Bermain Dengan Nama-Nama – Modus Operandi Jho Low

Ketua Audit Negara, akan mendapati sukar untuk menetapkan tarikh untuk mengerluarkan laporannya mengenai 1MDB – seharusnya dilaksanakannya pada hari ini, tetapi telah dilanjutkan lagi sehingga diberitahu kemudian.

Seperti Peguam negara, Timbalan Perdana Menteri, Ketua PAC, Timbalan Presiden UMNO, Ketua Cawangan Khas dan kemudian Ketua Bank Pusat, dia mungkin akan diganti dahulu. Sekurang-kurangnya dia masih hidup, tidak seperti seorang penyiasat dari SPRM yang menyiasat perniagaan kotor ini, Kevin Morais.

Pada hari ini laporan dalam WSJ menunjukkan bahawa 1MDB telah menjelaskan sebuah bayaran berjumlah US$850 juta kepada sebuah syarikat palsu, yang menggunakan nama Aabar dari Abu Dhabi, iaitu Aabar Investment PJS Ltd.

Ini telah menjelaskan misteri kenapa 1MDB mempertahankan kenyataan dan laporan tahunannya bahawa ianya telah menjelaskan sekitar US$2.4 billion kepada Aabar/IPIC, sedangan laporan IPIC menunjukkan tiada sebarang wang telah diterima.

Pendek kata, 1MDB telah menghantar wang kepada sebuah syarikat BVI yang menggunakan nama yang hampir serupa dengan Aabar Investments PJS, tetapi milik orang lain.

Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan skandal PetroSaudi akan menyedari penipuan yang berlaku dalam 1MDB untuk mewujudkan pandangan bahawa ianya telah menjelaskan wang kepada sebuah syarikat, apabila sebenarnya ianya telah dipesongkan ke sebuah lagi entiti.

Bermain-main dengan nama – modus operandi Jho Low

Bermain-main dengan nama – modus operandi Jho Low

Berita itu terbit berikutan pendedahan kami pada awal minggu ini yang memperincikan, bercanggah dengan dakwaan 1MDB, bahawa syarikat Seychelles, iaitu Good Star Limited adalah milik Jho Low sepenuhnya.

Ini mengesahkan bahawa US$700 million yang didakwa oleh 1MDB telah mereka bayar kepada usahasama mereka dengan PetroSaudi telah sebenarnya dialihkan ke dalam akaun nomini Perdana Menteri yang mengendalikan 1MDB di samping melarikan wang yang amat banyak dari dana itu.

Pendedahan Aabar Investments PJS Limited juga memberikan bukti ‘modus operandi’ Penasihat Rasmi muda kepada 1MDB, Jho Low.

Kami boleh menunjukkan transaksi yang banyak yang melibatkan rakannya dalam Aabar, Khadem Al Qubaisi, yang terdiri dari bermain-main dengan nama-nama syarikat luar negara dengan mengatakan bahawa semua entiti itu adalah anak syarikat mereka.

Syarikat-syarikat palsu ini yang digunakan di luar negara, telah sebenarnya dapat dikaitkan dengan kehilangan wang yang amat banyak dari 1MDB.

PetroSaudi International Limited, Seychelles, sebagai contoh, yang telah dilantik sebagai anak syarikat kepada PetroSaudi Holdings Limited (Cayman), dengan sendirinya terbabit dalam usahasama dengan 1MDB. Sebenarnya inilah syarikat yang dikawal Jho Low sepenuhnya menerusi urusniaga pengurusan pelaburan dengan salah sebuah syarikatnya di luar negara, Panama Investment Manager, yang memberinya kawalan ke atas semua wang di dalamnya.

Tarek Obaid telah bersetuju untuk bertindak selaku Pengarah di PetroSaudi International Limited di Seychelles, tetapi dalam kapasiti peribadi, tidak dikaitkan dengan rakan usahasama utama seperti dituduh.

Ketika pembelian UBG yang diatur oleh Jho Low, yang memiliki saham-saham utama dalam UBG, terdapat kerisauan diluahkan oleh pegawai-pegawai dalam AmBank yang merundingkan urusniaga mengenai siapa sebenarnya memiliki anak syarikat PetroSaudi (yang telah menerima wang yang digunakan untuk membeli UBG daripada 1MDB).

Mereka difahamkan sifat berselindung syarikat itu adalah keperluan untuk menyembunyikan privacy Raja Arab Saudi. Mereka telah menerima alasan itu, yang sebenarnya suatu pembohongan.

Rakan niaga dan juga rakan sehiburan Jho Low dan Khadem Al Qubaisi

Rakan niaga dan juga rakan sehiburan Jho Low dan Khadem Al Qubaisi

Dalam tahun 2013 Aabar memiliki gergasi minyak Spanyol, CEPSA yang dibeli oleh sebuah syarikat Kanada, Coastal Energy pada nilai US$2.3 billion, pada sebuah urusniaga yang dikendalikan oleh bos mereka, Khadem Al Qubaisi.

Secara luarbiasanya dia telah melakukan urusniaga dengan sebiuah syarikat dimiliki oleh Jho Low, yang telah bertindak selaku ‘fasilitator’. Syarikat milik Jho Low itu bernama Strategic Resources Global. Butir-butir penglibatan SRG belum lagi diterbitkan, namun para pemberi maklumat mengatakan bahawa titik opsyen mengatakan ianya telah dijual kepada CEPSA.

Dengan sejarah Jho Low yang pernah menggunakan wang 1MDB sebagai sandarannya untuk urusniaga-urusniaga peribadinya yang disertai oleh rakannya Khadem dari Aabar terdapat persoalan ditimbulkan mengenai nama anak syarikat 1MDB yang bernama SRC International Sdn Bhd.

Sifat samar-samar SRC International telah mengundang komen yang konsisten di Malaysia, yang ditubuhkan menggunakan RM4 billion yang dipinjam daripada KWAP, yang tidak pernah diakaunkan dengan sempurna. Salah sebuah jentera usahasama menerusi BVI yang dilibatkan adalah Aabar dan Khadem yang diberi nama Aabar-SRC Strategic Resources Ltd.

Adakah nama-nama (yang bunyinya hampir serupa) digunakan untuk mengeluarkan wang menerusi kepentingan-kepentingan di luar negara? Adakah secara kebetulan wang disalurkan cara ini dari KWAP menerusi 1MDB dan usahasama-usahasamanya dengan Aabar dan ke dalam urusniaga peribadi antara Jho Low dan Khadem?

Kita tidak akan tahu kerana apabila setiap kali ditanya mengenai perkara ini, Menteri Kewangan (yang selaku Perdana Menteri, juga selaku pemegang utama saham-saham dalam 1MDB) mengeluarkan SRC dari 1MDB dan meletakkannya di bawah potfolio Kementarian Kewangannya, dari mana dia enggan mengeluarkan akaun-akaun yang telus. Wang awam tetap belum lagi diakaunkan!

Akhbar di Australia seterusnya menceritakan mengenai sebuah syarikat luar negara yang bermisteri, Merryl Capital, yang telah terkandas di tengah-tengah skandal kewangan dengan syarikat Bridge Global di Australia, di mana Najib Razak (setelah dinasihatkan oleh Jho Low) pernah melaburkan keuntungan-keuntungan yang didakwa (yang diperolehinya, bukan dalam bentuk wang tunai tetapi ‘nota’) yang dibuat dari urusniaga PetroSaudi, dari mana Good Star telah menyedut hampir kesemua pelaburan asal 1MDB.

Seperti diakui oleh pihak Australia, entiti ini tiada kaitan dengan syarikat Merryl Lynch yang erkenal itu.

Khadem telah dilucutkan dari jawatannya setelah mereka mendapati sesuatu yang luarbiasa dalam urusniaga kendaliannya seperti yang telah didedahkan

Khadem telah dilucutkan dari jawatannya setelah mereka mendapati sesuatu yang luarbiasa dalam urusniaga kendaliannya seperti yang telah didedahkan

Pendedahan terkini bahawa US$850 juta telah dipindahkan kepada Aabar Investment PJS Ltd oleh 1MDB menggunakan corak yang sama. WSJ melaporkan bahawa Aabar telah mengesahkan bahawa entiti luar negara di BVI ini, yang telah ditubuhkan untuk mendapatkan wang dan kemudiannya ditutup semula selepas itu, tiada kena-mengena dengan kumpulan syarikat-syarikat mereka.

Abu Dhabi telah lama melucutkan jawatan Khadem, setelah mereka mengesan sifat luarbiasa dalam urusniaga-urusniaga di awal tahun ini. Namun Perdana Menteri Malaysia terus melindungi 1MDB dan Jho Low dan dia telah menghalang cubaan-cubaan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mereka pada kehilangan wang itu.

Syarikat-syarikat luar negara yang mempunyai nama-nama yang hampir serupa dengan syarikat-syarikat yang telah lama dan terkenal menunggu untuk didedahkan dan skandal 1MDB akan terus diselongkar oleh siasatan antarabangsa.

Laporan terperinci boleh diperolehi dari laman portal Wall Street Journal

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments