EKSKLUSIF DARI HOLLYWOOD! Riza Rancang Untuk Buat Filem Baru Bernilai Ratusan Juta Dollar Bersama Leo Dan Marty

Dari seorang penyangak kepada seorang ikon sejarah Amerika – Leonardo di Caprio dari Red Granite

Dari seorang penyangak kepada seorang ikon sejarah Amerika – Leonardo di Caprio dari Red Granite

Ketika bapa tirinya mendapatkan kuasa berdiktator pada hujung minggu ini, bagi membolehkannya terus berada pada kedudukannya dengan menentang tuduhan-tuduhan rasuah yang besar di Malaysia, Riza Aziz pula dilihat berbelanja sambil bersantai di sekitar Hollywood.

Syarikat Riza, Red Granite Pictures, telah menawarkan tugasan kepada Martin Scorcese untuk mengeluarkan projek mereka yang baru, suatu rancangan ratusan juta dollar filem bercorak sejarah tokoh utama Amerika, George Washington, yang berjudul The General.

Pemberi maklumat dalaman mengesahkan bahawa tawaran rasmi kini dibuat oleh rakan karib Riza, Joey McFarland, kepada Martin Scorcese untuk membuat filem itu, selepas filem pertama mereka yang penuh kontroversi dahulu Wolf of Wall Street.

Rancangan itu sekali lagi digunakan untuk menjadi landasan bagi Jho Low dan rakan karib Riza, Leonardo di Caprio, yang sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah Oscar.

Kali ini filem itu dilihat sebagai memberi peluang pada di Caprio untuk melakonkan sebagai salah seorang tokoh bersejarah demokrasi Amerika yang paling terkenal.

Rasis – Najib juga dilihat menentang golongan minoriti bukan Islam dalam usahanya berpaut pada kekuasaan

Rasis – Najib juga dilihat menentang golongan minoriti bukan Islam dalam usahanya berpaut pada kekuasaan

Washington merupakan pelopor prinsip-prinsip demokrasi dan liberal Amerika.

Secara kontranya pada hujung minggu ini Malaysia telah menyaksikan Najib Razak mendapatkan kuasa penuhnya, hanya dalam masa tiga hari pada ahkir sidang parlimennya, dengan menggesakan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang dilihat akan memberinya lebih banyak kuasa dari Hitler. Para pemerhati politik telah merumuskan bahawa dengan lulusnya RUU MKN2015 itu, maka sistem demokrasi di Malaysia akan sendirinya terhapus.

RUU itu, yang diluluskan beberapa jam sebelum berakhirnya sidang parlimen dan tanpa sebarang hujah dan debat, membenarkan Najib untuk mendapatkan kuasa tentera untuk sebarang alasan yang dia suka pada bila-bila masa dan dengan kuasa menghukum yang penuh. Alasan yang diberikan ini adalah untuk mengekang ancaman pengganas, walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang menghadapi ancaman pengganas pada kemungkinan yang agak rendah.

Dipercayai sebagai seorang wanita yang amat berpengaruh di belakang Najib yang hampir putus asa untuk merampas kuasa berdiktator – ibu Riza, Rosmah Mansor

Dipercayai sebagai seorang wanita yang amat berpengaruh di belakang Najib yang hampir putus asa untuk merampas kuasa berdiktator – ibu Riza, Rosmah Mansor

Para pemerhati politik seluruh dunia bersetuju dengan pendapat bahawa Najib dilihat terburu-buru membentang RUU yang baru itu untuk melindungnya dari tuduhan-tuduhan jenayah rasuah yang melampau, yang menjejaskan kedudukannya dan khususnya kedudukan isterinya, ibu Riza, iaitu Rosmah Mansor
Majlis Peguam Malaysia telah berganding bahu dengan kumpulan-kumpulan kebebasan sivil di seluruh dunia membantah rampasan kuasa yang dilakukan oleh Najib, dengan mengisytiharkan bahawa RUU itu tidak diperlukan dan bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.

RUU yang baru ini membolehkan Perdana Menteri untuk melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif autoritariannya. Kuasa-kuasa ini digunakan semasa darurat, tetapi tanpa perlu mengisytiharkan darurat di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Perdana Menteri telah dilihat merampas kuasa yang ada pada YDPAgong, dan melanggar peruntukan-peruntukan pada Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan. Maka RUU ini boleh dipersoalkan kesahihannya [Kenyataan daripada Majlis Peguam Malaysia]
Namun bapa tiri Riza telah mengabaikan kuasa-kuasa undang-undang buat sekian lama kini dan telah bekerja keras selama beberapa tahun ini untuk menghapuskan kemerdekaan yang menjadi kebangaan sistem kehakiman. Maka dia tiddak akan menghiraukan sebarang bentuk kenyataan atau bantahan terhadap tindak-tanduknya, termasuk pendapat-pendapat ahli parti UMNO sendiri.

Maka, terima kasih pada Hollywood, George Washinton, presiden pertama Amerika Syarikat, dan pengasas perlembagaan negara itu yang juga penegak kebebasan individu dan hak-hak berdemokrasi, mungkin merasa kecewa dengan pemaparannya sebagai watak utama dalam filem yang dibiayai menggunaka wang yang diubah oleh pemusnah nilai-nilai itu di Malaysia.

Watak mendiang Washington itu akan dibawa oleh rakan sejudi dan sehiburan kepada seorang anak tiri diktator, yang mendapat faedah dalam bentuk hadiah bernilai berjuta-juta dollar, peluang mengembara dan peluang melakonkan watak-watak utama dalam filem buatan pengeluar dan penerbit yang bersifat penyangak dalam Red Granite.

Riza bersama rakannya Joey McFarland, para pengeluar filem bersifat penyangak

Riza bersama rakannya Joey McFarland, para pengeluar filem bersifat penyangak

Mungkin filem yang harus dibuat oleh Hollywood adalah mengenai rompakan ke atas dana-dana di Malaysia yang dilakukan oleh Perdana Menteri Najib Razak, menerusi dana pembangunannya yang dikendalikan oleh wakil-wakilnya seperti Jho Low dan Khadem Al-Qubaisi, di mana perbelanjaan mewah mereka telah sampai ke pengetahuan Sarawak Report dan media-media lain?

Cubaan untuk menutup, menangkap, mengancam dan mengaibkan para peniup wisel yang mengenai skandal ini seharusnya dijadikan sebahagian dari skrip filem itu dan sememangnya Sarawak Report juga tergoda untuk menuliskannya.

Dan satu lagi – hasil-hasil siasatan yang mendedahkan bagaimana wang berbillion-billion dollar yang disalurkan secara rahsia menerusi dana-dana luar negara dan bank-bank antarabangsa, yang telah melanggar undang-undang perbankan dengan membantu memudahkan rompakan itu.

Mohd Al-Husseiny bekas CEO Aabar akhirnya mendakwa dialah pembiaya pembikinan filem Wolf Of Wall Street. Kini hubungan perniagaan Aabar dan 1MDB yang berada di tengah-tengah skandal ini boleh disahkan

Mohd Al-Husseiny bekas CEO Aabar akhirnya mendakwa dialah pembiaya pembikinan filem Wolf Of Wall Street. Kini hubungan perniagaan Aabar dan 1MDB yang berada di tengah-tengah skandal ini boleh disahkan

Menurut sumber maklumat dalaman di Hollywood pihak FBI kini telah menyiasat rakan-rakan Riza dalam Red Granite, bertanyakan persoalan-persoalan berjustifikasi mengenai skandal kewangan ini – di samping kewujudan serangkaian rumah mewah di Beverly Hills milik Riza dan Khadem (bekas pengerusi Aabar) yang mewakili set-set persoalan yang berasingan mengenai bagaimana budak-budak ini telah menjadi kaya raya secara tiba-tiba.

Masalah najib Razak sekarang adalah kebenaran dari skandal ini telah terbongkar bagi Malaysia dan rakan-rakan dari luar negaranya lihat, menjadikan reputasi dan kedudukannya sukar untuk dibaiki lagi.

Pemerolehan kuasa-kuasa berautokratik Najib dapat dilihat sebagai suatu usaha dia menutup jenayahnya dari diperiksa undang-undang sebelum ini – dengan menghapuskan undang-undang itu sendiri.

Wan Saiful dari IDEAS (badan akademik bukan politik) telah meluahkan apa yang dipercayai ramai di Malaysia:

“Para penggubal undang-undang dari kalangan ahli-ahli BN telah mengecewakan harapan dan aspirasi rakyat mereka dengan membabi buta menyokong RUU Majlis Keselamatan Negara yang telah diluluskan di Parlimen semalam, yang menjadikan sejarah Malaysia dicatatkan dalam wadah gelap.

“Saya khuatir jika dia boleh menggunakan akta ini untuk mengekalkan dirinya pada kekuasaan hanya kerana ingin berada di kedudukan kekuasaan itu.
“Saya mengutuk tindakan autokratik yang diambil oleh kerajaan ini,” kata Wan Saiful, menggesa akta itu ditarik balik. [Malaysian Insider]

Industri perfileman Hollywood dan para pengeluarnya harus berfikir panjang, sebelum membikin sebuah filem mengenai Bapa Pengasas Amerika, George Washington, menggunakan sumber yang diperolehi secara haram yang diperolehi oleh anak seorang diktator korup dari Malaysia.

Ianya bukan cara untuk menghormati dan mengenang jasa George Washington atau untuk membersihkan nama tercalar seorang pelakon utama mereka.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments