Najib Merundingkan Pengunduran Dirinya TETAPI Dia menuntut Pengunduran Diri Yang Selamat DAN KESEMUA Wang Yang Dicurinya! PENDEDAHAN EKSKLUSIF

Mampukah Najib melepaskan dirinya dari mata kail undang-undang?

Mampukah Najib melepaskan dirinya dari mata kail undang-undang?

Peguam Negara yang baru Mohamed Apandi mungkin berharap dia tidak akan menerima tawaran menjawat jawatan bar.

Rakan sekerja yang mendahuluinya telah dilucutkan jawatan secara tidak berpelembagaan oleh Perdana Menteri dalam bulan Julai tahun lalu kerana ingin menjalankan pendakwaan berhubung kehilangan berjuta-juta ringgit dari dana pesara KWAP yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Kini pihak SPRM telah menyiapkan siasatan mereka ke dalam perkara ini dan telah meletakkan kertas-kertas pertuduhan itu di atas meja Apandi, yang, menurut beberapa sumber, mengandungi tidak kurang dari 37 pertuduhan terhadap Najib, berdasar bukti yang sama.

Lagipun, Apandi kini sedar bahawa bukti ini telah tersebar secara meluas dan kini semua ahli terkanan dalam UMNO telah menjadi semakin sukar untuk menyembunyikan salah laku Najib itu.

Dalam bulan November lalu Peguam Negara ini telah mengeluarkan suatu kenyataan bohong berikutan penculikan dan pembunuhan Kevin Morais, yang telah ditugaskan untuk menjadi pendakwaraya yang menuliskan kertas pertuduhan untuk SPRM. Apandi telah menyatakan bahawa Morais tiada sebarang peranan dalam siasatan ke atas Najib.

Kevin Morais mati dibunuh

Kevin Morais mati dibunuh

Namun, kini luas tersebar bahawa Kevin merupakan pendakwaraya utama dalam kes itu dan dia dipercayai menjadi sumber kebocoran kertas-kertas pertuduhan yang dibuat untuk mendakwa Najib kepada portal berita ini.

Sebelum dia diculik (dan dengan nasihat Sarawak Report) Morais juga telah mengirimkan kandungan laptopnya berkenaan siasatan itu kepada beberpa orang yang boleh dipercayainya – kesemua ini menunggu untuk melihat sama ada pihak berkuasa Malaysia akan akan memainkan peranan mereka atau mereka akan mengeluarkan maklumat itu secara berasingan.

Ianya menyukarkan Apandi dan pihak SB pula terkenal memberkas rakan-rakan dan saudara mara Kevin Morais dalam usaha mereka mengambil balik set-set dokumen ini.

Semenjak pihak-pihak berkuasa telah merampas laptop Kevin dari kediamannya setelah dia diculik, mereka juga sedari betapa banyaknya maklumat yang telah dikeluarkannya sebelum dia diculik dan kemudian disenyapkan buat selamanya. Dia sendiri telah menjelaskan tujuan-tujuannya berbuat demikian kepada Sarawak Report pada waktu itu.

Sentimen-sentimennya termasuk kata-kata bagi pihak mereka yang dalam perkhidmatan awam yang ingin menyerlahkan kebenaran.

Pindahan 1

Pindahan 1

Pindahan 2

Pindahan 2

Menurut Najib kesemua wang awam itu tidak digunakan untuk perbelanjaan peribadinya. Namun mereka yang pernah melihat penyata-penyata bank yang relevan telah memberitahu Sarawak Report bahawa terdapat beberapa item hasil belian yang berjaya direkodkan, kebanyakannya dibeli semasa kunjungan-kunjungan ke luas negara.

Punca wang yang mengejutkan inilah yang menjadikan kes ini amat merbahaya – dana wang pesara, yang telah dibelanjakan oleh Najib semasa kunjungannya bersama keluarganya ke luar negara.

Malangnya bukti-bukti yang timbul kini menjadikan semakin sukar untuk Najib dan rakan-rakannya nafikan kerana tuduhan-tuduhan rasuah terhadapnya melibatkan jumlah wwang yang terlampau besar dan membabitkan bank-bank luar negara, di mana pihak FBI dan pihak-pihak berkuasa luar negara yang lain kini sedang menyiasatnya.

Najib dan isterinya Rosmah membawa masalah mereka pada agama mereka dalam bulan Disember lalu. Rosmah juga merupakan pengamal ilmu hitam untuk mendapatkan kekayaannya. Walau bagimanapun pasangan itu telah mengisi masa cuti Tahun Baru mereka merundingkan

Najib dan isterinya Rosmah membawa masalah mereka pada agama mereka dalam bulan Disember lalu. Rosmah juga merupakan pengamal ilmu hitam untuk mendapatkan kekayaannya. Walau bagimanapun pasangan itu telah mengisi masa cuti Tahun Baru mereka merundingkan

Sebenarnya, untuk Apandi yang amat setia pada Najib, masalah bermula apabila kertas-kertas pertuduhan SPRM itu telah diletakkan di atas meja kerjanya sebelum Krismas lalu, menunggu untuk diambil tindakan.

Di atas kesemua 37 pertuduhan yang membabitkan SRC International terdapat isu-isu berhubung kemasukan wang dari beberapa punca bermisteri dari luar negara ke dalam akaun-akaun berasingan milik Najib dalam AmBank.

Pindahan masuk wang berjumlah terlampau besar RM2.6 billion

Pindahan masuk wang berjumlah terlampau besar RM2.6 billion

Sarawak Report telah memperincikan bagaimana wang itu dimasukkan ke dalam akaun AmBank Najib menerusi bank Falcon milik Aabar dari Abu Dhabi setelah beberapa hari Goldman Sachs merundingkan pengeluaran bon berjumlah US$3 billion untuk membiayai usahasama berstrategik antara 1MDB dan Aabar.

Rekod-rekod telah menunjukkan bahawa banyak wang dalam siri-siri urusniaga bon antara dua buah entiti ini telah hilang dan Pengerusi Aabar telah dilucutkan dari jawatannya setelah skandal 1MDB terbongkar pada tahun lepas.

Apa yang disedari di kalangan ahli-ahli tertinggi dalam UMNO adalah RM2.6 billion yang dipindahkan pada bulan Mac 20113 itu hanyalah sebahagian dari wang yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik Najib dalam tempoh 2011.

Kisah penderma dari Arab yang tidak dinamakan oleh Najib belum lagi reda di kalangan UMNO – terutamanya apabila wang itu tidak dimasukkan ke dalam akaun parti itu sendiri!

Kisah penderma dari Arab yang tidak dinamakan oleh Najib belum lagi reda di kalangan UMNO – terutamanya apabila wang itu tidak dimasukkan ke dalam akaun parti itu sendiri!

Sebagaimana telah ditunjukkan oleh Sarawak Report, terdapat sekurang-kurangnya dua set kemasukan bayaran lagi bernilai berbillion-billion ringgit.

Kebanyakan dari wang, yang didakwa Najib dikhaskan untuk membantu UMNO memenangi pilihanraya lalu, tidak pernah dibelanjakan. Kebanyakan dari jumlahnya dikembalikan ke dalam akaun peribadi Najib di Singapura setelah tamatnya pilihanraya dan akaunnya di KL telah ditutup.

Hakikat-hakikat ini, yang kini telah diketahui di kalangan ahli-ahli tertinggi dalam UMNO, telah melemahkan alasan Najib yang tidak bersokong yang mengatakan bahawa wang itu telah didermakan oleh seorang bangsawan dari Timur Tengah, yang kononnya gemar membantu ahli-ahli politik luar negara memenangi pilihanraya-pilihanraya mereka.

Derma peribadi politik dari orang-orang politik luar negara bukan sahaja haram, namun wang itu dimasukkan ke dalam akaun-akaun Najib, di mana kebanyakan akaunnya di Singapura telah dibekukan.

Ahli-ahli tertinggi dalam UMNO kini telah mendapatkan butir-butir, seperti dinyatakan kepada Sarawak Report – dan mereka merasa amat marah pada kesemua keadaan.

Ini kerana skandal ini telah berselindung di sebalik kesepaduan dalam UMNO, dan bisikan-bisikan di kalangan orang-orang penting dalam parti itu telah disedari berlaku di banyak tempat di sepanjang musim cuti panjang yang lalu.

Ada faktor lain yang inginkan Najib bertahan pada kekuasaannya. Ahli-ahli tertinggi mungkin mahukan dia harus berundur, namun mereka masih bersengketan mengenai dua orang penggantinya. Zahid telah jelas mengatakan bahawa dia yang harus dinaikkan dari kedudukan Timbalan Perdana Menteri itu. Namun ahli-ahli yang lain telah menunjukkan bahawa dia telah dilantik oleh Najib sebagai respon kepada krisis rasuah, menggantikan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Mohd Yassin, kini telah disingkirkan dari kerajaan.

Perlembagaan UMNO menuntut bahawa parti itu harus memilih siapakah pemimpin mereka, yang meletakkan Muhyiddin seharusnya menjadi pengganti Najib, dan bukannya Zahid. Maka perbalahan bukan menjurus kepada sama ada Najib harus berundur, tetapi siapakah yang harus menggantikannya dan apakah syarat Najib harus undur.

Najib menyedari bahawa dia tiada harapan untuk berpaut pada kekuasaan jika dia tetap juga ingin dipilih semula. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah pula dengan salahlakunya.

RPK terus menuliskan tuduhan yang dihalakan kepada sasaran-sasaran Rosmah

RPK terus menuliskan tuduhan yang dihalakan kepada sasaran-sasaran Rosmah

Orang-orang kuat dalam UMNO telah gagal berunding dengan Rosmah mengenai masalah ini dan mereka dikatakan telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan melulu oleh blogger pilihan pasangan itu, ‘RPK’ yang selesa menjadi orang buangan di UK.

Kini Najib semakin menemui jalan buntu dalam usaha mencari negara yang ingin menerimanya dan keluarganya menetap. Negara Turki telah menolak permohonannya dan banyak negara-negara di Timur Tengah telah gagal memberikan respon bertulis mereka pada permohonannya.

Begitu juga negara asal besan dan menantunya, Kazakhstan, bukanlah negara kegemaran Rosmah.

Besan-besan barunya sering berpura-pura hidup mewah walaupun mereka hanya orang politik biasa yang dipilih rakyat, bukan dari golongan yang kaya raya.

Dalam masa menanti ulangkaji bajet 2016 (suatu petanda buruk keadaan ekenomi Malaysia di bawah pentadbirannya yang dilihat kucar kacir) keadaannya menunggu untuk menjadi tergempar. Apabila ianya berlaku, perubahan akan datang dengan mendadak.

Apakah yang akan berlaku pada Najib selepas itu nanti tetap menjadi spekulasi orang ramai dan para pemerhati dan juga pemberi maklumat kepada Sarawak Report.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments