Sistem Demokrasi Di Malaysia Sudah Rentung Terbakar

Muka bumi yang musnah – beginilah demokrasi Malaysia, tak ubah seperti Hutan Borneo yang sudah musnah

Muka bumi yang musnah – beginilah demokrasi Malaysia, tak ubah seperti Hutan Borneo yang sudah musnah

Najib Razak mendakwa bahawa undang-undang tentera drakonia, yang digesakannya menerusi sidang parlimen dalam masa tiga hari lagi, adalah berasaskan peruntukan-peruntukan undang-undang yang dibawa dari UK untuk menangkis serangan bom ke atas orang awam.

Ini tidak benar.

Kuasa-kuasa liberal mungkin boleh digunakan di Britain ke atas apa yang mereka dakwa sebagai langkah menentang keganasan, tetapi ianya tidak boleh digunakan secara umum di Malaysia.

Khususnya, undang-undang keganasan UK digunakan ke atas wwarga asing yang disaspek merancang serangan rawak ke atas orang awam yang tidak berdosa – serangan yang belum pernah dilakukan di bumi Malaysia.

Dari pengasas reformasi ke dictator menerusi bank

Dari pengasas reformasi ke dictator menerusi bank

Secara kontranya, peruntukan-peruntukan utama akta Najib itu jelas ditujukan kepada para pengkritik politik dalam negaranya sendiri – rakyat Malaysia.

Undang-undang Britain membenarkan penahanan tanpa bicara ke atas mana-mana warga asing yang dipercayai merancang serangan ganas, namun undang-undang Malaysia juga membenarkan penahanan tanpa bicara terhadap mana-mana rakyat yang dianggap oleh Perdana Menteri sebagai mengancam kedudukannya. Dia membenarkan penahanan sesiapa dari kalangan rakyatnya sendiri yang mengancam ekonomi negara, sebagai contoh, … termasuk sesiapa yang mengkritik pengurusannya dalam perkara itu.

Lesen untuk menjadi pemerintah berdiktator yang digesa oleh Najib menerusi parlimen yang diperolokkan dalam masa tiga hari itu mempunyai tinjauan yang lebih jauh ke hadapan. Ianya suatu petanda di mana para wakil rakyat yang dipilih itu bertanggungjawab untuk membenarkan pelupusan kuasa mereka menerusi perundangan baru ini.

Suruhanjaya perang Najib – kononnya Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan yang akan ditubuhkan [Malaysiakini]

Suruhanjaya perang Najib – kononnya Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan yang akan ditubuhkan [Malaysiakini]

Dan para ahli parlimennya (yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih) telah membenarkannya memperkenalkan perundangan baru itu tanpa sedikitpun diberikan pertimbangan.

Kuasa di sebalik kedudukan PM – Rosmah Mansor diberi kebenaran menghubungi mana-mana pegawai atas kerajaan bagi pihak suaminya.

Kuasa di sebalik kedudukan PM – Rosmah Mansor diberi kebenaran menghubungi mana-mana pegawai atas kerajaan bagi pihak suaminya.

Dia berpura-pura bahawa semua kuasa ini hanyalah sekadar ‘peruntukan untuk menangkis sebarang keadaan darurat’ – namun tiada apa yang akan menghalangnya membuat sebarang andaian memandangkan dia kini sudah begitu putus asa dan harapan berpaut pada kekuasaan.

Najib semakin berpaut pada semua kekuasaan ini dengan alasan keadaan darurat yang tidak pernah wujud di Malaysia. Sebelum ini tiada sebarang serangan pengganas dan tiada sebarang bentuk peperangan terjadi – namun dia mahukan lebih banyak kuasa menerusi undang-undang ini melebihi Winston Churchill semasa tentera Nazi mara ke arah persisiran Britain dahulu.

Ketika Winston Churchill melancarkan Kabinet Perangnya menentang penceroboh Nazi, sebagai contoh, dia telah merangkumi ahli-ahli politik dari kalangan pembangkang menganggotainya untuk mengekalkan prinsip-prinsip demokrasi dan mengajak rakyatnya menyertainya.

Tetapi Kabinet Perang Najib hanya dianggotai oleh beberapa orang kroni politiknya yang paling akrab dengannya, termasuk seorang pegawai atasan polis yang bukan dipilih oleh rakyatnya, seorang Ketua Polis Negara yang telah melatah dengan menyerang sesiapa yang membangkitkan rasa risau mereka terhadap amalan rasuah di kedudukan tertinggi negaranya.

Mentadbir negara ikut suka hati mereka mulai sekarang, Timbalan PM, PM dan KPN

Mentadbir negara ikut suka hati mereka mulai sekarang, Timbalan PM, PM dan KPN

Dia lebih kepada membenarkan kroni-kroninya itu menggunakan kuasa-kuasa mereka untuk mentadbir negara ikit sesuka hati mereka, tanpa perlu merujuk pada mana-mana lunas undang-undang yang ada, semuanya beralaskan untuk menentang keganasan.

Yang paling ketara, Najib memberikan kuasanya pada bebudaknya dan dirinya sendiri kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang pada tindakan-tindakan mereka terlebih dahulu, seandainya mereka mungkin berbuat silap dalam menentang keganasan di Malaysia.

‘Kesilapan-kesipalan’ mungkin ini termasuk mencerobohi dana-dana awam dan dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank mereka sendiri, mungkin di bawah ‘silap percaya’ bahawa ini akan meningkatkan perlindungan terhadap serangan pengebom, pengkritik, penguatkuasa undang-undang dan tokoh-tokoh tertentu yang ‘ingin menumbangkan Perdana Menteri’ Malaysia.

Ini merupakan cubaan Najib untuk mendapatkan kuasa mutlak berdiktator ke atas negara dan rakyatnya, dengan alasan kononya untuk melindungi negara dari ancaman pengganas dari dalam negaranya sendiri. Dan dia melakukannya kerana dia tidak lagi mendapat kepercayaan penuh untuk memerintah, kerana kepercayaan rakyatnya kian terhakis dan dia juga ada masalah dengan undang-undang yang ada.

Undang-undang anti keganasan Britain mungkin dikritik secara dalaman, tetapi ianya tidak membenarkan Perdana Menteri Britain mentadbir negaranya bersama sepupunya, ketua polis negaranya dan timbalannya yang gila, tanpa merujuk pada parlimen dan undang-undang dan ianya tidak memberikan kekebalan kepada Perdana Menteri untuk semua tindakannya. Ia juga tidak membenarkan Perdana Menteri Britain memberikan sebarang definisi sesuka hatinya seperti ‘tindakan keganasan’ sehingga boleh ‘menggugat ekonomi’ atau ‘memalukan kerajaan’.

Menggesa kelulusan undang-undang ini tiada hubungan dengan melindungi rakyat Malaysia dari ancaman pengeboman dan serangan pengganas, tetapi melindungi Najib Razak dari kesan-kesan salahlaku jenayah rasuah yang melampau.

Namun jenayah rasuah kini telah terbenam begitu dalam ke dalam partinya sendiri, UMNO.

Para penyokongnya dalam UMNO kini hanya berminat berapa banyak yang Najib mampu berikan kepada mereka kerana melakukan apa yang disuruhnya. Asalkan ianya cukup untuk mereka berkemas dan meninggalkan Malaysia untuk berteduh di negara lain yang lebih bebas (seperti di kota London).

Dengan memperkenalkan undang-undang anti keganasan ini, Najib, secara rasminya menghapuskan sistem demokrasi di Malaysia, hanya setelah beberapa tahun menjawat jawatannya dengan bersumpah untuk membawa perubahan.

Dia berbuat demikian kerana dia sedar bahawa undian pendapat menunjukkan dia merupakan Perdana Menteri Malaysia paling tidak popular dalam sejarah – hanya 16% popular. Sekurang-kurang Hitler menjadi lebih popular ketika dia menghapuskan demokrasi di Jerman! Namun, akibatnya tetap ada untuk dilihat dan diingati oleh semua orang.

Tabik Najib – kini dia ‘dilindungi’ dari sebarang tindakan undang-undang terhadapnya – kekebalan yang direkanya sendiri

Tabik Najib – kini dia ‘dilindungi’ dari sebarang tindakan undang-undang terhadapnya – kekebalan yang direkanya sendiri

Tiada seorang harus percaya apabila Najib dan para kroninya mengatakan bahawa peruntukan undang-undang ini tidak akan disalahgunakan kecuali untuk menentang keganasan. Sukar untuk percaya ketika dia memperkenalkan SOSMA dan lain-lain akta yang menekan dalam tahun 2012, dan sudah pastinya SOSMA dan akta-akta yang serupa telah dilihat bukan untuk menentang keganasan tetapi untuk menekan para pengkritik berdemokrasi yang menentang rasuah.

Tidak mengapa, kata para katak UMNO, kami boleh berhijrah ke London atau New York. Tidak mengapa pula kata pihak pembangkang, kami akan memenangi pilihanraya dengan mudah dan kemudian kami akan memulihkan negara ini.

Namun kedua-dua belah pihak itu tersilap.

Najib sedar bahawa segala tindakan dan langkahnya kini sudah buntu dan dia tiada niat untuk mengadakan pilihraya dalam masa yang terdekat. Satu jalan terbaik untuk dirinya adalah untuk mendakwa kemungkinan serangan pengganas untuk menghapuskan semua pilihanraya sehingga dikeluarkan notis.

Dalam masa minggu ini parlimen akan meluluskan kuasa untuk Najib dan mendapatkan kekebalan untuk bertindak terhadap rakyatnya sendiri. Terdapat seorang pengganas paling utama di Malaysia yang mengancam kehidupan rakyatnya, iaitu dirinya sendiri.

Bagi pencari keseronokan dari kalangan orang-orang UMNO, Sarawak Report dan mereka yang lain akan menunggu untuk menamakan mereka dan seterusnya memalukan mereka dari London hingga ke New York. Perlucutan kerakyatan bukanlah suatu yang mudah.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments