Jho Low Disahkan Sebagai Pemilik Tunggal Saham-Saham Dalam Syarikat Good Star – EKSKLUSIF UTAMA!

Jho Low mempromosikan dirinya sebagai penderma di Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Jho Low mempromosikan dirinya sebagai penderma di Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sarawak Report kini boleh mendedahkan bahawa segala dokumentasi yang dikemukakan kepada pelbagai pihak penguatkuasa antarabangsa telah mengesahkan bahawa pemilik tunggal saham-saham dalam syarikat Seychelles, Good Star Limited, adalah milik penasihat rasmi kepada Perdana Menteri Najib Razak, Jho Low.

Ini bermakna pejabat PetroSaudi di London telah berbohong beberapa kali, apabila mereka mendakwa bahawa Good Star itu adalah salah sebuah dari anak-anak syarikat mereka, dan bahawa Sarawak Report dan media-media lain adalah sebaliknya benar dengan mengatakan bahawa syarikat itu milik Jho Low.

Menurut bukti rassmi ini, Good Star telah dikorporatkan pada 18hb Mei 2009 di Seychelles dan pemilik saham-sahamnya hanyalah seorang Low Taek Jho sahaja.

Jho Low telah memberikan dua alamat kepada pendaftar di Seychelles, menerusi agen-agennya, Offshore Inc (Seychelles) Limited, satu di Taman Tanjung Bunga di Pulau Pinang dan satu lagi di Jalan Dublin di Singapura.

Dia juga memberikan butir-butir dari paspot Malaysianya, yang telah dikemaskininya semasa dokumen itu dibaharui pada 18hb Januari 2014. Nombor paspot itu adalah A31894249 dengan memberikan tarikh lahirnya sebagai 01/11/1981 dan tempat kelahirannya sebagai Pulau Pinang.

Dokumentasi itu seterusnya mengesahkan bahawa terdapat hanya satu pengarah yang dinamakan untuk Good Star dalam rekod-rekod di Seychelles, iaitu sebuah syarikat yang dinamakan Smart Power Limited.

Syarikat Smart Power telah dikorporatkan pada hari yang sama di Seychelles seperti Good Star, menurut maklumat yang diserahkan kepada pihak-pihak penguatkuasa antarabangsa, dan ianya merupakan syarikat cerminan untuk Good Star – sekali lagi Jho Low adalah pemilik tunggal saham-sahamnya, yang telah mendaftarkan butir-butir yang sama untuk kedua-dua syarikat itu.

Akhirnya, Good Star direkodkan sebagai telah dibubarkan di Seychelles pada 2hb Mai 2014, sebaik sahaja akaun bank BSI Singapura Jho Low (yang telah menerima US$528,956,027 daripada akaun Coutts Zurich milik Good Star) telah dengan sendirinya ditutup pada bulan Februari itu.

Tan Sri Ambrin Buang dijangka mengemukakan dapatan-dapatannya pada hari Khamis 17hb Disember ini

Tan Sri Ambrin Buang dijangka mengemukakan dapatan-dapatannya pada hari Khamis 17hb Disember ini

Maklumat mengejutkan ini mendedahkan semua keraguan yang ada berhubung baki sehingga US$1.5 billion telah dialihkan dari usahasama 1MDB PetroSaudi ke dalam tangan Jho Low, walaupun terdapat cubaan mengatakan bahawa Good Star itu adalah anak syarikat kepada usahasama itu.

Beberapa pihak penguatkuasaan kini telah berjaya mendapat akses pada data ini, sebagai salah satu usaha dalam siasatan antarabangsa ke atas kehilangan wang yang begitu banyak dari 1MDB dan juga kemunculan butir-butir baharu menjelang penerbitan laporan Ketua Audit Negara Malaysia terhadap scandal ini, yang dijangka dibentangkan pada hari Khamis 17hb Disember minggu akan datang.

Namun dalam pengemukaan maklumatnya kepada inkuiri Ketua Audit Negara, 1MDB telah mengeluarkan sepucuk surat rasmi daripada PetroSaudi, yang masih mendakwa bahawa Good Dtar itu sebagai anak syarikatnya. Jika surat ini direka untuk mewakili bukti bahawa tiada satu senpun wang telah dikeluarkan dari usahasama itu maka ianya amat bercanggah dengan bukti rasmi dan ianya adalah bohong semata-mata.

Pemilikan Good Star menjadi isu paksi berikutan beberapa penerbitan oleh Sarawak Report dalam bulan Mac, menunjukkan bahawa syarikat ini merupakan pewaris akaun bank RBS Coutts Zurich bernombor 11116073, yang telah meraih US$700 juta dari US$1 billion yang asalnya yang seharusnya dilaburkan bersama dalam usahasama dengan PetroSaudi.

Perbualan-perbualan menerusi emel menunjukkan CEO 1MDB Shahrol Halmi, menyedari hakikat ini dan Jho Low juga turut diberikan salinan-salinan perbualan mengenai urusniaga itu.

Keyakinan-keyakinan pada saat-saat akhir kepada pihak bank apabila US$700 juta itu dipindahkan ke akaun Good Star dan bukannya ke akaun usahasama itu sendiri

Keyakinan-keyakinan pada saat-saat akhir kepada pihak bank apabila US$700 juta itu dipindahkan ke akaun Good Star dan bukannya ke akaun usahasama itu sendiri

Kemudian, seperti yang diperincikan oleh Sarawak Report, beberapa ratus juta dollar lagi turut dipesongkan ke akaun Good Star dari usahasama itu.

Dengan adanya fakta ini dan kini diikhtiraf oleh banyak pihak, para pegawai eksekutif 1MDB dan PetroSaudi telah dilihat cuba mempertahankan dakwaan mereka bahawa Good Star itu merupakan anak syarikat PetroSaudi dan seterusnya ada hubungkait dengan usahasama itu.

Bagaimana wang dipesongkan kepada Good Star menerusi usahasama itu di mana Good Star bukanlah anak syarikat usahasama itu tetapi milik Jho Low sepenuhnya

Bagaimana wang dipesongkan kepada Good Star menerusi usahasama itu di mana Good Star bukanlah anak syarikat usahasama itu tetapi milik Jho Low sepenuhnya

Syarikat Good Star Limited ini telah dikorporatkan di Seychelles, yang tetap menyembunyikan hak milik daripada disiasat oleh pihak umum, namun sejak dari mula lagi Sarawak Report telah dapat menunjukkan bahawa ianya milik penuh Jho Low, kerana terdapat dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa timbalannya, Seet Li Lin adalah penandatangan yang mewakilinya.

Majalah perniagaan The Edge juga telah menyenaraikan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa Jho Low adalah pemilik penuh Good Star, dalam reviu pada surat mahkamah mengenai PetroSaudi yang dibekalkan oleh bekas pengarah mereka, Xavier Justo pada bulan Julai lalu:

Pengarah PetroSaudi, Patrick Mahony telah berbohong mengatakan syarikatnya itu memiliki Good Star

Pengarah PetroSaudi, Patrick Mahony telah berbohong mengatakan syarikatnya itu memiliki Good Star

Namun, dengan bukti yang kabur mengenai pemilikan Jho Low ke atas Good Star, terdapat banyak cubaan untuk menutup kebenaran itu. Ini termasuk emel-emel yang dihantar kepada para eksekutif 1MDB oleh para peguam PetroSaudi iaitu White & Case semasa pemindahan $700 juta, yang telah secara silap mengatakan akaun RBS Coutts itu adalah “pada nama” syarikat mereka dan bukannya Good Star.

From: Yong, Jonathan [mailto:[email protected]]
Sent: Wednesday, September 30, 2009 3:17 AM
To: Chia, Brian; Lim, Jo Yan
Cc: Buckland, Timothy; Broke, Philip; Reynolds, John; Rimmer, James;[email protected]; Shahrol Halmi; Casey Tang; [email protected]; KL, Filing Asst16 AAR
Subject: Funding/ Completion Instructions and Documentation
Importance: High

Dear Brian and Jo Yan,

Ahead of tomorrow’s funding and completion, please refer to the below points and the attached files.

  1. Bank Account Details

(a) Account details for payment of 300,000,000 USD (to be paid into the account set up with J P Morgan (‘JPM’)  in the name of 1MDB PetroSaudi Limited (the ‘JV Company’)

Pay to:                       Chase Manhattan Bank New York

ABA:                          021000021

Swift:                        CHASUS33

Account:                      001-1-008182

In favour of:                 J.P.Morgan (suisse) SA

Swift:                        MGTCCHGG

Reference:             For further credit to account 7619400

(b) Account details for payment of 700,000,000 USD to an account in the name of PetroSaudi International Limited (Saudi)

To:                    J P Morgan Chase Bank, New York, USA.

ABA:                          21 000 021

Swift:                        CHASUS33

Account:                      544-7-44876

In favour of:                 RBS Coutts Bank Ltd

Swift:                        COUTCHZZ

Reference:             For further credit to account 11116073

Setelah skandal itu dibongkar tahun ini, 1MDB mengulangi dakwaan palsu ini dalam kenyataan mereka kepada akhbar New York Times yang turut disokong oleh surat rasmi daripada PetroSaudi, yang kini telahpun diberikan kepada pihak Ketua Audit Negara.

Dakwaan itu bercanggah dengan maklumat yang dibekalkan dalam minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan Bank Negara menganggap diri mereka telah dikelirukan oleh para eksukutif 1MDB dan para pengarah PetroSaudi pada pemilikan Good Star.

Secara umumnya sekarang Bank Negara telah menuntut supaya semua wang yang telah dibayar kepada PetroSaudi itu harus dipulangkan, kerana ianya telah diekspot di bawah kepura-puraan yang palsu.

Begitu juga, minit-mint mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, mengesahkan penemuan mereka bahawa sejumlah wang yang banyak telah dipindahkan ke akaun secara tidak rasmi di dalam bank RBS Coutts, yang dikatakan sebagai “tiada kaitan dengan usahasama itu” (i.e. syarikat Good Star Limited):

Lembaga Pengarah pada mesyuarat bertarikh 26 September 2009 telah meluluskan pemindahan USD1.0 bilion ke akaun bank syarikat usaha sama untuk tujuan langganan saham dalam 1MDB PetroSaudi Ltd.

Pada 30 September 2009, Bank Negara Malaysia memberi kelulusan pindahan dana ke dalam akaun usaha sama di J.P. Morgan SA dan RBS Coutts Bank Ltd (Geneva). 

Pada 30 September 2009 juga, didapati sejumlah USD300 telah dipindahkan ke akaun 7619400 di J.P. Morgan (Suisse) SA iaitu bank 1MDB PetroSaudi Ltd.

Bagaimanapun baki USD700 juta telah dipindahkan ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd, milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dengan projek usaha sama ini. 

Lembaga Pengarah tidak pernah meluluskan pemindahan wang ini ke dalam dua akaun yang berasingan.

Didapati pengurusan 1MDB telah memberi maklumat yang salah kepada Bank Negara Malaysia apabila salah satu pindahan dana telah dibuat ke dalam akaun bukan milik syarikat usaha sama.

Lampiran 34 dan 37

Dengan adanya bukti yang mencukupi mengenai rumusan bahawa PetroSaudi dalam rompakan ke atas 1MDB yang dipacu oleh Jho Low dan bukti terkini dari rekod-rekod pengkorporatan Good Star sendiri, Sarawak Report telah menulis surat kepada Presiden syarikat itu, seorang peniaga British, Rick Haythornthwaite.

Rick Haythornthwaite – menggelabah mengenai kewartawanan ‘kempen”, tetapi tidak mengenai kegiatan-kegiatan syarikatnya

Rick Haythornthwaite – menggelabah mengenai kewartawanan ‘kempen”, tetapi tidak mengenai kegiatan-kegiatan syarikatnya

Haythornthwaite juga merupakan Pengerusi sebuah gergasi tenaga UK, Centrica. Kami telah bertanya sama ada dia tahu mengenai surat PetroSaudi yang mendakwa ia memiliki Good Star dan jika dia telah membenarkan syarikat itu membuat dakwaan sedemikian?

Menjawab secara berperibadi, Haythornthwaite telah melahirkan “rasa risau yang amat sangat” mengenai kegiatan-kegiatan syarikat itu yang menjadi “persoalan”.

Namun, Haythornthwaite pula menuding jari pada Sarawak Report kerana menganggap kegiatan-kegiatan kami sebagai boleh dipersoalkan, selain kegiatan-kegiatan dalam PetroSaudi:

Kami telah mencadangkan kepada Rick haythornthwaite bahawa selain memperkecilkan pihak wartawan, dia harus memberikan maklumat-maklumat relevan yang ada pada dirinya kepada pihak-pihak berkuasa British, Switzerland dan US, yang sedang menyiasat kehilangan wang yang banyak itu … sebelum mereka mencarinya.

Dan kami menawarkan para pembaca Sarawak Report dengan alamat emel Rick Haythornthwaite, supaya mereka dapat memberitahunya bahawa blog kami ini bukan bersendirian merasa risau mengenai apa yang berlaku pada syarikat yang dikendalikannya dan bahawa caranya itu menambahkan kesulitan pada segala siasatan ke atas kecurian wang berbillion-billion dollar dari dana pembangunan Malaysia.

Sila baca emel penuh di mana Rick Haythornthwaite mengadu mengenai “ralat fakta asasi” oleh Sarawak Report di mana kami telah memanggilnya dengan gelaran Pengerusi dan bukannya Presiden:

From: Rick Haythornthwaite<[email protected]>
Date: Thu, Dec 10, 2015 at 10:43 AM
Subject: Re: Letter sent by PetroSaudi claiming ownership of Good Star Limited, Seychelles
To: Sarawak Report <[email protected]>

Dear Mrs Rewcastle

Having now done some research into your background, it is clear that you are an active campaigning blogger rather than an objective journalist with a desire to understand the true facts behind this matter. That your email to me contains fundamental factual errors – not least suggesting that I am, or have ever been, chairman of PetroSaudi International – reinforces my concerns about your credibility.

Therefore, even if I were to be in possession of information relevant to your query, I would be unwilling to assist you in your questionable activities.

Yours

Sent from my iPhone

Maklumat baru dari dokumen-dokumen pengkorporatan Good Star seterusnya telah membangkitkan persoalan mengenai perana sebuah lagi agensi British, bank RBS Coutts dalam skandal 1MDB.

Coutts, yang pada asalnya menerima US$700 juta ke dalam cawangannya di Zurich daripada 1MDB, tanpa membekalkan bukti bagi menyokong dakwaan mengenai pemilikan Good Star.

Ianya merupakan keperluan asas untuk mengenali pelanggan mereka dan mempastikan bahawa wang pada jumlah yang besar tidak dipindahkan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu yang didedahkan sebagai mempunyai hubungan berpolitik dengan pemerintah khasnya, seperti Jho Low.

Tetapi, dokumentasi dari Seychelles kini telah mendedahkkan maklumat mengenai pemilikan Jho Low ke atas Good Star yang masih ada dengan Coutts. Kerana Coutts telah disenaraikan sebagai bank kepada Good Star pada masa ianya dikorporatkan, hanya beberapa minggu sebelum kecurian berlaku pada 1MDB dalam bulan Mei.

Rekod-rekod dalam daftar di Seychelles mengatakan bahawa Coutts & Co Limited (Cawangan Singapura), bahawa para pegawai dalam bank itu turut terbabit dengan penubuhan syarikat itu dan mungkin menyedari bahawa Jho Low adalah merupakan pemilik syarikat itu.

Seharusnya tiada kekeliruan berlaku di cawangan mereka di Zurich mengenai pemilik sebenar Good Sar dalam kes ini, bermakna mereka harus sedar bahawa Jho Low adalah individu yang ada hubungan berpolitik di Malaysia pada peringkat yang tertinggi dan juga bahawa akaun ini tiada hubungkait dengan usahasama 1MDB seperti didakwa.

Penemuan terkini meletak cawangan bank Merchant of Coutts di Singapura berada di tengah-tengah inkuiri ini tentang bagaimana wang ini boleh hilang dari 1MDB. Namun, bank-bank persendirian seperti itu telah menjadi suatu kemudahan di luar negara untuk membantu pemindahan wang yang berjumlah besar yang datang dari 1MDB secara meragukan.

Penyembunyian ini telah lama dilakukan sejak penafian dari Jho Low dan Najib Razak di awal 2015 dan kedua-dua mereka sememangnya terbabit dalam pemindahan jumlah wang yang terlampau banyak.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments