Tanah Murah Untuk Syarikat Yang Ada Hubungkait Dengan Taib – Adenan Harus Beri Penjelasan!

Hanya beberapa minggu lalu Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem menghadapi tekanan dari kumpulan-kumpulan aktivis alam sekitar kerana bersikap membisu seribu bahasa mengenai penerangan kawasan hutan paya gambut dilakukan oleh syarikat kroni mereka, BLD Plantation di Sibu, kini dia berhadapan dengan soalan-soalan kenapa dia telah menganugerahkan 3,000 hektar tanah pada harga yang teramat murah kepada sebuah lagi syarikat yang ada hubungkait dengan gabenor Abdul Taib Mahmud pada tahun 2014 dahulu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Padungan, Wong King Wei dari parti DAP minggu lepas, Adenan diminta untuk memberika penjelasan:

22 bidang tanah terletak di Lundu, Sarawak, berjumlah 3,121.33 ekar, telah dibahagikan dan diserahkan kepada sebuah syarikat, bernama GENUINE FORMATION SDN. BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 805567-K) pada nilai premium RM882,176.00 atau lebih secara puratanya bernilai RM282.00 seekar.

Dengan syarat ini, harga tanah di kawasan itu adalah sekurang-kurangnya RM5,000 seekar. Namun Kerajaan Sarawak telah menyerahkan tanah itu tidak sampai RM300 seekar.

Bagi memburukkan lagi keadaan pada dana negeri, sejumlah premium RM882,176 yang seharusnya dijelaskan oleh syarikat Genuine Formation itu tidak harus dijelaskan. Premium berjumlah sedemikian tidak akan dipungut oleh Kerajaan Negeri menerusi kontrak PWD/HO/B102/2000. Maka Genuine Formation kini menikmati keuntungan yang berganda iaitu menerusi nilai tanah dan keuntungan dari kontrak itu.

Dengan ini saya menuntut penjelasan daripada Ketua Menteri. Adakah beliau kini kembali mengikut laluan pentadbiran yang terdahulu?

Tanah (berwarna kuning) dibahagikan kepada Genuine Formation di Lundu, Sarawak

Tanah (berwarna kuning) dibahagikan kepada Genuine Formation di Lundu, Sarawak

Para pemerhati dari golongan veteran di Sarawak melihat proses jual beli tanah ini sebagai pelik. Pemberian secara bermurah hati pada era Taib telah diulangi ke atas ahli keluarganya atau kroni-kroni perniagaan dan politiknya.

Dengan Adenan yang telah berjanji untuk mengubah wajah Sarawak yang telah teruk dijejaskan oleh para gabenornya dan mengembalikan undang-undang negeri kepada jabatan-jabatan perancangan dan penghutanan, ramai pihak ingin tahun siapakah pemilik syarikat Genuine Formation yang sungguh bernasib baik itu, yang telah mendapatkan faedah dari bayaran-bayaran yang seharusnya dimasukkan ke dalam dana awamnya.

Carian-carian tanah menunjukkan bahawa 22 bidang tanah telah diberikan kepada Genuine Formation

Carian-carian tanah menunjukkan bahawa 22 bidang tanah telah diberikan kepada Genuine Formation

Sedihnya, tiada apa-apa perubahan dilaksanakan dalam perkara ini
Syarikat Genuine Formation telah didaftarkan sebagai berpejabat di Tingkat 9, Menara Titanium, Lot 1, Dataran Brighton, Jalan Song, Kuching, Sarawak.

Para penggemar blog kami mungkin tahu sangat akan alamat itu sebagai pejabat anak lelaki Taib iaitu Mahmud Abu Bekir dan syarikatnya Titanium Management. Sebuah syarikat yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebagai penerima kontrak-kontrak lumayan dari kerajaan negeri dan juga tanah-tanah negeri yang hampir sama luas dengan pulau Singapura.

Mahmud Abu Bekir, anak lelaki Taib telah dianugerahkan tanah seluas 3,000 hektar secara ‘percuma’

Mahmud Abu Bekir, anak lelaki Taib telah dianugerahkan tanah seluas 3,000 hektar secara ‘percuma’

Selain Titanium Management, kami telah mengenalpasti banyak lagi syarikat lain yang telah menerima bidang-bidang tanah yang luas yang dikendalikan oleh Madmud dan rakaniaganya, keluarga Chung. Syarikat-syarikat ini dikendalikan dari alamt pejabat yang sama dan nombor telefonnya juga sama dengan nombor telefon Titanium Management. Sejak 2011 kami telah mengenalpasti 14 buah syarikat yang berkenaan.

Secara bersifat skandalnya selama ini, pada setiap kes, tanah-tanah ini telah diberikan secara percuma kepada anak Taib dan Genuine Formation turut menikmati kemudahan itu.

 

Didaftarkan menggunakan alamat pejabat yang sama dengan Titanium Management milik Bekir Taib

Didaftarkan menggunakan alamat pejabat yang sama dengan Titanium Management milik Bekir Taib

Chung Soon Nam, proksi niaga kepada Mahmud Abu Bekir – 99% pemilik syarikat

Chung Soon Nam, proksi niaga kepada Mahmud Abu Bekir – 99% pemilik syarikat

Pewaris syarikat-syarikat Titanium – Mahmud Abu Bekir Bin Abdul Taib

Pewaris syarikat-syarikat Titanium – Mahmud Abu Bekir Bin Abdul Taib

Pada minggu lepas, SPRM telah mengkritik sifat-sifat berkroni seperti itu pada laporam 2014 mereka di Parlimen.

Laporan itu dibuat berdasarkan siasatan-siasatan dan kajian-kajian yang dijalankan, bahawa tiga pihak tertinggi dalam pentadbiran kerajaan Sarawak telah didapati memanipulasikan kuasa mereka meluluskan penganugerahan tanah-tanah. Laporan itu merumuskan bahawa kuasa tanpa sekatan akan menjuruskan pada kuasa yang “dimanipulasi untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab.”

Siasatan SPRM itu mendapati kuasa yang dimanipulasi itu tetap wujud. Apabila ahli keluarga seseorang menteri membuat permohonan itu yang kemudiannya diluluskan oleh seorang lagi menteri, maka proses menjadi mudah.”

Janji-janji untuk melakukan perubahan masih tidak ditunaikan walaupun Taib telah dinaikkan kedudukannya.

Pada bulan Mei lalu, semasa berucap di London bahawa Adenan merancang untuk mengekalkan hutan Sarawak, menghentikan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit, menghapuskan rasuah dan menamatkan rancangan pembinaan empangan-empangan gergasi.

Rumah mewah keluarga Chung di Kuching – menjadi kaya raya dari kontrak-kontrak bersifat politikal

Rumah mewah keluarga Chung di Kuching – menjadi kaya raya dari kontrak-kontrak bersifat politikal

Walau bagaimanapun, pada bulan Ogos dia telah dilihat memberi sokongan pada Perdana Menteri Najib Razak yang sedang dibelengu skandal rasuah dan dalam bulan September dia membantah tuduhan rasuah yang dilemparkan terhadap Taib Mahmud yang digantinya.

Adenan mungkin mahu dilihat oleh komuniti antarabangsa bahawa dia sedang gigih membanteras isu-isu besar yang melanda negerinya, tetapi Radio Free Sarawak telah banyak menerima panggilan setiap hari dari negerinya yang amat bercanggah dengan cerita-cerita Adenan.

Siaran-siaran RFS dua-tiga minggu yang lalu sahaja telah mendedahkan kes-kes kekasaran dan tangkapan-tangkapan ke atas pelindung-pelindung tanah adat, rampasan tanah dan ancaman-ancaman terhadap penyokong-penyokong pembangkang. Pada minggu ini sahaja, ahli politik pembangkang Nurul Izzah Anwar telah dihalang memasuki negeri Sarawak, suatu langkah yang dibantah keras oleh kumpulan-kumpulan peguam Malaysia.

Untuk menyambut Hari Hak Kemanusiaan pada hari Khamis lalu, seramai 500 orang perwakilan dari pelbagai perkumpulan hak asasi orang asal telah berkumpul di bandaraya Kuching bagi mengemukakan isu-isu utama yang melanda negeri itu. Ini termasuk perlunya pengikhtirafan memelihara kawasan-kawasan hutan komuniti (Pulau Galau) dan kawasan peninggalan nenek moyang mereka (Pemakai Menoa), membuat laporan-laporan Penilaian Kesan Sesuatu Projek Terhadap Alam Sekitar (EIA) yang akan diberikan kepada komuniti-komuniti yang terjejas dan untuk menghentikan sebarang bentuk rampasan tanah dan juga salah guna kuasa imigresen negeri.

Senarai penuh tanah yang diberikan kepada syarikat Genuine Formation Sdn Bhd boleh dilihat di bawah ini:

Screen Shot 2015-12-08 at 15.33.34

Screen Shot 2015-12-08 at 15.33.44

 

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments