Najib Menggunakan Kad Kredit SRC Untuk Membiaya Percutian Berjuta-Juta Ringgit! EKSKLUSIF

Peguam Negara Apandi – Menyambung legasi

Peguam Negara Apandi – Menyambung legasi

Di antara bahan bukti yang mengejutkan yang telah diserahkan oleh SPRM berhubung inkuiri rasuah dalam 1MDB kepada Peguam Negara adalah bil-bil kad kredit SRC International untuk kegunaan PM dan keluarganya!

Peguam Negara Mohd Apandi, yang menggantikan tempat Abdul Gani Patail dalam bulan Ogos tahun lalu setelah Najib mengetahui bahawa pertuduhan-pertuduhan terhadapnya akan dibawa ke muka pengadilan, kini dilihat melengah-lengahkan masa, dengan mengembalikan keseluruhan kertas-kertas pertuduhan ke pihak SPRM untuk ‘penjelasan lebih lanjut’.

Apandi yang sememangnya akan bersara dalam masa 3 minggu lagi pada 11hb Februari pada usia 65 tahun. Pendakwaraya yang setia kepada Najib, Shafee Abdullah, telahpun mengangkat sumpah untuk mengambil tempat Apandi, seharusnya membolehkan Apandi lolos dari kutukan-kutukan itu dan meninggalkan kotoran itu untuk peguam paling jahat Malaysia itu.

Najib berharap bahawa Shafee akan membuang keseluruhan kertas pertuduhan itu ke dalam tong sampah dan terus bertindak melindungi ‘Bos Besarnya’ dari serangan perundangan dari sesiapa.

Shafee dan rakannya

Shafee dan rakannya

Namun Shafee tidak akan memulakan tugas barunya dengan selesa kerana ramai pihak kini tahu akain kandungan kertas-kertas pertuduhan itu dan bersedia untuk membocorkannya – kepada pihak media seperti Sarawak Report.

Pada tahun lalu kami telah melaporkan bahawa Najib dan isterinya telah berbelanja dengan banyaknya pada bulan Ogos 2014 menggunakan kad-kad kredit pada percutian mereka di Eropah. Kini kami dapat membekalkan perincian perbelanjaan, maklumat sahih yang kami perolehi yang termasuk kandungan kertas-kertas pertuduhan SPRM, yang akan diabaikan oleh Apandi.
Kedua-dua kad yang dimaksudkan itu adalah kad Visa * no: 4585 8180 0000 5496 di mana RM449,000 telah dibelanjakan dank ad MasterCard * [sila lihat nota kaki] no:
5289 4380 0003 8961 di mana RM2.8 juta telah dibelanjakan dalam bulan Ogos 2014 sahaja.

Perkara-perkara yang dibiayai termasuk penginapan di hotel-hotel mewah, makan-minum, pembelian barangan kemas dan banyak lagi barangan keperluan lain di Selatan Eropah, termasuk Italy dan Monaco.

Rosmah – misteri sumber pemerolehan barangan kemasnya kini mula menyerlah dengan lebih banyak pola perbelanjaan Najib pada wang awam

Rosmah – misteri sumber pemerolehan barangan kemasnya kini mula menyerlah dengan lebih banyak pola perbelanjaan Najib pada wang awam

Butir-butir yang amat luar biasa itu amat merbahayakan Perdana Menteri yang telah selama beberapa tahun cuba menjelaskan sumber kekayaannya, di mana kedua-dua kad kredit itu adalah di bawah nama SRC International, yang ditubuhkan sebagai anak syarikat kepada 1MDB sebelum diambil-alih oleh Kementerian Kewangan (Najib juga merupakan Menteri Kewangan).

SRC International telah dilancarkan dengan pinjaman berjumlah RM4 billion menggunakan dana pesaraan KWAP dan telah dari mulanya terbabit dalam kontroversi operasinya yang kurang jelas dan kurang kebolehpercayaan. Ketika itu CEO SRC adalah Nik Faisal Arif Kamil, yang kini telah melarikan dirinya ke Indonesia dan berada di tengah-tengah skandal kehilangan wang dari 1MDB dan taiko penjualan UBG, Jho Low.

Setelah awam menuntut lebih banyak kebolehpercayaan ke atas SRC dalam akaun-akaun 1MDB, Najib dalam dwi-tanggungjawabnya sebagai Menteri Kewangan, dan pihak pembangkang pula sudah menjalankan kempen untuk menuntut kebolehpercayaan terhadap apa yang berlaku pada pelaburan menggunakan dana pesaraan berjumlah RM4 juta itu.

Krisis kepercayaan telah menjadi semakin buruk setelah Sarawak Report dan Wall Street Journal melaporkan secara terperinci bagaimana RM42 juta itu disalurkan pada akhir 2014 dan di awal 2015 oleh Nik Faisal dari SRC ke dalam akaun peribadi Najib di KL – suatu tuduhan bahawa Perdana Menteri itu telah gagal tangkiskan.

Nik Faisal Arif Kamil, telah melarikan diri ke Jakarta untuk mengelak disoalsiasat

Nik Faisal Arif Kamil, telah melarikan diri ke Jakarta untuk mengelak disoalsiasat

Maklumat baru ini bahawa Najib juga menggunakan kad-kad kredit milik syarikat SRC International untuk membiayai percutian dan penerbangannya dalam Ogos membantu untuk menjelaskan bagaimana syarikat di KL itu diselubungi berita mengenai pertuduhan jenayah untuk menentang Najib oleh SPRM, yang merupakan pasukan petugas untuk menyiasat rasuah 1MDB dalam SRC.

Ahli Parlimen pembangkang DAP Tony Pua telah secara tekalnya mengadu bahawa pinjaman RM4 billion dari dana KWAP tidak diakaunkan dengan sempurna oleh SRC. Kerisauan Pua tidak dipedulikan oleh Najib, malah Najib telah merujukkan penjelasannya pada pelaburan dengan sebuah syarikat arang batu Mongolia, sebagai pelaburan utama SRC. Lagipun Sarawak Report telah dapat membuktikan bahawa pelaburan SRC itu adalah sekecil US$85 juta.

Sarawak Report juga pernah mendedahkan bahawa proksi Najib, Jho Low telah dikenalpasti sebagai pemilik kepada SRC Global, yang terbabit dalam pelaburan membeli Coastal Energy dari Kanada bersama bekas pengurus Khadem Al Qubaisi dari Aabar, yang mempunyai urusniaga ekstensif dengan 1MDB.

Semalam, dalam usaha memulangkan kertas pertuduhan kepada SPRM, jelas menunjukkan bahawa Apandi ingin lari dari tanggungjawabnya dan meninggalkan kotoran untuk penggantinya, Shafee Abdullah. Ianya menawarkan Shafee memilih untuk dikenali sebagai bersekongkol dalam penyembunyian jika dia menutup kes atau kembali kepada klien lamanya.

Ini bukanlah kali pertama Shafee dikenali sebagai pengatur semula skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri Najib. Sebenarnya Shafee pernah bersubahat dengan Najib dalam banyak jenayah di masa lalu.

Shafee telah membantu dalam kes bunuh Altantuya dan membolehkan proksi Najib, Razak Baginda disingkirkan dari menjadi defenden; Shafee didapati turut bersama Najib menemubual penuduh Anwar Ibrahim sehari sebelum pemuda itu melaporkan salahlaku liwat dan kemudiannya dia pula menjalankan pendakwaan kes menentang ketua pembangkang, walaupun terdapat aduan-aduan wujudnya percanggahan kepentingan dan Shafee yang muncul di hospital, pada ketika tidak membela sesiapa, pada hari pendengaran perbicaraaan pembunuhan pengasas AmBank Hussein Najadi, untuk memberitahu keluarga mangsa supaya jenayah Hussein disemadikan di pekuburan Islam pada hari berikutnya – sebelum mereka dapat sampat ke KL.

Pada kali ini, Shafee mungkin akan mendapati bukti-bukti yang ada itu sikar dipinda kepada menghilangkannya apabila dia melangkah masuk ke dalam kancah skandal politik Malaysia, ditambah dengan rasuah melibatkan jumlah wang yang terlalu besar yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib daripada beberapa siri syarikat BVI – yang dijamin oleh seorang Syeikh Arab, yang sebenarnya tidak wujud.

[Lagi banyak mengenai pembiayaan kepada Najib buat para pengunjung Sarawak Report]

*SR mengucapkan terima kasih pada para pembaca yang berjaya mengesan ralat dalam laporan awal kami mengenai pengeluar kad-kad kredit, yang mereka betulkan sebagai AmBank kepada SRC. Kami telah menyemak semula dengan sumber kami mengenai butir-butir ini dan mereka mengisytiharkan terdapat salah tafsir semasa berkomunikasi. Kami mempercayai para pengunjung dan pembaca laman kami akan ambil maklum bahawa kekecualian pembuktian berperundangan mengenai maklumat yang kami bekalkan dan bahawa kami amat gembira untuk mengakui kesilapan-kesilapan kami itu apabila maklumat itu sukar diakses.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments