Kebatilan Dalam 1MDB Menghantui Ahli-Ahli Democrat US Menjelang Kunjungan Obama – SUATU SIASATAN

Gabenor daerah Virginia, Terry McAuliffe telah menerima US$25,000 untuk kempen pilihanrayanya dalam tahun 2013

Gabenor daerah Virginia, Terry McAuliffe telah menerima US$25,000 untuk kempen pilihanrayanya dalam tahun 2013

Wang yang dibayar oleh 1MDB kepada syarikat US, DuSable Capital Management, yang diamanahkan untuk melobi kerajaan US bagi menyokong projek kemudahan tenaga solar di Kedah, telah digunakan pada kempen-kempen piliharaya 2013/14 untuk sekurang-kurangnya 7 orang calon parti Democrat, menurut beberapa pemfailan rasmi.

Sejumlah wang telah dibayar, termasuk US$25,000 terhadap kempen gabenor daerah Virginia, Terry McAuliffe pada akhir 2013 dan US$5,200 kepada setiap seorang tiga orang calon Senat dalam tahun 2014, Mark Begich, Michelle Nun dan Dick Durbin.

Dick Durbin kini merupakan seorang ahli parti minoriti Democrat yang agak bising dalam senat, menjadikannya seorang tokoh politik yang berpengaruh.

Syarikat DuSable dipengerusikan oleh Frank White, yang merupakan ketua pencari dana kepada Presiden Obama semasa kempen pilihanrayanya tahun 2012 sebagai penyokong kuat Parti Democrat.

Dalam tahun 2013 dia telah mengumumkan keputusannya untuk memasuki perniagaan Ekuiti Persendirian.

Dick Durban – kempennya menerima US$5,200

Dick Durban – kempennya menerima US$5,200

Sejak didaftarkan hanya 1MDB dan Kerajaan Malaysia yang telah menjadi kliennya. Ini telah membangkitkan persoalan kemungkinan dana itu digunakan untuk membiayai kempen-kempen pilihanraya di US oleh Malaysia yang dijangkakan untuk meraih sokongan dan pengaruh, walaupun amalan itu tidak haram bagi syarikat-syarikat berdaftar US untuk menyokong calon-calon pilihanraya.

DuSable kemudiannya mengisytiharkan peranan pelbagainya sebagai agen negara asing, termasuk menyediakan khidmat konsultasi untuk projek solar 1MDB; menerbitkan pelaburan dalam usahasama berkaitan pembangunan tenaga dan usaha melobi ‘sokongan bukan kewangan’ kerajaan Amerika untuk pelaburan-pelaburan ini.

Suatu kenyataan kepada Jabatan Pendaftaran Agen Asing US dalam tahun 2014 yang disahkan bahawa DuSable telah menerima sejumlah US$506,079 daripada “Kerajaan Malaysia” pada 28hb Oktober 2013 sebagai “pembayaran pelaburan usahasama untuk [a] pelaburan projek solar di Malaysia”.

Keperluan sokongan Kerajaan US dalam projek tenaga solar di Kedah itu kurang jelas.

Persoalan-persoalan tekal – Wong Chen

Persoalan-persoalan tekal – Wong Chen

Apa yang lebih peliknya, di awal bulan ini Perdana Menteri Najib Razak telah menyatakan bahawa tiada sebarang hubungan perniagaan antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat DuSable.

Pihak pembangkang telah melahirkan rasa terkejut mereka, sebagaimana dinyatakan oleh jurucakap PKR, Womg Chen, bahawa dakwaan itu dijelaskan menerusi kenyataan bersama oleh 1MDB dan DuSable, yang mengakui bahawa hubungan itu telah membayar US$69 juta kepada sebuah dana yang diuruskan oleh DuSable, Yurus, yang memperolehi perkongsian sebanyak 49% dalam projek tenaga solar 1MDB itu.

Ini bermakna, bahawa dengan skandal dalam 1MDB yang semakin terbongkar, parti Democrat US yang memerintah mendapati diri mereka, menjelang kunjungan Presiden Obama, menjadi tercemar dengan krisis-krisis rasuah di Malaysia.

Pemfailan dokumen DuSable dalam FARA yang dikemukakan pada bulan April 2014

Pemfailan dokumen DuSable dalam FARA yang dikemukakan pada bulan April 2014

Sarawak Report telah menyiasat usahasama projek solar 1MDB yang belum menjadi kenyataan, dan SR pernah berbual dengan pakar ekuiti persendirian mengenai perkembangan luar biasa yang berkisar pada perniagaan Frank White yang masuk secara tergesa-gesa. Ini termasuk pembayaran yang dibuat oleh 1MDB sebanyak US$69 juta (RM300 juta) untuk dilaburkan dalam projek usahasama yang belum lagi berbuat apa-apa.

Orang-orang Malaysia mungkin ingat bahawa terdapat kegunaan-kegunaan yang lebih baik untuk membelanjakan wang awam yang dipinjam di bawah nama pembangunan, yang akhirnya mencecah US$12 billion.

Asas dana Yurus bermula dari sifar dan melonjak ke US$505 juta setelah diuruskan – kemudian US$70 juta ditingkatkan setelah penjualan sahamnya, sebelum ianya dikeluarkan ...

Asas dana Yurus bermula dari sifar dan melonjak ke US$505 juta setelah diuruskan – kemudian US$70 juta ditingkatkan setelah penjualan sahamnya, sebelum ianya dikeluarkan …

Bukti penting berdasarkan rekod-rekod yang ada menunjukkan bahawa dana Yurus yang diasaskan oleh White, telah mendaftarkan kesemua US$69 juta yang diterima daripada 1MDB sebagai keuntungan tambahan, dengan menggambarkan ianya tidak melaburkan dana asalnya yang sebanyak US$505 juta dalam usahasama itu.

Sarawak Report juga boleh mendedahkan bahawa dana itu telah memfailkan penutupannya dalam bulan Julai tahun ini dengan jumlah baki modalnya US$76 juta, di mana saham utamanya terdiri dari bayaran yang diterima daripada 1MDB.

DuSable menjualkan sahamnya dan keluar sebelum membiaya dan membina

DuSable menjualkan sahamnya dan keluar sebelum membiaya dan membina

Para pengurus dana berkata ini mengesahkan bahawa keseluruhan pelaburanitu hanyalah amalan pada kertas sahaja dilaksanakan oleh 1MDB, dan Sarawak Report telah mendedahkan pembayaran awalnya sebanyak US$1.83 billion ke dalam syarikat usahasama yang tidak wujud dengan syarikat PetroSaudi. Kebanyakan ‘pelaburan’ itu berakhir dalam akaun penasihat 1MDB, Jho Low.

Dana Yurus telah dikorporatkan oleh White dalam bulan Oktober 2013, yang dilancarkan oleh dia seorang sebagai pengurus Ekuiti Persendirian menerusi syarikatnya DuSable, yang dikorporatkan beberapa bulan sebelumnya pada 9hb Mei 2013.

Emmanuel Guyot, pakar teknologi tenaga solar yang dibawa dari projek-projek solar Jerman di rantau ini?

Emmanuel Guyot, pakar teknologi tenaga solar yang dibawa dari projek-projek solar Jerman di rantau ini?

Siasatan kami mendapati bahawa kontrak pertama DuSable adalah sebagai juru runding dan pelobi untuk loji tenaga solar Kedah bagi pihak Kerajaan Malaysia dan 1MDB di bawah apa yang kononnya dikenali sebagai usahasama dengan 1MDB.

Tepat sekali, lima bulan kemudian, pada 18hb Mac 2014, Kerajaan Malaysia telah membenarkan 1MDB untuk melaksanakan pembangunan projek solar. Usahasama itu dikendalikan oleh Yurus dan 1MDB pada 11hb April berikutnya, dan pada hari berikutnya sebuah anak syarikat telah ditubuhkan untuk membangunkan loji tenaga di Kedah.

Para pemerhati percaya bahawa rentetan kerja-kerja menunjukkan bahawa cadangan-cadangan yang dibuat kepada 1MDB oleh pakar-pakar tenaga hijau telah mempromosikan projek-projek di rantau itu nampaknya mempunyai alasan untuk diambil oleh 1MDB dan dikaitkan dengan White yang melobi hubungan dengan Obama.

Dalam bulan Julai 2013 syarikat Conergy dari Jerman telah tamat perkhidmatan mereka dan pada bulan yang sama Timbalan Presiden mereka yang berpejabat di Singapura, Emmanuel Guyot, menyertai DuSable.

Maka Frank White, yang telah menjualkan syarikat sokongan IT-nya sebelum bertukar ke bidang kempen politik, bukan sahaja tertarik dengan kerja-kerja juru runding projek itu, malah begitu tertarik dengan penubuhan dana Yurus, yang sebahagiannya dibiayai oleh Aabar.

Komitmen dana setengah billion untuk sebuah firma

Komitmen dana setengah billion untuk sebuah firma

Sumber dalaman mengatakan bahawa rentetan tindakan berlalu dengan pantas bagi sebuah usahasama yang baru ditubuhkan.

DuSable didaftarkan sebagai agen asing pada 26hb September 2013.

Dana Yurus dikorporatkan beberapa hari kemudian di awal Oktober.. Dana yang meragukan itu seterusnya mengumumkan komitmen pertamanya bahawa suntikan dana tunggal sebanyak US$505,000 juta dalam masa dua minggu iaitu pada 17hb Oktober daripada dua pelabur, salah satunya, seperti dilaporkan oleh Wall Street Journal, sebagai Aabar dari Abu Dhabi.

Seminggu kemudian, pada 28hb Oktober DuSable menerima bayaran juru rundingnya yang berasingan sebanyak US$505,079 daripada 1MDB.

Fugee

Penyanyi Fugees, Pras Michael

Sarawak Report dan media lain telah mendokumentasikan banyak amalan luarbiasa yang berkisar pada pengurusan Aabar, sejak beberapa bulan lalu, yang dikatakan telah kehilangan US$50 billion di bawah pengurusan bekas pengerusinya, Khadem al-Qubaisi.

Kebanyakan amalan dan tidakan yang luarbiasa itu dikaitkan dengan 1MDB, di mana hutang tak lunan Aabar itu dikomitkan untuk pembayaran balik sehingga Jun 2016.

Para pakar ekuiti persendirian telah memberitahu Sarawak Report bahawa kejayaan sesebuah syarikat seperti DuSable, yang hanya terdiri dari tiga orang pekerja tanpa sebarang pengalaman dalam ekuiti persendirian, dalam usaha mencapai modal US$505 juta telah menyebabkan kejutan dalam industri itu.

Rakan White dalam DuSable adalah rakan sekempennya, Shomik Dutta, dan pemilik bersama dana Yurus, Pras Michael, seorang penyanyi Fugee.

Pada 2hb Oktober 2014, kurang enam bulan selepas pemeteraian usahasama (dan dua minggu selepas Sarawak Report mendedahkan penglibatan White dengan 1MDB), dana pembangunan itu telah merekodkan usaha mereka membeli 49% kepentingan dalam Yurus pada jumlah US$69 juta.

Mulai dari tarikh itu DuSable telah mendaftarkan penamatannya sebagai agen asing dengan Kerajaan Malaysia.

Kini timbul bahawa bukan sahaja usahasama Yurus 1MDB sahaja yang ditamatkan. Menurut pemfailan pada Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran US oleh DuSable pada 22hb Julai tahun ini, kesemua separuh billion dollar dana itu juga telah dicairkan pada 30hb Jun.

Yurus telah dicairkan dalam bulan Jun, menurut DuSable, begitu juga denga Aabar yang sedang menghadapi masalahnya sendiri, termasuk menebus 1MDB

Yurus telah dicairkan dalam bulan Jun, menurut DuSable, begitu juga denga Aabar yang sedang menghadapi masalahnya sendiri, termasuk menebus 1MDB

Pemfailan itu menunjukkan bahawa tiada satu senpun wang yang telag dikomitedkan ke dalam ekuiti persendirian oleh pihak-pihak waris telah dilaburkan oleh para pengurus dalam DuSable.

Ini jelas ditunjukkan oleh pemfailan terakhir dalam Yurus kepada SEC, yang menunjukkan bahawanilai yang ada dalam dana itu hanyalah US$76 juta, lebih sedikit berbanding wang tebusan dari usahasama 1MDB sendiri, di mana tiada apa-apa yang telah dilaburkan oleh Yurus.

Baki nilai DuSable menunjukkan keuntungan utama datangnya dari bayaran dari 1MDB untuk usahasama yang ditinggalkan.

Baki nilai DuSable menunjukkan keuntungan utama datangnya dari bayaran dari 1MDB untuk usahasama yang ditinggalkan.

Para ahli politik pembangkang Malaysia telah bertanyakan kehilangan mengejut dana US$505,000 – jawapan yang mereka terima hanyalah amaun mengikut budibicara, yang dikomitkan tetapi tidak pernah dilaburkan oleh DuSable maka ianya tidak ada satu senpun yang dikeluarkan dari Yurus yang tergantung itu.

Akaun-akaun IPIC/Aabar harus dapat menunjukkan jawapan ke mana perginya wang ini

Akaun-akaun IPIC/Aabar harus dapat menunjukkan jawapan ke mana perginya wang ini

Bukti menunjukkan bahawa usahasama enam bulan dengan dana yang telah dicairkan setelah meraih untung US$70 juta daripada 1MDB termasuk setengah juta yuran juru runding, tanpa sebarang bukti pelaburan atau kemajuan dalam projek panel tenaga solar di Kedah.

Tiada penyata keuntungan kepada SEC

Tiada penyata keuntungan kepada SEC

Najib Razak berbangga dengan permainan golf bersama Obama, namun berapakah kos yang ditanggung Malaysia?

Najib Razak berbangga dengan permainan golf bersama Obama, namun berapakah kos yang ditanggung Malaysia?

Para perwaris bersembunyi dalam Yurus juga telah mendapat untung puluhan juta tanpa perlu melabur satusen pun.

GARIS MASA:

09/05/13 – DuSable dikorporatken di Delaware
17/06/13 – Pantoll Energy dikorporatkan di Delaware
26/09/13 – DuSable didaftarkan sebagai agen asing dengan menyebut Kerajaan Malaysia/usahasama 1MDB
29/09/13 – Kempen senat Mark Begich menerima $5,200 daripada DuSable
29/09/13 – Kempen senat Michelle Nunn menerima $5,200 daripada DuSable
01/10/13 – Dana Yurus dikorporatkan di Delaware oleh Pras Michael dan Frank White
17/10/13 – Yurus mengumumkan dana US$505 juta oleh dua orang pelabur yang tidak dinamakan 28/10/13 – DuSable menerima bayaran US$506,079 daripada 1MDB
06/01/14 – $25,000 diterima oleh Terry McAuliffe untuk kempen gabenor di Virginia
24/01/14 – Keven Strouse menerima $500 kempen senatornya 01/03/14 – Don Beyer menerima $500 untuk kempen senatornya
01/03/14 – Ro Khanna menerima $500 untuk kempen senatornya
21/03/14 – Dick Durbin, menerima $5,200 untuk kempen senatornya
18/03/14 – 1MDB dianugerahkan projek tenaga solar dari kerajaan Malaysia
11/04/14 – Usahasama antara Yurus dan 1MDB dimeterai
12/04/14 – ‘anak syarikat’ projek tenaga dilancarkan untuk loji tenaga di Kedah
30/04/14 – DuSable mendaftarkan peranan berterusannya sebagai agen asing untuk kerajaan Malaysia
24/09/14 – Sarawak Report melaporkan hubungan antara Frank White dalam DuSable dengan Obama
02/10/14 – Usahasama ditamatkan dengan bayaran US$69m kepada Yurus untuk 49% dari sahamnya
02/10/14 – DuSable menamatkan peranannya sebagai agen asing untuk Kerajaan Malaysia
30/04/15 – DuSable memasuki status baharu dengan Jabatan Kehakiman – usahasama-usahasama yang seterusnya tidak berhasil 30/06/15 – Yurus dibubarkan
22/07/15 – DuSable memfailkan pengulungan hujah berkenaan Yurus, keuntungan dan yuran-yuran jualan aset-aset harta

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments