Raja Palsu! – Kami Dedahkan ‘Penderma’ Bermisteri Najib! EKSKLUSIF

Siapakah bapa dan anak ‘raja’ yang dikatakan telah bertemu dengan Zahid Hamidi dan yang lain, dan siapakah di kalangan mereka yang bernama Saud Abdulaziz majid al-Saud?

Siapakah bapa dan anak ‘raja’ yang dikatakan telah bertemu dengan Zahid Hamidi dan yang lain, dan siapakah di kalangan mereka yang bernama Saud Abdulaziz majid al-Saud?

Kini Sarawak Report boleh mendedahkan secara eksklusif keterangan diri ‘Yang Mulia’ si ‘penderma di-Raja’, yang diberikan kepada AmBank sebagai sumber beberapa bayaran, termasuk US$681 juta yang diterima ke dalam akaun peribadi Najib sebaik sebelum pilihanraya yang lepas.

Nama penderma di-Raja itu dikatakan sebagai ‘Yang Mulia Saud Abdulaziz Majid al-Saud’.

Kami telah mempastikan bahawa keterangan diri ini telah diberikan untuk menjelaskan bayaran asal US$100 juta, yang dipindahkan ke dalam akaun Naijb di AmPrivate Banking di Kuala Lumpur pada bulan Februari 2011 dahulu.

Bank telah meminta butir-butir engirim dari seorang agen yang membuat pindahan bagi pihak Perdana Menteri dan sepucuk surat telah dihantar dari pejabat individu ini kepada pihak bank.

Sumber-sumber maklumat kami mengatakan bahawa surat ini, yang masih disimpan oleh bank, mengandungi butir-butir yang kabur tetapi dikatakan dikeluarkan dari ‘Pejabat Peribadi Saud Abdulaziz Majid al-Saud’, tanpa memberikan sebuah alamat ataupun nombor telefon.

Surat itu ditandatangani oleh ‘Saud Abdulaziz al-Saud’.

Isu-isu kepatuhan Ambank!

Isu-isu kepatuhan Ambank!

Perkara itu menimbulkan persoalan-persoalan mengenai proses-proses perundangan dan kepatuhan AmBank, di mana 23% darinya dimiliki oleh ANZ Bank (Australia New Zealand bank) sebagai pemegang utama saham-sahamnya.

CEO AMBank, Ashok Ramamurthy, yang dipinjamkan dari ANZ Bank, telah meletakkan jawatannya dalam bulan Januari lalu berikutan kerja-kerja audit kepatuhan ke atas hutang beberapa billion ringgit untuk 1MDB – suatu isu yang masih menjadi bahan kritikan utama ahli-ahli politik di Malaysia.

Hakikat bahawa Perdana Menteri dapat menerima derma peribadi yang meragukan dari si penderma bermisteri telah mendatangkan masalah kepada bank itu.

Sarawak Report telah mengikhtiraf bahawa perundangan anti pengubahan wang dan anti keganasan di Arab Saudi (kerana mengaitkan nama Saud) bermakna bahawa semua rakyatnya perlu memberikan pengesahan paspot bagi sebarang individu yang terbabit dengan pemindahan wang untuk sekian-sekian jumlah. Ini termasuk mana-mana rakyatnya yang menggunakan syarikat luar negara di BVI.

Sebarang surat tanpa alamat pengirim dan tanpa dokumen-dokumen pengenalan boleh menjadi bahan ketawa dan sesiapa boleh menjangkakan bahawa ianya telah dilepaskan oleh bank kerana penerimanya merupakan seorang Perdana Menteri Malaysia, yang kini telah diletakkan dalam kategori rasa risau yang tinggi bagi orang politik yang didedahkan.

Zahid mendakwa wang itu untuk menyokong pendirian anti Yahudi Najib

Zahid mendakwa wang itu untuk menyokong pendirian anti Yahudi Najib

Untuk selama beberapa tahun AmBank yang berkembang sebagai bank kegemaran Perdana Menteri dan juga untuk beberapa kepentingan negara, termasuk 1MDB.

Kami difahamkan bahawa sekurang-kurangnya empat bayaran telah diterima masuk ke dalam akaun Perdana Menteri disertai dengan pengenalan diri pengirimnya antara 2011 dan 2013, termasuk dua lagi bayaran masuk yang menjadikan jumlahnya US$681 juta, seperti didedahkan oleh Sarawak Report dalam bulan Julai yang lepas.

Pemindahan itu melibatkan sejumlah US$200 juta, yang bermakna sejumlah satu billion telah dipindahkan masuk oleh kononnya raja Arab Saudi kepada UMNO ke dalam akaun peribadi Najib.

Maklumat ini disahkan oleh pihak SPRM dalam bulan Julai lalu, apabila para penyiasatnya mendakwa mereka telah membaca empat surat daripada penderma yang sama kepada bank itu.

Ini menunjukkan bahawa penderma ini telah memindahkan wang yang sangat banyak ke akaun Najib lama sbelum pilihanraya umum, alasan asalnya, untuk kegunaan yang bersigat lebih luas yang tidak jelas.

Perkara itu telah menyelubungi beberapa pihak penguatkuasaan undang-undang anti pengubahan wang antarabangsa, dengan Australia dan New Zealand dan juga Arab Saudi menghadapi tuduhan melanggari undang-undang asas perbankan mereka dan juga undang-undang anti keganasan.

Dalam pada itu, inkuiri-inkuiri kami ke dalam identiti seorang tokoh ‘Di-raja Arab Saudi’ telah beroleh maklumbalas sifar. Nama Saud Abdulaziz Majid al-Saud merupakan variasi nama biasa bagi raja-raja Arab Saudi, tetapi tidak merujuk pada mana-mana tokoh yang spesifik.

Namun Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru Zahid Hamidi mendakwa telah bertemu “Raja dan Putera” dari Timur Tengah yang dikatakan sebagai “keluarga penderma”, sebaik selepas mengambil alih kedudukannya dari Muhyiddin Yassin, yang telah mempersoalkan kesahihan derma itu sebelum disingkirkan oleh Najib.

Begitu juga pihak SPRM dikatakan telah melaporkan bahawa para pegawa mereka telah diperkenalkan kepada beberapa individu yang kononnya sebagai penderma yang telah mengutuskan surat-surat yang mereka lihat dalam AmBank.

 “Bayaran sebahagian” selain derma

“Bayaran sebahagian” selain derma

Kenyataan SPRM itu jelas bercanggah dengan dokumen-dokumen bank yang diperolehi oleh Sarawak Report, yang merujuk pada pemindahan US$681 juta daripada syarikat Tanore Finance Corporation sebagai “bayaran” selain sebuah sumbangan derma.

Maka hasil penemuan mereka harus mengemukakan identiti sebenar Raja dan Putera Arab Saudi, yang telah mereka anggap sebagai penderma asal.

Dongeng mengenai penderma dari Arab Saudi itu menjadi lebih sukar dipercayai setelah semakan asas dilakukan pada keluarga-keluarga di-Raja Arab Saudi dan Timur Tengah secara terperinci.

Terdapat beberapa orang Raja dan Putera raja yang memerintah di Timur Tengah – dan raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang masih hidup semasa kehadiran ‘derma’ itu telah mangkat dalam bulan Januari sebelum mesyuarat yang kononnya berlangsung dalam bulan Julai bersama orang-orang dari luar negaranya seperti Zahid Hamidi.

Malah Raja Arab Saudi akan merasa sukar berpisah dengan berbillion dollar dari akaunnya – dan Zahid Hamidi pula mengatakan bahawa baginda selalu menderma kepada negara-negara Islam yang lain!

Malah Raja Arab Saudi akan merasa sukar berpisah dengan berbillion dollar dari akaunnya – dan Zahid Hamidi pula mengatakan bahawa baginda selalu menderma kepada negara-negara Islam yang lain!

Namun Raja Abdullah, yang berada di tangga ke-empat dalam senarai pemilikan harta golongan di-Raja, hanya mempunyai US$18 billion. Ini bermakna sumbangan US$1 billion kepada Najib adalah terlampau besar dikeluarkan dari kekayaannya. Malah, Zahid Hamidi pula mencadangkan bahawa negara-negara Islam lain juga turut menerima sumbangan dari baginda.

Ini bermakna jika keluarga penderma itu merupakan keluarga di-Raja yang kurang kaya dari kalangan raja-raja kemungkinan mereka untuk menyumbangkan jumlah yang terlampau besar secara sembunyi-sembunyi itu adalah hampir mustahil, dan tidak masuk akal.

Kedudukan ke-50 dalam senarai kaum Arab yang kaya hanya memilik $1.95 billion

Kedudukan ke-50 dalam senarai kaum Arab yang kaya hanya memilik $1.95 billion

Kami telah mendapati bahawa tiada seorangpun dari kalangan orang-orang kaya Arab yang mempunyai nama atau darjat yang serupa dengan penderma seperti pada surat daripada Saud Abdukaziz Majid al-Saud dan individu yang berada di tangga ke-50, Aman Hariri, hanya memiliki kekayaan berjumlah US$2 billion, menurut laman web Arabian Business.

Adakah seseorang yang mempunyai US$2 billion atau kurang sanggup memberikan separuh daripada kekayaannya kepada Najib Razak hanya kerana pendiriannya terhadap itu atau ini?

Atau adakah penderma itu datang dari kerabat di-Raja, sebuah entiti rahsia?

Sebenarnya, putera Arab Saudi terkaya, Putera Alwaleed jelas mengatakan bahawa dia akan memberikan kesemua kekayaannya untuk tujuan yang baik, dan dia telah dijadikan contoh dermawan yang baik dari orang-orang Timur Tengah yang menggemari Najib oleh para penyokong BN.

Bagi orang Arab terkaya, derma kepada Najib mungkin akan menjejaskan bahagian dalam kekayaan mereka

Bagi orang Arab terkaya, derma kepada Najib mungkin akan menjejaskan bahagian dalam kekayaan mereka

Namun dia sendiri bernilai US$34 billion menurut Forbes. Maka pada siapakah BN/Najib menentukan kadar tujuan satu billion dollar itu?

Banyak inkuiri telah dibuat di Kedutaan Arab Saudi di London dan menghasilkan banyak persoalan.

Jabatan protokol mereka telah menjelaskan bahawa di samping nama yang didaftarkan dalam AmBank adalah serupa dengan nama beberapa nama dari kalangan di-Raja Arab Saudi, ianya kekurangan di segi formaliti penting – nama itu harus mengandungi perkataan ‘bin’, di sepanjang nama ‘bin Abdulaziz dan ‘bin Majid’, memberikan kurangnya kesungguhan dalam ketulenan nama-nama kaum keluarga sheikh dan geralan Pejabat Peribadinya.

Telah dijelaskan bahawa tokoh di-Raja yang namanya hampir serupa dengan Saud Abdulaziz Majid al-Saud merupakan bekas Gabenor bagi wilayah Madinah, Abdulaziz bin Majid, cucu kepada bekas Raja Arab Saudi.

Tokjoh di-Raja ini mempunyai seorang putera yang sama nama iaitu Putera Saud bin Abdu Aziz bin Majed al-Saud. Namun tiada bukti menunjukkan bahawa keluarga ini merupaka dermawan ataupun nama-nama mereka disenaraikan di kalangan orang-orang kaya Arab sepadan dengan US$2 billion.

Kami menyeru agar dermawan yang telah sudi menghulur berbillion-billion dollar, melainkan kita berurusniaga dengan seorang raja Arab yang palsu, dibesar-besarkan untuk menjelaskan jumlah bayaran yang teramat besar jumlahnya ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri?

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments