Adakah Obama Akan Mengabaikan Atau Menyokong Sang Tikus Terperangkap Malaysia?

Tiada seorangpun yang berbual dengan lelaki yang telah menyembunyikan wang RM2.6 billion yang meragukan

Tiada seorangpun yang berbual dengan lelaki yang telah menyembunyikan wang RM2.6 billion yang meragukan

Perdana Menteri Malaysia kini telah terperangkap oleh skandal rasuahnya sendiri, dengan media-media antarabangsa kini memfokuskan pelaporan mereka padanya.

Pada mula, dilaporkan bagaimana US$700 juta telah disedut keluar dari ‘dana pembangunan’ 1MDB kawalan Najib Razak, menerusi urusniaga usahasama pertamanya dengan sebuah firma carigali minyak yang tidak dikenali, PetroSaudi.

Wang itu telah dipindahkan ke syarikat Good Star milik penasihat perniagaan yang juga selaku rakan karib Najib, Jho Low. Dan ianya diikuti oleh beberapa ratus juta dollar lagi dimasukkan ke syarikat-syarikat lain milik Jho Low (termasuk untuk menebus bank UBG) sebelum usahasama itu dipadamkan – kesemuanya berjumlah US$1.83 billion, yang kini diminta oleh Bank Negara untuk dikembalikan 1MDB pada Malaysia, kerana didapati ia kononnya telah ‘dilaburkan’.

Kosong, hanya pasir sahaja dalam akaun ‘Brazen Sky’ 1MDB!

Kosong, hanya pasir sahaja dalam akaun ‘Brazen Sky’ 1MDB!

Najib dan 1MDB sering mempertahankan bahawa wang itu tidak diambil tetapi ditahan di dana Pulau Cayman dengan keuntungan … kecuali himpunan bukti yang kemudiannya dikatakan disimpan di situ tetapi sebenarnya kosong – semuanya telah dilaporkan oleh media.

Seterusnya, berbillion-billion lagi dilaporkan hilang dari 1MBD selepas urusniaga ‘pembelian tenaga’, yang membabitkan US$6.5 billion yang telah diterbitkan dalam beberapa siri bon urusniaga dengan dana Aabar dan anak syarikat IPIC dari Abu Dhabi.

Akaun-akaun 1MDB melaporkan bahawa ianya telah menjelaskan US$1.4 billion kepada Aabar kerana menjamin bon-bon yang diterbitkan itu … tetapi rekod-rekod IPIC sendiri tidak menunjukkan apa-apa jenis bayaran yang masuk!

Dalam masa itu, satu set pinjaman yang baru, RM4 billion dari dana pesara kerajaan KWAP, juga telah menimbulkan persoalan-persoalan, Kementerian Kewangan Malaysia telah memutuskan bahawa ianya telah diletakkan di syarikat SEC dari 1MDB ke dalam bajet kementerian itu sendiri. Tiada siapa yang amat pakar tahu di manakah letakkan wang sejumlah itu.

And then WHAM!

Satu set bukti timbul untuk menunjukkan bahawa sejumlah US$681 juta telah muncul secara tiba-tiba dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib sebaik sahaja sebelum pilihanraya, dibayar dari bank Falcon milik Aabar sendiri.

Bersih bermakna “membersihkan cemaran rasuah”

Bersih bermakna “membersihkan cemaran rasuah”

Pada mulanya Perdana Menteri itu menafikannya dan mengancam untuk menyaman media-media barat kerana melaporkan berita sedemikian, kemudia dia terpaksa mengakui bahawa laporan-laporan mereka itu tepat, namun mendakwa US$681 juta itu datangnya daripada seorang dermawan yang tidak dinamakan, dan RM42 juta lagi merupakan untuk tujuan ‘tanggungjawab sosial korporat – AMBOI!

Tiada satupun kepincangan ini dilaporkan dalam media tempatan di Malaysia, namun Perdana Menteri tahu bahawa ini adalah era internet dan amalan-amalan 1MDB itu membabitkan kewangan antarabangsa. Ceritanya berkembang ke seluruh dunia dan seluruh rakyat Malaysia tahu mengenainya. Pada musim panas tahun ini ratusan ribu rakyat telah turun ke jalanan untuk menunjukkan rasa malunya mereka pada pemimpin mereka itu.

Beberapa orang pemimpin telah meletakkan jawatan kerana ada bersabit dengan skandal ini. Namun Najib tetap enggan berundur secara baik setelah tidak mendapat kepercayaan banyak pihak. Dia takut kehilangan kuasa untuk melindunginya dari hukuman jenayah yang dilakukannya itu … dan mungkin juga dia takut bahawa pembunuhan-pembunuhan ngeri yang mengaitkannya akan turut terbongkar.

 Kartunis Zunar dijatuhkan hukuman penjara setengah abad kerana menghasilkan karikatur seperti ini

Kartunis Zunar dijatuhkan hukuman penjara setengah abad kerana menghasilkan karikatur seperti ini

Maka, bagaikan seekor tikus yang sudah terperangkap, pemimipin yang menamakan dirinya sebagai pendorong perubahan ini telah mengamalkan stail mengancam, menyogok, membuli dan menutup mulut sesiapa yang dilihatnya cuba membetulkannya. Najib, isterinya dan sekumpulan pemimpin disekelilingnya kini menggunakan taring dan kuku mereka ke atas sesiapa yang berani bersuara mengenai situasi sekarang.

Mangsa-mangsa mereka terdiri dari penunjuk perasaan secara aman, bekas-bekas rakan sepengajiannya, penjawat awam, aktivis, peguam, ahli akademik, wartawan, kartunis, bekas Perdana Menteri dan anak lelaki berusia 15 tahun seorang ahli pembangkang, termasuk seorang tokoh pembangkang yang tak mampu dia kalahkan dalam pilihanraya dulu.

Jika Najib mempunyai caranya untuk memenjarakan sesiapa yang didakwa atas ‘jenayah’ (membetulkan salahlakunya), maka saki-baki kebebasan di Malaysia digunakan untuk menyelamatkan PM si tikus terperangkap.

Dalam pada itu, keganasan dan pelampau ras gerakan Melayu Islam telah diberikan peruntukan oleh Najib.

NGO Baju Merah telah menambah buruk pada perbicaraan musuh-muruh Najib. Gerombolan yang diupah ini juga memburukkan lagi pelampau ras dan agama, menjurus ke arah ancaman keganasan.

Frank White menubuhkan DuSable sebelum kontrak 1MDB pada tahun 2013 kemudian berjaya mengambil US$505,000 untuk menjadi juru runding projek tenaga solar

Frank White menubuhkan DuSable sebelum kontrak 1MDB pada tahun 2013 kemudian berjaya mengambil US$505,000 untuk menjadi juru runding projek tenaga solar

Apa yang terjadi pada si Najib yang dilihat baik, seorang ‘pemimpin Islam sederhana’ dan rakan sepermainan golfnya dari Hawaii, Presien Obama yang akan datang pada hari Jumaat ini?

Keadaan untuk Presiden itu tidak akan bertambah baik oleh rasa malu diplomatic setelah mengetahui bahawa dirinya dan Parti Democrat diheretkan ke dalam kancah rasuah 1MDB, menerusi Frank White.

Pada minggu lepas persoalan akhirnya timbul mendedahkan bahawa syarikat DuSable milik White itu telah berjaya mendapat untung US$69 juta untuk dana Yurus dengan menjual saham-sahamnya dalam usahasama membabitkan 1MDB – sebuah usahasama yang tidak menjelmakan apa yang dirancang.

Rekod-rekod menunjukkan bahawa Frank telah diupah yang lumayan untuk melobi sokongan Kerajaan US bagi projek tenaga solarnya. Tetapi kenapa?

Adakah dia akan membuta pada fakta bahawa seorang pemimpin yang telah menang lebih banyak undi semasa pilihanraya Malaysia kini sedang merengkuk di penjara kerana didakwa salahlaku hubungan luar tabii?

Atau adakah dia akan mengumumkan salahlaku Najib di khalayak pemimpin dunia yang lain. Presiden itu harus memberitahu Najib untuk mendahulukan negaranya.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments