Penafian Setengah Juta Dollar! – Penafian Najib Mengenai Perkembangan 1MDB Untuk Menentang Pembantu Kanan Obama

Frank White Jr – CEO Pengurusan Modal dalam DuSable yang juga selaku ketua pengurus dana politik untuk Obama adalah merupakan rakan kongsi usahasama 1MDB yang terkini

Frank White Jr – CEO Pengurusan Modal dalam DuSable yang juga selaku ketua pengurus dana politik untuk Obama adalah merupakan rakan kongsi usahasama 1MDB yang terkini

Dengan Presiden US Barack Obama yang bakal membuat kunjungan mempromosikan imejnya ke Malaysia bulan depan, suatu lagi penafian yang sungguh memalukan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia mengenai 1MDB.

Kali ini penafian Najib ditujukan kepada sebuah pengakuan CEO DuSable Frank White Jr, yang juga selaku pembantu Obama.

Kajian dan siasatan kami mendapati White telah mendaftarkan bayaran setengah juta dollar daripada Kerajaan Malaysia berhubung 1MDB dan dia dijangka berperanan sebagai salah seorang fasilitator utama hubungan antara dua ahli politik, yang pernah bermain golf bersama-sama di Hawaii ketika Malaysia menghadapi bencana banjir buruk di awal tahun ini.

Syarikat DuSable berfokus pada khidmat sokongan tenaga dan pada dua tahun lalu mereka telah mengikhtirafkan kegagalan peranan dalam projek tenaga terkini dalam 1MDB – rancangan pembinaan tenaga solar di Kedah (di mana kami difahamkan kos projek adalah tiga kali ganda lebih mahal dari projek yang serupa di tempat-tempat lain).

Dengan tiadanya keperluan ketara untuk 1MDB mengharapkan sebarang sokongan daripada kerajaan US dalam pembinaan tenaga solar di Kedah itu, andaian yang boleh dijangkakan bahawa White telah bersetuju untuk mempromosikan Kerajaan Malaysia kepada bos politiknya Obama.

Sebagai contoh, dengan mengatur permainan golf antara Najib dengan Obama.

Adakah wang 1MDB turut digunakan untuk mengatur pertandingan bersejarah untuk Najib?

Adakah wang 1MDB turut digunakan untuk mengatur pertandingan bersejarah untuk Najib?

Tidak hairanlah, dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Najib telah menafikan secara berkategori bahawa tiada wujud sebarang perjanjian antara DuSable dan 1MDB!

Maka MP Wong Chen dari PKR yang mengemukakan soalan itu menyatakan rasa terkejutnya.

Maka, adakah syarikat Najib menuduh pembantu kanan Obama sebagai pembohong?

Lagi pun, sesiapa yang ingin mengkaji pemfailan yang telah dibuat oleh DuSable, kerana undang-undang ketelusan US menuntut supaya semua syarikat US mendaftarkan urusniaga mereka di bawah dasar FARA (Akta Pendaftaran Agen Luar Negara)
Frank White Jr telah membuat beberapa pengemukaan berhubung urusniaganya dengan 1MDB, bermula tahun 2013 apabila rancangan pembinaan stesen tenaga solar itu diumumkan.

Pengemukaan dokumen kepada FARA oleh DuSable pada 26hb September 2013

Pengemukaan dokumen kepada FARA oleh DuSable pada 26hb September 2013

DuSable kemudiannya meminda pengakuannya pada tahun berikut dengan mengatakan bahawa hubungan itu tidak melibatkan sebarang pelaburan dalam syarikat oleh 1MDB, seperti pernah dinyatakan dahulu.

Diandaikan bahawa publisiti yang berkisar pada berita bahawa 1MDB akan melabur dalam DuSable telah dianggap sebagai tidak berkonstruktif.

1MDB tidak akan menjadi pelabur dalam DuSable, namun urusan di dalamnya masih dikekalkan - 2014

1MDB tidak akan menjadi pelabur dalam DuSable, namun urusan di dalamnya masih dikekalkan – 2014

Apa yang dijelaskan oleh dokumentasi ini bahawa DuSable sememangnya mempunyai sesuatu urusan dengan 1MDB.

Pengakuan umum menunjukkan secara tepat jumlah wang yang diperolehi DuSable daripada “Kerajaan Malaysia” sebagai “bayaran usahasama projek tenaga solar di Malaysia” – menurut DuSable.

Lebih setengah juta dollar!

Lebih setengah juta dollar!

Jumlah wang yang lumayan buat White untuk peranannya, termasuk menghubungi Pegawai-Pegawai Kerajaan US untuk memberikan sokongan bukan kewangan. Dia memperincikan dalam borang yang berasingan, termasuk tambang penerbangan White dan pembantu pengarahnya ke KL.

Bolehkah PM menjelaskan bayaran-bayaran ini tanpa menyentuh urusniaga itu?

Bolehkah PM menjelaskan bayaran-bayaran ini tanpa menyentuh urusniaga itu?

MP Wong Chen dari PKR kini mencabar Najib untuk berterus terang tentang hubungan 1MDB dengan Kerajaan US.

Mungkin Najib boleh menyelesaikan masalah kecil ini sebelum Obama tiba di KL dalam masa dua minggu lagi?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments