Pascal Najadi Akan Menyaman Kerajaan Malaysia Atas Pembebasan Saspek Kes Bunuh

Lim Yuen Soo – dikehendaki sebagai saspek utama dan telah bebas selama dua tahun – kemudian dibebaskan kerana “tiada bukti kukuh terhadapnya”

Lim Yuen Soo – dikehendaki sebagai saspek utama dan telah bebas selama dua tahun – kemudian dibebaskan kerana “tiada bukti kukuh terhadapnya”

Anak lelaki bekas pengasas AmBank Hussein Najadi yang mati dibunuh telah mengatakan bahawa dia akan menyaman Ketua Peguam Negara atas keputusannya membebaskan saspek utama kes pembunuhan itu.

Pihak pendakwaraya dan polis memutuskan bahawa saspek utama itu sebagai tidak bersalah.

Najadi dan keluarganya terkejut kerana tidak diberitahu bahawa lelaki yang telah bebas selama lebih dua tahun, yang sabit dengan kes bunuh itu, akhirnya telah ditahan di lapangan terbang KL bulan lepas.

Lim Yuen Soo kemudiannya telah ditahan di Malaysia selama 8 hari secara rahsia, sebelum dia dibebaskan kerana didapati tiada bukti kukuh terhadapnya, menurut jurucakap CID.

Najadi ingin tahu kenapa peguam yang mewakili keluarganya, peguam dan juga MP Gorbind Singh, tidak diberitahu tentang perkembangan ini sebagai hak asasinya, memandangkan bahawa Lim Yuen Soo telah dikenalpasti sebagai saspek yang telah mengupah pembunuh RM20,00 untuk membunuh bapanya dalam tahun 2013 dahulu.

Menurutnya dia mengetahui tentang penahanan dan pembebasan Lim di sebuah portal berita berbahasa Cina, bahawa saspek itu telah dibebaskan oleh Timbalan Pendakwaraya setelah Pejabat Peguam Negara menggugurkan usul yang dikemukakan oleh pihak polis itu.

Pihak CID Malaysia telah mengesahkan bahawa Lim telah ditahan dan kemudiannya dibebaskan, kerana kononnya mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwanya. Pejabat Peguam Negara juga telah memohon nama Lim Yuen Soo digugurkan dari senarai Amaran Merah antarabangsa pihak Interpol, di mana namanya telah diletakkan atas permintaan kerajaan Malaysia dua tahun lepas.

Sebagai maklumbalasnya, Najadi menuntut untuk tahu kenapa Lim, yang didakwanya amat rapat dengan isteri seorang ahli politik terkanan, telah dibebaskan setelah pihak polis dan pendakwaraya mengubah fikiran mereka.

Peguam Negara yang baru menghadapi kes yang dikemukakan oleh Pascal Najadi kerana telah secara rahsia menggugurkan saspek bunuh bapanya

Peguam Negara yang baru menghadapi kes yang dikemukakan oleh Pascal Najadi kerana telah secara rahsia menggugurkan saspek bunuh bapanya

Perubahan fikiran badan-badan perundangan Malaysia telah dijelaskan syarat-syarat ketat Interpol berkenaan senarai Amaran Merah, kata Najadi.

Menurut para peguamnya, mana-mana negara yang memohon supaya seorang rakyat mereka untuk diletakkan dalam senarai penjenayah yang dikehendaki yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun.

Ini bermakna untuk membolehkan Lim dimasukkan dalam senarai Interpol, Peguam Negara Malaysia harus menyokong waran tangkapan dengan mengeluarkan dakwaan-dakwaan mereka, menurut wawancaranya dengan Sarawak Report pada hari Selasa lepas.

Jika siasatan terhadap Lim telah sampai ke tahap setinggi itu dua tahun lalu dengan persetujuan untuk mendakwanya, tanyanya, kenapa sekarang diputuskan bahawa tiada bukti yang cukup dan kukuh untuk meneruskan pedakwaan ke atas seorang penjenayah yang diupah untuk membunuh bapanya?

Dan mengapakah seorang penjenayah yang telah lari dan mengelakkan tangkapan selama lebih dua tahun kini didapati tidak bersalah setelah ditangkap semula?

Ahli perbankan Pascal Najadi di Moscow minggu ini – menurutnya dia terpaksa mengupah pengawal peribadi tambahan untuk keselamatan dirinya

Ahli perbankan Pascal Najadi di Moscow minggu ini – menurutnya dia terpaksa mengupah pengawal peribadi tambahan untuk keselamatan dirinya

Pascal Najadi telah lama mencabar motif rasmi yang diberikan berhubung pembunuhan bapanya, di mana si pembunuh telah diupah untuk menyelesaikan perbalahan sesuatu rancangan.

Pembebasan Lim yang merupakan saspek utama dalam jenayah ini telah menimbulkan keraguan pada penjelasan itu dan pihak polis telah bertegas bahawa ianya merupakan ‘kes terbuka dan ditutup semula’.

Lagi pun, mengapakah pihak polis boleh mengakui bahawa ke situ telah selesai setelah mereka dipaksa membebaskan saspek utama mereka kerana kekurangan bukti yang kukuh untuk menentangnya? Jelaslah ada orang lain yang bersalah dan membabitkan motif lain.

Pascal Najadi kini mempunyai isi hujahan yang kuat, dengan perkembangan kes ini, dengan meminta supaya keseluruhan siasatan dibuka semula.

Menurut Pascal terdapat isu-isu yang lebih serius dari perbalahan sesuatu rancangan yang mengganggu arwah bapanya sebelum dia dibunuh. Sebenarnya dia mendakwa bahawa bapanya telah melakukan beberapa perwakilan menjelang saat-saat akhirnya menemui ajalnya mengenai masalah rasuah dalam AmBank, yang telah diasaskannya.

Hussein Najadi – menjadi mangsa kes yang telah dibuka dan ditutup semua

Hussein Najadi – menjadi mangsa kes yang telah dibuka dan ditutup semua

Sememangnya, dengan kewujudan beberapa akaun utama yang dipegang oleh ahli-ahli politik dalam bank itu telah didedahkan oleh siasatan berhubung 1MDB, yang turut membekukan akaun-akaun pegangan Perdana Menteri.

Najib sendiri telah didapati memegang akaun bernila lebih satu billion dalam akaun peribadinya di AmBank – sejumlah wang yang menurutnya telah disumbangkan oleh penderma dari Timur Tengah, supaya dia dapat memanipulasikan pilihanraya umum 2013 yang lalu.

Maka, Pascal Najadi percaya bahawa kegagalan mendakwa Lim berhubungan pembunuhan bapanya mewakili satu lagi aspek penyembunyian yang bermotifkan politik.

Semalam Pascal memberitahu Sarawak Report bahawa dia telah meningkatkan keselamatan dirinya di Russia dan Switzerland dan memberitahu pihak berkuasa di kedua-dua buah negara itu bahawa nyawanya terancam.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments