Demokrasi Sarawak Yang Tenat Mendedahkan Kegagalannya Dengan Penggantungan Ketua Pembangkang

YB Chong adalah ketua parti pembangkang terbesar di Sarawak, Democratic Action Party (DAP). Dia juga merupakan wakil rakyat yang terpilih bagi kawasan pilihanraya Kota Sentosa, Kuching, yang terletak di tengah-tengah ibu negeri Sarawak, terdiri dari 25,000 orang pengundi.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Amar Awang Asfia Bin Awang Nassar, telah menggantungnya dan mengarahkannya keluar dari Dewan, di mana YB Chong telah dituduh mengeluarkan frasa ‘perakaunan ala-David Copperfield’ pada bajet, yang dianggap sebagai ucapan ‘penghinaan’.

Chong akan digantung di sepanjang sesi persidangan, memandangkan negeri DUN Sarawak hanya boleh bersidang tidak melebihi dua minggu dalam ‘demokrasi’ itu.

Asfia sendiri bukanlah ahli yang dipilih kecuali untuk mewakili Taib Mahmud. Gabenor itu melantiknya pada tahun 2000 dan Asfia telah menjadi gurubesar DUN sejak itu – menutup mulut sesiapa, memadamkan mikrofon ahli DUN yang dianggap ‘bising’ dan memberitahu para ahli YB apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka lakukan.

Maka, dengan sifat perlantikan seperti ini, Speaker di DUN Sarawak (dan juga Sabah) bukalah ahli Dewan, dipilih oleh rakan-rakan YB mereka, seperti pada parlimen-parlimen biasa di seluruh dunia, tetapi seorang birokrat yang dilantik oleh ketua eksekutif, Ketua Menteri sendiri.

Kepelikan ini telah menyongsang demokrasi, kerana ianya bermakna ahli yang dipilih oleh rakyat, pada hakikatnya tidak berkuasa ke atas eksekutif, yang merupaka peranan sah mereka sebagai pihak berkuasa tertinggi di negeri itu.

Sebaliknya, adalah merupaka kuasa eksekutif yang melantik Speaker si anjing jilat, yang menentukan tindak-tanduk ahli-ahli Dewan dan ‘menghukum’ secara berpilih-pilih mereka yang dianggap mendatangkan masalah kepada Ketua Menteri.

Parlimen berdemokrasi lain di seluruh dunia akan merasa hairan pada sistem authoritarian parlimen Sarawak yang telah merebut kuasa dari wakil-wakil rakyat dan meletakkannya separa dengan eksekutif. Namun, kebanyakan orang di Sarawak tidak menyedari ini dan bahawa kerajaan BN tidak akan bergegas untuk mendidik mereka asas-asas demokrasi ini.

Maka, apakah ‘penghinaan’ pada ucapan ketua pembangkang itu sehingga menyebabkannya digantung dan ditendang ke luar Dewan di sepanjang persidangan itu?

Nampaknya Chong telah membangkitkan sebuah isu yang harus menjadi kerisauan para pengundinya – perkara berhubung kewangan negerinya dan pembaziran wang berjumlah besar dari dana negeri.

Dia telah menggunakan istilah ‘kewangan David Copperfield’ untuk meluahkan kekecewaan rakan-rakan YBnya yang dihadapkan dakwaan lebihan perbelanjaan, apabila sebenarnya negeri itu beroleh keuntungan yang lebih kecil. Ianya bukan tugas mana-mana ahli pembangkang untuk membangkitkan isu-isu itu dan bukannya respon sebagai tanda bahawa kerajaan ini sudah kesuntukan jawapan?

Sebenarnya, Chong dianggap sebagai duri bagi kerajaan negeri untuk beberapa ketika berhubung perkara salah tadbir urus kewangan Negeri. Di awal sesi persidangan dia telah mengeluar sebuah kenyataan yang membangkitkan kerisauan umum sekian lama – pinjaman yang kabur yang telah dimulakan oleh Taib untuk pelbagai projek yang tidak spesifik, di mana kerajaan negeri masih menjelaskan kadar faedah hutang yang besar.

Chong dan partinya, DAP, telah memberi amaran sejak lima tahun yang lalu bahawa hampir separuh dari bajet negeri yang telah diganggu untuk melanjutkan peminjaman untuk projek-projek yang tidak diketahui sesiapa. Jumlah yang besar telah dipesongkan ke dalam ‘Dana Agensi-Agensi Yang Diluluskan’, dipercayai untuk menjamin wang, yang dipercayai telah dipinjam untuk membiayai SCORE.

Orang-orang Sarawak dikatakan tidak kehilangan apa-apa kerana kebanyakan projek dalam kawasan perindustrian itu telah dimonopoli oleh syarikat-syarikat ahli keluarga Taib Mahmud.

Apa yang cuba ditunjukkan oleh Chong adalah terdapat pinjaman besar-besaran yang berterusan secara misteri, yang tidak dibangkitkan oleh mana-mana kerajaan demokrasi yang biasa, menerusi institusi perbankan di pasaran terbuka, tetapi menerusi urusniaga-urusniaga luarbiasa di luar negara, yang telah menjadi begitu mahal dan tetap tidak telus.

Mengapa ianya harus menjadi sedemikian?

Sarawak Report telah meliputi isu ini di masa lalu, bertanyakan mengapakah Ketua Menteri memilih untuk menerbitkaan bon atau pinjaman berbillion-billion dollar sebagai contoh, dalam kes Sarawak Energy, menerusi syarikat pengurusan kewangan yang meragukan bernama Equity Energy, menggunakan bon yang dikeluarkan di Labuan, dan tidak menerbitkan wang menerusi bank dalam negara cara yang biasa?

Mengapakah rakyat Sarawak sendiri tidak diberitahu bahawa Kerajaan harus membayar 6% kadar faedah untuk pinjaman yang besar itu, sedangkan kadar faedah dalam negeri membolehkannya menjelaskan kadar faedah sekecil 3% sahaja?

Chong telah menarik perhatian Dewan pada pinjaman-pinjaman lain, termasuk pembiayaan misteri sebuah syarikat milik Kerajaan yang bernama Equisar, yang juga menerusi Labuan dan menjelaskan dua kali ganda kadar faedah pinjaman itu.

Mengapakah ianya menjadi suatu “penghinaan” untuk membuat suatu fakta dan untuk bertanyakan penjelasan bagi pihak rakyat – sedangkan wang dalam dana Kerajaan datangnya dari rakyat sendiri?

Keengganan untuk menjawab persoalan Chong dan kemudiannya menggunakan kuasa untuk mengusirnya ke luar dari Dewan, kerana melaksanakan tanggungjawabnya, hanya membiarkan ramai orang tertanya-tanya.

Jika rakyat Sarawak tidak diberikan jawapan bahawa siapa yang memberi pinjam wang itu untuk projek-projek yang bermisteri, maka mereka berhak untuk mengetahui jika kadar faedah yang setinggi itu ditawarkan kepada keluarga Taib Mahmud, yang sentiasa mencari jalan untuk terus melaburkan lebih banyak wang mereka daripada membiarkan wang itu jatuh ke tangan pengurus-pengurus kewangan di negara-negara bebas cukai yang lain.

Sukar untuk percaya bahawa insentif lain untuk Ketua Menteri meluluskan peminjaman berjumlah besar untuk ditanggung oleh Negeri Sarawak.

Jika ada alasan lain yang munasabah, mengapakah wakil-wakil rakyat tidak diberi peluang untuk mendengarnya dengan jelas dan di tempat yang sesuai – iaitu di dalam Dewan Undangan Negeri?

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments