Adakah Jho Low Akan Hadir?

Pada tahun lepas Jho Low berdiri megah di atas pentas, mendapat pujian dari para personality kegemarannya Alicia Keys dan Swizz Beats untuk usaha “dermawannya” menggunakan wang Malaysia

Pada tahun lepas Jho Low berdiri megah di atas pentas, mendapat pujian dari para personality kegemarannya Alicia Keys dan Swizz Beats untuk usaha “dermawannya” menggunakan wang Malaysia

Pada mala mini 5hb November, pesta anjuran Jho Low diadakan di Amerika Syarikat.

Pesta Black Ball tajaan syarikat yayasan Jynwel milik Jho Low, merupakan sebahagian dari rancangannya untuk mencurahkan wang tunai yang banyak ke dalam kegiatan beramal Yayasan UN dan organisasi-organisasi berkuasa yang lain.

Ramai pihak tertanya-tanya mengapakah Jho Low kelihatan sangat berfokus dengan kegiatan-kegiatan mendermanya yang akan menyenangkan hati pihak UN.

Adakah Jho Low berhasrat untuk membeli kekebalan, memandangkan kebanyakan wang yang disumbangkannya itu adalah perolehan haram dan kotor?

Bergaul dengan orang-orang yang betul?

Bergaul dengan orang-orang yang betul?

Kami difahamkan bahawa ini merupakan tahun ke dua berturut-turut di mana syarikat Jywel Capital milik Jho Low di Hong Kong telah membiayai pesta utama di New York berbanding dua orang rakan rapatnya, penyanyi Alicia Keys dan suami, Swizz Beatz.

Tahun lepas pesta itu dikenali dengan jolokan Angel Ball di mana Jho Low dijemput naik ke pentas bagi menandakan penghormatan padanya kerana bermurah hati menggunakan wang awam dari Malaysia.

Pesta serba mahal kali ini dinamakan “Black Ball, Black To The Future” adalah, kononnya, bertujuan untuk kebaikan sejagat
Rakyat Malaysia berhak untuk bertanya jika mereka yang harus dibiayai menggunakan wang mereka sendiri itu, yang telah dimasukkan secara rahsia ke dalam akaun Jho Low yang mencecah jumlah berbillion-billion dollar, terima kasih pada penipuan yang salah urus dalam 1MDB.

Jangan lupa untuk menjemput bintang-bintang pop dan minuman champagne ketika kita berhibur untuk kebaikan sejagat …

Jangan lupa untuk menjemput bintang-bintang pop dan minuman champagne ketika kita berhibur untuk kebaikan sejagat …

Lagi pun ramai penduduk Malaysia yang miskin dan berdepan masalah kesihatan yang serius – berapakah jumlah wang yang telah Jho Low belanjakan di tempatnya sendiri?

Dalam pada itu, Sarawak Report telah membangkitkan rasa risaunya dengan Yayasan UN dan juga National Geographic berhubung sumber derma Jho Low yang disumbangkannya, termasuk sebuah program ‘latihan kewartawanan’.

Adakah ini caranya anda membersihkan wang yang anda curi?

Adakah ini caranya anda membersihkan wang yang anda curi?

Namun, para eksekutif dalam UN lebih gemar mengambil sumbangan wang haram dan kotor daripada Jho Low, berbanding meneliti bahan-bahan dan hasil siasatan menyeluruh kami, yang jelas menunjukkan bahawa Jho Low adalah seorang jutawan yang bersandarkan wang curi dari Malaysia, terima kasih pada pernaungan Perdana Menteri Najib Razak.

Organisasi-organsisai dalam UN ini telah membuta-tuli pada pendedahan media antarabangsa yang mereka perolehi dari Sarawakk Report mengenai krisis 1MDB dan Jho Low dan bahawa Jho Low sendiri masih gagal menafikan semua fakta yang kami dedahkan dalam mahkamah undang-undang.

Adakah jutawan muda akan cepat-cepat mengheret kami ke mahkamah jika apa yang kami telah laporkan mengenai kecurian wang berjumlah besar dari 1MDB itu tidak benar belaka?

Semenjak kami mendedahkan mengenai 1MDB secara berleluasa, kami difahamkan Jho Low telah menetap di Taiwan, sebuah negara di mana dia tidak boleh diekstradisikan.
Maka, adakah Jho Low akan mengambil risiko menghadirkan dirinya di New York untuk pesta peribadinya yang mewah itu?

Pada tahun lepas Jho Low menjadi tumpuan utama di suatu pesta, diberikan penghormatan atas tindakan murah hatinya bersandarkan wang orang lain dan mempromosikan dirinya di samping bintang-bintang kegemarannya, termasuk Alicia Keys dan Swizz Beatz – kedua-duanya juga menggemari cara Jho Low berbelanja.

Namun, pada tahun ini di meja yang sama (setiap satunya bernilai US100,000) akan menjadi lebih mencabar untuk diduduki oleh jutawan yang dikehendaki itu. Lagi pun, dana pembangunan Malaysia 1MDB dan kegiatan-kegiatannya dalam krisis itu sedang disiasat di beberapa buah negara, termasuk di US.

Dan seolah-olah kepentingan pihak FBI dan Jabatan Perundangan mungkin tidak mencukupi, terdapat perkara yang kecil bagi Jabatan Percukaian. Adakah Jho Lo, sebagai seorang rakyat US telah mengisytiharkan wang berbillion-billion dollar yang telah disedutnya keluar dari 1MDB dalam tempoh 2009?

Jika belum, dialah punca masalahnya.

Mungkin tindakannya untuk menambat hati tokoh-tokoh dalam UN kini membuahkan hasil dan dia mungkin telah berjaya menempah kekebalan untuk malam itu. Dalam apa jua kes sekali pun, bandaraya New York sekali lagi akan menyaksikan kehadiran salah seorang artis penjahat terbesar dalam sejarah – seorang lelaki di sebalik rompakan berbillion-billion dollar di Malaysia abad ini.

Namun kami mengandaikan bahawa pengadilan akan menjadi nyata dan bahawa Jho Low akan memohon maaf atas kegagalannya hadir di majlis-majlis yang dibiayainya.

Bagi seorang lelaki yang gemar membelanjakan wang yang dicurinya dari Malaysia, sudah pasti dia merasa amat seksa untuk duduk di rumah baharunya sepanjang hari … di Taiwan.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments