Lagi Banyak Tentang Potfolio Pelaburan Gergasi US Dijalankan Olrh Bekas Bos Bank Falcon Khadem Al Qubaisi

Pada ketinggian 1005 kaki Bangunan 157 West 57th Street merupakan menara kediaman tertinggi di kota New York

Pada ketinggian 1005 kaki Bangunan 157 West 57th Street merupakan menara kediaman tertinggi di kota New York

Sarawak Report telah berjaya mengenalpasti beberapa kediaman mewah di Beverly Hills, San Tropez, Paris dan New York, di samping satu rangkaian kelab-kelab malam terkemuka Las Vegas dan sebuah rangkaian hotel dan restaurant bertaraf global, sebagai dimiliki oleh bekas pengerusi Aabar Investments, Khadem Al Qubaisi.

Kini, dengan dana 1MDB Malaysia dan dana-dana Aabar milik Abu Dhabi terus mengalami kerugian teruk, di samping siasatan-siasatan terhadap urusniaga-urusniaga berpersoalan yang membabitkan kedua-dua dana itu, kami juga dapat mengenalpasti lebih banyak pelaburan besar di bawah miliknya di kota New York dan juga di tempat lain.

Ini termasuk pembangunan hartanah bernilai paling tinggi di Manhatten, iaitu menara kediaman mewah paling cantik di 157 West 57th Street, di mana sebuah kediaman jenis penthouse baru-baru ini telah dijual pada rekod harga, mengatasi US$100 juta untuk kali pertamanya.

Pembangunan ini telah dibiayai oleh syarikat Tasameem Real Estate LLC, sebuah syarikat persendirian dimiliki oleh Al-Qubaisi, serentak dengan Aabar sendiri, di bawah kepengerusian Khadem yang bertindak untuk membekalkan tiga perempat peminjaman kepada projek itu, di mana Tasameem dilaporkan sebagai pelabur dan pemegang sahamnya juga.

Pendedahan ini, yang membangkitkan persoalan percanggahan kepentingan, timbul dari laporan Wall Street Journal di awal minggu ini yang mengesahkan bahawa pihak-pihak berkuasa Switzerland sedang menyiasat Bank Falcon milik Aabar, yang dikawal oleh Khadem yang mengarahkan pemindahan RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Khadem (kiri) berjabat tangan semasa salah sebuah urusniaga beberapa billion dollar dengan 1MDB

Khadem (kiri) berjabat tangan semasa salah sebuah urusniaga beberapa billion dollar dengan 1MDB

One57 West 57th adalah merupakan salah satu siri pembangunan yang dipacu oleh syarikat Extell, dikendalikan oleh jutawan New York, Gary Barnett, yang telah bertukar menjadi jutawan pembinaan, terima kasih pada suntikan dana besar dari dana Abu Dhabi.

Dalam pada itu Khadem telah menempa tajuk-tajuk utama di akhbar-akhbar di Las Vegas dengan penubuhan rangkaian kelab-kelab malamnya menerusi Tasameem, di bawah jenama Hakkasan. Usahasama yang terkini akan dikembangkan ke Jakarta, memberikan lebih banyak faedah pada rakan niaganya, peniaga UK, Neil Moffit, status berlagenda dalam liputan hiburan.

Kewujudan potfolio perniagaan yang amat luas di dalam tangan Khadem telah membangkitkan tanda tanya bagaimana eksekutif dana Abu Dhabi ini memprolehi kuasa berbelanja yang besar dalam masa sesingkat sejak 2008, apabila dibangkit sebagai agen Sheikh Mansour ketika penebusan Bank Barclays?

Khadem telah dilucutkan dari jawatan-jawatannya di Abu Dhabi, termasuk selaku Pengerusi dalam Aabar dan CEO dalam IPIC pada awal tahun ini, sebaik sahaja selepas Sarawak Report mendedahkan mengenai urusniaga-urusniaga luarbiasa dengan 1MDB – termasuk mengeluarkan bayaran US$20 juta dari syarikat Good Star, yang dimiliki oleh penyangak Jho Low.

Timbalannya Mohd Badawy al Husseiny (yang telah mengakui dirinya membiayai Riza Aziz, Wolf Of Wall Street) telah juga dilucutkan dari semua jawatannya dalam dana-dana Abu Dhabi.

Juru bina dan pembangun Gary Barnett kini menjual sejumlah 157 rumah pangsa mewah pada harga rekod

Juru bina dan pembangun Gary Barnett kini menjual sejumlah 157 rumah pangsa mewah pada harga rekod

Namun dengan 1MDB dan Aabar kian berhubungan menerusi pinjaman dan pelaburan bersama berjumlah berbillion-billion dollar, bekas pegawai tertinggi mereka masih berbelanja sesuka hati mereka.

Di pihak Malaysia, Jho Low tetap menikmati perlindungan penuh Perdana Menteri Najib Razak dari dipersoalkan tentang deficit 1MDB sebanyak RM42 billion, namun dia juga dilaporkan membelanjakan ratusan juta dollar pada hiburan-hiburan, derma-derma dan pelaburan-pelaburan di US dalam masa setahun ini.

Dalam pada itu, Aabar yang merupakan sebuah anak syarikat IPIC, telah dilaporkan kehilangan sekitar US$50 billion ketika diuruskan oleh Khadem.

Satu aspek ketara dalam skandal yang boleh dipersoalkan adalah kekeliruan rakan-rakan niaga mengenai pemilikan sebenar Tasameem, yang seterusnya menjadi pemilik kelab malam Hakkasan, rangkaian hotel dan restaurant mewah di samping pelaburan-pelaburan di New York dan banyak lagi projek pembinaan gergasi di Timur Tengah.

Seperti kebiasaannya ianya dipersembahkan sebagai milik kerajaan Abu Dhabi, seperti One57 West57th Street:

Tasameem ‘pelaburan milik kerajaan’ diikuti dua tahun kemudian oleh Aabar yang melabur pada One57W57th [NYT 2010]

Tasameem ‘pelaburan milik kerajaan’ diikuti dua tahun kemudian oleh Aabar yang melabur pada One57W57th [NYT 2010]

Pada haikatnya Aabar melaburkan begitu banyak wang dalam projek itu disahkan oleh dokumen-dokumen bercagar yang ditandatangani oleh orang nombor dua Khadem, Mohd al-Husseiny.

Al-Husseiny menandatangani percagaran bagi pihak Aabar untuk projek One57 W 57th Street

Al-Husseiny menandatangani percagaran bagi pihak Aabar untuk projek One57 W 57th Street

Menurut laporan, apabila Aabar tiba untuk membantu dalam pencagaran itu, Tasameem sudahpun berperanan sebagai pemegang saham. Kedua-dua dana itu telah bergabung untuk

US$140 juta dari jumlah US$650 juta yang diterbitkan oleh dua buah dana Abu Dhabi

US$140 juta dari jumlah US$650 juta yang diterbitkan oleh dua buah dana Abu Dhabi

memiliki 88% dari bangunan itu, dengan melaburkan sebanyak US$650 juta dengan keuntungan dari jualan lebih kurang sebillion dollar. Aabar dilaporkan telah membayar tiga perempat dari pembiayaan itu, maka berapakah bahagiannya dalam projek itu?

Sarawak Report mencadangkan dalam masa terdapat sebuah entiti berasingan bernama Tasameem, yang merupakan sayap pelaburan hartanah ADIA, ianya tidak harus dikelirukan dengan syarikat Hartanah Tasameem LLC yang dimiliki oleh Khadem dan rakannya Mohd Kalfan al Qebiasi, berdasarkan dokumen-dokumen mahkamah yang dikeluarkan di US.

 

Syarikat Hartanah Tasameem LLC

Syarikat Hartanah Tasameem LLC

Kekeliruan serupa telah berkembang pada empayar rangkaian restoran dan kelab malam yang tumbuh pada masa yang sama di bawah jenama Hakkasan, pada asalnya nama bagi restoran Cina di London di mana bos Khadem, Sheikh Mansour dikatakan pernah menikmati makanan di situ.

Hakkasan yang telah dimulakan oleh ahli perniagaan British, Neil Moffit, telah menyebabkan sensasi di Las Vegas dan tempat-tempat lain, telah mencetuskan beberapa siri sengketa mahkamah dari peniaga-peniaga lawannya.

Moffit telah bermain peranan sebagai ahli perniagaan, namun wang yang telah dilaburkan oleh Tasameem. Sering dikatakan dan difahami bahawa persyarikatan ini dimiliki oleh kerajaan menerusi ADIA:

Hakkasan dipersembahkan sebagai sebahagian dari ADIA

Hakkasan dipersembahkan sebagai sebahagian dari ADIA

Sebenarnya, sebagaimana difahami oleh Sarawak Report, di ketika kelab malam itu menumpukan kepentingannya pada selera berhibur Khadem, ianya bukan pilihan perniagaan utama oleh Abu Dhabi.

Neil Moffitt – pengurus Hakkasan untuk sumber wang Khadem di US

Neil Moffitt – pengurus Hakkasan untuk sumber wang Khadem di US

Penggunaan wang Aabar untuk menyokong perniagaan peribadi Khadem dilihat mempunyai suatu corak.

Sarawak Report telah mendedahkan tuntutan mahkamah bahawa Khadem pada mulanya memiliki saham utama dalam sebuah syarikat bernama Edgeworth yang sebahagiannya digunakan untuk membeli bangunan yang paling mahal di Eropah, Santander di Madrid.

Kepentingan Khadem pada Edgeworth dibiayai menggunakan pinjaman yang dijamin oleh Aabar, menurut dokumen-dokumen mahkamah. Dia telah menggunakan rakan-rakan niaganya seperti Robert Tchenguiz, untuk menutup kepentingannya yang banyak dalam syarikat itu (dipercayai sekitar 80%), mana kala secara umumnya Aabar memiliki baki 50% baki pinjaman Santander yang dibeli dari Royal Bank of Scotland.

Hakikat yang sukar dinafikan adalah keakraban Khadem dengan Jho Low dan juga jentera pelaburannya 1MDB. Peranan Al Husseiny yang terakhir dalam Aabar sebelum dia dipecat adalah untuk memikul hutang 1MDB sebanyak US$3.5 billion, yang sukar dibayar balik oleh dana Malaysia itu.

Perbelanjaan-perbelanjaan luar biasa mewah di kalangan kedua-dua rakan sehiburan itu, Jho Low dan Khadem, menjadi kebingungan umum bukan hanya di Malaysia namun di salah sebuah negara terkaya di Timur Tengah.

Pemindahan-pemindahan wang pada jumlah yang besar secara luar biasa yang membabitkan dana-dana kerajaan dan ahli-ahli politik yang telah dipilih telah menarik perhatian para auditor dalaman, pakar-pakar perbankan dan pakar anti pengubahan wang.

Pihak Falcon Bank melaporkan keuntungan hampir 7.5 juta franc Switzerland pada tahun lepas. Aset-aset tersalah urus telah meningkat dari 8.7 billion franc kepada 15.6 billion franc menjelang akhir 2014.

Semasa Falcon Bank masih dimiliki oleh AIG, hampir separuh dari klien mereka adalah warga Switzerland, mana kala 3% datangnya dari Tengah dan Timur Eropah dan 7% dari mereka datang dari Timur Tengah, Asia dan Afrika. Kini, hanya 23% dari mereka adalah warga Switzerland mana kala 20% datangnya dari Tengah dan Timur Eropah, dan 25% dari mereka datang dari Timur Tengah, Asia dan Afrika, menurut data bank tersebut.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments