekongkol); untuk bayaran kepada Jho Low dan konspirator bersamanya di PetroSaudi International dan suntikan tunai ke dalam PetroSaudi sendiri.

1MDB telah menyewa Bridge Partners untuk menguruskan ‘dana tunai’ dalam akaun yang dibahagi-bahagikan di Pulau Caymans!

Hilang – penasihat najib, Jho Low

Hilang – penasihat najib, Jho Low

Urusniaga 1MDB dengan Aabar telah menyaksikan dana it uterus terjerumus ke kancah hutang yang terus dari 2012 dan 2013.

Sekali lagi Aabar/IPIC telah muncul kembali untuk menyelamatkan dana yang sudah tenat itu, di samping pemegang utama saham-saham dan pembuat keputusan mutlaknya (Najib Razak) dilihat menggali lubang yang lebih dalam pada ekonomi Malaysia, hanya kerana ingin menyelamatkan kedudukan politiknya sendiri.

Khademn Al-Qubaisi – mengetuai bidaan Abu Dhabi yang akhirnya menggagalkan 1MDB ke kancah hutang

Khademn Al-Qubaisi – mengetuai bidaan Abu Dhabi yang akhirnya menggagalkan 1MDB ke kancah hutang

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments