Resolusi Parliamen Eropah Mengenai Malaysia – Laporan Penuh

Negara-negara Eropah kini telah bangun pada jenayah rasuah dan salahguna hak kemanusiaan di Malaysia, terima kasih pada sikap dedikasi para pejuang hak asasi yang berani … dan juga pada tajuk-tajuk utama berita-berita mengenai salahlaku Najib Razak selama beberapa minggu ini.

Negara-negara demokrasi Eropah mengingatkan tentang hubungan baik dengan Malaysia dan mencemuh kemerosotannya ke arah sebuah negara berdiktator

Negara-negara demokrasi Eropah mengingatkan tentang hubungan baik dengan Malaysia dan mencemuh kemerosotannya ke arah sebuah negara berdiktator

Inilah masanya Eropah merasa risau mengenai sifat melampau dan keganasan yang dihalakan pada negara-negara mereka.

Para perwakilan di Eropah belum bersedia menerima tindakan Najib yang berkasar dengan rakyatnya sendiri dan terhadap partinya dengan alasan untuk mengekang kemungkinan serangan pengganas. Eropah dapat melihat bahawa dengan menghapuskan kebebasan dan hak-hak asasi rakyatnya Najib telah mencetuskan keadaan-keadaan bersifat huru-hara dan ketidakstabilan, bukan di sebaliknya.

Resolusi itu menunjukkan Najib bukan memperbodohkan dunia tetapi dirinya sendiri dan penyokong-penyokong upahannya yang berkepentingan sendiri. Resolusi penuh Parlimen Eropah berikut dan anda juga boleh menonton rakaman hujahan dan debat resolusi di sini:

Parlimen Eropah,

– Mengenai resolusi-resolusi terdahulu berkenaan Malaysia,

– Dengan mengambil kira resolusinya seperti pada 15 januari 2014 mengenai masa depan hubungan EU-ASEAN (1),

– Dengan mengambil kira Kenyataan oleh Jurucakap EEAS seperti pada 15 April 2015 berhubungan terima pakai pindaan pada Akta Hasutan di Malaysia,

– Dengan mengambil kira Kenyataan oleh Jurucakap EEAS seperti pada 17 Mac 2015 berhubung penahanan dan penangkapan Nurul Izzah Binti Anwar, ahli pembangkang Parlimen Malaysia,

– Dengan mengambil kira Kenyataan Jurucakap EEAS seperti pada 10 Februari 2015 berhubungan keputusan pendakwaan ahli politik pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim,

– Dengan mengambil kira Rangka Kerja Strategik EU mengenai Hak-Hak Kemanusiaan,

– Dengan mengambil kira Kenyataan oleh Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Hak-Hak Kemanusiaan seperti pada 9 April 2015 pada deraf anti-keganasan dan undang-undang hasutan,

– Dengan mengambil kira kenyataan media bersama oleh EEAS berhubung dialog dasar EU-ASEAN mengenai hak-hak kemanusiaan seperti pada 23 Oktober 2015,

– Dengan mengambil kira Garis-Garis Panduan berkenaan Pelindung-Pelindung Hak-Hak Kemanusiaan,

– Dengan mengambil kira sesi Reviu Berkala Sejagat PBB seperti dalam bulan Oktober 2013,

– Dengan mengambil kira Laporan Khas mengenai penyeludupan orang pada bulan 2015,

– Dengan mengambil kira Reviu Sejagat Berkala ke-dua Malaysia di hadapan Suruhanjaya Hak-Hak Kemanusiaan di PBB, dan syor-syornya, seperti pada bulan Oktober 2013,

– Dengan mengambil kira Perisytiharan Sejagat Hak-Hak Kemanusiaan tahun 1948,

– Dengan mengambil kira para Pelindung Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan PBB tahun 1998,

– Dengan mengambil kira Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-Hak Sivil dan Politik (ICCPR) tahun 1966,

– Dengan mengambil kira Konvensyen menentang Hukuman Tidak Berperikemanusiaan (CAT) tahun 1984,

– Dengan mengambil kira Kesatuan Deklarasi Hak-Hak kemanusiaan Negara-negara Asia Tenggara,

– Dengan mengambil kira Akta 135(5) dan 123(4) mengenai Peraturan-Peraturan Prosidur,

A. di mana negara-negara EU menganggap Malaysia sebagai rakan politik dan ekonomi di Asia Tenggara; di mana EU dan Malaysia terus merundingka Perjanjian Kerjasama dan Perjanjian Perdagangan Bebas;

B. di mana ruang untuk berdebat di tempat awam dan kebebasan bersuara di Malaysia kini semakin mengecil kerana kerajaan menggunakan undang-undang jenayah yang dibuat menggunakan bahasa yang kurang jelas untuk menutup mulut para pengkritik; di mana undang-undang ini termasuk Akta Hasutan, Akta Cetakan dan penerbitan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Perhimpunan Aman, sebagai beberapa contoh;

C. di mana pada 3hb Disember 2015 Akta Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia menerusi undian majoriti; di mana akta itu memberi kuasa kepada NSC pimpinan Perdana Menteri yang berkuasa secara menyeluruh untuk mengisytiharkan perintah darurat di mana-mana kawasan yang dikatakan berisiko, membenar penahanan, pencarian dan perampasaan tanpa waran;

D. di mana, di bawah Akta Hasutan itu sahaja sekurang-kurangnya 78 orang telah disiasat atau didakwa sejak awal 2014;

E. di mana bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara kerana dituduh melakukan hubungan seks luar tabii dalam bulan Februari 2015 berikutan tuduhan bermotifkan politik yang membangkitkan prosiding jenayah yang telah gagal memenuhi standard perbicaraan antarabangsa berhubung perbicaraan yang adil; di mana dia juga telah dinafikan penjagaan kesihatan yang sempurna

F. di mana golongan LGBTI di Malaysia dianggap penjenayah merbahaya di bawah akta anti-liwat dan undang-undang serantau yang mengharamkan pemakaian dwi-jantina, dan berdepan dengan cemuhan, tangkapan, kekasaran seks, pemenjaraan dan kekasaran yang lain;

G. di mana kartunis Malaysia Zunar sedang menjalani hukuman di bawah akta Hasutan berikut tulisannya dalam laman Twitternya yang kritikal terhadap kerajaan mengenai hukuman ke atas Anwar Ibrahim; di mana blogger seperti Khalid Ismath dan ahli akademik Azmi Shahrom juga ditimpa layanan yang serupa;

H. di mana SPRM telah menyoalsiasat Perdana Menteri berhubung tuduhan rasuah berikutan penemuan lebih 600 juta euro dalam akaun banknya tanpa sebarang bukti kukuh mengenai sumber dan tujuan, di samping tuduhan yang membabitkan kehilangan ratusan juta euro dari 1MDB.

I. di mana syarikat-syarikat media dan penerbitan telah menghadapi had dan sekatan di bawah Akta Cetakan dan Penerbitan berikutan tuduhan-tuduhan ini, dan di mana peguam Mattias Chang dan ahli politik Khairuddin Abu Hassan telah ditahan berikutan siasatan mereka terhadap tuduhan-tuduhan ini.

J. di mana Perwakilan Tertinggi telah menyuarakan rasa risaunya pada salahguna undang-undang jenayah semasa lawatannya ke Malaysia pada 5-6 Ogos 2015;

K. di mana, menurut PBB dan para NGO, pihak polis Malaysia telah menggunakan tindakan kasar, tangkapan di waktu lewat malam, penahanan tanpa bicara dan pendakwaan berpilih;

L. di mana Malaysia masih menjalankan hukuman bunuh dengan lebih 1,000 orang tahanan sedang menunggu untuk dibunuh;

M. di mana Malaysia adalah ahli Majlis Keselamatan PBB dan juga Pengerusi ASEAN dan juga Persidangan ASEAN ke-27 yang dianjurkan di Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 November 2015.

1. Mengesahkan komitmen kuat EU pada rakyat Malaysia di mana EU mempunyai hubungan erat di segi politik, ekonomi dan kebudayaan;

2. Kemerosotan keadaan hak kemanusiaan di Malaysia dan penumpasan para aktivis masyarakat, ahli-ahli akademik, media dan politik; melahirkan rasa risau pada peningkatan bilangan pesalah yang didakwa di bawah Akta Hasutan;

3. Timbulnya rasa risau mengenai pewujudan RUU Majlis Keselamatan Kebangsaan dan menggesa penarik balik RUU itu; menggesa kerajaan untuk mengekalkan keseimbangan antara keperluan memelihara keselamatan kebangsaan dan kepentingan untuk memelihara hak-hak sivil dan politik;

4. Menggesa Kerajaan Malaysia untuk membebaskan semua tahanan politik, termasuk bekas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, dan menyediakan khidmat perubatan yang baik, menggugurkan tuduhan-tuduhan bermotifkan politik, termasuk kartunis unar, blogger Khalid Ismath, ahli akademik Azmi Sharom, penentang berpolitik Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang, dan aktivis hak kemanusiaan Lena Hendry dan Maria Chin Abdullah;

5. Menggesa pihak-pihak berkuasa di Malaysia untuk memansuhkan Akta Hasutan, dan untuk membawa semua jenis undang-undang termasuk Akta Cetakan dan Penerbitan, Akta Multimedia dan Komunikasi, Akta Perhimpunan Aman, dan peruntukan-peruntukan undang-undang, selaras dengan standard antarabangsa pada kebebasan bersuara dan berhimpun dan melindung hak-hak kemanusiaan; menggesa pihak-pihak berkuasa Malaysia untuk membantu perhimpunan aman, dan untuk menjamin keselamatan para peserta perhimpunan aman dan kebebasan mereka bersuara di seluruh negara;

6. Menggesa penubuhan Suruhanjaya Polis Pengaduan Berkecuali (IPMCMC), seperti disyorkan oleh Suruhanjaya Inkuiri Polis dalam 2005, untuk menyiasat tuduhan penggunaan kekerasan dan kematian dalam tahanan polis;

7. Menggariskan kepentingan siasatan telus dan berkecuali terhadap tuduhan rasuah, dan memberikan kerjasama penuh pada para penyiasat; menggesa Kerajaan Malaysia untuk menghentikan penekanan pada SPRM dan juga media;

8. Menambahkan peningkatan kumpulan pelampau ras dan agama untuk mencetuskan tekanan kaum etnik;

9. Menggalakkan Kerajaan Malaysia untuk menganjurkan dialog dengan parti-parti pembangkang dan kumpulan-kumpulan sivil;

10. Menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengesahkan persidangan hak-hak kemanusiaan antarabangsa, termasuk ICCPR, ICESCR, CAT, ICERD, Sidang ILO 169, Patung Rom ICC, dan juga Persidangan Status Pelarian dan protokol-protokol opsyenalnya;

11. Meminta Kerajaan Malaysia untuk menjemputan semua Prosidur Khas PBB, justeru itu membolehkan pelapor-pelapor khas membuat lawatan ke Malaysia tanpa perlu meminta dijemput;

12. Mengulangi pendiriannya bahawa hukuman mati mandatori itu adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan menggesa Malaysia untuk memperkenalkan morotarium sebagai langkah awal ke arah pemansuhan hukuman mati mandatori pada semua jenis kesalahan dan untuk mengubah semua hukuman mati pada hukuman penjara seumur hidup;

13. Menggesa EU dan Negara-negara Anggotanya untuk mengkordinasikan dasar-dasar pada Malaysia, selaras dengan Rangka Berstrategi Hak-Hak Kemanusiaan, bagi menggalakkan perubahan isu-isu di atas menerusi apa jua cara, termasuk dalam konteks UN di mana Malaysia bukannya ahli kekal Suruhanjaya Keselamatan pada tahun 2015-2016;

14. Menggesa para Delegasi EU ke Malaysia untuk meningkatkan usaha-usaha dalam membiayai projek-projek kebebasan bersuara dan pengubah undang-undang yang menekan rakyat, dan untuk menggunakan segala alat dan kaedah yang sesuai, termasuk Alat Eropah untuk Demokrasi dan Hak-Hak Kemanusiaan, untuk melindungi pelindung hak-hak kemanusiaan; menggesa pemansuhan undang-undang anti-liwat dan menggesa EEAS, selaras dengan garis-garis panduan untuk melindungi dan mempromosikan hak-hak golongan LGBTI di Malaysia yang menghadapi keganasan dan pendakwaan, dan untuk menghalalkan homoseksualiti dan transgenderisma.

15. Untuk mengesahkan kepentingan diatlog dasar EU-ASEAN mengenai hak-hak kemanusiaan sebagai alat pentingan untuk bertukar-tukar amalan baik;

16. Menggesa Suruhanjaya untuk mempastikan bahawa hak-hak kemanusiaan dihormati pada rundingan-rundingan di masa depan mengenai EU-Malaysia FTA dan juga PCA

17. Mengarahkan Presidennya untuk menghantar resolusi ini kepada Majlis, Suruhanjaya, Timbalan Presiden Suruhanjaya/Perwakilan Tertinggi bagi Dasar Hal-Ehwal Luar Negara dan Keselamatan, parlimen dan kerajaan Negara-negara Anggota, parlimen dan kerajaan Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak-Hak Kemanusiaan dan kerajaan-kerajaan Negara-negara Anggota ASEAN.

Sign-up to receive regular updates from Sarawak Report

We send out the latest story at 7am Malaysia time

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments